Bismillahirrahmanirrahim...
salam...
Entah mengapa saya terasa ingin berkongsi sesuatu tentang ape yang saya lalui semalam...
Petang semalam,saya sedang duduk berbual dengan rakan sebaya saya di ruang tamu rumah, tiba2 senior saya pulang.Senior ni saya gelarkan kak ila(bukan nama sebenar).Kak ila ni akak yang paling tua kat rumah tu.Tapi saya tak berapa rapat dengan dia,mungkin sebab dia selalu tiada di rumah,dan jika ada di rumah,dia hanya akan berkurung di dalam bilik.
Habit kak ila,dia suka mendengar lagu dengan volume yang agak tinggi,yang boleh buat jantung kita rasa hentakan lagu tu.Tapi,dia mungkin sudah immune dengan tu,orang sekitar dialah yang merana.Semasa perbualan semalam,dia memberikan lesen kepada kami,untuk menegurnya jika dia 'terbukak' lagu dengan volume yang tinggi,dia ckp lagi,die alah dengan bunyik pelahan,sebab itu bunyik yang kuat,mungkin 'sederhana' baginya.Uniknya kak ila ni kan....
Berbalik kepada kisah tadi,kak ila pulang,dan dia terus duduk depan saya dan rakan.Saya jarang berbual dengan dia.Tapi semalam saya beranikan diri untuk cuba berbual dengannya.Kak ila membuka bungkusan plastik,dan kelihatannya dia membeli sushi!tanpa dipinta kak ila ckp,"ni la lunch,ni la dinner kak ila"... kesian kak ila,sebenarnya dia tiada lagi teman yang se'batch' dengannya di kolej,disebabkan hanya dia seorang sahaja pelajar extend dalam batch dia yang menetap di asrama.Kak ila menghulurkan sushi yang dia beli kepada kami,dan dengan perasan berbaur,kami pun menyambut huluran sushi itu(walaupun kami tidak berapa gemar sushi sebenarnya),telan je la...
Kami pun berbual sikit2 mengenai peraturan2 baru yang warden buat,macam2 perkataan pelik keluar dari mulut kak ila.Entah bagaimana,kak ila begitu percaya dengan kami berdua,dan menceritakan aktiviti harian yang dia lakukan.Kak ila mempunyai banyak masa lapang, memandangkan dia hanya mengambil 3 subjek untuk sem ni.Saya agak terkejut dengan apa yang dia buat pada waktu siangnya,tapi,perkara itu mungkin biasa dilakukan oleh kebanyakan remaja2 sekarang.Kebelakangan ini,kak ila ada sedikit salah faham dengan warden asrama dan pihak pengurusan kolej,dan dia meluahkan 'ketidakpuasan' hatinya kepada kami.Saya hanya mampu mendengar,dan tidak tahu mahu berpihak kepada siapa.Kak ila sudah bosan dengan cakap2 orang tentang dirinya.Mungkin penampilannya membuatkan orang berkata yang tidak elok tentang dirinya.Tapi,jangan biarkan sedikit keburukan itu,menutupi semua kebaikan yang dia lakukan.Kak ila sangat caring terhadap junior di rumahnya,dan,dia juga sangat mengambil berat akan isu Palestin.Saya pernah melihat dia membaca mesej berkenaan Palestin dengan penuh teliti,mungkin ada orang yang kelihatan baik dari luarannya,tetapi tidak mengendahkan tentang isu ini.Itulah yang membuatkan saya menghormati kak ila.
Selepas agak lama berbual,kak ila begitu 'open' memberitahu kami,punca dia membuka tudungnya tanpa kami pinta.Dia ckp cam ni,"kalau korg tgk kak ila bukak tudung ni pun sebab cakap2 orang la"..sebenarnya,saya tidak faham,apa kena mengena ckp2 org,dengan bukak tudung?tapi,mungkin kak ila je yang paham kot..Pernah 1 ketika disemester lepas,ex-roomate saya,yang merangkap senior saya,menegur kak ila secara direct tentang isu pembukaan tudungnya,nama akak tu,kak rasyidah(bukan nama sebenar).Kak rasyidah tegur mcm ni la lebih kurang "ila,nape tak pakai tudung,tak takot dose ke?nanti Allah akan balas,mungkin sekarang ni ila tak nampak lgi.."saya sebenarnya begitu kagum dengan keberanian kak rasyidah dalam menegur kak ila sebegitu cara.Tapi,saya dpt rasakan yang kak ila sangat terasa dengan teguran itu,lagi2 teguran itu dibuat di hadapan kami semua.Mungkin kak rasyidah sudah tidak tahan melihat rakannya jadi begitu,dan meluahkannya dengan segera.Tapi,selepas itu,kak rasyidah meminta maaf kepada kak ila,sambil menangis,dan dia ckp,yang dia sayang kak ila,sebab tu dia buat cam tu.Dia juga tidak lupa mengeluarkan 1 dalil dari kitab suci,hmm saya pun tidak pasti ayat berapa,tp dari surah Al -Ahzab kot.Selepas kejadian itu,saya pun kurang pasti apa perubahan yang berlaku kepada kak ila,rasanya,berubah seketika,dan selepas itu,kembali seperti selalu .
Kini,kak rasyidah sudah pun menjalani latihan praktikal di Hospital Seremban,dan tinggallah kak ila keseorangan bersama kami.Kak ila seperti biasa,sangat caring,dan dia lebih fokus untuk 3 subjek yang dia ambil.Sama-sama la kita doakan kak ila dapat kembali ke jalan yang benar.Apa yang saya boleh buat,memberikan contoh yang terbaik,dan,saya sebenarnya masih tidak mempunyai kekuatan untuk menegurnya,tp penah kadang2 terlepas ckp.Contohnya masa makan malam beberapa semalam,kak ila membawa kami makan di luar,dan dia bertanya sesuatu kepada rakan saya,tapi dihujung pertanyaan tu dia memasukkan perkataan seperti ini "serious shit?" saya dengan spontan,bertnya,"knape mesti ade shit kat belakang?" kawan2 saya yang lain tergelak,saya pn mcm menyesal,sbab terlepas,tp kak ila kelihatan tenang je,dan ckp "ok2"..tapi tak tau la apa dia rasa.
Saya tak tau la post ni dapat diterima semua orang atau tidak,yang pasti,point yang saya ingin keluarkan,jangan tutup kebaikan seseorang,dengan 1 kejahatan yang seseorang itu lakukan. Mungkin saya dah banyak kali ulang ayat yang sama,tapi perkara ini memang penting,dan ramai yang sering tersalah tafsir tentang seseorang,termasuk saya sendiri.Sama2 kita bermuhasabah diri,dan jika saya tersalah tulis,sila betulkan,saya sedia untuk dikritik..sekian,wassalam..
KUN ANTA TAZDAD JAMAALA ❤
4 weeks ago
0 comments:
Post a Comment