skip to main | skip to sidebar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About me

My Photo
Hamba-Nya yang hina..
sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri hari demi hari.. 'tuhan kuzalimi diri ini,andai kau tak ampuni dan rahmati,alangkah ruginya diri'.. 'tuhan jangan Kau palingkan hati ini..setelah Kau beri hidayah'..
View my complete profile

Ahlan wa sahlan

assalamualaikum..sesungguhnya tugas tarbiah adalah tanggung jwab setiap umat islam 'ala jaufil ard..kita seharusnya berusaha saling menasihati saudara2 islam kita yang lain disamping menasihati diri kita sendiri..dengan itu kita akan merasa dekat dengan Allah s.w.t hari demi hari..salah satu cara tarbiah adalah melalui blog..semoga maklumat2 yang terkandung dalam blog ini sedikit sebanyak dapat membantu kita meningkatkan ketaqwaan kepada pencipta kita Allah s.w.t..insya-Allah..

Followers

pukul berapa?

Archivo del blog

  • ► 2012 (6)
    • ► April (1)
    • ► March (1)
    • ► February (4)
  • ► 2010 (20)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► September (2)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► May (1)
    • ► April (2)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ▼ 2009 (58)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (4)
    • ► September (6)
    • ► August (3)
    • ▼ July (5)
      • Penantian satu penderaan...
      • Cuti lagi....
      • Macam-macam...
      • Ragam manusia...
      • Kecemasan...!
    • ► June (7)
    • ► May (11)
    • ► April (4)
    • ► March (5)
    • ► February (2)
    • ► January (2)
  • ► 2008 (25)
    • ► December (7)
    • ► November (5)
    • ► October (1)
    • ► September (5)
    • ► August (5)
    • ► April (2)

My Blog List

  • Mencari dan terus mencari cinta Ilahi
    Lakaran ummi ~ santai
    2 days ago
  • Saifulislam.Com
    Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
    5 weeks ago
  • Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah
    MEMORI 2018
    5 years ago
  • Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha )
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • The Rocking Hijab™[revamped]
    A revert's thoughts on LGBTQ
    8 years ago
  • Dunia Sarah
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • inijalanku.wordpress.com
    TABAYYUN vs TASABBUT
    8 years ago
  • D I A G N O S i S
    Seandainya anda berkomitmen
    9 years ago
  • UmmuSaif.Com
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Lukisan Bercerita
    Komik #2 HAMBA.. (page 1-3)
    10 years ago
  • Selembut Sutera
    Sabar bila diuji?
    10 years ago
  • SaBaHaNmUsLiM
    My Ex-Jahiliyyah
    11 years ago
  • senihati
    :)
    11 years ago
  • ::cintaku hanya padamu::
    Andai Rebah, Ayuh Bangkit !
    12 years ago
  • Satu Ummah!!!
    Taat pada pemimpin yang zalim
    12 years ago
  • Wan Zuraida Suka Menulis
    Luahan Hati
    13 years ago
  • ~Dunia Yang Fana~
    Pengalaman berharga..
    13 years ago
  • SHOUTUL IKHWAH
    Cerpen: Gerimis Cinta
    14 years ago
  • sweetbakery
    more,more and more chocolate
    15 years ago
  • qudwah qobla dakwah
  • here i am
  • ~AkuDarahAnakMalaysia~
  • ~hidup untuk memberi~
  • .: Dalam pencarian menuju Ilahi :.
  • Faisal Tehrani
  • Di sini segalanya Bermula...

Feedjit

Labels

  • artikel copy (1)
  • dulu2 (7)
  • family (6)
  • jalan2 (2)
  • jalan2 carik redha Allah (7)
  • muhasabah diri (16)
  • perjalanan menimba ilmu (13)
  • ramadhan (1)
  • Raya (2)
  • rumah (13)
  • sahabat (2)
  • sekeliling (10)
  • sekolah (3)
  • sirah (1)
  • Tarbiyah (6)

tinggalkan jejak

lets count

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
Comments
    Atom
Comments

Shoutbox

iluvislam

~Dunia Yang Fana~

Surah 3:104,dan hendaklah diantara kamu ada segolongan yang mengerjakan kebajikan,menyuruh yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung...semoga kita tergolong dalam golongan ini..aminn

Friday, July 17, 2009

Macam-macam...

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum...


Hari ini saya pulang ke rumah untuk menyelesaikan perkara yang agak penting.Perjalanan siang tadi sangat memenatkan,dan saya banyak menemui 'keletah2' normal masyarakat sekarang.Nak share la sikit..

Nama2 tempat yang saya rasa senang untuk dikenal pasti,terpaksa saya tukar,untuk tidak mengaibkan insan2 yang terbabit dalam cerita saya ini..


Bermula di *****a Sentral,selepas membeli tiket bas,saya dan rakan menuju ke kedai makan berhampiran bagi mengisi perut.Kemudian,kami pergi ke kedai asam,untuk menemani rakan saya membeli 'prune'(alang2 tu beli skali).Sudah menjadi satu kebiasaan untuk kami membeli makanan ini sebelum menaiki bas,yang agak panjang perjalanannya,rakan saya kata,untuk menghilangkan rasa pening sewaktu berada di dalam bas,tapi,tak rasa pape pun..biar la..asalkan dia bahagia.Berbalik kepada kisah tadi,ketika kami sampai di kedai asam itu,kami lihat tiada orang yang menjaga kedai tu(pelik betul),disebabkan kami sedang mengejar waktu 'berlepas', kami pun dengan muka yang agak tebal,bertanya kepada akak kedai sebelah,"kak,mane orang kedai ni pegi?" akak tu pn jawab,"die g tandas kot,tunggu je kat situ".. masa 'berlepas' tinggal 5 minit je lagi,kami pun memberitahu akak kedai sebelah tentang perkara itu,dan kami seolah2 meminta izin untuk mencedok dan menimbang prune itu sendiri(mcm kempunan je),tetapi di bawah pengawasan akak kedai sebelah,akak tu pn mcm membenarkan..dengan segera,kami pun mencedok prune2 itu umpama mencedok ikan bilis di pasar .Sedang2 asyik kami mecedok,tuan empunya kedai datang,tapi dia hanya memandang,dan tidak melarang apa yang kami buat.Akak kedai asam ni sebenarnya bukan dari toilet,tapi dari kedai hp.

Saya kurang pasti apa yang dia lakukan di kedai hp itu,tetapi sepatutnya,dia tidak boleh meninggalkan kedainya begitu saja.Mungkin ada ramai lagi insan2 yang teringin nak makan 'prune' tu,atau apa saja,tapi tak kesampaian.Tapi,itu takda la penting sangat,yang lagi takut,tentang amanah yang dipikulnya.Mungkin kedai itu amanah seseorang kepadanya,dan akan dipersoalkan di akhirat kelak.Tapi,jika kedai itu milik dia sepenuhnya,tidakkah dia takut,akan kerugian yang bakal dia tanggung atas perbuatannya sendiri?Nampak remehkan benda ni? sama2 kita doakan insan2 seperti ini cepat2 tersedar..aminn..


Puduraya..

Pudu ni memang tempat yang mengerikan.Teringat detik pertama kali menjejakkan kaki di puduraya,dalam hati "tempat ape ni?"..dengan kuantiti manusia yang tersangat ramai,ke hulur hilir menuju ke destinasi masing2,dengan keadaan bangunan yang agak berumur, pekerja2 yang gigih mencari penumpang,"dik, nak pegi mane?"... makcik2 kedai yang setia berdiri di sebelah peti sejuk masing2 bagi sambil memandang kami dengan penuh harapan (suruh beli air diorang).Itulah pudu! dekat dengan penjara pudu(ngeri)...

Saya tiba di pudu ketika matahari menterik,namun saya gagahkan kaki berjalan sampai ke stesen komuter kL(jauh tu)..Sampai sahaja di stesen,saya cepat2 membeli tiket dan pergi menunggu ketibaan train.Jam ketika itu menunjukkan pukul 5 petang,terdetik di dalam hati "mesti ramai orang dalam train ni"... Train yang dinanti2 pon tiba,dari tingkap2 train,dah nmpak kemampatan train itu,sehinggakan penumpang2 yang sedia ada di dalam mengalami kesukaran untuk membolos keluar dari train tersebut.Yang keluarnya sikit je,yang nak masuk ramai sangat,saya cuba menempatkan diri ke dalam gerabak,setelah berjaya masuk,tetapi saya terasa ingin keluar dari train tersebut,di sebabkan posisi saya yang sangat hampir dengan pintu,saya bercakap sendiri,"muat ke ni",tiba2 ada makcik yang peramah jwb,"asal boleh tutup pintu tu ok la"..saya terasa sedikit yakin selepas mendengar kata2 makcik tu,dan membatalkan hasrat berundur keluar.



Komuter bergerak,dan tiba di stesen bank negara,kemudian putra.Keadaan dalam gerabak sangat mampat,sehinggakan saya tidak mampu untuk mngangkat tangan,dan tidak perlu berpaut kepada mana2 tiang(tiada ruang2 kosong).Di stesen putra,keadaan bertambah teruk, saat pintu dibuka,tolakan demi tolakan berlaku,dan terdengar la jeritan2 manusia,yang sempat saya tangkap,"ade perempuan mengandung kat sini"... yang peliknya,mereka2 yang sedang duduk tu,tak perasan ke yang masih ade insan yang lebih memerlukan tempat duduk berbanding mereka?Entah la..mungkin mereka betul2 tak nampak kot.Di bahagian pintu,ada seorang makcik yang berusaha sedaya upaya untuk memampatkan diri ke dalam gerabak,sehinggakan,sanggup bertarung dengan pintu,sudah banyak kali pintu cuba menutupkan diri,tetapi tidak berjaya disebabkan kegigihan makcik tu.Terdengar lagi suara insan yang mungkin kesian kat makcik tu, "mengalah je la kak"(suruh makcik tu keluar,spaya pintu boleh ditutup).Tapi push punya push,pintu berjaya ditutup tanpa sekatan,dan tanpa pengurangan penumpang di dalamnya.


Sedikit pandangan tentang makcik tadi,mungkin dia sangat2 ingin pulang awal ke rumah,kerana ingin segera melakukan tugasan hariannya,seperti memasak,mengemas,dan sebagainya.Di sini dapat kita lihat pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu.Setelah penat berkerja di siang hari,dan berhimpit di dalam ktm,ada kepenatan lain menanti di rumah.Bayangkan lagi,jika dia pulang ke rumah,dan anak2 sedikit pn tidak membantu,sebaliknya,menambahkan bebanan di bahu dengan masalah2 yang dilakukannya di sekolah dan sebagainya..kasihan si ibu....

Mungkin itu sahaja yang dapat saya tulis untuk kali ni,ampun dan maaf atas 'kepasaran' ayat,sekian terima kasih..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Friday, July 17, 2009
Labels: jalan2

1 comments:

RABIATUL ADAWIYAH said...

pnjg tol cite ko!!!!
hehehe.....
tp mmg btol pon,bnde remeh tu la yg jdi kesalahan yg x disedari......

July 18, 2009 at 12:18 AM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod | Distributed by Deluxe Templates