skip to main | skip to sidebar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About me

My Photo
Hamba-Nya yang hina..
sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri hari demi hari.. 'tuhan kuzalimi diri ini,andai kau tak ampuni dan rahmati,alangkah ruginya diri'.. 'tuhan jangan Kau palingkan hati ini..setelah Kau beri hidayah'..
View my complete profile

Ahlan wa sahlan

assalamualaikum..sesungguhnya tugas tarbiah adalah tanggung jwab setiap umat islam 'ala jaufil ard..kita seharusnya berusaha saling menasihati saudara2 islam kita yang lain disamping menasihati diri kita sendiri..dengan itu kita akan merasa dekat dengan Allah s.w.t hari demi hari..salah satu cara tarbiah adalah melalui blog..semoga maklumat2 yang terkandung dalam blog ini sedikit sebanyak dapat membantu kita meningkatkan ketaqwaan kepada pencipta kita Allah s.w.t..insya-Allah..

Followers

pukul berapa?

Archivo del blog

  • ► 2012 (6)
    • ► April (1)
    • ► March (1)
    • ► February (4)
  • ► 2010 (20)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► September (2)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► May (1)
    • ► April (2)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ▼ 2009 (58)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (4)
    • ► September (6)
    • ► August (3)
    • ▼ July (5)
      • Penantian satu penderaan...
      • Cuti lagi....
      • Macam-macam...
      • Ragam manusia...
      • Kecemasan...!
    • ► June (7)
    • ► May (11)
    • ► April (4)
    • ► March (5)
    • ► February (2)
    • ► January (2)
  • ► 2008 (25)
    • ► December (7)
    • ► November (5)
    • ► October (1)
    • ► September (5)
    • ► August (5)
    • ► April (2)

My Blog List

  • Mencari dan terus mencari cinta Ilahi
    Lakaran ummi ~ santai
    2 days ago
  • Saifulislam.Com
    Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
    5 weeks ago
  • Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah
    MEMORI 2018
    5 years ago
  • Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha )
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • The Rocking Hijab™[revamped]
    A revert's thoughts on LGBTQ
    8 years ago
  • Dunia Sarah
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • inijalanku.wordpress.com
    TABAYYUN vs TASABBUT
    8 years ago
  • D I A G N O S i S
    Seandainya anda berkomitmen
    9 years ago
  • UmmuSaif.Com
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Lukisan Bercerita
    Komik #2 HAMBA.. (page 1-3)
    10 years ago
  • Selembut Sutera
    Sabar bila diuji?
    10 years ago
  • SaBaHaNmUsLiM
    My Ex-Jahiliyyah
    11 years ago
  • senihati
    :)
    11 years ago
  • ::cintaku hanya padamu::
    Andai Rebah, Ayuh Bangkit !
    12 years ago
  • Satu Ummah!!!
    Taat pada pemimpin yang zalim
    12 years ago
  • Wan Zuraida Suka Menulis
    Luahan Hati
    13 years ago
  • ~Dunia Yang Fana~
    Pengalaman berharga..
    13 years ago
  • SHOUTUL IKHWAH
    Cerpen: Gerimis Cinta
    14 years ago
  • sweetbakery
    more,more and more chocolate
    15 years ago
  • qudwah qobla dakwah
  • here i am
  • ~AkuDarahAnakMalaysia~
  • ~hidup untuk memberi~
  • .: Dalam pencarian menuju Ilahi :.
  • Faisal Tehrani
  • Di sini segalanya Bermula...

Feedjit

Labels

  • artikel copy (1)
  • dulu2 (7)
  • family (6)
  • jalan2 (2)
  • jalan2 carik redha Allah (7)
  • muhasabah diri (16)
  • perjalanan menimba ilmu (13)
  • ramadhan (1)
  • Raya (2)
  • rumah (13)
  • sahabat (2)
  • sekeliling (10)
  • sekolah (3)
  • sirah (1)
  • Tarbiyah (6)

tinggalkan jejak

lets count

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
Comments
    Atom
Comments

Shoutbox

iluvislam

~Dunia Yang Fana~

Surah 3:104,dan hendaklah diantara kamu ada segolongan yang mengerjakan kebajikan,menyuruh yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung...semoga kita tergolong dalam golongan ini..aminn

Tuesday, July 28, 2009

Penantian satu penderaan...

Bismillahirrahmanirrahim...


Duduk2 kat rumah ni,tiba2 teringat pulak peristiwa tunggu result lepas tamat spm
(tibe2 je)....
Sebelum spm tamat,saya ada menyuarakan hasrat untuk berkerja sementara menunggu keputusan spm diumumkan,tetapi,keinginan saya itu ditolak,dan abah hanya membenarkan saya menjadi 'ustazah' sahaja di mana2 sekolah.Mungkin bagi abah,kerja itu sahaja yang selamat dan mudah
(sng ke?!).

Tanggal 6 Disember 2007(kot),saya pun menyambut kemerdekaan.Masih terngiang2 kata2 pengawas peperiksaan,"calon,anda ada 30 minit lagi untuk menyambut kemerdekaan"mcm tu la lebih kurang pakcik pengawas tu berkata2.Saya dan kawan2 dah tersengih2 mcm kerang wangi.Tamat cerita spm...


....................................................................................................................

Habis spm,saya tidak terus tergesa2 mencari kerja,sebaliknya,meluangkan masa dengan melakukan aktiviti pelik2 di rumah..maklumlah,ketika ini,masih belum ditarbiyah dan penuh dengan karat jahiliyah(ish3x).Setelah adik saya memulakan persekolahannya,dan abang saya pulang ke u,saya pun mula sibuk2 mencari kerja.Bosan pulak duduk di rumah tanpa teman.Saya meminta bantuan makcik saya yang merupakan ex-ustazah di sekolah lama saya,yang turut merangkap sekolah adik2 saya,untuk merisik pekerjaan di sekolah tersebut.Setelah risikan dijalankan,kebetulan ada kekosongan,dan pihak sekolah meminta saya menghantar resume(tah menatang ape). Saya pun menfotostat result pmr,dan sma(sijil menengah agama),serta beberapa sijil yang saya rasa,"bgus ni".Saya diminta hadir ke sekolah tersebut pada hari pertama persekolahan.

Hari yang tak berapa dinanti pun tiba,saya pergi ke sekolah bersama adik saya,tapi adik saya mcm segan2 pulak, mungkin dia rasa kakak dia ni tak layak jadi ustazah.Saya pun tunggu di pejabat,tapi,terdetik jugak dalam hati,"takde ke ustzah yang kenal aku kat sini"...mungkin dah lama sangat kot saya tinggalkan sekolah tu.Tiba2,guru besar sekolah tu pun memanggil saya ke biliknya,untuk diinterview.Ustaz itu membelek2 sijil saya dan mengeluarkan 1 ungkapan yang saya rasa agak kurang tepat,ungkapan itu seperti ini,"terer eh awak"(sebut name sbenanye) ..Saya hanya mampu tersengih(sengih lagi,tah ape2). Seperti biasa,ustaz itu tanya di mana saya bersekolah sebelum ini,dan banyak lagi soalan biodata.Saya mcm agak yakin boleh dpt,tapi malangnya,ustz tu mngungkapkan lg perkataan yang menyedihkan,"nanti pihak sekolah akan call kalo dpt"..saya hanya mampu tersenyum,dan melangkah pulang...

Di rumah,makcik saya tak menyempat-nyempat bertanyakan perihal peristiwa tadi,saya pun tanpa segan silu menceritakan apa yang ditanya ustaz tu,dan seperti saya,makcik saya pun pelik,nape tak suruh kerja terus..hmm..ape2 je la..


Saya menunggu panggilan dari pihak sekolah dengan penuh kesabaran,sambil membayangkan,bagaimana saya bakal mengajar kanak2 riang di sekolah tersebut,tapi tunggu2 tak de pulak panggilan masuk.Disebabkan kesabaran saya yang nipis setipis kulit ciku,saya pun menyuruh org kuat(makcik) untuk bertanya sendiri kepada pihak sekolah.Setelah itu,barulah saya tahu,yang saya tidak diterima untuk menjadi ustzah di sekolah tersebut,semuanya disebabkan pihak sekolah bimbang yang saya akan pergi sebaik sahaja keputusan spm keluar(mmg le) dan mereka akan mengalami kesukaran untuk mencari pengganti, sebaiknya,biarlah pekerja yang boleh berkhidmat dengan kekal.

gambar hiasan semata-mata


Saya redha,dan berazam untuk mencari pekerjaan lain.Rakan2 seperjuangan kebanyakannya sedang asyik berkerja,dan membuatkan saya agak cemburu.Saya amat sensitif bila melihat notis "jawatan kosong" yang ditampal dikedai2.Saya pernah ditawarkan untuk bekerja di sebuah kedai bakery milik orang islam,tetapi ayah saya tidak membenarkan,kerana,kedai kek itu telah melanggar undang2 buruh,bak kata abah.Mereka menyuruh pekerja bekerja lebih 8 jam ,dan extra jam itu tidak dikira sebagai overtime.
Waktu bekerja adalah pada pukul 8.00pg-6.30 ptg(9 setengah jam).Saya pun tidak tahu menahu pasal undang2 buruh ni,ikut je la...

Saya ligat berfikir,di mana lagi tempat yang sesuai untuk saya bekerja.Tiba2 saya teringat sebuah pusat membeli-belah yang agak terkemuka berhampiran dengan rumah nenek saya.Saya meminta adik saudara saya menemani saya pergi ke pusat tersebut,dan mereka bersetuju tanpa banyak soal.

Petang jumaat yang mendamaikan,kami bertolak ke pusat tersebut.Sebaik sahaja tiba,saya menjeling kiri kanan,melihat reaksi pekerja2 di pusat membeli-belah tersebut.Dalam hati, "baju ni ke yang aku kene pakai nanti?"kemudian saya terus bertanya pakcik guard,di mana pejabat pusat tersebut.Saya masuk ke dalam pejabat,dan dikehendaki mengisi borang.Setelah mengisi ala kadar,saya masuk ke pejabat sekali lagi,dan terus di interview.Tak sangka pulak,terus dapat! Saya agak excited,dan terus call abah,minta izin,abah pun bagi,saya pun pelik,bagaimana ayah saya boleh membenarkan saya bekerja di situ.Mungkin,ayah saya dah kesian tgk saya mcm mati kutu sebab tak dpt kerja.

Minggu depannya,saya mula bekerja.Pakaian saya agak 'ginjal'(ganjil) berbanding pekerja lain , sampaikan ada orang dpt mengagak,"sekolah agame ke dulu?"Entah mcm mana mereka boleh mengagak mcm tu.Hari pertama kerja,saya diperkenalkan dengan partner se-brand(perkataan ape ni?),dan ketua brand(tak tau ape istilahnye).Partner saya itu seorang lelaki cina,dan mula2 saya terlihat dia,saya menggelabah,dan terfikir, "mcm mane aku nak ckp dengn budak ni?".Bekerja di pusat membeli-belah ini sangat memenatkan,sangat2 penat menunggu customer yang tak datang2,penat berdiri,penat dengar orang ngumpat dan sebagainya. Pergaulan bebas juga berlaku antara pekerja lelaki dan perempuan.

Bekerja di sini menyebabkan saya pertama kalinya bergaul dengan manusia yang berlainan agama dan bangsa.Partner saya pernah bertanya kepada ketua kami,yang 'free hair', "kak, kenape akak tak pakai tudung?"saya terkejut mendengar pertanyaan yang begitu berani ,dan akak itu menjawab, "akak tak pakai tudung sebab akak taknak",satu jawapan yang.... entah,susah untuk diulas.Kemudian si cina ni berkata,"oh,boleh ye taknak?abes,kenape die (sambil menuding jari ke arah saya) pakai?"saya hanya mendiamkan diri,takkanlah saya nak jawab,"aku pakai tudung sebab agama aku suruh,kalo tak pakai kang dosa besar,masuk neraka.."itu adalah 1 jawapan yang sungguh direct,dan boleh menyebabkan akak itu tersinggung,jadi,saya memilih untuk berdiam diri...


Saling dengki mendengki,dan berlumba2 mengejar sale tinggi,adalah perwatakan kebanyakan pekerja permanent di sini.2 minggu berlalu,dan saya mula bosan+muak+penat bekerja di sini,rasa macam hendak berhenti,lagi2 ayah saya mendesak saya supaya cepat2 berhenti kerana beliau sudah tak larat nak jemput saya tiap2 malam,tapi saya dipujuk supaya bertahan sehingga berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.Beberapa hari selepas orang cina habis raya,saya pun berhenti.Kebetulan selepas saya berhenti kerja,makcik saya memberitahu,ada sekolah yang agak jauh sedikit dari rumah saya meminta saya menggantikan ustzah yang sedang cuti bersalin.Tapi,ayah saya tidak membenarkan,kerana masalah pengangkutan untuk ke sekolah tersebut.Setelah itu,saya hanya duduk di rumah,menanti keputusan spm diumumkan.


Kesimpulannya,kepada insan2 yang sedang menunggu result,siapkan kekuatan fizikal dan mental untuk bekerja,sekiranya anda merancang untuk bekerja.Sekolah lagi best dari kerja,jangan la terlalu asyik memikirkan tentang "kerja" yang bakal anda ceburi selepas tamat persekolahan.Rasanya,lebih baik tak payah kerja, isilah masa lapang dengan membaca buku2 yang ilmiah,dan siramilah hari2 anda dengan zikir,dan tilawah secukupnya.Tetapi,jika anda gian sangat nak kerja,carilah pekerjaan yang hanya melibatkan "office hour" iaitu pada jam 8.00pg-5.00 petang,seperti menjadi kerani di sekolah2,atau dimana syarikat kerajaan(igt sng ke nak dpt,sng je ckp).Supaya di malam hari anda ada masa untuk mengisi mutabaah,dan supaya hujung minggu anda dpt diluangkan bersama keluarga,serta majlis2 ilmu.Sekian,jika ada kata2 yang kurang sopan di atas sila tegur,dan saya akan segera memperbaikinya(insyaAllah).Yang baik kurniaan ilahi,yang buruk juga merupakan kurnia-Nya,tetapi disandarkan kepada diri yang hina ini. wasallam...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Tuesday, July 28, 2009
Labels: dulu2

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod | Distributed by Deluxe Templates