Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha panyayang..
Hari sabtu baru2 ni,kami di'halau' balik ke rumah,semuanya gara2 H1N1.Mood cuti belum sampai lagi,jadi,rasa gembira tu agak tipis.Lagi2 saya dan rakan baru sahaja pulang ke rumah minggu lepas.Saya dan rakan membuat keputusan untuk pulang ke rumah pada hari ahad,memandangkan kepadatan aktiviti yang dianjurkan kolej pada hari sabtu sebelum pihak kolej menghalau kami pulang.
Hari khamis lepas,saya mendapat mesej dari murabiyah,yang halaqah minggu ini diadakan di Seremban.Seremban agak jauh dari kolej saya sebenarnya.Pesanan ringkas itu secara jujurnya amat menganggu saya.Saya sering memikirkan bagaimana saya bakal menguruskan masa saya, kerana minggu depan banyak kuiz pulak tu,walaupun hanya kuiz,tapi ia tetap 1 peperiksaan.Saya agak fobia dengan peperikasaan(tah ape2 la).Tapi,Allah sangat memahami, lantas Allah menyusun jadual saya.Saya tidak perlu risau tentang kuiz minggu depan,kerana minggu depan cuti.Benarlah kata sorang akak ni,kita merancang dengan cita,tapi Allah merancang dengan cinta.Memang betul,manusia sering merancang sesuatu dengan nafsu dan penuh angan2,tapi Allah merancang apa yang terbaik untuk kita,kerana Allah sayang akan hambaNya.
.......................................................................................................................................................................
Hari ahad pun tiba,saya dan dua orang lagi sahabat saya membeli tiket.Tapi,kali ni saya beli tiket ke Seremban,bukan ke Kuala Lumpur(tak yah g pudu..yeye).Berbeza dengan 2 orang kawan saya yang membeli tiket ke Kuala Lumpur.Kawan saya agak tidak yakin untuk membiarkan saya pergi ke Seremban seorang diri,dia ckp cm ni ,"tak pe ke ko sorang2 ni?"(tunjuk caring..hehe takdela)..saya pun hanya meng 'ok' kan je.Sementara menunggu ketibaan bas,saya pun duduk sambil mencuba earphone yang baru saya beli disebabkan kerosakan earphone lama,"hmm,ok gak earphone ni"...
Di dalam bas,alhamdulillah saya dpt duduk sebelah wanita,tapi saya yang agak tak peramah ni hanya mendiamkan diri,saya mengantuk,dan tiada mood untuk menegur jiran sebelah(teruknya). Tapi saya terdengar jiran sebelah ni tebatuk2,dalam hati saya sangat risau,manalah tau dia ni ada H1N1 ke..(merepek je).Sama-sama kita doakan wanita ini sembuh,dan tidak menghidapi H1N1 seperti yang saya 'detikkan' dalam hati.Aminn...
Sampai di Seremban,saya terus berjalan menuju ke surau ktm ,kerana murabiyah saya iaitu kak ana(bukan nama sebenar) sedang menanti di sana.Selesai solat zohor,saya mendapat panggilan dari abah,abah bertanya,
>"kat mana tu?"
>"kat seremban"...
abah sangat suka mencongak,lalu dia pun mencongak2 pukul bape saya bakal tiba di stesen komuter behampiran rumah.Saya tau yang saya bakal tiba lebih lewat berbanding waktu yang 'dicongak' abah,dan saya cepat2 bertanya,
>"abah tak dapat ke msg semalam?"
>"msg?mane ade,delivered or not?"(speaking lak bapak aku ni)
>"delivered la"..
>"ok"...
tu la jawapan terakhir dari abah sebelum talian dimatikan.Tetapi,setelah melihat kembali 'sent item',ternyata msj semalam yang saya hantar tak 'delivered',dan saya menghantarnya kembali,
saya nyatakan yang saya akan pulang lewat sedikit,kerana menghadiri 'usrah' di seremban.Abah hanya membalas ringkas, "noted".
Kemudian,kami pun mencari lokasi bagi memulakan majlis yang hanya melibatkan 2 orang
mahkluk.Sepatutnya lebih ramai,tetapi disebabkan masing2 ada urusan tertentu,hanya kami berdua yang ditakdirkan untuk bertemu.Jalan punya jalan,kami pun terjumpa 1 taman yang agak sunyi(tengah2 hari,mane ade orang).Halaqah kali ni sangat lain rasanya dari selalu,seperti berbual2 tentang perkara ilmiah,tetapi tujuan halaqah tidak pernah lari,untuk mengimbau kembali apa yang telah kita lakukan selama seminggu,dan memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik pada minggu hadapan.Setelah majlis di tangguhkan,kami kembali ke ktm,untuk pulang ke destinasi masing2.Di dalam ktm,alhamdulillah kami dapat duduk,tetapi agak kurang selesa,kerana di kelilingi makhluk yang berlainan jantina.
....................................................................................................................................................................
Semasa di dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah,abah bertanya,
>"bape ramai usrah tadi?"
>"siket je"..
>"akak yang sampaikan tu da abes belajar ke?"
>"aah,die tengah tunggu konvo"..saya menjawab jujur..
>"die ni kirenya pendakwah la ye?"tanya abah lg
saya tergelak,dan menjawab,
>"haah kot"...
abah tanye lagi,
>"die buat ni percuma ke?"
saye nak je jawab,dia buat ni untuk keredhaan Allah,tapi mungkin jawapan tu terlalu extreme, jadi saya hanye menjawab,
>"haah"..
>"bukan ajaran sesat kan?"
>"ish,bukanlah"...
abah ckp lagi,"kalo ajaran sesat salunye kene bayar,mcm ayah pin tu,ambik kesempatan kat pengikut die,mane ade free2 ni"..
Saya dah agak,mesti abah ada terfikir pasal 'ajaran sesat' apabila melihat anak dia ni pergi
sana sini. Tapi, saya tak salahkan abah,sebab itulah mentaliti masyarakat kebanyakannya apabila melihat situasi seperti ini seiring dengan kemunculan banyak ajaran2 songgang.Selagi mana perisian sesuatu majlis itu tidak bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah,bukanlah ajaran sesat namanya.Saya bersyukur sangat2 sebab abah tak halang 'aktiviti' saya.Sebagai penutup,hayati ayat ini,
(17:18) Barang siapa yang mengkehendaki kehidupan sekarang(duniawi),maka Kami segerakan baginya di (dunia) ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki.Kemudian kami sediakan baginya (di akhirat) neraka jahanam,dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.
(17:19) Dan barang siapa yang mengkehendaki kehidupan akhirat,dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh,sedangkan dia beriman,maka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik.
Sama2 kita renungi,dan pilih,nak jadi golongan yang mana...sekian,wassalam...
KUN ANTA TAZDAD JAMAALA ❤
5 weeks ago
6 comments:
erm....still ikut usrah lg....alhamdulillah.....wat terasa diri ini sgt kurg dlm pengisian agama ni.....
robek,ape ko ni..jangan le ckp cm tu..ni yg aku sedeh ni (sob3x)
salam~
seronok ye...
takde halangan dari family.
ana agak susah jgk sebenarnya.
tp,IA, ana yakin ada hikmahnye..
tak gitu??
huhu
To MiraAzam
Salam ya ukht..
mmg begitu hidup kat dunia ni,
Kadang2 orang yg terdekat boleh jd halangan yg paling besar,
Tp selagi mana enti yakin dengan jalan ini,
insyaALLAH ALLAH akan bantu...
N kita kene ingat satu benda,
ALLAH xkan uji kita dengan ujian yg baru,
selagi mana kita x lepas ujiannya yg sekarang,
contohnya ujian ini la..
kalau kita x lepas ujian ni,
Selama2nya kita xkan lepas jika kita x cuba..
wallahu a'lam
* Maaf tuan blog, komen panjang2 plak kan?
wslm
to anonymous,
takpe,nak buat entry baru kat bahagian komen ni pun di galakkan,asal entry membina la..hehe
mira,
same je la..
ana pn mse cuti pening gak stiap kali nak mintak izin klua...
fikir mcm ne nak ckp ni..
tapi bile dah explain elok2,nasib baik dibenarkan...
arap2 berkekalanlah keizinan ni...
hehe..
same2 kite doakan Allah permudahkan jalan,sekiranya ini yang terbaik buat kita semua...aminn
hrm..
semua de dugaan..dr byk aspek..
terutama parents la..
yela,mesti rr takut ank dye ter'ikut' ajaran sesat ke..
yg pntg camne yg yakinkn..
suda merasa..
hmm,xpela, brkorban sket..
xpe ke berkorban??
asal x 'terkorban' ok kn??
Post a Comment