Minggu lepas,saya pulang ke rumah,dan berpeluang mengerjakan solat tarawikh di masjid berhampiran rumah saya.Masalah yang saya jumpa pada tarawikh yang lalu kini berulang kembali,kanak2 yang belum baligh masih berada di tengah2 sof,dan ada sorang makcik ni siap letak anak tidur lagi kat sebelah.Mati kutu saya dibuatnya,tak tau nak menyelit kat mana.Sedikit pandangan dan pengajaran mengenai makcik tu,cuba kalian lihat,makcik yang sibuk jaga anak pun nak tarawikh,kita yang lapang,belum ada keluarga ni,buat pe je kat umah smpai tak pergi tarawikh?Jaga kucing ye?Masa muda remaja ni lah nak banyakkan amal ibadat, jangan tunggu tua.Kebanyakan orang mesti salu gak fikir,"ala,tua nanti tobat la,buat ibadah banyak2"..mungkin kita tgk nenek ngan atok kita salu g surau mase diorang tua,tu yang terpengaruh tu. Apa kata kita ikut tabiat nenek atuk kita dari sekarang,lagi bagus.
Saya juga berkesempatan untuk mengerjakan solat sunat tarawikh di masjid kampung saya. Kg saya hanya 15-20 minit je dari rumah.Saya sangat bersyukur kerana kebetulan pada hari saya solat di situ,pihak masjid menjemput Ustaz Farid Ravi untuk menyampaikan sedikit tazkirah berkenaan ramadhan.Untuk mereka yang tidak mengenali ustaz Farid,ustaz ini adalah seorang mualaf,yang mengacarakan rancangan tilawah interaktif bersama Hafiz Hamidun(ni sure2 korang kenalkan?).Ustaz Farid di besarkan di kampung ini,dan memeluk islam juga di sini ketika usianya 18 tahun.
Tazkirahnya hanya 30 minit,tetapi sangat2 bermanfaat.Sedikit cerita ustaz mengenai Lailatul Qadar,para sahabat bertanya kepada baginda s.a.w,bilakah lailatul qadar?20 malam terakhir,
sahabat bertanya lagi akan waktu yang lebih spesifik,baginda menjawab,pada malam ganjil antara 20 malam terakhir(malam 21,23,25,27,29).Pada suatu hari,Allah memberitahu Rasulullah s.a.w maklumat berkenaan malam lailatul qadr,baginda terus keluar dari rumah untuk memberitakan hal tersebut kepada sahabat2 nya.Di pertengahan jalan,baginda ternmpak dua orang pemuda yang bergaduh,dan baginda membantu meleraikan pergaduhan tersebut, kemudian baginda terlupa akan perkara yang ingin dilakukannya sebentar tadi.Peristiwa ini menunjukkan betapa hebatnya malam lailatul qadr itu sehinggakan Allah membuatkan Rasulullah lupa untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada para sahabat.Allah inginkan hambaNya berusaha lebih gigih untuk mencari malam lailatul qadr.
........................................................................................
Baru2 ini,adik saya yang lagi 1,baru sahaja mendapat result trial pmr nya.Dia agak kerap menghubungi saya dari asrama untuk memberitahu perkembangan resultnya.Dia agak sedih dengan resultnya kerana bilangan A yang dimilikinya agak sedikit berbanding rakan2 yang lain. Tetapi,bagi saya,resultnya sangat berpotensi walaupun kurang 'A' nya.Apa ada pada kuantiti? Kualiti lebih penting.Apa2 pun,kegagalan itu adalah salah 1 ujian dari Allah,firman Allah swt,
"2:158,dan kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan,Sabda Rasulullah s.a.w,
kelaparan,dan kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikan kabar gembira kepada orang yang sabar."
"Barang siapa yang sakit semalam,dia sabar dan rela kepada
Allah,maka dia akan bersih daripada dosa bagaikan ketika lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit,janganlah segera meminta sembuh."
Sampai macam itu sekali kelebihan mereka yang sabar dengan ujian Allah.Ujian adalah tarbiah dari Allah,apakah kita akan sabar,ataupun sebaliknya>lirik lagu.Allah mendidik hambaNya dengan memberikan mereka sedikit dugaan,kemudian Allah akan lihat bagaimana cara kita menanganinya.Bahkan kehidupan di dunia ini juga merupakan 1 ujian dari Allah,yang bakal menentukan di mana destinasi kita selepas ini,sama ada syurga atau neraka.
Sekian,wasslam...
0 comments:
Post a Comment