Bismillahirrahmanirrahim...
Salam buat semua pembaca...
Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf untuk segalanya.Cerita pasal maaf bermaafan ni,tentula kita kerap kali bersalaman dengan sanak saudara sepanjang hari raya,tetapi,adakah kita berwaspada dengan siapa kita bersalaman?Adakah kita bersalaman dengan muhrim kita?
Masalah 'salam' kembali bertahkta setiap kali raya.Raya baru2 ini,seperti biasa,saya akan bersalam-salaman dengan makcik2 dan pakcik2 saya yang ada talian ibubapa saya untuk memohon ampun serta untuk mendapatkan duit raya(hehe).
Tetapi,pada tahun ini,ada seorang sepupu lelaki saya,yang baru sahaja bekerja, dengan rasa pemurahnya ingin menghulurkan angpau. Saya tahu tentang perkara ini dari sepupu perempuan saya,dan terus membuat keputusan untuk tidak bersalam dengannya.Tentu kalian rasa saya salam semata2 untuk mendapatkan duit rayakan?bukan begitu sebenarnya(sikit2 ade la),jika mengikut kebiasaan keluarga,kami semua dikehendaki bersalaman dengan pemberi duit raya,kerana wang sudah pun disediakan untuk semua.Sepupu saya yang agak peramah pun memberitahu abangnya tentang perkara tersebut,dan abangnya berkata,"malu2 tak dapat duit raya".Biar je la burn duit raya tu,saya tak kisah,yang penting Allah redha akan apa yang saya lakukan,Insya-Allah..
Masalah salam tahun lalu pula,apabila si makcik(adik ayah),duduk dengan suaminya di atas kerusi panjang,menanti si anak2 buah datang bersalaman dengan mereka,dan kemudian barulah si makcik memberikan angpau,saya dengan rasa serba salah,hanya mampu bersalaman dengan makcik,tapi saya tahu,yang si makcik agak berkecil hati kerana saya tidak bersalaman dengan suaminya yang tercinta,dan si makcik pun mengungkapkan,"kalo ko tak salam dengan pakcik ****,ko ucaplah selamat hari raya kat die"....pelik betul arahan ni,tapi saya lakukan jua demi menjaga hati seorang wanita bergelar makcik.
Saya tahu,ada pakcik2 lain yang rasa kecil hati apabila saya memilih ketika bersalaman.Hal ini adalah kerana ,mereka masih tidak paham akan batas sebenar pergaulan antara saudara mara.Bagi mereka,hubungan antara pakcik dengan anak saudara perempuan adalah seperti bapa dengan anak perempuan,dan bagi sepupu pula,mungkin mereka menganggap saudara2 mereka adalah seperti adik beradik mereka yang lain.
Batas perhubungan inilah menyebabkan tebentuknya batas aurat sesama saudara2 kita yang bukan muhrim.Adakah kita menutup aurat sepanjang berada sebumbung dengan saudara2 kita yang bukan muhrrim(sepupu lelaki,pakcik yang tiada talian darah).Mungkin ramai yang sudah sedia maklum akan perkara ni,tapi ramai juga yang masih tidak tau,atau terlupa,atau buat2 lupa akan hal ini.
Sama2 kita memperingati antara satu sama lain..sekian,wassalam...
KUN ANTA TAZDAD JAMAALA ❤
4 weeks ago
2 comments:
tu la masalah org kita...xreti bezakan adat dan agama...syukur alhamdulillah...ak dikurniakan family yg faham bab boleh salam ke x ni...kita sbg org yg faham...harus berperanan menegakkan yang benar...biarlah ape org nk kata...demi mendapat redhaNya...
p/s:semangat plak ak ni...:-)
bgus bangat family ko...ade latar belakang agame yang kuat...
Post a Comment