Salam buat semua...
Tarbiyah memberi impak yang besar dalam hidup saya.Bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya telah dipilih untuk tergelincir dijalan ini.Terima kasih buat sahabat seperjuangan yang telah bersama-sama berjuang dan sentiasa menegur atas setiap kelemahan diri.Terima kasih juga buat akhawat2 yang tidak mengenal erti jemu dan penat lelah dalam mencari jiwa2 baru untuk sama2 berjihad mencari keredhaan Allah. InsyaAllah...
Tarbiyah?apa tu?
Tanpa tarbiyah,
-tentu saya masih lagi menonton filem/drama2 lagho yang disiarkan.Mendengar lagu2 dari negara seberang yang liriknya hanya memf0kus kepada cinta manusia semata dan semestinya mampu melemahkan keimanan.Ayat ini telah merubah segalanya,
"2:209,wahai orang2 yang beriman!masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya,dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan.Sungguh itu adalah musuh yang nyata bagimu."
Mahukah kita menjadi muslim hanya pada nama sahaja?Orang kafir dengar lagu tu,kita pun dengar,mereka tengok cerita tu,kita pun tgk,yang membezakan kita dengan mereka hanyalah di kad pengenalan,kita islam,mereka....na'uzubillah..
Tanpa tarbiyah,
-tentu sekarang ini saya masih lagi tegar membalas mesej2 bukan muhrim yang tiada kepentingan,berchatting tntang perkara remeh di YM dan lain2...
"kak,boleh tak chat dengan laki?" inilah soalan yang sering saya dan rakan2 lain tanya kepada naqibah kami sewaktu di sekolah dahulu,tetapi jawapan mereka masih kurang jelas,dan tidak mampu mengubah saya.Sehinggakan 1 hari ketika taalim di matrik,seorang akhawat menjawab soalan saya dengan memberikan ayat ini,
"17:32,dan janganlah kamu mendekati zina;(zina) itu sungguh satu perbuatan yang keji"....
Sebelum saya terjumpa perkataan ini,saya menyedapkan hati saya dengan kata2,"ala,tak pe je chat dengan lelaki,selagi aku mampu kawal diri,tak terbawak2 dalam solat"..
Tapi,ternyata apa yang saya rasakan itu salah sama sekali.Berhubungan dengan lelaki yang bukan muhrim merupakan satu pendekatan kepada zina,dan ini ditegah Allah swt,melainkan ada urusan mustahak yang memerlukan kita berhubungan dengan lelaki...klik sini untuk tips berhubungan dengan mereka yg bukan muhrim.
Tanpa tarbiyah,
-mungkin saya tidak kenal apa itu mutabaah,dan tidak pernah punya target untuk mutabaah mingguan.Tilawah,dhuha,soum,istighfar,tahajud,maksurat,semua ini perlu dijaga.Kesemua ibadat ini lazim dilakukan oleh kebanyakan orang,kecuali tahajud.Saya memang tidak pernah sedar akan kepentingan tahajud sebelum di tarbiyah.Bagi saya,tahajud hanya akan saya lakukan ketika menghadiri kem2 bina diri,kem ibadah,dan seminggu sekali ketika di sekolah dahulu.
Waktu inilah waktu mustajab untuk berdoa,dan Allah berfirman,
"2:186,....aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-ku dan beriman kepadaku,agar mereka memperoleh kebenaran..
Tanpa tarbiyah,
-tentu hujung minggu saya hanya dipenuhi dengan mengulangkaji pelajaran untuk kepentingan dunia seperti rakan2 lain yang belum ditarbiyah.Tidur,bangun,makan,solat,stadi,dan tidur semula..itulah rutin harian yang saya jalani sebelum di tarbiyah.Dan saya tidak mahu berterusan seperti itu,sebaliknya mengisi kegersangan hati dengan sedikit pengisian dan masukan untuk menjalani hari2 mendatang dan memperbaiki kesilapan pada minggu sebelumnya.
Kesimpulannya,sertailah mana2 majlis ilmu,dan pastikan kalian mendapat pengisian yang berterusan.Doakan saya istiqamah dan istimrar di jalan tarbiyah ini.Hidayah itu milik Allah, dan tidak akan kekal bersama kita kecuali dengan izin-Nya..Aminnn...
3 comments:
salam,
semoga terus thabat dalam tarbiyah,
asif atas segala kesalahan,
kullu sanah wa entum bikhair
kerna tarbiyah..
kita mengenal erti ukhuwah lillahitaala kn?
indah2..
best post nti ni..
aah..lupe lak nak selit..
ukhuwah kerana Allah mmg lain sgt rsenye..susah nak carik...
Post a Comment