skip to main | skip to sidebar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About me

My Photo
Hamba-Nya yang hina..
sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri hari demi hari.. 'tuhan kuzalimi diri ini,andai kau tak ampuni dan rahmati,alangkah ruginya diri'.. 'tuhan jangan Kau palingkan hati ini..setelah Kau beri hidayah'..
View my complete profile

Ahlan wa sahlan

assalamualaikum..sesungguhnya tugas tarbiah adalah tanggung jwab setiap umat islam 'ala jaufil ard..kita seharusnya berusaha saling menasihati saudara2 islam kita yang lain disamping menasihati diri kita sendiri..dengan itu kita akan merasa dekat dengan Allah s.w.t hari demi hari..salah satu cara tarbiah adalah melalui blog..semoga maklumat2 yang terkandung dalam blog ini sedikit sebanyak dapat membantu kita meningkatkan ketaqwaan kepada pencipta kita Allah s.w.t..insya-Allah..

Followers

pukul berapa?

Archivo del blog

  • ► 2012 (6)
    • ► April (1)
    • ► March (1)
    • ► February (4)
  • ► 2010 (20)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► September (2)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► May (1)
    • ► April (2)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ▼ 2009 (58)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (4)
    • ▼ September (6)
      • G_ R_ -teka sendiri
      • Cemas..
      • Cerita Raya
      • T.A.R.B.I.Y.A.H.....
      • Jangan belajar di minit2 akhir...
      • 1+1=2 (tiada kena mengena)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (7)
    • ► May (11)
    • ► April (4)
    • ► March (5)
    • ► February (2)
    • ► January (2)
  • ► 2008 (25)
    • ► December (7)
    • ► November (5)
    • ► October (1)
    • ► September (5)
    • ► August (5)
    • ► April (2)

My Blog List

  • Saifulislam.Com
    Al-Rasul al-Mu’allim: Nabi Muhammad ﷺ Sebaik-baik Cikgu
    3 weeks ago
  • Mencari dan terus mencari cinta Ilahi
    Lakaran ummi ~ santai
    2 months ago
  • Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah
    MEMORI 2018
    6 years ago
  • Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha )
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • The Rocking Hijab™[revamped]
    A revert's thoughts on LGBTQ
    8 years ago
  • Dunia Sarah
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • inijalanku.wordpress.com
    TABAYYUN vs TASABBUT
    9 years ago
  • D I A G N O S i S
    Seandainya anda berkomitmen
    9 years ago
  • UmmuSaif.Com
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Lukisan Bercerita
    Komik #2 HAMBA.. (page 1-3)
    10 years ago
  • Selembut Sutera
    Sabar bila diuji?
    10 years ago
  • SaBaHaNmUsLiM
    My Ex-Jahiliyyah
    11 years ago
  • senihati
    :)
    12 years ago
  • ::cintaku hanya padamu::
    Andai Rebah, Ayuh Bangkit !
    12 years ago
  • Satu Ummah!!!
    Taat pada pemimpin yang zalim
    12 years ago
  • Wan Zuraida Suka Menulis
    Luahan Hati
    13 years ago
  • ~Dunia Yang Fana~
    Pengalaman berharga..
    13 years ago
  • SHOUTUL IKHWAH
    Cerpen: Gerimis Cinta
    14 years ago
  • sweetbakery
    more,more and more chocolate
    15 years ago
  • qudwah qobla dakwah
  • here i am
  • ~AkuDarahAnakMalaysia~
  • ~hidup untuk memberi~
  • .: Dalam pencarian menuju Ilahi :.
  • Faisal Tehrani
  • Di sini segalanya Bermula...

Feedjit

Labels

  • artikel copy (1)
  • dulu2 (7)
  • family (6)
  • jalan2 (2)
  • jalan2 carik redha Allah (7)
  • muhasabah diri (16)
  • perjalanan menimba ilmu (13)
  • ramadhan (1)
  • Raya (2)
  • rumah (13)
  • sahabat (2)
  • sekeliling (10)
  • sekolah (3)
  • sirah (1)
  • Tarbiyah (6)

tinggalkan jejak

lets count

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments

Shoutbox

iluvislam

~Dunia Yang Fana~

Surah 3:104,dan hendaklah diantara kamu ada segolongan yang mengerjakan kebajikan,menyuruh yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung...semoga kita tergolong dalam golongan ini..aminn

Wednesday, September 30, 2009

G_ R_ -teka sendiri

Entah mengapa saya tiba ingin bercerita tentang seorang tenaga pengajar di kolej saya.Saya amat tertarik dengan cara beliau mengajar.Teknik pembelajaran yang beliau gunakan sangat tersusun.Jarang sekali saya mengantuk ketika berada di kelasnya(bukan nak riak ye).Orangnya kecik molek,tapi jiwanya besar.Sentiasa bersemangat setiap kali mengajar walaupun bermacam2 karenah yang pelajar lontarkan. Apa yang saya paling suka,setiap kali sebelum peperiksaan subjeknya,tidak kiralah sama ada kuiz atau test,beliau pasti akan membuat 1 kelas persediaan yang mendedahkan bentuk2 soalan yang sering di tanya,dan alhamdulillah,siapa yang hadir ke kelas ni mmg score la.Perkara ini jarang sekali dilakukan oleh mana2 pensyarah.

Perkara lain yang saya suka tentang beliau,apa yang diterangkannya lancar sekali,dan beliau tidak membaca bulat2 apa yang terkandung di dalam slide(seperti yang dilakukan oleh beberapa org pnsyrh).Beliau juga tidak berlengah2 dalam menanda kertas peperiksaan.Paham2 je la,pelajar mmg selalu tak sabar2 nak dpt balik kertas exam,walaupun result takde la bagus mana.Dari segi penampilan,beliau memang sentiasa kelihatan kemas,dan saya boleh nampak sifat2 pembersih yang wujud dalam diri beliau.Kesimpulannya,saya sngat bersyukur dapat menimba ilmu dari beliau,tambah2 lagi, subjek yang beliau ajar adalah subjek yang paling besar jam kreditnya.

********************************

Bukan senang hendak menjadi seorang guru.Bapa saya pernah menyatakan keinginannya untuk melihat saya menjadi guru.Katanya,kerjaya guru ni memang sangat sesuai dengan wanita,memandangkan waktu berkerja seorang guru pada kebiasaannya hanya separuh hari.Ayah saya mengkehendaki saya menjadi guru berijazah.Saya pernah mendengar keluhan makcik saya yang merupakan seorang guru,tapi guru tahap diploma,katanya,”mengajar same je,tapi cikgu berijazah gaji jauh lagi banyak”.Inilah salah satu sebab mengapa saya katakan berat untuk menjadi seorang guru.Semuanya memerlukan ketahanan yang kuat dari segi fizikal dan emosi lebih2 lagi,juga memerlukan keikhlasan ketika mengajar.

Pernah di suatu ketika,saya tertinggal beg buku di rumah sekembalinya ke asrama.Ayah saya menghantar beg tersebut ketika saya sedang berada di dalam kelas matematik tambahan.Guru yang mengajar tu memang sangat bagus,dan kelakar.Ketika saya pulang ke rumah di hujung minggu,ayah saya mengeluarkan lagi pendapatnya tentang kerjaya guru,katanya,kerjaya guru ni professional.Tanpa saya sedari,sebenarnya ayah saya memerhatikan cara guru ‘add math’ saya tu mengajar.Mungkin dari situlah timbulnya idea kerjaya guru ini adalah suatu kerjaya yang professional.Tambahnya lagi,kerjaya sebagai guru ini juga dapat melatih seseorang menjadi berani bercakap di depan khalayak ramai.Macam2 kebaikan guru ayah saya nyatakan,tapi saya tetap rasa tidak layak untuk menjadi seorang guru.Tahap kesabaran yang sangat tipis dalam diri saya menyebabkan saya berasa sedemikian.

Apa yang telah saya coretkan ini bukanlah hendak menakut-nakutkan kalian tentang kerjaya mualim ni. Sebaliknya hendak menggalakkan kalian kea rah itu.Pekerjaan ini sangat mulia,dan kita bakal mendapat pahala yang berterusan sekiranya ilmu yang kita ajarkan itu di manfaatkan oleh pelajar kalian.Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

"Apabila seseorang anak Adam mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara: Sedekah Jariah yang sentiasa mengalir pahalanya. Ilmu yang dimanfa’atkan orang lain. Doa anak yang salih."_ (Riwayat Muslim)

Sekian,wassalam
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Wednesday, September 30, 2009 0 comments
Labels: dulu2, perjalanan menimba ilmu

Friday, September 25, 2009

Cemas..

Hari ini hari terakhir saya berada di rumah sebelum pulang ke kolej esok.Tidak dapat nak digambarkan apa yang saya rasakan sekarang ini,rasa takut,tidak bersedia,cemas,menggelabah tak tentu pasal,semuanya sedang berbaur(semua sejenis je perasaan ini sbenarnye).Setelah puas menikmati cuti raye, dan hanya sedikit persediaan untuk peperiksaan akhir dilakukan,mmg wajar ke semua perasaan itu wujud.Final tinggal 4 minggu sahaja.Study week pun tiada untuk sem ni, semuanya gara2 H1N1.Tak taulah mcm mana saya nak bahagikan masa nanti.

Bercakap pasal cuti ni,semasa cutilah ramai antara akhawat dan ikhwah futur.Futur maknanya lemah selepas kuat.Jika di kolej,kita aktif menyertai majlis ilmu,mutabaah mantap,tetapi sebaik sahaja pulang ke rumah,semuanya berubah.Ini mungkin disebabkan tiada biah solehah di rumah. Tiadanya sahabat sefikrah untuk mengingati.Hanya kekuatan iman dapat membantu kita. Betapa pentingnya taman2 syurga untuk kita hadiri semasa cuti.Betapa tingginya darjat majlis2 ilmu sehingga disamakan dengan taman2 syurga.

.......................................................................................................

Tiba2,saya teringat peristiwa petang tadi,ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri open house di rumah kawan ayah,saya menerima panggilan dari nombor yang asing, dan memberanikan diri untuk menjawab panggilan tersebut.Rupa2 nya,pemanggil itu adalah rakan lama(skola rndah) saya,dan menyatakan hajatnya dan beberapa lagi rakan lain untuk beraya di rumah saya pada waktu itu,tapi malangnya saya tiada di rumah.Entah mengapa saya merasa sangat lega atas kegagalan mereka untuk beraya di rumah saya.Saya dapat bayangkan kejanggalan saya untuk melayan mereka dengan baik,tambahan pula wujudnya jantina lain dalam 'rombongan raya' mereka.Sangat2 menyedihkan apabila melihat keadaan seorang rakan lama saya yang sangat2 berubah dari dulu.Jika dulu(masa f2),saya akan kerap berhubungan dngnya,dan apabila saya menghubunginya pada waktu malam,dia sedang membaca Al-Quran, betapa bagusnya didikan yang ibu bapanya berikan.Tetapi kini,saya dapat rasakan perubahan yang ketara dalam dirinya,tambahan lagi apabila dia sudah mempunyai pasangan.Saya hanya mampu berdoa agar Allah memberikan hidayah semula kepadanya,teringat doa yang selalu kita baca selepas solat,'rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana ,wahablana min ladunka rahmah, innaka antalwahhab'..maknanya,'tuhan jangan kau palingkan hati kami,setelah kau beri hidayah,sesungguhnya kau Maha Pengasih'...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Friday, September 25, 2009 0 comments
Labels: muhasabah diri, Raya

Wednesday, September 23, 2009

Cerita Raya

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam buat semua pembaca...

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf untuk segalanya.Cerita pasal maaf bermaafan ni,tentula kita kerap kali bersalaman dengan sanak saudara sepanjang hari raya,tetapi,adakah kita berwaspada dengan siapa kita bersalaman?Adakah kita bersalaman dengan muhrim kita?

Masalah 'salam' kembali bertahkta setiap kali raya.Raya baru2 ini,seperti biasa,saya akan bersalam-salaman dengan makcik2 dan pakcik2 saya yang ada talian ibubapa saya untuk memohon ampun serta untuk mendapatkan duit raya(hehe).

Tetapi,pada tahun ini,ada seorang sepupu lelaki saya,yang baru sahaja bekerja, dengan rasa pemurahnya ingin menghulurkan angpau. Saya tahu tentang perkara ini dari sepupu perempuan saya,dan terus membuat keputusan untuk tidak bersalam dengannya.Tentu kalian rasa saya salam semata2 untuk mendapatkan duit rayakan?bukan begitu sebenarnya(sikit2 ade la),jika mengikut kebiasaan keluarga,kami semua dikehendaki bersalaman dengan pemberi duit raya,kerana wang sudah pun disediakan untuk semua.Sepupu saya yang agak peramah pun memberitahu abangnya tentang perkara tersebut,dan abangnya berkata,"malu2 tak dapat duit raya".Biar je la burn duit raya tu,saya tak kisah,yang penting Allah redha akan apa yang saya lakukan,Insya-Allah..

Masalah salam tahun lalu pula,apabila si makcik(adik ayah),duduk dengan suaminya di atas kerusi panjang,menanti si anak2 buah datang bersalaman dengan mereka,dan kemudian barulah si makcik memberikan angpau,saya dengan rasa serba salah,hanya mampu bersalaman dengan makcik,tapi saya tahu,yang si makcik agak berkecil hati kerana saya tidak bersalaman dengan suaminya yang tercinta,dan si makcik pun mengungkapkan,"kalo ko tak salam dengan pakcik ****,ko ucaplah selamat hari raya kat die"....pelik betul arahan ni,tapi saya lakukan jua demi menjaga hati seorang wanita bergelar makcik.

Saya tahu,ada pakcik2 lain yang rasa kecil hati apabila saya memilih ketika bersalaman.Hal ini adalah kerana ,mereka masih tidak paham akan batas sebenar pergaulan antara saudara mara.Bagi mereka,hubungan antara pakcik dengan anak saudara perempuan adalah seperti bapa dengan anak perempuan,dan bagi sepupu pula,mungkin mereka menganggap saudara2 mereka adalah seperti adik beradik mereka yang lain.

Batas perhubungan inilah menyebabkan tebentuknya batas aurat sesama saudara2 kita yang bukan muhrim.Adakah kita menutup aurat sepanjang berada sebumbung dengan saudara2 kita yang bukan muhrrim(sepupu lelaki,pakcik yang tiada talian darah).Mungkin ramai yang sudah sedia maklum akan perkara ni,tapi ramai juga yang masih tidak tau,atau terlupa,atau buat2 lupa akan hal ini.

Sama2 kita memperingati antara satu sama lain..sekian,wassalam...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Wednesday, September 23, 2009 2 comments
Labels: Raya

Thursday, September 17, 2009

T.A.R.B.I.Y.A.H.....

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam buat semua...

Tarbiyah memberi impak yang besar dalam hidup saya.Bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya telah dipilih untuk tergelincir dijalan ini.Terima kasih buat sahabat seperjuangan yang telah bersama-sama berjuang dan sentiasa menegur atas setiap kelemahan diri.Terima kasih juga buat akhawat2 yang tidak mengenal erti jemu dan penat lelah dalam mencari jiwa2 baru untuk sama2 berjihad mencari keredhaan Allah. InsyaAllah...

Tarbiyah?apa tu?


Tanpa tarbiyah,
-tentu saya masih lagi menonton filem/drama2 lagho yang disiarkan.Mendengar lagu2 dari negara seberang yang liriknya hanya memf0kus kepada cinta manusia semata dan semestinya mampu melemahkan keimanan.Ayat ini telah merubah segalanya,

"2:209,wahai orang2 yang beriman!masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya,dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan.Sungguh itu adalah musuh yang nyata bagimu."

Mahukah kita menjadi muslim hanya pada nama sahaja?Orang kafir dengar lagu tu,kita pun dengar,mereka tengok cerita tu,kita pun tgk,yang membezakan kita dengan mereka hanyalah di kad pengenalan,kita islam,mereka....na'uzubillah..





Tanpa tarbiyah,
-tentu sekarang ini saya masih lagi tegar membalas mesej2 bukan muhrim yang tiada kepentingan,berchatting tntang perkara remeh di YM dan lain2...
"kak,boleh tak chat dengan laki?" inilah soalan yang sering saya dan rakan2 lain tanya kepada naqibah kami sewaktu di sekolah dahulu,tetapi jawapan mereka masih kurang jelas,dan tidak mampu mengubah saya.Sehinggakan 1 hari ketika taalim di matrik,seorang akhawat menjawab soalan saya dengan memberikan ayat ini,

"17:32,dan janganlah kamu mendekati zina;(zina) itu sungguh satu perbuatan yang keji"....

Sebelum saya terjumpa perkataan ini,saya menyedapkan hati saya dengan kata2,"ala,tak pe je chat dengan lelaki,selagi aku mampu kawal diri,tak terbawak2 dalam solat"..
Tapi,ternyata apa yang saya rasakan itu salah sama sekali.Berhubungan dengan lelaki yang bukan muhrim merupakan satu pendekatan kepada zina,dan ini ditegah Allah swt,melainkan ada urusan mustahak yang memerlukan kita berhubungan dengan lelaki...klik sini untuk tips berhubungan dengan mereka yg bukan muhrim.


Tanpa tarbiyah,
-mungkin saya tidak kenal apa itu mutabaah,dan tidak pernah punya target untuk mutabaah mingguan.Tilawah,dhuha,soum,istighfar,tahajud,maksurat,semua ini perlu dijaga.Kesemua ibadat ini lazim dilakukan oleh kebanyakan orang,kecuali tahajud.Saya memang tidak pernah sedar akan kepentingan tahajud sebelum di tarbiyah.Bagi saya,tahajud hanya akan saya lakukan ketika menghadiri kem2 bina diri,kem ibadah,dan seminggu sekali ketika di sekolah dahulu.
Waktu inilah waktu mustajab untuk berdoa,dan Allah berfirman,

"2:186,....aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-ku dan beriman kepadaku,agar mereka memperoleh kebenaran..

Tanpa tarbiyah,
-tentu hujung minggu saya hanya dipenuhi dengan mengulangkaji pelajaran untuk kepentingan dunia seperti rakan2 lain yang belum ditarbiyah.Tidur,bangun,makan,solat,stadi,dan tidur semula..itulah rutin harian yang saya jalani sebelum di tarbiyah.Dan saya tidak mahu berterusan seperti itu,sebaliknya mengisi kegersangan hati dengan sedikit pengisian dan masukan untuk menjalani hari2 mendatang dan memperbaiki kesilapan pada minggu sebelumnya.


Kesimpulannya,sertailah mana2 majlis ilmu,dan pastikan kalian mendapat pengisian yang berterusan.Doakan saya istiqamah dan istimrar di jalan tarbiyah ini.Hidayah itu milik Allah, dan tidak akan kekal bersama kita kecuali dengan izin-Nya..Aminnn...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Thursday, September 17, 2009 3 comments
Labels: Tarbiyah

Thursday, September 10, 2009

Jangan belajar di minit2 akhir...

Hari ini,saya nak meluahkan sesuatu yang dari saya rasa selepas mendapat markah test salah satu subjek.Saya membuat persediaan untuk test ini,sehari sebelum test di jalankan.Memang last minute sangat2.Bercakap pasal markah,markah yang saya dapat,kalau nak diikutkan ok je,tapi ada kawan boleh dapat lagi tinggi.Ini semua di sebabkan otak saya yang agak sarat dengan maklumat yang di sumbat last minute,dan maklumat tersebut bercampur gaul mcm rojak buah.Memang macam sedih,tapi redha la,sebab Allah akan bagi sesuatu berdasarkan apa yang kita usahakan. Maknanya,kalau usaha sikit,sikit la dapat.Tapi,ada jugak orang yang usaha banyak,dapat sikit gak, ni mungkin sebab ketidak ikhlasan dia semasa berusaha,dan mungkin,semasa dia berusaha itu, banyak peraturan Allah yang dia langgar.

Minggu ni jugak,saya selalu tido awal waktu malam,mentang2 takde test.Menyesal juga bila ingat balik, sedangkan masa yang saya tido tu,boleh digunakan untuk mengulangkaji test yang akan datang.

Pejam celik dah masuk fasa ke 3 ramdhan,iaitu,pelepasan dari seksaan api neraka.Ni la fasa core ramadhan.Malam 21 dah pun berlalu,mungkin lailatul qadr jatuh pada malam tu.Ada sesiapa nampak pokok sujud tak semalam?Mungkin ada orang yang tak tido 1 malam kerana menanti ketibaan malam ini( tgu pokok kat pasu sujud tak),tapi,Allah itu Maha bijaksana,Maha Adil,bukan calang2 hamba yang Allah pilih dapat ketemu dengan malam ni.Yang pasti,orang itu mesti sangat dekat dengan Allah.Tapi,walau apa2 pun,teruskan beribadat,dan hasilkanlah ibadat yang berkualiti.Kalau ngantuk sangat,baik tidur je dulu,tak guna kita beribadat dalam keadaan kita tak sedar,solat sunat 2 rakaat pun kita boleh konfius,"ni rakaat pertama ke kedua?"..ni berdasarkan pengalaman sendiri.Kalau tilawah dalam keadaan ngantuk pulak,1 halaman yang kita boleh baca dalam masa 5 minit,boleh jadi 15 minit untuk habiskan.Campur dengan tajwid tunggang langgang lagi,dosa tu.Bagi sesiapa yang tinggal berhampiran masjid,rajinkanlah diri untuk mabit kat masjid2,atau musolla berhampiran.Lelaki lagi senang selalunya.Jangan datang masjid nak masa berbuka je. Bagi mereka2 yang sedang berakedemik,jangan disebabkan peperiksaan,kita tinggalkan tarawikh,dan ibadat2 lain.Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya,sedihkah kita?ke seronok sebab nak raya?Tahun depan belum tentu kita masih bernafas dibulan ramadhan ni,jadi,manfaatkan baki2 ramadhan ni.

Kesimpulan dari post yang pndek ini,jangan study last minute,dan teruskan perjuangan memburu lailatul qadr.sekian,assalamualaikum wbt..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Thursday, September 10, 2009 0 comments
Labels: muhasabah diri, perjalanan menimba ilmu

Friday, September 4, 2009

1+1=2 (tiada kena mengena)

Minggu hadapan adalah minggu yang menyenangkan kerana tiada sebarang peperiksaan dijalankan setelah minggu2 lalu padat dengan test dan kuiz.Kebelakangan ini saya sering tidur lewat kerana membuat persiapan untuk test esoknya.Tidur lewat bukanlah bermakna saya menelaah tanpa henti dari malam sampai tengah malam,tetapi kepenatan selepas solat tarawikh pada malam hari menyebabkan saya membuat keputusan untuk berehat(tido) sebentar dan bangun semula selepas itu.Inilah satu formula baru yang saya jumpa di bulan ramadhan kali ini.Ternyata kita akan merasa lebih segar untuk mengulangkaji setelah mendapat rehat yang secukupnya(takde la tesengguk2 mase blaja).Alang2 stadi sampai pagi tu,bolehlah buat solat sunat skali.Ini lagi 1 formula bagi mereka yang sering mengantuk ketika qiamulail,saya salah seorang daripadanya.


Minggu lepas,saya pulang ke rumah,dan berpeluang mengerjakan solat tarawikh di masjid berhampiran rumah saya.Masalah yang saya jumpa pada tarawikh yang lalu kini berulang kembali,kanak2 yang belum baligh masih berada di tengah2 sof,dan ada sorang makcik ni siap letak anak tidur lagi kat sebelah.Mati kutu saya dibuatnya,tak tau nak menyelit kat mana.Sedikit pandangan dan pengajaran mengenai makcik tu,cuba kalian lihat,makcik yang sibuk jaga anak pun nak tarawikh,kita yang lapang,belum ada keluarga ni,buat pe je kat umah smpai tak pergi tarawikh?Jaga kucing ye?Masa muda remaja ni lah nak banyakkan amal ibadat, jangan tunggu tua.Kebanyakan orang mesti salu gak fikir,"ala,tua nanti tobat la,buat ibadah banyak2"..mungkin kita tgk nenek ngan atok kita salu g surau mase diorang tua,tu yang terpengaruh tu. Apa kata kita ikut tabiat nenek atuk kita dari sekarang,lagi bagus.


Saya juga berkesempatan untuk mengerjakan solat sunat tarawikh di masjid kampung saya. Kg saya hanya 15-20 minit je dari rumah.Saya sangat bersyukur kerana kebetulan pada hari saya solat di situ,pihak masjid menjemput Ustaz Farid Ravi untuk menyampaikan sedikit tazkirah berkenaan ramadhan.Untuk mereka yang tidak mengenali ustaz Farid,ustaz ini adalah seorang mualaf,yang mengacarakan rancangan tilawah interaktif bersama Hafiz Hamidun(ni sure2 korang kenalkan?).Ustaz Farid di besarkan di kampung ini,dan memeluk islam juga di sini ketika usianya 18 tahun.


Tazkirahnya hanya 30 minit,tetapi sangat2 bermanfaat.Sedikit cerita ustaz mengenai Lailatul Qadar,para sahabat bertanya kepada baginda s.a.w,bilakah lailatul qadar?20 malam terakhir,
sahabat bertanya lagi akan waktu yang lebih spesifik,baginda menjawab,pada malam ganjil antara 20 malam terakhir(malam 21,23,25,27,29).Pada suatu hari,Allah memberitahu Rasulullah s.a.w maklumat berkenaan malam lailatul qadr,baginda terus keluar dari rumah untuk memberitakan hal tersebut kepada sahabat2 nya.Di pertengahan jalan,baginda ternmpak dua orang pemuda yang bergaduh,dan baginda membantu meleraikan pergaduhan tersebut, kemudian baginda terlupa akan perkara yang ingin dilakukannya sebentar tadi.Peristiwa ini menunjukkan betapa hebatnya malam lailatul qadr itu sehinggakan Allah membuatkan Rasulullah lupa untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada para sahabat.Allah inginkan hambaNya berusaha lebih gigih untuk mencari malam lailatul qadr.

........................................................................................

Baru2 ini,adik saya yang lagi 1,baru sahaja mendapat result trial pmr nya.Dia agak kerap menghubungi saya dari asrama untuk memberitahu perkembangan resultnya.Dia agak sedih dengan resultnya kerana bilangan A yang dimilikinya agak sedikit berbanding rakan2 yang lain. Tetapi,bagi saya,resultnya sangat berpotensi walaupun kurang 'A' nya.Apa ada pada kuantiti? Kualiti lebih penting.Apa2 pun,kegagalan itu adalah salah 1 ujian dari Allah,firman Allah swt,

"2:158,dan kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan,
kelaparan,dan kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikan kabar gembira kepada orang yang sabar."


Sabda Rasulullah s.a.w,


"Barang siapa yang sakit semalam,dia sabar dan rela kepada
Allah,maka dia akan bersih daripada dosa bagaikan ketika lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit,janganlah segera meminta sembuh."


Sampai macam itu sekali kelebihan mereka yang sabar dengan ujian Allah.Ujian adalah tarbiah dari Allah,apakah kita akan sabar,ataupun sebaliknya>lirik lagu.Allah mendidik hambaNya dengan memberikan mereka sedikit dugaan,kemudian Allah akan lihat bagaimana cara kita menanganinya.Bahkan kehidupan di dunia ini juga merupakan 1 ujian dari Allah,yang bakal menentukan di mana destinasi kita selepas ini,sama ada syurga atau neraka.

Sekian,wasslam...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Friday, September 04, 2009 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod | Distributed by Deluxe Templates