Novel yang ingin ana kupas berjudul Salahudin Penakluk Jerusalem sepeti yang sedia maklum pada 'cover page' buku di atas.Satu lagi karya Abdul Latip Talib yang berjaya menambat hati pembaca.Novel 289 halaman ini diterbitkan oleh PTS Fortuna dan dijual dengan harga RM 26.90 di Semenanjung Malaysia, manakala RM 29.90 di Sabah dan Sarawak.Tapi,ana berjaya beli dengan harga RM20.00 di pesta buku yang berlangsung baru-baru ini,alhamdulillah..
Novel ini mengisahkan tentang sejarah hidup pahlawan Islam bernama Salahudin Ayubi dari usia sekecil cili padi hingga ke usia kewafatannya. Salahudin yang dilahirkan di Tikrit(Iraq) pada tahun 534H dibesarkan dengan ilmu ketenteraan dan keagamaan oleh ayah dan datuknya.
Sejak berpindah ke Mesir, Salahudin sangat cintakan jihad sehingga jihad menjadi topik perbincangan yang amat digemarinya kerana semangat yang berkobar-kobar untuk memerangi tentera Salib. Kemuncak perjuangan Salahudin adalah apabila tentera pimpinannya berjaya mengalahkan tentera Salib semasa Perang Hittin pada 4 Julai 1187. Kejayaan ini akhirnya menjurus kepada kejatuhan Baitul Maqdis ke dalam pemerintahan Islam pada 15 Oktober 1187.
Kemudiannya Salahudin dan angkatan tenteranya berjaya merampas semula Jerusalem daripada tentera Salib tanpa berlaku pertumpahan darah. Setiap tentera Salib mahupun penduduk beragama Kristian dibenarkan meninggalkan kota Jerusalem dengan membayar tebusan mengikut kemampuan masing-masing.
Tiada seorang pun penduduk bukan Islam yang dianiaya dengan kejam sebagaimana seksaan yang dihadapi oleh penduduk Islam ketika Jerusalem ditawan oleh tentera Salib pada 15 Oktober 1099. Memetik kata-kata Ibnu Khaldun, "Tentera Salib yang ganas dan kejam itu telah mengganas di Baitul Maqdis selama seminggu. Mereka melakukan rompakan, perkosaan dan membakar rumah-rumah penduduk.
Apabila dihitung jumlah mayat di sekitar masjid, dalam rumah dan di sepanjang jalan, jumlahnya tidak kurang tujuh puluh orang.
"Selepas mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib, Salahudin kembali ke Damsyik dan hidup secara sederhana. Beliau jatuh sakit pada 16 Safar 598H dan meninggal dunia pada malam 27 Safar 598H ketika berumur 55 tahun.
Selama ini kita sering lagi terdengar nama salahudin al-ayubi disebut-sebut,tidakkah kita berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri beliau?bagi sesiapa yang berminat,sila dapatkan buku ini di kedai buku berdekatan selagi stok masih ada.Semoga berjaya...
2 comments:
owh...promotion buku pula... speaker PTS ke? huhu
dh bce since f3 lg..
gile best..
sdey cte dy.
bg kite la..
Post a Comment