skip to main | skip to sidebar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About me

My Photo
Hamba-Nya yang hina..
sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri hari demi hari.. 'tuhan kuzalimi diri ini,andai kau tak ampuni dan rahmati,alangkah ruginya diri'.. 'tuhan jangan Kau palingkan hati ini..setelah Kau beri hidayah'..
View my complete profile

Ahlan wa sahlan

assalamualaikum..sesungguhnya tugas tarbiah adalah tanggung jwab setiap umat islam 'ala jaufil ard..kita seharusnya berusaha saling menasihati saudara2 islam kita yang lain disamping menasihati diri kita sendiri..dengan itu kita akan merasa dekat dengan Allah s.w.t hari demi hari..salah satu cara tarbiah adalah melalui blog..semoga maklumat2 yang terkandung dalam blog ini sedikit sebanyak dapat membantu kita meningkatkan ketaqwaan kepada pencipta kita Allah s.w.t..insya-Allah..

Followers

pukul berapa?

Archivo del blog

  • ► 2012 (6)
    • ► April (1)
    • ► March (1)
    • ► February (4)
  • ► 2010 (20)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► September (2)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► May (1)
    • ► April (2)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ▼ 2009 (58)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (4)
    • ► September (6)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (7)
    • ▼ May (11)
      • Pililhlah Islam kerana Islam adalah sibghatullah..
      • Andai Mayat Berkata-kata....
      • Faham+yakin=keimanan yang mutlak
      • Sirah:Ummu Sulaim menanti keislaman Abu Talhah
      • Kesihatan:Panduan pemakanan
      • Cerpen:Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku
      • Novel...?
      • Tahukah anda?
      • Jaga Otak Anda...
      • kelebihan Surah Al-Ikhlas
      • Bicara Tentang Dajjal
    • ► April (4)
    • ► March (5)
    • ► February (2)
    • ► January (2)
  • ► 2008 (25)
    • ► December (7)
    • ► November (5)
    • ► October (1)
    • ► September (5)
    • ► August (5)
    • ► April (2)

My Blog List

  • Saifulislam.Com
    Al-Rasul al-Mu’allim: Nabi Muhammad ﷺ Sebaik-baik Cikgu
    3 weeks ago
  • Mencari dan terus mencari cinta Ilahi
    Lakaran ummi ~ santai
    2 months ago
  • Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah
    MEMORI 2018
    6 years ago
  • Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha )
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • The Rocking Hijab™[revamped]
    A revert's thoughts on LGBTQ
    8 years ago
  • Dunia Sarah
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • inijalanku.wordpress.com
    TABAYYUN vs TASABBUT
    9 years ago
  • D I A G N O S i S
    Seandainya anda berkomitmen
    9 years ago
  • UmmuSaif.Com
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Lukisan Bercerita
    Komik #2 HAMBA.. (page 1-3)
    10 years ago
  • Selembut Sutera
    Sabar bila diuji?
    10 years ago
  • SaBaHaNmUsLiM
    My Ex-Jahiliyyah
    11 years ago
  • senihati
    :)
    12 years ago
  • ::cintaku hanya padamu::
    Andai Rebah, Ayuh Bangkit !
    12 years ago
  • Satu Ummah!!!
    Taat pada pemimpin yang zalim
    12 years ago
  • Wan Zuraida Suka Menulis
    Luahan Hati
    13 years ago
  • ~Dunia Yang Fana~
    Pengalaman berharga..
    13 years ago
  • SHOUTUL IKHWAH
    Cerpen: Gerimis Cinta
    14 years ago
  • sweetbakery
    more,more and more chocolate
    15 years ago
  • qudwah qobla dakwah
  • here i am
  • ~AkuDarahAnakMalaysia~
  • ~hidup untuk memberi~
  • .: Dalam pencarian menuju Ilahi :.
  • Faisal Tehrani
  • Di sini segalanya Bermula...

Feedjit

Labels

  • artikel copy (1)
  • dulu2 (7)
  • family (6)
  • jalan2 (2)
  • jalan2 carik redha Allah (7)
  • muhasabah diri (16)
  • perjalanan menimba ilmu (13)
  • ramadhan (1)
  • Raya (2)
  • rumah (13)
  • sahabat (2)
  • sekeliling (10)
  • sekolah (3)
  • sirah (1)
  • Tarbiyah (6)

tinggalkan jejak

lets count

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
Comments
    Atom
Comments

Shoutbox

iluvislam

~Dunia Yang Fana~

Surah 3:104,dan hendaklah diantara kamu ada segolongan yang mengerjakan kebajikan,menyuruh yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung...semoga kita tergolong dalam golongan ini..aminn

Sunday, May 24, 2009

Cerpen:Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"
Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."


Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.

Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.

Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"
Malaikat-malaikat itu menjawab:

"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"

Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"
Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."

Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."
Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama
lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.
Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.

Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.
Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...
Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.
Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.

Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

***********
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

Sumber: Mastika, Mei 2006
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Sunday, May 24, 2009

2 comments:

sherasan said...

Assalamualaikum

tak silap ana enti ad bg emel kat ana kan cite ni..

anyway, mabruk coz sudi share cite ni kat orang len.

May 25, 2009 at 9:02 AM
Hamba-Nya yang hina.. said...

oohh..ade ke?tah..lupe la..ni pon kawan bg..mcm best je..post la pe lg...

May 25, 2009 at 9:04 AM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod | Distributed by Deluxe Templates