skip to main | skip to sidebar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About me

My Photo
Hamba-Nya yang hina..
sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri hari demi hari.. 'tuhan kuzalimi diri ini,andai kau tak ampuni dan rahmati,alangkah ruginya diri'.. 'tuhan jangan Kau palingkan hati ini..setelah Kau beri hidayah'..
View my complete profile

Ahlan wa sahlan

assalamualaikum..sesungguhnya tugas tarbiah adalah tanggung jwab setiap umat islam 'ala jaufil ard..kita seharusnya berusaha saling menasihati saudara2 islam kita yang lain disamping menasihati diri kita sendiri..dengan itu kita akan merasa dekat dengan Allah s.w.t hari demi hari..salah satu cara tarbiah adalah melalui blog..semoga maklumat2 yang terkandung dalam blog ini sedikit sebanyak dapat membantu kita meningkatkan ketaqwaan kepada pencipta kita Allah s.w.t..insya-Allah..

Followers

pukul berapa?

Archivo del blog

  • ► 2012 (6)
    • ► April (1)
    • ► March (1)
    • ► February (4)
  • ► 2010 (20)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► September (2)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► May (1)
    • ► April (2)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ▼ 2009 (58)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (4)
    • ► September (6)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (7)
    • ▼ May (11)
      • Pililhlah Islam kerana Islam adalah sibghatullah..
      • Andai Mayat Berkata-kata....
      • Faham+yakin=keimanan yang mutlak
      • Sirah:Ummu Sulaim menanti keislaman Abu Talhah
      • Kesihatan:Panduan pemakanan
      • Cerpen:Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku
      • Novel...?
      • Tahukah anda?
      • Jaga Otak Anda...
      • kelebihan Surah Al-Ikhlas
      • Bicara Tentang Dajjal
    • ► April (4)
    • ► March (5)
    • ► February (2)
    • ► January (2)
  • ► 2008 (25)
    • ► December (7)
    • ► November (5)
    • ► October (1)
    • ► September (5)
    • ► August (5)
    • ► April (2)

My Blog List

  • Mencari dan terus mencari cinta Ilahi
    Lakaran ummi ~ santai
    1 day ago
  • Saifulislam.Com
    Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
    5 weeks ago
  • Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah
    MEMORI 2018
    5 years ago
  • Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha )
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • The Rocking Hijab™[revamped]
    A revert's thoughts on LGBTQ
    8 years ago
  • Dunia Sarah
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • inijalanku.wordpress.com
    TABAYYUN vs TASABBUT
    8 years ago
  • D I A G N O S i S
    Seandainya anda berkomitmen
    9 years ago
  • UmmuSaif.Com
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Lukisan Bercerita
    Komik #2 HAMBA.. (page 1-3)
    10 years ago
  • Selembut Sutera
    Sabar bila diuji?
    10 years ago
  • SaBaHaNmUsLiM
    My Ex-Jahiliyyah
    11 years ago
  • senihati
    :)
    11 years ago
  • ::cintaku hanya padamu::
    Andai Rebah, Ayuh Bangkit !
    12 years ago
  • Satu Ummah!!!
    Taat pada pemimpin yang zalim
    12 years ago
  • Wan Zuraida Suka Menulis
    Luahan Hati
    13 years ago
  • ~Dunia Yang Fana~
    Pengalaman berharga..
    13 years ago
  • SHOUTUL IKHWAH
    Cerpen: Gerimis Cinta
    14 years ago
  • sweetbakery
    more,more and more chocolate
    15 years ago
  • qudwah qobla dakwah
  • here i am
  • ~AkuDarahAnakMalaysia~
  • ~hidup untuk memberi~
  • .: Dalam pencarian menuju Ilahi :.
  • Faisal Tehrani
  • Di sini segalanya Bermula...

Feedjit

Labels

  • artikel copy (1)
  • dulu2 (7)
  • family (6)
  • jalan2 (2)
  • jalan2 carik redha Allah (7)
  • muhasabah diri (16)
  • perjalanan menimba ilmu (13)
  • ramadhan (1)
  • Raya (2)
  • rumah (13)
  • sahabat (2)
  • sekeliling (10)
  • sekolah (3)
  • sirah (1)
  • Tarbiyah (6)

tinggalkan jejak

lets count

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments

Shoutbox

iluvislam

~Dunia Yang Fana~

Surah 3:104,dan hendaklah diantara kamu ada segolongan yang mengerjakan kebajikan,menyuruh yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung...semoga kita tergolong dalam golongan ini..aminn

Friday, May 29, 2009

Pililhlah Islam kerana Islam adalah sibghatullah..

Assalamualaikum wbt,sebelum memulakan perkongsian,nak mintak maaf terlebih dahulu kerana sy budak baru belajar..mungkin kata2 yang bakal dibina selepas ini bakal mengundang kesakitan mata memandang,kesakitan hati membaca,dan kesakitan telinga bagi mereka yang terdengar kawan mereka bace.Tapi harap2 kecederaan yang disebut tadi tu tak berlakulah..hmm


Di sini nak kongsi sket pasal 1 perkara yang tengah meletup kat Malaysia.Selain isi virus H1N1,ade lg bnde yg lebih penting dari tu.Mungkin ramai pembaca da tau pasal ni,tp de gak yg tak tau.Maaf,banyak pulak kias.Anda semua kenal Azlina Jailani?Azlina Jailani ataupun nama bukan islamnya 'Lina Joy' yang dahulunya beragama islam,tapi sudah pun bertuka agama(kristian).Sangat sedih apabila umat islam berpaling tadah dari agamanya sendiri.sama2 kita mendoakan supaya hati Azlina kembali kepada islam semula.semoga Allah memberikannya hidayah kembali.Aminn...

Isu ini telah dibawa ke mahkamah,dan Azlina Jailani menang!berikutan kemenangan itu,telah berlakunya beberapa perkara yang semememangnya menimbulkan kerisauan dihati umat islam Malaysia.

antara perkara2 tu:

-pertubuhan melayu murtad telah diluluskan
-persatuan melayu kristian telah sah ditubuhkan
-injil telah dicetak dan diedar

Ya Allah,sedihnya bile tau pesatuan2 ni melayu yg tubuhkan.sy pasti kebanyakan yg bace artikel ni melayu.Ape yang harus kite semua lakukan?jangan kate untuk masyarakat,diri kita sendiri pon blum tentu selamat dalam perjuangan ini(menakutkan kn?)..tp,percayalah,selagi iman didada dijaga,aqidah diperkukuh,pasti kemenangan milik islam...bace buku SALAHUDIN AL-AYUBI PENAKLUK JERUSALEM,buku ni sedikit sebanyak dapat meningkatkan semngat jihad kita.Malunya kita pada umat islam dahulu kerana tak berjaya mempertahankan agama islam,tetapi kita seharusnya lebih malu kepada ALLAH di atas kegagalan kita mempertahankan agamaNya,setelah segala nikmat kita peroleh..maaf,teremosi.gaya mcm da penutup je kan?tp de lg yg lebih dahsyat..



Lina Joy(belakang sekali) dan peguam-peguamnya



Penah tak dengar atau terbaca pasal IFC?IFC (Interfaith Commission) atau nama asalnya IRC(Inter Religion Council),adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.untuk keterangan lanjut,klik sini .berbalik kepada cerita td,ape IFC da buat?IFC hantar memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia,meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia,antara 15 perkara tu:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun-maknanya umur 18 tahun kene bincang di mahkamah dgn anak2 nak agama apa.


2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,IFC
minta di'tiada' kan .


3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.


4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.


5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.


6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.


7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain



8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.


9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.


10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.


11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.


asif,sepatutnyakn ada 15,tp kat sini ada 11 je.yang lg 4 tu bole refer majalah milenium muslim.msg ni sy dpt dari email,dan dari apa yg saya dpt,PM dan 50 ahli politik islam sokong pertubuhan ni.sejauh mana kebenarannya sy pon tak pasti.maaf sekali lg kerana meletakkan anda semua dalam keraguan(bg yg ragu2 la).

jd,kita semua yang dah tau pasal ni,sebar2kan la ye.lg 1,jangan sesekali setuju dengan usul-usul di atas.jika kita tiba-tiba seakan2 setuju tu,maknanya ade 'something wrong' dngan iman kita,nasihat ini untuk diri sy juga.sampai di sini sahaja yg mampu sy smpaikan.ilmu tak bnyak,sikit je ulasan boleh bg.maaf(bape kali maaf2) atas kekasaran bahasa.
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Friday, May 29, 2009 0 comments

Thursday, May 28, 2009

Andai Mayat Berkata-kata....

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat.
tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku ditempatkan di sini.


Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. "Mengucap sayang….mengucap…….. Asyhaduallailahaillallah………" Ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu.

Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya ser ta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat", jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha."

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah….. Tapi mataku…….semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku. "Tekanan
darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.!

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi,ibu…..aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatk anlah daku. "Yassin……".bacaan yassin terngiang-ngiang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku
diperdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut…… Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".

Tapi rintihan ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah.! Keluhan dan rintihan "Panas, dahaga,haus, panas……..".tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang, "Nenek………..". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu……". Ibuku datang, Ibu mengg oyangkan buah susunya." Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi."

"Ayah…….kau datang ayah……." "Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah……". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami". Cahaya putih datang.

Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul maut…….!!!!!!".

Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku diselimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah……." Aku tersentak. Roh kuberselerak di dalam tubuhku.Lalu, nnalillahi wainnailaihi
rajiuun….

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk.

"Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya……".

"Assalamualaikum……"
"Siapa yang memberi salam itu?"
"Aku"
"Kau siapa wahai pemuda???"

Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya…… jijik, loya, aku rasa……..teramat loya
melihatnya.

"Kau tak kenal aku?"
"Tidak," jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini.
"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari."
"Bohong!" Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini
mendengarnya. "Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini."
"Akulah amalanmu yang keji………."

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh..Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.Tiba- tiba badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong….sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. "Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!!" Kenapa ramai orang melihat aku??? "Aku malu…..malu…..malu……!!!!!!". Aku diusung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti, tunggu!! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong… rimas…. panas…….."

Kemudian aku diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku disembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku’, sujud dan tahiyyat.

Aku d iangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu. "Kotak apa ini?" Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak. "Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang tapi ke mana dibawanya aku?..



Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku dan aku diturunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!"

Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?" "Aduh sakitnya badanku ditimbusi tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun…….Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari to k imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu juga benar……..".

Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atas ku. Terasa semakin gelap dan …….aku kini keseorangan…….

p/s: insaflah diri..sebelum trlambat bertaubatlah sbnr2 taubat sblm kita menangis di dlm kubur keseorangan menahan kesakitan azabnya disiksa...naudzuBiLLAH...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Thursday, May 28, 2009 0 comments

Wednesday, May 27, 2009

Faham+yakin=keimanan yang mutlak

Untuk pengetahuan pembaca,artikel di bawah dipetik dari pohon belimbing sebelah rumah..maaf, dari buku 'Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain',halaman 11.Buku ini merupakan salah satu keluaran PTS SDN BHD,boleh didapati dengan harga RM17.50 di semenanjung Msia,dan RM19.50 di Sabah&Sarawak.Cukup setakat itu,sekarang,hayatilah artikel di bawah..






Cerita ini ialah satu kisah pabila mana Nabi Ibrahim meminta kepada ALLAH swt supaya menunjukkan kepadanya bagaimana sesuatu yang mati itu dihidupkan.

Maka ALLAH swt bertanya, apakah beliau tidak percaya?

Lalu beliau menjawab, sudah tentu tetapi hanya supaya lebih memahami.

Maka ALLAH swt memerintahkan Nabi Ibrahim supaya mengambil empat ekor burung daripada jenis yang berbeza iaitu burung merak, ayam jantan, burung merpati dan burung helang. Selepas itu beliau perlu menyembelih keempat-empat ekor burung itu dan mencincang dagingnya lalu diletakkan di empat bukit yang berbeza.

Kemudian beliau diperintahkan Allah swt untuk memanggil kesemua bangkai burung-burung itu. Maka pada ketika itu Nabi Ibrahim menyaksikan sendiri bagaimana ALLAH swt menyatukan tulang-belulang haiwan-haiwan yang telah disembelih tadi dengan daging dan akhirnya diliputi oleh kulit dan ditumbuhi bulu, kembali kepada sedia kala. Maka berterbanganlah mereka kembali ke arah Nabi Ibrahim.

@}---~~~---{@

Satu kisah yang mudah namun terselit pengajaran yang tersusun hikmah padanya.

Pertamanya adalah berdasarkan kiasan empat ekor burung yang dicincang-cincang dagingnya itu. Itu membawa erti yang pada burung itu terdapat sifat keji. Kita sebagai manusia perlu memelihara diri daripada sifat-sifat itu.

Contohnya;

1. Jika dirujuk pada burung merak, ia memiliki sifat sombong dan bangga diri disebabkan kecantikan bulunya yang berwarna-warni hingga dapat menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Maka kita perlu menjauhi sifat demikian.

2. Sifat buruk ayam jantan pula adalah kegilaannya mengawan tanpa mengira masa dan tempat. Sikap buruk itu perlu kita hindari bersama.

3. Burung merpati mempunyai sifat yang paling digemari di kalangan masyarakat dunia iaitu malas. Sekiranya diperhatikan, burung ini adalah burung yang paling lewat mencelikkan mata pada waktu pagi sedangkan burung-burung lain sudah pun sibuk bekerja keras.

4. Keburukan sifat burung helang yang suka menyambar. Ini dapat dikiaskan dengan sikap sesetengah orang yang suka mencuri termasuklah 'menyambar' kasut orang lain di masjid, merangut beg tangan, merampas harta bukan milik sendiri serta menculik orang bagi mengisi masa lapang.

Pengajaran yang kedua pula dapat kita lihat adalah sikap Nabi Ibrahim yang sudah beriman, namun masih berusaha memahami sesuatu dengan lebih mendalam lagi. Maka, terdapat suatu perbezaan yang ketara antara 'kepercayaan' dan 'kefahaman'. Ini bermaksud, percaya adalah suatu perkara dan fahaman adalah suatu perkara yang lain.

Contohnya, apakah kita percaya kepada al-Quran?

Maka jelas jawapannya adalah YA.

Tetapi adakah kita memahami al-Quran?

Fikir-fikirkan.
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Wednesday, May 27, 2009 0 comments

Tuesday, May 26, 2009

Sirah:Ummu Sulaim menanti keislaman Abu Talhah

UMMU Sulaim ialah ibu kepada Anas bin Malik, salah seorang sahabat dan pembantu peribadi Nabi Muhammad SAW.

Ummu Sulaim menyerahkan Anas bin Malik kepada Nabi Muhammad ketika berusia 20 tahun untuk melayan beliau. Dia memeluk agama Islam ketika Nabi Muhammad masih berada di Mekah.

Apabila Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, Ummu Sulaim bersama golongan Muslimin dan Muslimat Madinah menyatakan keimanan mereka di hadapan nabi Muhammad.

Suaminya, Malik bin Nadir rasa tercabar dan marah apabila isterinya sudah memeluk agama Islam. Dia tidak percaya dengan agama Islam dan Nabi Muhammad.

"Adakah kamu sudah menjadi gila dengan mengakui agama Islam sebagai agama kamu,!" tengking suaminya dengan nada marah.

"Saya tidak gila tapi beriman pada Allah dan rasulnya," jawab Ummu Sulaim dengan tegas.

Kemudian Ummu Sulaim mengajar anaknya Anas mengucap dua kalimah syahadah. Anas bin Malik menurut perintah ibunya lalu mengucap dua kalimah syahadah dengan lancar. Malik menjadi berang dengan tindakan Ummu Sulaim itu dan memarahinya.

"Jangan kamu rosakkan anak saya!," jerit Malik dengan nada geram.

"Saya tidak merosakkan anak kamu," balas Ummu Sulaim dengan tenang.

Malik bin Nadir keluar dari rumahnya dengan perasaan tidak puas hati. Dia tidak faham mengapa isterinya sanggup meninggalkan agama nenek moyangnya yang menyembah berhala lalu menerima agama Islam.

Hatinya panas dan geram dengan apa yang sudah berlaku di rumahnya tadi. Akhirnya dia membuat satu keputusan drastik setelah berfikir panjang.

Tak tahan

"Saya tak tahan dengan sikap isteri saya. Saya akan tinggalkan mereka berdua di Madinah dan berhijrah ke Syam". Malik bin Nadir memulakan perjalanannya ke Syam.

Apabila tiba di Syam, Malik terserempak dengan musuhnya. Musuhnya yang ingin membalas dendam telah menikamnya sehingga mati. Berita kematian Malik akhirnya tiba di telinga Ummu Sulaim dan dia berjanji tidak akan bernikah selagi Anas tidak meningkat dewasa.

Apabila Anas memasuki alam dewasa, Abu Talhah al-Anshar datang melamarnya. Namun lamaran Abu Talhah ditolak oleh Ummu Sulaim kerana dia masih belum memeluk agama Islam.

Walaupun lamaran Abu Talhah ditolak, dia tidak berputus asa. Dia melamar Ummu Sulaim buat kali kedua. Ummu Sulaim menolak lamaran Abu Talhah sekali lagi kerana hatinya masih belum terbuka memeluk agama Islam.

"Dengar sini Abu Talhah, adakah kamu tidak sedar bahawa apa yang kamu sembah itu adalah ukiran kayu yang tidak dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada kamu?

"Apabila kamu menyalakan api di sekelilingnya, sudah pasti mereka hangus terbakar. Tidakkah kamu malu untuk menyembah semua itu? Jika kamu sedia memeluk agama Islam, maka saya bersedia untuk bernikah dengan kamu. Saya tak mengharap mas kahwin selain kamu menganut Islam," jelas Ummu Sulaim.

Setiap kali Abu Talhah melamar Ummu Sulaim, jawapannya sentiasa sama iaitu Abu Talhah harus memeluk agama Islam sebelum bernikah dengannya.

Lama kelamaan jawapan Ummu Sulaim mempengaruhi fikiran Abu Talhah sehingga dia memeluk agama Islam. Ummu Sulaim gembira mendengar berita itu lalu bersetuju untuk menikahinya.

Ummu Sulaim tidak meminta mas kahwin melainkan Abu Talhah memeluk agama Islam. Ummu Sulaim memperoleh mas kahwin yang lebih mulia dari mana-mana wanita pada ketika itu. Mas kahwinnya adalah Islam.

Ummu Sulaim turut serta dalam Perang Uhud bersama Aishah binti Abu Bakar. Mereka berdua mengangkut air di atas bahu lalu membahagikan kepada pasukan tentera Islam yang bertempur di medan peperangan.

Setiap kali kehabisan air, Ummu Sulaim dan Aishah mengangkut air kembali untuk diberikan kepada tentera Islam yang kehausan.

Ketika Perang Hunain meletus, kaum wanita juga bergabung dengan pasukan tentera Islam untuk memerangi pihak musuh.

Nusaibah membawa pedang pada tangannya dan Ummu Sulaim membawa pisau belati yang diikatkan pada pinggangnya. Hatinya bergelora berperang walaupun pada ketika itu dia mengandungkan Abdullah bin Abu Talhah.

"Saya tak berani nak menunggang unta dalam keadaan sebegini. Seandainya saya terjatuh, ia bahaya pada kandungan saya," bisik hati kecil Ummu Sulaim yang merapatkan mukanya ke badan unta. Tangan dimasukkan ke jalinan bulu yang diikatkan di hidung unta bersama tali kendali.

"Ya Rasulullah, Ummu Sulaim datang membawa pisau belati di pinggangnya," ujar Abu Talhah kepada Nabi Muhammad ketika Ummu Sulaim menghampiri mereka.

"Untuk apa pisau belati itu," tanya Nabi Muhammad dengan nada hairan.

"Jika ada pihak musuh yang mendekati diri saya, maka saya akan robekkan perut mereka dengan pisau belati ini.

"Saya akan bunuh orang-orang Islam yang cuba melarikan diri daripada melindungi diri mu Rasulullah sebagaimana kamu membunuh orang-orang yang menentang kamu kerana mereka hanya layak untuk dibunuh," jawab Ummu Sulaim lalu memegang pisau belatinya.

"Sesungguhnya Allah memberikan kecukupan dan kebaikan, wahai Ummu Sulaim," balas Rasulullah sambil tersenyum mendengar jawapan Ummu Sulaim itu.

Begitulah kisah seorang wanita yang menyerahkan anaknya untuk dijadikan pelayan kepada Nabi Muhammad. Dia tidak gentar atau takut dengan suaminya yang memarahinya memeluk agama Islam.

Dia hanya berkahwin dengan Abu Talhah setelah memeluk agama Islam. Mas kahwinnya adalah agama Islam. Walaupun dirinya sedang mengandung, Ummu Sulaim tetap menyertai Perang Hunain bagi menegakkan agama Islam.
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Tuesday, May 26, 2009 0 comments

Sunday, May 24, 2009

Kesihatan:Panduan pemakanan

Salam kepada semua pembaca,di sini terdapat beberapa panduan untuk kita memilih makanan.Diharapkan panduan-panduan di bawah sedikit sebanyak dapat membantu kita semua menjaga pemakanan seharian,seterusnya dpt melahirkan tubuh badan yang sehat dan cerdas yang mana sangat diperlukan untuk kita sebagai umat islam menegakkan kalimah agung.

1. Makan Pelbagai Jenis Makanan

* Tidak ada satu makanan pun yang membekalkan kesemua nutrien yang anda perlukan.
* Pilih pengambilan diet harian anda dengan kombinasi pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan.
* Makan secara tetap dan teratur. Jangan tinggalkan waktu makan anda.

2. Kekalkan Berat Badan Unggul Dengan Mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan Aktiviti Fizikal

* Umur, jantina dan aktiviti fizikal menentukan keperluan makanan anda.
* Kekalkan berat badan unggul.
* Timbang berat badan anda secara tetap, sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.
* Kira berat badan unggul anda dengan mengggunakan formula Indeks Jisim Tubuh


BMI: Berat (kg)/Tinggi ( m ) x Tinggi ( m )



Jika BMI anda ialah

Anda adalah

Kurang daripada 18.5 =Kurang berat badan

18.5 hingga < 25 =Berat badan normal

25 hingga < 30 =Berlebihan berat badan

30 atau lebih =Kegemukan atau obes



3. Pilih Makanan Yang Mengandungi Bijirin , Hasil Bijirin Dan Kekacang

* Sumber tenaga utama perlulah daripada sumber bijirin penuh.
* Bijirin penuh adalah sumber karbohidrat kompleks dan juga sumber serat yang baik.
* Sila rujuk Piramid Makanan.

4. Makan Lebih Buah-buahan dan Sayur-sayuran

* Sumber terbaik bagi vitamin, mineral dan serat.
* Sumber terbaik antioksida.
* Dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan melawan jangkitan kuman.
* Serat dapat mengelakkan sembelit.


5. Pilih Makanan Rendah Lemak dan Kolesterol

* Lemak menyumbangkan lebih tenaga berbanding karbohidrat dan protein. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan lemak dalam makanan anda.
* Panduan untuk mengurangkan pengambilan lemak :
o Buang lemak dan kulit pada ayam dan daging sebelum masak.
o Gunakan sedikit minyak semasa memasak.
o Rebus, panggang, kukus dan menggunakan ketuhar gelombang mikro ('microwave') adalah lebih baik daripada menggoreng.
o Gunakan susu tanpa lemak atau santan cair dalam masakan anda.
* Panduan untuk mengurangkan pengambilan kolesterol: :
o Organ dalaman (hati, pedal, jantung, otak), makanan laut (ketam, udang, sotong) dan kuning telur adalah makanan tinggi kolesterol. Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilannya.
o Ikan dan hasil soya (tauhu, tempeh) adalah rendah kolesterol. Jadikan makanan ini sebahagian dalam hidangan anda.


6. Pilih Makanan Rendah Gula Dan Garam

Gula membekalkan kalori. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan gula dalam makanan anda.

* Kurangkan pengambilan gula dalam:
o Minuman.
o Masakan
o Pencuci mulut. Gantikan pencuci mulut yang manis dengan buah-buahan segar
* Kurangkan pengambilan garam dengan :
o dmengurangkan makanan terproses atau diawet. Pilih makanan segar.
o Kurangkan makanan tinggi garam ( Rujuk Jadual Kandungan Garam Dalam Makanan).
o Kurangkan garam, kicap, sos tiram dan sebagainya dalam masakan. Gantikan dengan herba dan rempah-ratus bagi menyedapkan masakan anda.
o Elakkan snek tinggi garam seperti kacang yang mengandungi garam dan kerepek kentang.


7. Minum Banyak Air

* Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air dalam sehari walaupun anda tidak berasa dahaga bagi mengelakkan sembelit dan kekurangan cecair dalam badan.
* Pengambilan air adalah dalam bentuk air kosong, jus buah-buahan, jus sayur-sayuran dan sup.

8. Ambil Makanan Yang Bersih Dan Selamat

* Ambil makanan sebaik sahaja dimasak dan elakkan makanan anda terdedah lebih daripada dua jam.
* Basuh tangan anda dengan air bersih dan sabun sebelum dan selepas mengendalikan makanan.
* Sekiranya anda makan di luar, pilih premis atau gerai makanan yang bersih.

P/S:salin2/print bg yang mempunyai printer..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Sunday, May 24, 2009 0 comments

Cerpen:Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"
Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."


Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.

Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.

Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"
Malaikat-malaikat itu menjawab:

"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"

Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"
Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."

Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."
Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama
lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.
Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.

Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.
Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...
Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.
Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.

Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

***********
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

Sumber: Mastika, Mei 2006
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Sunday, May 24, 2009 2 comments

Thursday, May 21, 2009

Novel...?


Novel yang ingin ana kupas berjudul Salahudin Penakluk Jerusalem sepeti yang sedia maklum pada 'cover page' buku di atas.Satu lagi karya Abdul Latip Talib yang berjaya menambat hati pembaca.Novel 289 halaman ini diterbitkan oleh PTS Fortuna dan dijual dengan harga RM 26.90 di Semenanjung Malaysia, manakala RM 29.90 di Sabah dan Sarawak.Tapi,ana berjaya beli dengan harga RM20.00 di pesta buku yang berlangsung baru-baru ini,alhamdulillah..

Novel ini mengisahkan tentang sejarah hidup pahlawan Islam bernama Salahudin Ayubi dari usia sekecil cili padi hingga ke usia kewafatannya. Salahudin yang dilahirkan di Tikrit(Iraq) pada tahun 534H dibesarkan dengan ilmu ketenteraan dan keagamaan oleh ayah dan datuknya.

Sejak berpindah ke Mesir, Salahudin sangat cintakan jihad sehingga jihad menjadi topik perbincangan yang amat digemarinya kerana semangat yang berkobar-kobar untuk memerangi tentera Salib. Kemuncak perjuangan Salahudin adalah apabila tentera pimpinannya berjaya mengalahkan tentera Salib semasa Perang Hittin pada 4 Julai 1187. Kejayaan ini akhirnya menjurus kepada kejatuhan Baitul Maqdis ke dalam pemerintahan Islam pada 15 Oktober 1187.

Kemudiannya Salahudin dan angkatan tenteranya berjaya merampas semula Jerusalem daripada tentera Salib tanpa berlaku pertumpahan darah. Setiap tentera Salib mahupun penduduk beragama Kristian dibenarkan meninggalkan kota Jerusalem dengan membayar tebusan mengikut kemampuan masing-masing.

Tiada seorang pun penduduk bukan Islam yang dianiaya dengan kejam sebagaimana seksaan yang dihadapi oleh penduduk Islam ketika Jerusalem ditawan oleh tentera Salib pada 15 Oktober 1099. Memetik kata-kata Ibnu Khaldun, "Tentera Salib yang ganas dan kejam itu telah mengganas di Baitul Maqdis selama seminggu. Mereka melakukan rompakan, perkosaan dan membakar rumah-rumah penduduk.

Apabila dihitung jumlah mayat di sekitar masjid, dalam rumah dan di sepanjang jalan, jumlahnya tidak kurang tujuh puluh orang.

"Selepas mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib, Salahudin kembali ke Damsyik dan hidup secara sederhana. Beliau jatuh sakit pada 16 Safar 598H dan meninggal dunia pada malam 27 Safar 598H ketika berumur 55 tahun.

Selama ini kita sering lagi terdengar nama salahudin al-ayubi disebut-sebut,tidakkah kita berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri beliau?bagi sesiapa yang berminat,sila dapatkan buku ini di kedai buku berdekatan selagi stok masih ada.Semoga berjaya...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Thursday, May 21, 2009 2 comments

Tuesday, May 19, 2009

Tahukah anda?

Di era globalisasi ni mmg senang kita nak jumpe maksiat.kat masjid/surau pon org berani jugak bwat bende2 tak elok.sedangkan kita semua tau,yg tmpat tu tmpat suci, tmpat ibdat,tmpat umat islam (umat terbaik) bkumpul.inikan pula kat tempat2 yang terbuka untuk agama lain.Nak tau tak jawapan kenapa perkara ini berlaku?cube bace artikel kat bawah ni dengan teliti,dan kenal pasti mane satu jawapannya...


Tanda-tanda kecil kiamat


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Hadis-hadis ini adalah merupakan pengkhabaran sebahagian daripada tanda-tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku dalam dunia masyarakat kita.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pedoman daripada hadis-hadis yang telah diriwayatkan daripada Junjungan Mulia Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam.Sesungguhnya Baginda tidaklah bertutur mengikut hawa tetapi semua ini adalah wahyu daripada Allah taala.-editor.


Jumpa tak jawapan?kalo jumpe bgs,bg sesape yg tak jumpe lg,bace la artikel ni skali lg..nak lg bgos,print la..sbelom tido semak dan fikir lg smpai anda semua jumpe jawapan nya...renung2kan dan selamat bermujahadah...!
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Tuesday, May 19, 2009 0 comments

Sunday, May 17, 2009

Jaga Otak Anda...

1 Egg
2 Mobiles
65 minutes of connection between mobiles.
We assembled something as per image:



Initiated the call between the two mobiles and allowed 65 minutes approximately...
During the first 15 minutes nothing happened;
25 minutes later the egg started getting hot;
45 minutes later the egg is hot;
65 minutes later the egg is cooked.



Conclusion: The immediate radiation of the mobiles has the potential to modify the proteins of the egg. Imagine what it can do with the proteins of your brains when you do long calls.
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Sunday, May 17, 2009 1 comments

kelebihan Surah Al-Ikhlas









Keberkatan surah al-ikhlas


Ketika Memulakan Kerja


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.



Sebelum Masuk Ke Rumah


Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam , seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.



Ketika Sakit


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).



Khatam al-Quran


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.



Pahala Membacanya


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.




Nota




Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



…Wallahu a’lam
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Sunday, May 17, 2009 0 comments

Friday, May 15, 2009

Bicara Tentang Dajjal

Assalamualaikum..mula2 skali nak bgtau..yg diri ini mmg tak reti nak karang2 artikel..tp bile tgk blogger2 lain tulis2 ni mcm bes la pulak...tp tak kisa la..krg sendiri ke,copy n paste ke,janji artikel yg tu bermanfaat kat pembaca...bace artikel yang ana dpt ni...mmg agak menakutkan..sila2..


Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi ke rumah Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah; “Apa khabar kamu semua”, jawab kami “Baik”, tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?.

Jawab Rasullullah; “Bukan dajjal yang mengkhutirkanku terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya. Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada di samping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim”. Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet, aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi.Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!. Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?”, jawab Rasullullah : “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.

Berapakah kecepatannya di bumi ?” jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin. Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya. Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup makan.

Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka. Kemudian katanya; “Keluarkan perbendaharaanmu!” maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya. Kemudian dipanggilnya seoarang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauh anak panah dipanahkan.

Dajjal memanggil tubuh yang terbelah itu kembali, dia datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa. Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan akan turun, dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan daripadanya biji-bijik perak bagaikan mutiara.

Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapa yang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal. Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal tersebut. Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s.

“Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit”, lalu Allah Taala mengeluarkan Ya’juj dan Ma’juj. Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut. Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, kata mereka; “Sesungguhnya dahulu ada air di sini”. Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan).

Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga Allah Taala menghancurkan Ya’juj dan Ma’juj. Maka Allah s.w.t mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya. Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. Nabi Isa dan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu.

Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan Allah s.w.t. Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; “Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!” Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk orang sekampung, susu sesekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga terdekat. Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memasuki ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim.


Maka tinggal orang-orang jahat belaka, mereka bercampur baur seperti kaldai, maka dengan itu terjadilah hari kiamat.

" (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan, dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, lalu menjadilah ia debu yang bertebaran."
(Al-Waqiah ayat 4-6 )

p/s : Artikel dipetik dari buku "Himpunan Cerita-cerita Wanita Dan Laki-Laki Dalam Al-Quran Dan Hadis.

Mari sama-sama kita berfikir sejenak berkenaan artikel ni,bagaimana keadaan kita sepanjang keberadaan dajjal di bumi?adakah kita layak untuk tergolong dalam golongan umat2 yang selamat bersama Nabi Isa a.s...?
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Friday, May 15, 2009 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod | Distributed by Deluxe Templates