skip to main | skip to sidebar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About me

My Photo
Hamba-Nya yang hina..
sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri hari demi hari.. 'tuhan kuzalimi diri ini,andai kau tak ampuni dan rahmati,alangkah ruginya diri'.. 'tuhan jangan Kau palingkan hati ini..setelah Kau beri hidayah'..
View my complete profile

Ahlan wa sahlan

assalamualaikum..sesungguhnya tugas tarbiah adalah tanggung jwab setiap umat islam 'ala jaufil ard..kita seharusnya berusaha saling menasihati saudara2 islam kita yang lain disamping menasihati diri kita sendiri..dengan itu kita akan merasa dekat dengan Allah s.w.t hari demi hari..salah satu cara tarbiah adalah melalui blog..semoga maklumat2 yang terkandung dalam blog ini sedikit sebanyak dapat membantu kita meningkatkan ketaqwaan kepada pencipta kita Allah s.w.t..insya-Allah..

Followers

pukul berapa?

Archivo del blog

  • ► 2012 (6)
    • ► April (1)
    • ► March (1)
    • ► February (4)
  • ► 2010 (20)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► September (2)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► May (1)
    • ► April (2)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ▼ 2009 (58)
    • ▼ December (4)
      • siapa tahu?
      • Selamat Pengantin Baru!
      • reunion yang best!
      • satu ketika dahulu...
    • ► November (5)
      • kerepek di musim cuti
      • Kiamat
      • Tawakal
      • M.A.U.T
      • Jauhi kemungkaran..
    • ► October (4)
      • Mohon bantuan...
      • Ketua Paderi Kristian Seluruh Sabah Memeluk Islam..
      • seribu daya vs seribu dalih
      • Berubah..
    • ► September (6)
      • G_ R_ -teka sendiri
      • Cemas..
      • Cerita Raya
      • T.A.R.B.I.Y.A.H.....
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (7)
    • ► May (11)
    • ► April (4)
    • ► March (5)
    • ► February (2)
    • ► January (2)
  • ► 2008 (25)
    • ► December (7)
    • ► November (5)
    • ► October (1)
    • ► September (5)
    • ► August (5)
    • ► April (2)

My Blog List

  • Mencari dan terus mencari cinta Ilahi
    Lakaran ummi ~ santai
    1 day ago
  • Saifulislam.Com
    Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
    5 weeks ago
  • Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah
    MEMORI 2018
    5 years ago
  • Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha )
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • The Rocking Hijab™[revamped]
    A revert's thoughts on LGBTQ
    8 years ago
  • Dunia Sarah
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • inijalanku.wordpress.com
    TABAYYUN vs TASABBUT
    8 years ago
  • D I A G N O S i S
    Seandainya anda berkomitmen
    9 years ago
  • UmmuSaif.Com
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Lukisan Bercerita
    Komik #2 HAMBA.. (page 1-3)
    10 years ago
  • Selembut Sutera
    Sabar bila diuji?
    10 years ago
  • SaBaHaNmUsLiM
    My Ex-Jahiliyyah
    11 years ago
  • senihati
    :)
    11 years ago
  • ::cintaku hanya padamu::
    Andai Rebah, Ayuh Bangkit !
    12 years ago
  • Satu Ummah!!!
    Taat pada pemimpin yang zalim
    12 years ago
  • Wan Zuraida Suka Menulis
    Luahan Hati
    13 years ago
  • ~Dunia Yang Fana~
    Pengalaman berharga..
    13 years ago
  • SHOUTUL IKHWAH
    Cerpen: Gerimis Cinta
    14 years ago
  • sweetbakery
    more,more and more chocolate
    15 years ago
  • qudwah qobla dakwah
  • here i am
  • ~AkuDarahAnakMalaysia~
  • ~hidup untuk memberi~
  • .: Dalam pencarian menuju Ilahi :.
  • Faisal Tehrani
  • Di sini segalanya Bermula...

Feedjit

Labels

  • artikel copy (1)
  • dulu2 (7)
  • family (6)
  • jalan2 (2)
  • jalan2 carik redha Allah (7)
  • muhasabah diri (16)
  • perjalanan menimba ilmu (13)
  • ramadhan (1)
  • Raya (2)
  • rumah (13)
  • sahabat (2)
  • sekeliling (10)
  • sekolah (3)
  • sirah (1)
  • Tarbiyah (6)

tinggalkan jejak

lets count

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments

Shoutbox

iluvislam

~Dunia Yang Fana~

Surah 3:104,dan hendaklah diantara kamu ada segolongan yang mengerjakan kebajikan,menyuruh yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung...semoga kita tergolong dalam golongan ini..aminn

Tuesday, December 29, 2009

siapa tahu?

assalamualaikum...
saya sedang tertekan dengan keadaan laptop saya yang kuat meragam.Kerap kali saja hang.Dalam sehari ade la 3x hang.Memang la laptop ini masih dalam warranty,tapi warranty ini hanya untuk kerosakan hardware,dan setelah di siasat,masalah hang ini bukan berpunca dari hardware.Siasatan ini adalah berdasarkan hardware and memory test.
Sebelum ini,screen laptop saya pernah menjelma seperti gambar di bawah,namum tidak lagi berlaku setelah pihak DELL menggantikan motherboard.

laptop betuah 1


laptop betuah 2


Setelah DELL menukarkan motherboard,masalah hang hilang untuk 2-3 hari,tetapi, menjelma kembali selepas itu.Semakin lama masalah 'hang' semakin mengganas,dan org dell menyuruh saya reformat laptop,tapi guna duit sendiri la.Saya tak kisah,asalkan laptop sehat.Saya pun hantar la laptop ke kedai komputer berhampiran rumah.Selepas siap diformat,saya pun excited tgk laptop kosong,saya install bnda2 penting seperti real player,ym,dan download manager.Tapi,beberapa jam selepas itu,laptop berubah menjadi seperti gmba di bwah,

laptop betuah 3

Masa tu saya terus membayangkan duit2 saya yang berterbangan.Kiranya reformat tadi tu takde effect la,ke saya yang salah sbab install mcm2?entah,saya bukan pakar pun bab2 it ni.Abang saya pulak hanya mampu membebel,tapi takde pun nak bagi apa2 cadangan.Bila saya call DELL,die kata,mungkin kedai tu format tak ikut step,pastu dia mula la bagi saya step sebenar untuk format laptop.Tapi saya salin sikit je apa dia cakap,2 step je,yang selebihnya saya congak je.Tapi dah tak ingat.

Jadi,sekarang ini,saya amat memerlukan bantuan mereka2 yang pakar,bg je apa2 cadangan dengan meninggalkan komen di bawah.Atau email saya di alamat sizuka_30@yahoo.com.my..sebarang cadangan akan endahkan.sekian,wassalam..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Tuesday, December 29, 2009 10 comments
Labels: rumah, sekeliling

Monday, December 21, 2009

Selamat Pengantin Baru!

Ucapan salam buat semua pembaca,di sini saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat kakak saudara saya dan suaminya,yang telah selamat diijab kabulkan pada Jumaat, 18 Disember 2009.Semoga perkahwinan ini diberkati Allah,dan berkekalan hingga ke akhir hayat,serta dapat melahirkan zuriat yang soleh /solehah,insyaAllah..

**********

sebenarnya hingga kini saya seperti tidak percaya yang sepupu saya ini sudah pun bergelar isteri orang,perwatakannya yang agak kurang 'feminin',membuatkan saya berasa sedemikian.
Suaminya mempunyai minat yang sama dengannya,dan atas dasar inilah mereka dipertemukan.Sepupu saya ini juga merupakan cucu sulung dan pertama yang mendirikan rumah tangga.Di sini saya sertakan sekali gamba2 semasa perkahwinan mereka....




bersanding?


pelamin?



besarnya kek,tapi yang boleh makan lapisan ke2 je...


adik sedara,konon2 jadi flower girl,tapi yg lelaki tu,tak tau nak pgl ape..


kek hantaran prmpn kepada lelaki,camera kat atas tu dummy semata,tidak boleh dimakan,minat mereka sama,photographer,tapi hanya kerja sambilan di hujung minggu dan waktu lapang,masing2 dah ada pekerjaan tetap yang sangat bagus.


Sedikit info berkenaan kegiatan 'bersanding' yang telah sebati dengan masyarakat melayu,setelah search google,ini yang saya dapat...

1.Persandingan merupakan budaya yang dicedok daripada masyarakat Hindu seperti juga berinai. Di dalam Islam tidak disyariatkan perbuatan tersebut.

2. Namun jika bertujuan sebagai kenang-kenangan, ia diharuskan tetapi perlulah diikuti dengan beberapa syarat:-
i. Memastikan pasangan pengantin menutup aurat.
ii. Tidak mempertontonkan secara terbuka kepada yang bukan mahram.
iii. Pakaian dan perhiasan selaras dengan kehendak syara'

Untuk perkahwinan sepupu saya ni,no comment,fikirla sendiri ye.Tapi,cuba kita ingat kembali perkahwinan yang telah kita hadiri,adakah pasangan2 tersebut mematuhi ketiga-tiga perkara di atas?Wallahua'alam..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Monday, December 21, 2009 6 comments
Labels: rumah, sekeliling

Monday, December 14, 2009

reunion yang best!

Alhamdulillah dipanjatkan kehadrat ilahi,kerana masih lg memberi saya peluang untuk bernafas, dan mampu menulis blog untuk kali ini.

Kali ini saya ingin menceritakan secara ringkasnya tentang program reunion akhwat matrik yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Bukit Cahaya Seri Alam,Shah Alam.

Pada awalnya saya memang tak nak pergi,atas sebab2 tertentu,sehinggalah ada seorang sahabat mengeluarkan ayat2 yg menyntuh hati,dan saya tergerak nak pergi.Lagipun sudah lama saya tak dapat pengisian sejak cuti bermula.

Pendaftaran bermula pada pukul 4-5.30 petang.Saya bertolak awal dari rumah,merancang untuk berjumpa dengan sahabat2 karib semasa di sekolah terlebih dahulu,sebelum menghadiri program. Terubat kerinduan terhadap sahabat2 di sekolah dahulu,walaupun tidak ramai yang saya temui.

Saya dan rakan2 matrik,dan ada di antara mereka yang merupakan rakan2 sekolah saya juga, di jemput oleh ajk pengangkutan program.Sebaik sahaja kereta melepasi pagar utama bukit cahaya, enjin kereta terhenti,dan akak yang drive tu cakap,"tempat ni keras siket"..saya dengar mcam samar2 je,tapi masa tu siang lagi,saya takde la takut sangat(hehe).

Tempat peserta menginap adalah di rumah2 negeri,merangkap chalet.Ada dua buah rumah negeri untuk peserta,dan sebuah rumah untuk ajk.Dapat jugak saya bersua muka dengan rakan2 matrik yang selama ini hanya berhubungan melalui sms.Rindu tak terkata,macam tak pecaye pn ada boleh jumpa diorang lagi.

Sepanjang program ini,saya dapat lihat,sahabat2 seperjuangan,dan seumur,yang petah berhujah menggunakan ayat2 Al-Quran.Saya kagum dengan mereka.Malu pun ada jugak. Satu perkara yang saya terkejut,dan tak penah2 buat sebelum ini,adalah turun ke bendang.Entah macam mana boleh ada sawah padi sesat kat shah alam.Kami dikehendaki memijak tanah lembik yang seakan-akan lumpur(macam tanah liat pn ade),nasib baik tak jumpa pacat atau ikan keli(macam yg dlm tv tu),memang sangat teruja,dan berazam taknak masuk lagi kat dalam lumpur tu.

Malam terakhir sebelum pulang pada keesokan hari,kami dikehendaki membuat pentomen. Masing2 membuat cerita tentang saat2 mereka ditarbiyah di matrik dahulu.Memandangkan hanya ada 2 kumpulan sahaja,saya hanya berpeluang menyaksikan persembahan dari kumpulan kedua,saya suka persembahan mereka,sangat teratur,mudah difahami,dan ada bahagian yang yang menyayat hati. Lagi2 ketika mereka menyanyikan lagu 'Selamat Berjuang',nyanyian asal oleh kumpulan nasyid Brothers mengingatkan saya akan sahabat2 di sekolah dahulu,berasa sebak kerana lagu itu jugalah yang di pasang oleh pihak sekolah ketika majlis graduasi tingkatan 5 dahulu.


rakan2 bersama guru2,majlis graduasi form 5 '07


gembiranya korang....


Selesai kedua2 persembahan,kami membaca Al-Mulk dan pulang ke rumah masing2 bersiap2 untuk tidur.Ketika saya hendak melelapkan mata,saya terdengar suara perempuan menjerit, berselang seli dengan laungan 'Allahuakbar'.Kedua2 suara itu datangnya dari rumah sebelah. Tiba2 terdengar bunyik ketukan pintu dari luar rumah kami.Seorang perempuan meminta bantuan kami untuk membantu rakannya yang sedang histeria.Kami semua memang takda pengalaman nak rawat org histeria,lalu kami menyuruh mereka pergi ke rumah ajk,akak2 fasi yang lebih banyak ilmu dan pengalaman mungkin dapat membantu.

Kami semua tidak terus tidur selepas itu,masing2 membaca Al-Quran,dan kemudiannya tidur. Sedikit info berkenaan rumah yang terkena histeria tu,mereka adalah remaja2 yang baru saja tamat dari menduduki spm.Teruja sangat agaknya,sampai pasang lagu lagho kuat2,dari petang sampai malam.Mungkin mereka lupa,dalam hutan itu bukan hanya ada mereka,tapi makhluk Allah yang lain juga.Tidak hairanlah makhluk halus itu menganggu mereka,mereka yang mulakan terlebih dahulu.Itulah pertama kali saya terdengar jeritan histeria secara 'live'.Di sekolah dahulu memang tak pernah jumpa benda2 mcm ni,walaupun pelajar2 sekolah saya tidak semuanya baik.

*******

Pulang dari program,ketika transit di KL Sentral,saya terpandang seorang perempuan berpurdah.Mata perempuan itu mengingatkan saya akan seseorang,dan terus menghantar msg kepadanya,tegur depan2 kang takut tersilap pulak.

saya : salam,bedah(bukan name sebenar),kat kl sentral ek?
bedah : wslm,aah,awak kat mane?

selepas itu,bedah ternampak saya,dan menuju ke arah saya.Benarlah sangkaan saya,wanita berpurdah itu adalah sahabat di sekolah dahulu.Dia dalam perjalanan pulang ke Darul Quran.
Kami menaiki ktm sama2,dan berkongsi pengalaman sepanjang perjalanan.Masing2 bertukar cerita tentang pelajaran,terselit jugak kenangan di sekolah dahulu,walaupun kami berlainan kelas.Perjalanan yang memakan masa 45minit itu saya rasakan sangat singkat.Saya perasan orang sekeliling memandang dia pelik.Yela,bukan senang nak jumpa orang berpurdah kat Malaysia ni,lagi2 dalam tren.Kalau nak jumpa maksiat,memang banyak la,dan masyarakat tak pelik pun tgk perkara tu, siap cakap , "ala,biase la tu"/"normal je"...bla2...

Jika ada yang baik dalam penulisan ini,ambil sebagai iktibar,jika ada buruk,tolak jauh2..Mungkin itu saja untuk kali ini,sekian,wassalam...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Monday, December 14, 2009 11 comments
Labels: jalan2 carik redha Allah, sekeliling, Tarbiyah

Wednesday, December 2, 2009

satu ketika dahulu...

Lame nye tak post apa2.kering idea pulak...kali ni nak cerita pengalaman jadi makmum kepada seorang imam yang ganjil...

Kisah ini berlaku pada tahun 2008.Di suatu petang yang mendamaikan,azan berkumandang menandakan masuknya waktu asar bagi daerah Kuala Pilah.Sorang budak perempuan jalan tekedek2 menuju ke surau Zahratul Raihan(kalo tak silap).Surau ini terletak di blok C3 kmns.Sebaik sahaja smpai di hadapan surau, si budak merasa gembira+ganjil kerana ada sepasang selipar di hadapan surau.Ganjil kerana selalunya waktu asar memang jarang orang solat kat surau,ada yang masih lagi di klas,atau solat di surau besar.Gembira kerana si budak boleh solat jemaah dengan makhluk tersebut.

Si budak pun masuk ke dalam surau,kelihatannya si makhluk sedang solat,si budak pun mempercepatkan langkah(nak seppp bahu).Dengan izin Allah,si budak dan si makhluk pun solat berjemaah.Sepanjang mengerjakan solat,si budak merasa hairan kerana si makhluk(imam) menguatkan bacaan.Si budak bermonolog di dalam hati,

"bukan ke waktu zohor ngan asar tak yah zahirkan bacaan?mungkin imam ni terlupa kot"...



tapi si budak tetap setia menjadi makmum walaupun dia dah rasa lain macam.Tiba dirakaat 3, imam membaca surah selepas Al-Fatihah.Si budak rasa pelik lagi sekali.Sangat2 la pelik,rasa memang tak khusyuk langsung sepanjang solat tu,1st time dia terjumpa imam mcm ni.Rakaat ke 4 pun begitu juga.

Habis sahaja solat,si budak dengan pun bertanya,

"knape bace surah mase kat rakaat 3 ngan 4?"

si makhluk pun menjwab,"boleh jugak kan nak kalo nak baca?"

...si penulis terlupe perbualan selepas itu,tapi si budak memang tak tau nak ckp mcm mana kat si makhluk,kerana ilmunya kurang,yang dia tau dalam rukun solat takde pun suruh baca surah lepas Al-Fatihah di rakaat 3 & 4,lalu dia menyuruh si makhluk bertanya kepada ustazahnya.Si makhluk pun bersetuju.


Beberapa hari selepas itu,si budak kembali bertemu dengan si makhluk,dan si makhluk pun memberitahu sesuatu,

"da tnye ustazah da"..kata si makhluk..

si budak menjawab,"yeke,ape ustzah jwab"...

si makhluk menjawab"ustzah kate,solat sah,tapi lain kali,jangan buat lagi"..

si budak hanya mampu tersengih mendengar jawapan itu...

*******
Beberapa bulan selepas itu,si budak tiba2 teringat semula akan kejadian itu,dan segera search google,dan dia telah mendapat jawapan untuk hukum membaca surah di rakaat 3 dan 4,ini dia...

di petik dari blog ini,

Assalamu'alaikum WarahMatulLah

Saya ada satu soalan, begini - Apakah hukumnya jika membaca surah selepas Fatihah bagi Roka'at Ke -3 dan/atau Roka'at yang ke 4. (Adakah sah atau haram batal dsbnya.)
Jazakallah


Jawab:

Solatnya sah tapi bid'ah (setiap bid'ah itu tertolak) kerana ibadah itu tidak boleh diubahsuai sesuka hati tapi memerlukan contoh dari Nabi saw sendiri. Baginda dengan tegas memerintahkan umatnya, "Syallu kama ra'atumuu nii Usyalli" (solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat." Allahu a'alam..

Yang hukum zahirkan bacaan ketika mengimami solat zohor dan asar tu tidak dijumpai.Barang sesiapa yang ingin berkongsi ilmu silalah ya,kemukakan hadith/dalil jika ada.

Ketika mencari hukum di atas,si budak terjumpa jawapan untuk hukum yang dia sering tertanya2 sebelum ini,terutamanya ketika di bulan Ramadhan..ini dia..


dipetik dari website ini,

Soalan:
Saya nak tahu tentang hukum kanak-kanak yang belum baligh sembahyang bersama dengan kita. Apa hukumnya, tolong jelaskan?


Jawapan:
Jika kita solat berjamaah sedangkan didalam saf tersebut terdapat kanak-kanak, maka solat kita tetap sah bahkan pahala berjamaah tetap tidak terjejas, cuma hanya berkurang dalam pahala saf. Jadi perkara yang tidak baik jika kita melarang kanak-kanak ikut bersama-sama orang tua berjamaah di masjid. Bahkan setengah masjid di tempat kita sengaja membuat pengumuman melarang kanak-kanak umur lima tahun masuk ke dalam masjid. Sebetul cara ini secara tidak langsung kita telah mematikan minat anak untuk datang dan mencintai masjid. Padahal Rasulullah SAW pernah membawa cucu baginda ke dalam masjid ketika baginda menjadi imam. Ketika itu Hassan dan Hussein memanjat bahu baginda sehingga baginda melamakan sujudnya. Ini membuktikan bahawa Rasulullah begitu peka terhadap perkembangan agama kanak-kanak.

Barangkali masyarakat kita perlu merubah minda yang keliru dalam mendidik anak-anak mencintai masjid dan melatih mereka dalam solat. Jangan terlalu memperhatikan pahala saf sehingga minat anak-anak dikubur atau diabaikan. Wallahu A'lam.



Semasa di bulan ramadhan,si budak sering terlihat kanak2 berada di tengah2 sof,dan terfikir yang sof akan terputus,dan solat tak sah(org cetek ilmu mmg cmtu).Sewaktu di sekolahnya dahulu,setiap kali sebelum solat jemaah,masing2 bising suruh pelajar yang belum baligh pergi ke hujung sof,takut sof putus katanya...

Sekian dulu untuk kali ini,yang baik jadikan pedoman,yang buruk jadikan sempadan.
Wallahua'lam.wassalam..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Wednesday, December 02, 2009 18 comments
Labels: dulu2, rumah, sekeliling

Wednesday, November 25, 2009

kerepek di musim cuti

Bosannya duduk kat rumah.Manusia2,kenapalah kau sentiasa tak bersykur dengan apa yang ko dapat skarang ha?bila kat kolej rasa nak balik,bila dah selamat duduk kat rmah bosan pulak.Kalau bosan,pergi la buat keje yang berfaedah sikit,tanam sayur kat blakang umah ke,lepas tu bagi kat nenek,suruh nenek tolong jualkan kat pasar,boleh buat duit siket,pada ko melantak je kat rumah.~merepek.

p/s:kata2 di atas hanyalah luahan penulis semata,tidak ada kene dngan sesiapa,kecuali terkene kat penulis dan nenek penulis…~merepek lagi ..(huh)

Siapa yang sedang tercari2 kat mana nak download filem ketika cinta bertasbih,saya ada link nya,tapi lepas download,saya hanya dapat menonton separuh cerita sahaja..mungkin ini masalah laptop/internet kot.cuba la kalian download,mungkin nasib kalian baik.boleh nonton penuh…



Ini link nya…sila klik

sesiapa yang belum baca novel,dan tak terasa nak beli pun novel tu,tapi nak teringin nak baca,bolehlah download kat sini

Itu saja untuk kali ini,sebarang masalah ketika mendownload,jangan report kat saya,
sbab saya akan jawab 1 je,yakni 'tak tau'..mintak ampun ye atas ketidak bertanggungjwaban saya...

Akhir sekali,saya nak mintak maaf jika ada yang tak senang dengan post saya kali ni.Sila luahkan ketidak puasan hati anda dengan meninggalkan komen,atau IM di YM..sekian,wassalam...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Wednesday, November 25, 2009 5 comments
Labels: rumah

Monday, November 23, 2009

Kiamat

Assalamualaikum buat semua pembaca.salam dan selawat buat nabi junjungan Muhammad s.a.w..

Puas saya memikirkan,tajuk apa saya nak tulis untuk entry kali ini.Akhirnya saya memutuskan untuk menulis tentang kiamat.Baru2 ni,filem terbaru yang terhangat di pasaran adalah filem 2012.Ramai yang menganggap filem ni berkenaan kiamat pada tahun 2012.Saya pun tak tahu sejauh mana kebenarannya,tapi menurut blog yang saya baca, filem ini menceritakan tentang seorang Pakar Geologi dari USA iaitu Dr Adrian meramalkan berlakunya bencana alam besar dan boleh dikatakan kiamat melanda pada 21/12/2012.

Hebatnya ciptaan teori yang dilakukan oleh barat yang meramalkan kiamat berlaku pada tarikh tersebut.Maka selama 3 tahun itulah,kerajaan besar dunia seperti USA,Russia,Jerman,Perancis,Jepun,China,Italy dan lain-lain berusaha menyimpan maklumat ini dari tersebar luas kepada rakyatnya.Pada masa yang sama,seluruh agensi dunia dan kerajaan besar dunia berganding bahu membina sebuah bahtera amat besar yang canggih untuk menjadi 'tunggangan' apabila 'kiamat' tersebut berlaku. Bahtera itu berbentuk seperti sebuah kapal angkasa yang besar namun berbentuk kapal.Ianya dikatakan mampu membawa ribuan manusia dan mempunyai bekalan makanan yang cukup buat manusia di dalamnya.Namun syarat untuk menaikinya ialah,"Anda mempunyai 1 billion Euro untuk setiap nyawa?!".

Allah s.w.t. mengingatkan hamba-Nya dengan ayat ini apabila munculnya fakta2 pelik+meragukan yang dihasilkan kafir,

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (QS. Al Hujurat: 6).

Tapi mari kita lupakan tentang filem ini,dan kembali ke realiti sebenar hidup di dunia.Kiamat itu pasti,dan tanda-tanda kiamat itu sudah dekat muncul semenjak di utusnya Nabi Muhammad s.a.w.Nabi Muhammad s.a.w. juga telah bersabda,bahawa jarak waktu baginda diutuskan dengan hari kiamat adalah seperti jarak antara jari tengah dengan jari telunjuk(mcm buat peace).





Pelik sungguh apabila ada golongan yang mampu berteka-teki bila kiamat itu, sedangkan Allah s.w.t telah berfirman,

“Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah”. Dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” (QS. Al Ahzab: 63)


Ayat di atas sangat jelas menunjukkan bahawa tiada satu makhluk pun yang mengetahui bila terjadinya kiamat.Sedangkan kekasih Allah sendiri tidak tahu akan perkara ini, apatah lagi kita,makhluk yang hina.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w,

'Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian melihat sepuluh tanda.’

10 tanda tersebut adalah,

1.dukhan(asap)
2.dajjal
3.daabah
4.terbitnya matahari dari barat
5.turunnya Nabi Isa a.s.
6.keluarnya ya'juj dan ma'juj
7.terjadinya gerhana di timur
8.terjadinya gerhana di barat
9.terjadinya gerhana di jazirah arab
10.keluarnya api dari Yaman yang mengiring manusia ke tempat berkumpulnya mereka
(HR. Muslim)



Persiapan menghadapi kiamat..

Dulu2,masa tahun 2005,memang heboh orang cerita pasal persediaan menghadapi kiamat, bukan kiamat sebenarnya,tapi dajjal.Saya masih ingat isi kandungan email yang bapa saya terima,yang menyuruh orang ramai menyediakan bekalan makanan selama setahun.Kononnya selama setahun itu kita tak boleh keluar rumah,kalo tak jumpa dajjal,pastu terpengaruh, dan masuk neraka(na'uzubillah).Tapi rasanya,orang ramai baca je benda tu,tak buat apa2 pun, termasuklah keluarga saya sendiri.

Lagi satu,email tu suruh hafal 10 ayat awal surah Al-Kahfi.Ada satu hadith yang menceritakan tentang ini,sabda Rasulullah s.a.w.,

“Selain Dajjal lebih aku takutkan (menimpa) kalian. Karena jika Dajjal keluar dan aku masih ada di antara kalian niscaya aku akan menjadi pelindung kalian. Jika dia keluar ketika aku telah tiada maka setiap muslim akan menjadi pembela dirinya sendiri. Allah yang akan menjaminku membela setiap muslim. Dia adalah seorang pemuda yang sangat keriting, matanya tidak ada cahayanya, aku mengira dia mirip dengan Abdul ‘Uzza bin Qathan. Barangsiapa di antara kalian mendapatinya bacalah awal surah Al-Kahfi. Dia akan keluar dari jalan antara Syam dan Irak, berjalan ke kiri dan ke kanan. Wahai hamba-hamba Allah, istiqamahlah.” (HR. Muslim no. 2937)


Dajjal ini diberi kelebihan oleh Allah dalam beberapa perkara,seperti mengeluarkan harta dari dalam tanah dan menghidupkan orang yang telah mati.Dajjal keluar dari jalan antara Syam dan Iraq.Dia hidup di bumi selama 40 hari,dimana 1 hari dari 40 hari itu umpama setahun,ada 1 hari umpama sebulan,1 hari umpama seminggu,dan hari2 selebihnya umpama hari2 biasa yang kita lalui.Tiada satu negeri pun yang terlepas dari injakan Dajjal melainkan Makkah dan Madinah.

Beberapa kejadian yang berlaku menjelang keluarnya Dajjal ...

1.Banyak kemenangan yang diraih kaum muslimin
2.Kaum muslimin menguasai Konstantinopel(Istanbul)
3.Bilangan umat arab sedikit
4.Manusia ditimpa 3 kemarau yang dahsyat
dan lain2...

Moga kalian semua dapat mengambil iktibar dari artikel ini.sekian dulu untuk kali ini..wassalam..



Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Monday, November 23, 2009 0 comments
Labels: muhasabah diri, sekeliling

Friday, November 20, 2009

Tawakal

Ucapan salam buat semua pembaca, selawat dan salam buat junjungan besar,Muhammad s.a.w..

Sudah lama juga saya tinggalkan blog ini.Semuanya sibuk melayan exam.Kini, saya sudah merdeka.Tetapi saya sedikit bimbang akan result saya yang bakal keluar disember nanti.

Tiba2 teringat pada hari terakhir saya menduduki peperiksaan,subjek Microbiology...
subjek ni memang sangat susah,tapi ramai yang score sebab soalan final memang akan di ulang2 setiap semester.Sudah 3 tahun soalan yang sama di ulang,setiap kali exam,hanya ada 1-2 daripada 6 soalan yang merupakan soalan baru,yang lain semua recycle.

Kebanyakan senior yang failed subjek ni memberikan alasan yang sama,iaitu tak baca soalan2 semester lepas.Jadi,saya dan rakan2 mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada soalan2 final paper semester2 lepas.

Entah mengapa,sehari sebelum exam tu,saya sangat berdebar setiap kali teringat akan paper ini yang bakal saya jawab pada keesokan harinya.Sampai termimpi2(over btol).Saya dapat rasakan soalan yang keluar pada keesokan hari berlainan dengan semester2 lepas.





Hari peperiksaan pun tiba,sabaik sahaja duduk dihadapan kertas soalan,saya ternampak kertas OMR terselit di bawah main answer booklet.Saya dah pelik+bedebar,dalam hati terdetik,

"apsal pengawas ni bg OMR,ade objektif ke?"

tapi saya sedapkan hati,,"mungkin mereka salah bagi kot".Waktu menjawab hampir bermula, kami dikehendaki membaca arahan sebelum menjawab.Saya sangat2 terkejut,memang ada bahagian untuk objektif! masa itu saya hanya mampu berdoa dalam hati semoga soalan2 objektif yang diberi itu mudah2 belaka.

Format untuk subjek ni memang berubah sangat.

format lama:
-1 bahagian
-6 soalan essay,jawab 5
-setiap soalan besar,ada 2 soalan kecik,20 markah setiap 1
-5 soalan= 5x20M =100M

format baru:
-2 bahagian, A & B
-bahagian A = 20 soalan objektif jawab semua (20Markah)
-bahagian B = 4 soalan essay,jawab SEMUA (80 markah)

tapi,alhamdulillah,sbab soalan bahagian B tu memang ada jugak la soalan recycle,cuma tak banyak seperti semester2 lepas.Banyak gakla saya bantai ikut kefahaman sendiri.Yang bantai tanpa paham pun ada jugak,contohnya mcm soalan objektif,bacteria apa yang sebabkan disease kat urinary bladder?saya tak penah nampak pulak bende ni dalam nota slide.Nampak sangat baca slide je tak ckup,sebenarnya cukup, jika soalan objektif tidak wujud.Ada senior extend kata paper ni lagi susah dari paper pharmacology yang dia jawab!Ape2 je la...

Kesimpulannya,kita mesti mampu berhadapan dengan sebarang kebarangkalian yang mendatang.Saya hanya mampu bertawakal sekarang ni.Banyakkan doa mudah-mudahan pemeriksa tu lembut hati,pastu ringan tangan je nak bagi markah(he3).Wallahua'lam, wassalam...

p/s: maaf,kerana kurang masukannya.Sekadar luahan hati...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Friday, November 20, 2009 0 comments
Labels: perjalanan menimba ilmu

Tuesday, November 10, 2009

M.A.U.T

Mati.Matinya seseorang tidak mengira usia,jantina.Tentu ramai yang dah set kat otak,yang mereka akan mati masa tua nanti.Tidak sama sekali.Cuba kita bayangkan,kita tengah sedap2 duduk,tiba2 kita tergolek.Sedar2,kita dah ada kat suatu tempat yang gelap(kubur).Teringat ketika saya masih kecil,saya takut tinggal di rumah bersendirian,ada seorang makcik saya cakap,"nak takot apenye,kang kat kbur sorang2 gak"..tapi masa makcik saya cakap tu saya tak paham apa2,lagi takut ade la,sbab die sebut 'kubur'.

Maut tu memang sentiasa mengintai kita.Janganlah kita merancang tanpa berkata 'insyaAllah'.Kematian itu pasti!sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya.Peritnya sakaratulmaut hanya tuhan sahaja yang tahu.Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali dari merasa perit sakaratulmaut....


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah SAW ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah SAW bersimbah peluh. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini”.

Mata Saidatina Fatimah terpejam, Saidina Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“Tidak sukakah engkau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” tanya Rasulullah SAW pada Malaikat pengantar wahyu itu.

“Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal” kata Jibril.

“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku”.

Badan Rasulullah SAW mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Saidina Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu”.



Betapa sayangnya baginda terhadap kita,tapi pernahkan kita menangis teringatkan kekasih Allah ini.Ketika jibril ditanya baginda,
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah ?”

Jibril menjawab,
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu”

Namun hal ini tidak dapat melegakan baginda di saat-saat kewafatan baginda.Jibril yang seolah-olah memahami bertanya,

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini ?”

Rasulullah s.a.w bertanya,

“Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak ?"


Jibril menjawab,
“Jangan khawatir wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku : ‘Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya”.




***************


Menurut satu website yang saya baca,kematian itu hanyalah ketiadaan di dunia.Hakikatnya,manusia yang telah meninggal dunia masih hidup di alam lain yang caranya kurang diketahui.Pendapat ini di ambil berdasarkan ayat di bawah,

"Janganlah kamu menduga bahwa orang-orang yang
gugur di jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu
hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki" (QS
Ali-'Imran [3]: 169).

"Janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang
yang meninggal di jalan Allah bahwa 'mereka itu
telah mati,' sebenarnya mereka hidup, tetapi kamu
tidak menyadarinya" (QS Al-Baqarah [2]: 154).


Seperti yang kita sedia maklum,dan sentiasa berpegang(lagi2 mase tengah tension blaja),”dunia ini sementara”.Akhirat kekal buat selamanya.Ada seorang akhawat menceritakan tentang isi kndungan satu buku tulisan Harun Yahya,yang tajuknya Penipuan Evolusi(kalo tak silap),apa yang saya ingat,buku ini memberitahu,di dalam dunia ini hanya ada kita seorang diri,dan Allah.Rakan2 dan makhluk sekeliling adalah ujian yang buat kita.Reaksi kita terhadap hidupan mereka adalah jawapan buat ujian tadi.

Bagi saya,jika kita berpegang pada prinsip ini,sudah tentu kita tidak akan takut dengan benda lain selain Allah.Contoh,ketika menimba ilmu,tentunya kita rasa takut jika dimarahi pensyarah.Tapi,masa kita tengah kene marah tu,cube kita bayangkan, pensyarah tu ilusi semata,tentu kita tak rasa takut kan.Tapi faham2 je la,guru takkan marah selagi kita tak melakukan kesalahan. Jangan kita tepekik telolong depan dia pulak,”eh,ko ni ilusi je,bole bla la”..na’uzubillah…jangan jadi anak murid derhaka,tak berkat ilmu…


Sekian dulu untuk kali ini,ingatlah,mati itu pasti tetapi kehidupan di dunia ini bukanlah pengakhir segalanya.Perjalanan kita masih jauh.Masih banyak yang perlu kita lalui selepas mati.Bekalan untuk perjalanan itu perlu kita sediakan sewaktu hidup di dunia yang sebentar ini……wassalam
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Tuesday, November 10, 2009 0 comments
Labels: muhasabah diri

Tuesday, November 3, 2009

Jauhi kemungkaran..

Menimba ilmu itu mudah,tapi hendak mengamalkannya susah.Disebabkan inilah kita banyak jumpa golongan2 yang hanya pandai berhujah,tapi tidak beramal dengan apa yang dihujahkannya.Secara jujurnya,saya juga kadang2 macam ni.Malu dengan diri sendiri,lebih malu lagi dengan Allah. Teringat firman Allah dalam Al-Quranulkarim:

"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan,sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri"…
( Al-Baqarah:44)

Kadang2 saya terfikir,adakah saya betul2 mengamalkan saranan2 saya yang saya tulis dalam blog ini? Ada seorang teman rapat saya,teman saya ketika di sekolah dahulu,mengatakan dia seperti tidak percaya yang blog ini kepunyaan saya.Mungkin sebab saya konon2 mcm ceria diluar,tetap kelihatan agak serius dalam entry2 saya.Sebenarnya,apa yang saya tulis itu adalah peringatan untuk diri saya sendiri juga.

Baru-baru ini saya ada tersangkut dengan 1 cerita bersiri di televisyen,cerita yang tiada kebaikannya untuk akhirat.Cerita tentang bunian yang berkahwin dngan manusia biasa,dan terikat dengan sumpahan,bla2..Biasanya saya hanya akan singgah sebentar,menonton sambil berdiri,cerita yang rakan2 saya tonton,kemudian,terus masuk ke bilik.Tapi,lama kelamaan saya tewas,dan daripada hanya berdiri tak smpai 5 minit di depan tv,berubah menjadi,duduk untuk jangka masa 15 minit!saya rasa tidak sedap hati apabila menonton cerita2 sebegini,dan meluahkan masalah yang saya hadapi ini kepada murabbiyah saya.Murabbiyah saya terus mengingatkan saya ,

“anti ingat tak ape yang anti tulis dekat blog anti?”

Memang saya sentiasa ingat setiap pengajaran2 yang saya tulis dalam blog ini.Dan saya mcm tersedar,menulis blog ni boleh jugak bimbing kita ke arah amar makruf nahi munkar.Yela,bila kita tak beramal dengan sesuatu ilmu yang kita pelajari,dan ilmu itu telah kita sampaikan kepada orang lain,tentu la kita rasa takut,takut dengan ayat Allah yang mencela golongan seperti ini.Ketiadaan halaqah bagi memberi ruang mempersiapkan diri untuk peperiksaan membuatkan saya rasa sedikit bingung dan fleksibel ke arah kejahatan. ‘Fleksibel’ tu saya bayangkan mcm jeli,yang mudah ditarik2.

Alhamdulillah,sekarang cerita tu sudah pun tamat,dan saya berazam untuk tidak menyangkutkan diri lagi pada cerita2 seperti itu.Apa yang saya belajar dari sini,sekali kita cuba melakukan kemungkaran, berkemungkinan besar kita akan melakukannya untuk selama-lamanya(takut x).Seharusnya kita menjauhi ajakan syaitan,jadikan syaitan sebagai musuh kita.Firman Allah,

“sesungguhnya syaitan bagimu adalah musuh,maka jadikanlah dia sebagai musuh!”
(Al-Fathir:6)



Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Tuesday, November 03, 2009 0 comments
Labels: muhasabah diri

Wednesday, October 28, 2009

Mohon bantuan...

Assalamualaikum...

Post kali ni takde apa yang nak dikongsi,cuma,saya nak mintak tolong..

Tolong doakan saya dapat jawab exam dengan baik...

Ketiadaan stadi week gara2 h1n1 sangat merisaukan...

Ditambah pulak dengan masalah ukhuwah dengan rakan serumah..

semua ni bakal menggugat ketenangan dan mengundang tekanan..

doakan saya kuat menghadapi semua ini...

untuk rakan2 seperjuangan,

selamat berimtihan...

semoga ukhuwah fillah kekal sepanjang hayat...

afwan kathir atas segala kesalahan...

salam...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Wednesday, October 28, 2009 4 comments
Labels: perjalanan menimba ilmu

Thursday, October 22, 2009

Ketua Paderi Kristian Seluruh Sabah Memeluk Islam..

Assalamualaikum wbt buat semua pembaca,

Artikel di bawah ini,saya jumpa di 'warak folder' abang saya.Tiba2 rindu pulak nak menggunakan sistem copy n paste.Artikel ni memang sangat2 bermanfaat,sila baca dengan teliti.Selamat membaca...

***********************

BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajian yang cukup mendalam lagi terperinci berasaskan pengalaman menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Apa yang dihuraikan beliau itu adalah iktibar buat mereka yang MURTAD DARI AGAMA ISLAM.

Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya, maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.

Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang dilahirkan sebagai saorang Kristian dan menghabiskan sebahagian besar dalam hidupnya untuk belajar menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah, contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu, Pairin Kitingan.

Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi.

SEMASA KRISTIAN saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok.Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vatican Itali, iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan di dunia dengan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vatican. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negeri asal saya, iaitu Sabah.
Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas di Gereja St. Mary dan Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu.

Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama Kristian. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vatican, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan. Saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga.

Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam.
Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung, ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.

Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia.
Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vatican untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?" Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku buat dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya." Beliau berkata, “Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."

Di situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata, "Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".

Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan.” "Saya bertanya kembali, Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)." Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan. Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?" Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama.” Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian." Saya katakan padanya,"Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?" Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik, apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.

Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa.

Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-
i) Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian Mereka mesti dibaptiskan air suci.
ii) Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
iii)Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv) Ekaristi Minyak Suci - air suci
v) Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma
vi) Kristi Imaman – menjadi paderi
vii)Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)

Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam. Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan. Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia; apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih.

Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir. Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis.

Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang pembuatnya di biara Vatican telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.

Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakana padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?. Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat.

Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih). Sebenarnya agama Kristian ini salah. Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian.

Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian.

Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.

Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar.

Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan lihat isi kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut.

Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang.

Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St.
Mary, Sabah.

Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?

Turunnya Hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat.

Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi.

Saya bertanya kepadanya, Negeri apakah ini?"Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w." Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian).” Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran.

Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang berjemaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga.

Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahan pula awak paderi besar seluruh Sabah." Saya katakan padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam." Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam." Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian. Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?" Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam.

Dengan Kekuatan Diri setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka. Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang lagi bagus." Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah.

Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vatican selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam."

Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam." Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!" Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini.

Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak.
Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995. Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.

Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyak banyak prosedur yang perlu dijalani. Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap datang walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah. Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).

Di Vatican, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahnya.

Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan.

Pernah saya katakan kepada seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?" Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar.

Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat. Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi. Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia. Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka.

Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam.

Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak. Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya. Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam walaupun pada awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengatahui saya telah memeluk Islam.

Masalah Kelemahan Pendakwah Islam

Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian.

Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di Vatican dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis. Dia mengatakan pada saya;"Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud; “Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara." Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu." Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh membaca al-Quran." Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri. Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan kosong itu?" Saya katakan," Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?"

Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya?

Siapakah Sasaran Kristian?

Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik.

Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.

Apa ikhtiar kita?

Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib. Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada didalam tudung kamu itu". Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya.

Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa
ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi.

Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu. Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat 'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.'

URL: http://alumnigayonguia.tripod.com/artikel/paderi.htm
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Thursday, October 22, 2009 0 comments
Labels: artikel copy, muhasabah diri

Friday, October 16, 2009

seribu daya vs seribu dalih

Hujung minggu baru2 ni saya ada menghadiri satu program di seremban.Ketika pertama kali mendapat mesej dari murabbiyah yang 'mewajibkan' saya pergi ke program keilmuan ni, memang berat saya rasakan memandangkan terlalu banyak test pada minggu hadapannya.Tapi alasan taknak pergi sebab nak stadi tu memang alasan lapuk dan tak boleh diterima.Saya dengan berbesar hatinya menyusun jadual stadi untuk menyiapkan senjata lebih awal untuk test mgu hadapan tersebut.Tetapi,malang tidak wangi,saya tak dapat nak follow jadual tu.Hampeh betul. Sekali lagi syaitan berbisik2,"jangan pegi"!Rakan seperjuangan yang bakal pergi bersama saya tiba2 di waktu2 akhir bertanya,

"boleh tak kalo tak nak pegi?"
saya jawab,"knape taknak pegi?"
"minggu depan banyak gile test"...
"same la,orang de banyak test jugak"...jawab saya..

dia cakap lagi,

"kalo mak tau ni,mesti dia tak bagi pegi"...
"memang la mak cakap mcm tu,sbab mak tak ditarbiyah,mak tak paham"jawab saya...

dia terdiam,dan kemudian mengatakan hasratnya untuk bertanya akan hal ini kepada rakan kami yang lain,yang ibunya ditarbiyah.Kreatif betul pemikiran dia,tapi saya rasa itu bukanlah jalan penyelesaian yang baik.Lain orang,lain didikan dan fahamannya.Perbualan kami berhenti takat tu.

Sehari sebelum hari bertolak,saya bertanya dia sekali lagi,menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas,

"salam,tina(bukan name sebenar)g tak sok?"
"wslm,1st of all,tina nak mintak maaf sbab tina tak dapat pegi untuk kali ni"..bla2(tak ingat ape die tulis)...
"da bg tau kak ana?"(murabbiyah kami,bukan nama sbenar)
senyap...tiada respon...

Hari untuk berjuang pun tiba,mujurlah ada seorang akhawat yang mempunyai kelapangan untuk sama2 menimba ilmu yang istimewa(merepek).Ketika saya sedang menunggu bas,saya mesej lagi dengan rakan saya yg tak dapat ikut ni,

dia tnya saya,"pegi tak program tu?"
"pegi"..jawab saya...
"sorang ke?"tanya dia lagi..
"ye la,da tina tak nak teman"..saja saya bohong jap nak tgk respon dia.mana tau die tetiba nak pegi pulak kan...

kemudian dia menjawab,
"bukan tak nak teman,tapi kali ni takda kesempatan.biarla tina jadik anak yang dengar cakap mak..memangla mak tak dtarbiyah,tapi tina harapan mak ayah...taknak kecewakan dorang..tuntut ilmu kan wajib gak,takpe la,anti g sana,balik nanti cite apa yang anti belaja"...(ni saya copy sebijik2 mcm dalam inbox)


Saya paham apa yang dihujahkan sahabat saya tu,maksud dia mcm ni,bila kita meluangkan masa untuk program ilmiah mcm ni,lagi2 time2 nak de banyak test ni,kita akan kekurangan masa untuk menelaah,dan kemungkinan besar akan failed,seterusnya akan melahirkan rasa kecewa bukan hanya dalam diri kita,bahkan ibu bapa kita.Dahsyat tu.Tapi,setiap kali saya rasa taknak pegi sbb perkara ni,tentu saya akan fikir balik,apa sangatlah yang saya boleh buat dengan masa lapang.



Slogan pelajar dalam berjuang,dakwah no 1,tapi pelajaran bukan no 2,begitu juga dengan keluarga(ibu bapa terutamanya).Kita sebagai insan yang tersedar bahawa kita mempunyai tanggungjwb lain, seharusnya bijak menguruskan masa,untuk memastikan semua 'sistem' dalam kehidupan 'on'. Dakwah??extreme gile ayat tu..mesti ada yang dah terbayang segerombolan manusia berjubah hitam datang rumah ke rumah menyampaikan ilmu agama kan?dakwah tu luas.Kajilah sendiri ye.

*******************

Semasa berprogram,saya ada menceritakan kepada murabiyah saya,yang saya ada 4 test minggu hadapan,dan saya tak bersedia.Murabiyah saya tu sangat2 lah risau,dan banyak kali jugak dia ulang sebaris ayat yang sama je,

"akak tak pernah aja pun anti buat mcm ni"..

saya asyik tergelak je bila dia cakap mcm tu.Kelakar tengok kerisauan dia yang agak melampau(jangan marah ye kak).Pada malam hari selepas tamat program,murabbiyah tercinta ni suruh saya stadi.Saya pun dngan sedkit kesedaran,menelaah sampai ngantuk.Kesimpulannya, program tu memang efektif,dan saya rasa berkobar2 lepas program tu.

********************
cerita test

Minggu test pun bermula.Entah mengapa saya rasa seronok stiap kali menjawab test minggu tu (huiyo,belagak gile), bukan lah nak cakap kesan dari aktiviti saya masa hujung minggu tu,tapi mcm tu la kot. Saya dapat rasakan kebenaran kalam Allah surah ke-47 ayat 7,yang pasal jika kita tolong agama Allah,Allah akan tolong kita,dan meneguhkan kedudukan kita.Keadaan murabbiyah saya sama je seperti program tu,risau tak sudah,takut sangat dia jika saya gagal,dan telah mencipta fitnah dalam dakwah.Mksud fitnah dalam dakwah tu,mcm ni,

"tula ko,salu banyak sangat g progrm,kn da failed"...(rekaan semata2)

faham kan?jika kalian tak paham,buat2 paham je la ye.Akhir kata,doakan saya dan rakan seperjuangan istiqamah.Doakan juga,supaya saya tak jadi blogger yang hipokrit,ckp je lebih, buat tak.Doakan ye...jazakillah/kallah....wassalam...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Friday, October 16, 2009 9 comments
Labels: jalan2 carik redha Allah, perjalanan menimba ilmu, Tarbiyah

Monday, October 5, 2009

Berubah..

Bismillahirrahmanirrahim...

Hujung minggu baru2 ini saya sangat gembira kerana dapat kembali berhalaqah seperti biasa.Sekian lama tidak berhalaqah,disebabkan cuti raya yang agak panjang,saya dapat rasakan sedikit kekosongan dalam jiwa.Akhir2 ini juga saya sering kali terkenang akan kisah silam saya.Kisah ketika saya berada di fasa jahiliah dan saya sebenarnya sangat takut dan benci untuk kembali ke arah itu,tapi syaitan mmg tidak pernah putus2 dalam mencari teman untuk ke neraka.Ditambah pula dengan kejutan tentang berita pengkapelan seorang sahabat yang saya rasakan sangat dia sangat jauh untuk ke arah itu. Antara dialog dia dengan saya ketika kami berchatting melalui YM yang masih saya ingat..

"wei,kalo aku cakap aku kapel,ko pecaye tak?"
saya menjawab,"pecaye la,ko kan gatal,hehe"..gurau saya,saya dah rasa lain mcm sebenarnya..
"btol ke?"..tanya saya lagi...
"takde la"..jawab dia...
saya rasa kurang percaya,dan bertanya sekali lagi,"betul ke tak ni?"..
"betul la, tak smpai sebulan pon lagi"jawab dia jujur..

saya sangat2 terkejut,tetapi,saya ingatkan yang dia ni hanya main2,dan tidak serius,saya bertanya lagi,

"ko main2 je kan kapel ni?"
"tak la,aku sayang dia la"....jawab kawan saya...
saya mmg rasa nak termuntah je masa tu,dan berkata,"geli nye weii,ko dah berubah"!..

memang direct kata2 saya,sebab kami selalu memang begitu...
kawan saya membalas,"ko tak tau,ko tak kapel"...
"aku takkan kapel sampai kawen la wei"..balas saya..
"eleh,ye la tu"..balas kawan saya lagi...

Rakan saya ini seorang yang kelakar,dan cepat menyampah dekat insan yang bernama lelaki. Tapi,apa yang saya lihat,dia suka dengar cerita rakan-rakannya yang sedang berkapel.Tah apa yang seronok sangat.Tapi saya tidaklah pelik sangat bagaimana dia boleh terdorong ke arah ini.Dia mula berjinak2 dengan internet semenjak memasuki universiti dan kerap memasuki chat room.Ada rakan kami lagi seorang mengatakan yang rakan saya ini terkena 'internet shock'.Tapi saya tak sangka sampai mcam ni sekali impaknya.

Oleh sebab keseriusan yang dia tunjukkan,saya rasa nak tanya lagi,

"ko nak kawen dengan die ke?"
"yela,sbab bagi aku kalo tak kawen dengan orang yang kte kapel ni mcm buang mase je"...

Perasaan terkejut yang teramat memang muncul ketika itu.Nekadnya dia,apalah yang lelaki ni dah cakap kat dia.Saya cuba bagi nasihat,

"wei,bapak aku kate ,jangan caye sangat kat lelaki ni,mulut je manis"..
dia menjawab,"bapak aku tak kesah pon,tapi ibu aku bising"...

Memang benar,bapa saya pernah berpesan begitu kepada saya,dan saya memang ingat sampai bila2..

Saya cakap lagi,"wei,baik ko kawen dengan dia sekarang je"..
dia jawab,"ibu aku tak bagi,die suruh blaja dulu"...

Saya menyuruh demikian kerana,adalah lebih baik untuk pasangan2 kapel ni menikah cepat2 untuk memberhentikan segala jenis maksiat yang mereka lakukan hari2 bersama pasangan mereka. Bayangkanlah,mereka akan kerap berhubungan,biar pun dengan hanya bertukar2 suara di talian,namun ianya tetap 1 maksiat yang masyarakat kebanyakannya tak nampak. Bagi mereka term 'maksiat' tu hanya untuk 'aktiviti' fizikal sahaja.Apa2 pun,saya akan cuba mencari jalan untuk membawa kembali rakan saya ini ke jalan yang benar.Pernah sekali saya edarkan komik yang diadaptasi dari cerpen ke bilik2,dan alhamdulillah,ada juga yang tersedar.Bekas roomate saya, merangkap senior saya,pernah menceritakan tentang seorang rakannya yang menangis,dan memutuskan hubungan dengan pasangannya selepas membaca buku Tautan Hati karya Fatimah Syarha.Namun semua itu hanya berlaku sekejap sahaja,dan hangat2 taik itik, disebabkan tidak mendapat pengisian yang mencukupi dan konsisten,rakannya kembali berhubungan dengan kekasih hatinya.

Muak kan dengar perkataan kapel tu?tapi tidak bagi mereka yang sedang hanyut.Inilah salah satu faktor mengapa umat islam zaman sekarang gagal mencapai ketinggian tamadun seperti umat islam zaman dahulu.Saya sangat tertarik membaca kisah berkenaan Sultan Muhammad Al-Fatih,yang telah berjaya menakluk Constantinople.Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu,solat sunat rawatib,dan solat sunat tahajud semenjak baginda baligh,benarlah apa yang diriwayatkan dalam hadith ,

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Menjaga hubungan dengan Allah itu sangat penting untuk kita mencapai kejayaan. Kecemerlangan kita dalam ibadah dapat menjamin kejayaan kita dalam semua perkara, para sahabat juga bertahajjud pada malam hari, mencari kekuatan untuk berperang pada esok harinya.Jadi,alasan taknak tahajjud sebab takut mengantuk pada esok harinya,sangat2 tak boleh pakai.Selamat bertahajjud!!
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Monday, October 05, 2009 3 comments
Labels: sekeliling

Wednesday, September 30, 2009

G_ R_ -teka sendiri

Entah mengapa saya tiba ingin bercerita tentang seorang tenaga pengajar di kolej saya.Saya amat tertarik dengan cara beliau mengajar.Teknik pembelajaran yang beliau gunakan sangat tersusun.Jarang sekali saya mengantuk ketika berada di kelasnya(bukan nak riak ye).Orangnya kecik molek,tapi jiwanya besar.Sentiasa bersemangat setiap kali mengajar walaupun bermacam2 karenah yang pelajar lontarkan. Apa yang saya paling suka,setiap kali sebelum peperiksaan subjeknya,tidak kiralah sama ada kuiz atau test,beliau pasti akan membuat 1 kelas persediaan yang mendedahkan bentuk2 soalan yang sering di tanya,dan alhamdulillah,siapa yang hadir ke kelas ni mmg score la.Perkara ini jarang sekali dilakukan oleh mana2 pensyarah.

Perkara lain yang saya suka tentang beliau,apa yang diterangkannya lancar sekali,dan beliau tidak membaca bulat2 apa yang terkandung di dalam slide(seperti yang dilakukan oleh beberapa org pnsyrh).Beliau juga tidak berlengah2 dalam menanda kertas peperiksaan.Paham2 je la,pelajar mmg selalu tak sabar2 nak dpt balik kertas exam,walaupun result takde la bagus mana.Dari segi penampilan,beliau memang sentiasa kelihatan kemas,dan saya boleh nampak sifat2 pembersih yang wujud dalam diri beliau.Kesimpulannya,saya sngat bersyukur dapat menimba ilmu dari beliau,tambah2 lagi, subjek yang beliau ajar adalah subjek yang paling besar jam kreditnya.

********************************

Bukan senang hendak menjadi seorang guru.Bapa saya pernah menyatakan keinginannya untuk melihat saya menjadi guru.Katanya,kerjaya guru ni memang sangat sesuai dengan wanita,memandangkan waktu berkerja seorang guru pada kebiasaannya hanya separuh hari.Ayah saya mengkehendaki saya menjadi guru berijazah.Saya pernah mendengar keluhan makcik saya yang merupakan seorang guru,tapi guru tahap diploma,katanya,”mengajar same je,tapi cikgu berijazah gaji jauh lagi banyak”.Inilah salah satu sebab mengapa saya katakan berat untuk menjadi seorang guru.Semuanya memerlukan ketahanan yang kuat dari segi fizikal dan emosi lebih2 lagi,juga memerlukan keikhlasan ketika mengajar.

Pernah di suatu ketika,saya tertinggal beg buku di rumah sekembalinya ke asrama.Ayah saya menghantar beg tersebut ketika saya sedang berada di dalam kelas matematik tambahan.Guru yang mengajar tu memang sangat bagus,dan kelakar.Ketika saya pulang ke rumah di hujung minggu,ayah saya mengeluarkan lagi pendapatnya tentang kerjaya guru,katanya,kerjaya guru ni professional.Tanpa saya sedari,sebenarnya ayah saya memerhatikan cara guru ‘add math’ saya tu mengajar.Mungkin dari situlah timbulnya idea kerjaya guru ini adalah suatu kerjaya yang professional.Tambahnya lagi,kerjaya sebagai guru ini juga dapat melatih seseorang menjadi berani bercakap di depan khalayak ramai.Macam2 kebaikan guru ayah saya nyatakan,tapi saya tetap rasa tidak layak untuk menjadi seorang guru.Tahap kesabaran yang sangat tipis dalam diri saya menyebabkan saya berasa sedemikian.

Apa yang telah saya coretkan ini bukanlah hendak menakut-nakutkan kalian tentang kerjaya mualim ni. Sebaliknya hendak menggalakkan kalian kea rah itu.Pekerjaan ini sangat mulia,dan kita bakal mendapat pahala yang berterusan sekiranya ilmu yang kita ajarkan itu di manfaatkan oleh pelajar kalian.Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

"Apabila seseorang anak Adam mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara: Sedekah Jariah yang sentiasa mengalir pahalanya. Ilmu yang dimanfa’atkan orang lain. Doa anak yang salih."_ (Riwayat Muslim)

Sekian,wassalam
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Wednesday, September 30, 2009 0 comments
Labels: dulu2, perjalanan menimba ilmu

Friday, September 25, 2009

Cemas..

Hari ini hari terakhir saya berada di rumah sebelum pulang ke kolej esok.Tidak dapat nak digambarkan apa yang saya rasakan sekarang ini,rasa takut,tidak bersedia,cemas,menggelabah tak tentu pasal,semuanya sedang berbaur(semua sejenis je perasaan ini sbenarnye).Setelah puas menikmati cuti raye, dan hanya sedikit persediaan untuk peperiksaan akhir dilakukan,mmg wajar ke semua perasaan itu wujud.Final tinggal 4 minggu sahaja.Study week pun tiada untuk sem ni, semuanya gara2 H1N1.Tak taulah mcm mana saya nak bahagikan masa nanti.

Bercakap pasal cuti ni,semasa cutilah ramai antara akhawat dan ikhwah futur.Futur maknanya lemah selepas kuat.Jika di kolej,kita aktif menyertai majlis ilmu,mutabaah mantap,tetapi sebaik sahaja pulang ke rumah,semuanya berubah.Ini mungkin disebabkan tiada biah solehah di rumah. Tiadanya sahabat sefikrah untuk mengingati.Hanya kekuatan iman dapat membantu kita. Betapa pentingnya taman2 syurga untuk kita hadiri semasa cuti.Betapa tingginya darjat majlis2 ilmu sehingga disamakan dengan taman2 syurga.

.......................................................................................................

Tiba2,saya teringat peristiwa petang tadi,ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri open house di rumah kawan ayah,saya menerima panggilan dari nombor yang asing, dan memberanikan diri untuk menjawab panggilan tersebut.Rupa2 nya,pemanggil itu adalah rakan lama(skola rndah) saya,dan menyatakan hajatnya dan beberapa lagi rakan lain untuk beraya di rumah saya pada waktu itu,tapi malangnya saya tiada di rumah.Entah mengapa saya merasa sangat lega atas kegagalan mereka untuk beraya di rumah saya.Saya dapat bayangkan kejanggalan saya untuk melayan mereka dengan baik,tambahan pula wujudnya jantina lain dalam 'rombongan raya' mereka.Sangat2 menyedihkan apabila melihat keadaan seorang rakan lama saya yang sangat2 berubah dari dulu.Jika dulu(masa f2),saya akan kerap berhubungan dngnya,dan apabila saya menghubunginya pada waktu malam,dia sedang membaca Al-Quran, betapa bagusnya didikan yang ibu bapanya berikan.Tetapi kini,saya dapat rasakan perubahan yang ketara dalam dirinya,tambahan lagi apabila dia sudah mempunyai pasangan.Saya hanya mampu berdoa agar Allah memberikan hidayah semula kepadanya,teringat doa yang selalu kita baca selepas solat,'rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana ,wahablana min ladunka rahmah, innaka antalwahhab'..maknanya,'tuhan jangan kau palingkan hati kami,setelah kau beri hidayah,sesungguhnya kau Maha Pengasih'...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Friday, September 25, 2009 0 comments
Labels: muhasabah diri, Raya

Wednesday, September 23, 2009

Cerita Raya

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam buat semua pembaca...

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf untuk segalanya.Cerita pasal maaf bermaafan ni,tentula kita kerap kali bersalaman dengan sanak saudara sepanjang hari raya,tetapi,adakah kita berwaspada dengan siapa kita bersalaman?Adakah kita bersalaman dengan muhrim kita?

Masalah 'salam' kembali bertahkta setiap kali raya.Raya baru2 ini,seperti biasa,saya akan bersalam-salaman dengan makcik2 dan pakcik2 saya yang ada talian ibubapa saya untuk memohon ampun serta untuk mendapatkan duit raya(hehe).

Tetapi,pada tahun ini,ada seorang sepupu lelaki saya,yang baru sahaja bekerja, dengan rasa pemurahnya ingin menghulurkan angpau. Saya tahu tentang perkara ini dari sepupu perempuan saya,dan terus membuat keputusan untuk tidak bersalam dengannya.Tentu kalian rasa saya salam semata2 untuk mendapatkan duit rayakan?bukan begitu sebenarnya(sikit2 ade la),jika mengikut kebiasaan keluarga,kami semua dikehendaki bersalaman dengan pemberi duit raya,kerana wang sudah pun disediakan untuk semua.Sepupu saya yang agak peramah pun memberitahu abangnya tentang perkara tersebut,dan abangnya berkata,"malu2 tak dapat duit raya".Biar je la burn duit raya tu,saya tak kisah,yang penting Allah redha akan apa yang saya lakukan,Insya-Allah..

Masalah salam tahun lalu pula,apabila si makcik(adik ayah),duduk dengan suaminya di atas kerusi panjang,menanti si anak2 buah datang bersalaman dengan mereka,dan kemudian barulah si makcik memberikan angpau,saya dengan rasa serba salah,hanya mampu bersalaman dengan makcik,tapi saya tahu,yang si makcik agak berkecil hati kerana saya tidak bersalaman dengan suaminya yang tercinta,dan si makcik pun mengungkapkan,"kalo ko tak salam dengan pakcik ****,ko ucaplah selamat hari raya kat die"....pelik betul arahan ni,tapi saya lakukan jua demi menjaga hati seorang wanita bergelar makcik.

Saya tahu,ada pakcik2 lain yang rasa kecil hati apabila saya memilih ketika bersalaman.Hal ini adalah kerana ,mereka masih tidak paham akan batas sebenar pergaulan antara saudara mara.Bagi mereka,hubungan antara pakcik dengan anak saudara perempuan adalah seperti bapa dengan anak perempuan,dan bagi sepupu pula,mungkin mereka menganggap saudara2 mereka adalah seperti adik beradik mereka yang lain.

Batas perhubungan inilah menyebabkan tebentuknya batas aurat sesama saudara2 kita yang bukan muhrim.Adakah kita menutup aurat sepanjang berada sebumbung dengan saudara2 kita yang bukan muhrrim(sepupu lelaki,pakcik yang tiada talian darah).Mungkin ramai yang sudah sedia maklum akan perkara ni,tapi ramai juga yang masih tidak tau,atau terlupa,atau buat2 lupa akan hal ini.

Sama2 kita memperingati antara satu sama lain..sekian,wassalam...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Wednesday, September 23, 2009 2 comments
Labels: Raya

Thursday, September 17, 2009

T.A.R.B.I.Y.A.H.....

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam buat semua...

Tarbiyah memberi impak yang besar dalam hidup saya.Bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya telah dipilih untuk tergelincir dijalan ini.Terima kasih buat sahabat seperjuangan yang telah bersama-sama berjuang dan sentiasa menegur atas setiap kelemahan diri.Terima kasih juga buat akhawat2 yang tidak mengenal erti jemu dan penat lelah dalam mencari jiwa2 baru untuk sama2 berjihad mencari keredhaan Allah. InsyaAllah...

Tarbiyah?apa tu?


Tanpa tarbiyah,
-tentu saya masih lagi menonton filem/drama2 lagho yang disiarkan.Mendengar lagu2 dari negara seberang yang liriknya hanya memf0kus kepada cinta manusia semata dan semestinya mampu melemahkan keimanan.Ayat ini telah merubah segalanya,

"2:209,wahai orang2 yang beriman!masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya,dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan.Sungguh itu adalah musuh yang nyata bagimu."

Mahukah kita menjadi muslim hanya pada nama sahaja?Orang kafir dengar lagu tu,kita pun dengar,mereka tengok cerita tu,kita pun tgk,yang membezakan kita dengan mereka hanyalah di kad pengenalan,kita islam,mereka....na'uzubillah..





Tanpa tarbiyah,
-tentu sekarang ini saya masih lagi tegar membalas mesej2 bukan muhrim yang tiada kepentingan,berchatting tntang perkara remeh di YM dan lain2...
"kak,boleh tak chat dengan laki?" inilah soalan yang sering saya dan rakan2 lain tanya kepada naqibah kami sewaktu di sekolah dahulu,tetapi jawapan mereka masih kurang jelas,dan tidak mampu mengubah saya.Sehinggakan 1 hari ketika taalim di matrik,seorang akhawat menjawab soalan saya dengan memberikan ayat ini,

"17:32,dan janganlah kamu mendekati zina;(zina) itu sungguh satu perbuatan yang keji"....

Sebelum saya terjumpa perkataan ini,saya menyedapkan hati saya dengan kata2,"ala,tak pe je chat dengan lelaki,selagi aku mampu kawal diri,tak terbawak2 dalam solat"..
Tapi,ternyata apa yang saya rasakan itu salah sama sekali.Berhubungan dengan lelaki yang bukan muhrim merupakan satu pendekatan kepada zina,dan ini ditegah Allah swt,melainkan ada urusan mustahak yang memerlukan kita berhubungan dengan lelaki...klik sini untuk tips berhubungan dengan mereka yg bukan muhrim.


Tanpa tarbiyah,
-mungkin saya tidak kenal apa itu mutabaah,dan tidak pernah punya target untuk mutabaah mingguan.Tilawah,dhuha,soum,istighfar,tahajud,maksurat,semua ini perlu dijaga.Kesemua ibadat ini lazim dilakukan oleh kebanyakan orang,kecuali tahajud.Saya memang tidak pernah sedar akan kepentingan tahajud sebelum di tarbiyah.Bagi saya,tahajud hanya akan saya lakukan ketika menghadiri kem2 bina diri,kem ibadah,dan seminggu sekali ketika di sekolah dahulu.
Waktu inilah waktu mustajab untuk berdoa,dan Allah berfirman,

"2:186,....aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-ku dan beriman kepadaku,agar mereka memperoleh kebenaran..

Tanpa tarbiyah,
-tentu hujung minggu saya hanya dipenuhi dengan mengulangkaji pelajaran untuk kepentingan dunia seperti rakan2 lain yang belum ditarbiyah.Tidur,bangun,makan,solat,stadi,dan tidur semula..itulah rutin harian yang saya jalani sebelum di tarbiyah.Dan saya tidak mahu berterusan seperti itu,sebaliknya mengisi kegersangan hati dengan sedikit pengisian dan masukan untuk menjalani hari2 mendatang dan memperbaiki kesilapan pada minggu sebelumnya.


Kesimpulannya,sertailah mana2 majlis ilmu,dan pastikan kalian mendapat pengisian yang berterusan.Doakan saya istiqamah dan istimrar di jalan tarbiyah ini.Hidayah itu milik Allah, dan tidak akan kekal bersama kita kecuali dengan izin-Nya..Aminnn...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Thursday, September 17, 2009 3 comments
Labels: Tarbiyah
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod | Distributed by Deluxe Templates