Lamanya tak update blog.Entah kenapa rasa malas sangat nak update,baca blog orang je rajin.Hari ni adik saya pulang ke DQ.Tak tau kenapa rasa sedih sangat dia da habis cuti.Rasa sunyi.Mungkin sebab masa dia cuti dia selalu 'lepak' dengan saya kot.Tadi saya rush pulang ke rumah dari halaqah sebab nak ikut family hantar dia pulang ke dq.Alhamdulillah nasib baik sempat.Tiba2 tren sampai sharp,lepas tu perjalanan pun smooth je,takde sekat2.Kalau tak sempat ikut tadi mungkin saya menangis kot(pehal la emo semacam ni).
Sebenarnya saya pun tak tau nak share apa kat sini.Tapi,saya nak sentuh tentang tarbiyah ketika di ipt dan tarbiyah ketika kerja.Saya da pernah rasa kedua-duanya. Kebanyakan akhwat mendapat tarbiyah ketika kita di ipt,dan kebanyakannya dikelilingi akhwat,dan bi'ah yang baik.Mengikut cerita dari ramai akhwat,ada dikalangan akhwat yang ketika di ipt sangat aktiv dalam dakwah,tetapi selepas tamat belajar dan memasuki alam kerja,dia menjadi sebaliknya.Ada akhwat yang bernikah dengan ikhwah yang tidak ditarbiyah,terus hilang dalam dakwah.Mahukah kita menjadi sebegitu rupa?
Saya sendiri yang baru memasuki alam pekerjaan,dan tinggal dengan family jujur saya cakap, saya ada sedikit rasa 'lain macam' untuk pergi ke halaqah,dan program. Jika dulu di ipt,kita hanya pulang ke rumah ketika cuti sem.Duduk sekejap tu pun kadang2 ada rasa futur,inikan pula jika hari2 duduk di rumah.Bayangkan di rumah,tiada akhwat untuk mengingatkan,untuk mengawasi kita.Memang sangat sukar rasanya nak berjuang dengan persekitaran yang tidak kondusif.Tapi sebenarnya kitalah yang mencorakkan diri kita.Jangan biar masyarakat/keadaan persekitaran mengubah kita,tapi kita sendiri yang pengaruh mereka,insyaAllah pengaruhi ke arah kebaikan.
Jadilah seperti biji kopi,walaupun direneh selama mana,rupanya tidak berubah,bahkan mengeluarkan haruman lagi.Jangan jadi seperti lobak yang pada awalnya keras,kemudian menjadi lembik selepas di rebus,dan telur yang asalnya lembut,kemudian keras selepas di rebus.Wallahua'lam
p/s:tak sabar nak tunggu bulan 9,nak jadi student balik..time please fly fast!
KUN ANTA TAZDAD JAMAALA ❤
5 weeks ago
0 comments:
Post a Comment