Saya ingatkan pertemuan tersebut berakhir di situ sahaja,tetapi tidak sama sekali.Tadi(beberapa jam yang lalu),adik dia duduk berhampiran dengan saya,dan senyum bila saya memandangnya,tapi saya cepat2 pandang tempat lain,
"alamak,kenapa dia senyum?dia kenal aku ke?"
itulah yang terdetik dalam hati saya ketika itu
kemudian,saya lihat melalui sisi mata,adik dia pandang2 belakang,seolah-olah memberi isyarat kepada seseorang.Kemudian,di rakaat seterusnya,saya lihat bilangan orang di sof itu bertambah,saya agak dia mengajak adik-beradiknya yang lain ke sof hadapan, dan boleh jadi,rakan saya ada di situ.Sangat tidak tenang saya dibuatnya,bacaan surah yang panjang malam itu(menurut kata kedua2 adik saya),saya rasakan pendek. Selesai sahaja 8 rakaat,saya terus ke sof belakang untuk menunaikan solat witir. Saya lihat dari jauh mereka sedang berbincang,saya nampak rakan saya!rindu menapak dalam hati,walaupun malu nak bersua.Saya teruskan dengan solat witir.Selepas habis solat witir,saya berazam untuk jalan laju2,pergi ke pintu keluar,tetapi belum sempat saya sampai ke pintu,pandangan kamu bertaut,saya secara automatik terus menerpa ke arahnya,bersalaman dan memeluknya,umpama jejak kasih.Saya tak tahu mana hilangnya semua rasa malu tadi,kami berbual seperti biasa,bertukar2 berita dan nombor telefon, dia perkenalkan saya dengan adiknya yang bongsu,adiknya yang sangat comel ketika 8 tahun yang lalu,kini sudah besar,cantik.
Saya tak tahu untuk apa saya tulis cerita ini kat blog,tapi saya ingin tekankan di sini,betapa pentingnya kita sebagai umat islam,untuk memelihara ukhuwah sesama muslim,tindakan saya di atas seolah-olah saya ingin memutuskan ukhuwah.
Beberapa hadith yang menggambarkan kepentingan ukhuwah:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Dari Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w. bahawasanya ada seorang Ielaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan," kemudian dihuraikannya Hadis itu sampai kepada sabdanya: "Sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah." (Riwayat Muslim)