Hari ini seorang sahabat saya akan fly ke India.Saya tahu yang dia bakal melanjutkan pelajaran di sana, tapi saya tidak sangka yang dia akan fly dalam masa terdekat ni.Tiba-tiba saya rasa sangat sedih sebab tak dapat jumpa dia untuk kali yang terakhir sebelum dia berangkat ke sana.Kami pernah rapat satu ketika duhulu sewaktu di sekolah.Orang lain pelik macam mana kami boleh rapat,sedangkan kami bukanlah rakan sekelas,mahupun sebilik.Kami mula rapat masa form3, dia kerap datang ke bilik saya untuk berjumpa dengan bekas kakak dormnya.Saya pernah tidur di rumahnya ketika cuti beberapa hari sebelum PMR.Keluarga dia sangat baik. Adik2 dia comel.Saya cukup senang berada di rumah dia.Tapi bak kata pepatah,ku sangkakan panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari,dia mendapat tawaran ke MRSM sewaktu f4,dan dia pun berpindah ke situ.Setelah itu,kami sering berbalas2 surat,saja gatal nak main hantar-hantar surat. Walaupun sebulan jugak la nak tunggu surat tu sampai.Sebelum paper akhir spm dia datang melawat saya di sekolah,kebetulan dia habis exam lebih awal dari saya.Selepas spm,kami dah agak jarang contact, jumpa pun sekali dua je,tapi itu tak bermakna saya dah lupakan dia.Sehinggalah saya menerima msg dari dia beberapa hari yang lepas yang memberitahu dia akan fly hari ni.
Semoga dia tabah dalam jihadnya di sana.Doaku mengiringi keberangkatanmu sahabat..lagu ni ditujukan untuk dia dan sahabat2 lain..
KUN ANTA TAZDAD JAMAALA ❤
5 weeks ago
3 comments:
ana first time betul2 kenal lagu ni masa suhaila nak pergi mesir. surrender ana masa tu..enti pun~
kita akan rasa sedih bilamana sahabat kita merantau di negara orang.
tu juga yang jadi pada ana bila ukhti inni pergi belajar, tapi ana xdapat hantar.
apapun, ana bersyukur sebab walaupun mereka pergi, ana masih ada sahabat2 yang baik di sini.
~di mana bumi dipijak, di situ tauhid dijunjung~
nice post~
kita nyanyi same2 kan syira..
mase suhaila pergi ana sedih gile,walaupon takde la rapat sngt...
mungkin ni ukhuwah kerana Allah.. tak semestinya nak sntiase bersame, tp tiap mase yang diluangkan bersma,walaupun tak banyak,kita buat perkara2 ila mardhatillah..
a'ah..kita nyanyi sama2..lawaklah bila teringatkan balik benda tu..tak sangka boleh nangis tersedu-sedan sebab memang tak lama pun ana kenal suhaila.
apalah khabar beliau sekarang kan. hanya ikut perkmbangan melalui blog beliau saja.
p/s: puasa kali ini, ana dah x bersahur dengan sambal ikan bilis dah ukhti~
Post a Comment