Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog.Hari sabtu yang lalu, keluarga saya telah mengadakan majlis bacaan Yassin dan tahlil untuk atok saya yang sedang sakit, seperti yang saya nyatakan dalam post sebelum ini.Family Day yang di rancang untuk cuti sekolah kali ini terpaksa dibatalkan memandangkan keadaan atok yang kurang sehat.Bacaan tahlil ini dikendalikan oleh abang saya,memandangkan dia cucu lelaki yang paling tua('besar') ketika itu.Selesai bacaan yassin,sementara menunggu waktu isyak,makcik saya menyuruh budak2 lelaki sekolah agama memberikan tazkirah, tapi malangnya,mereka telah berjaya melarikan diri(tahniah).Sebenarnya,tak perlu tunggu nak sekolah agama bagai baru boleh bagi tazkirah,tapi itulah mentaliti masyarakat,yang memandang budak2 sekolah agama ini sarat dengan ilmu agama,dan sangat sinonim dengan tazkirah.Hakikatnya,tidak semua begitu. Bagaimana pula dengan kes buli dan pergaduhan hingga mati yang kebanyakannya dimonopoli oleh remaja yang datangnya dari sekolah agama?sangat memalukan.
Saya teringat ketika di asrama dahulu,selepas tilawah,sementara menunggu masuknya waktu isyak,AJK BADAR mengadakan 'kultim',ataupun kuliah tiga minit.AJK tersebut memilih secara rawak dari setiap form siapa yang bakal memberikan 'kultim'.Mereka dikehendaki menyampaikan tazkirah atau apa saja peringatan yang bermanfaat selama tiga minit.Aktiviti seperti ini sangat bagus,kerana secara tidak langsung ia melatih pelajar untuk bercakap di khalayak ramai.Tapi ramai jugak yang melarikan diri dengan alasan ingin mengambil wudu',ke tandas,dan sebagainya.
Sesungguhnya kenangan di sekolah adalah yang terindah.Rindu sekolah!
Wednesday, June 23, 2010
Thursday, June 17, 2010
Atok
salam,agak lama juga saya tak update blog,asyik tulis separuh jalan je.Kali ni saya tekad, nak post jugak walau ape pun yang terjadi.Macam2 sudah berlaku sepanjang cuti ni,duduk kat rumah memang terlalu banyak dugaan.Terutamanya bab makan,penat sungguh asyik makan je,suruh berpuasa tak nak.Takot terbayang2 kononnya,sebab makanan banyak sangat.Bulan rejab sudah pun menjelma,rasa janggal bila melalui bulan rejab di rumah.Jika di sekolah dulu, saya berkawan dengan kawan2 yang rajin puasa,disebabkan itu,saya pun menjadi seorang yang suka puasa di bulan rejab dan syaaban.Ada satu hadith yang dapat mengambarkan perbezaan kawan yang baik dengan kawan yang jahat,
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari,
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Atuk sakit

saya agak sayu tengok keadaan atok macam ni.Atok yang dulunya kuat,boleh naik motor pergi sana sini,bole masakkan nasi goreng untuk cucu-cucunya,kini hanya mampu terbaring lesu.Tapi,satu hobi atok yang masih boleh dia buat adalah bercerita tentang pengalamannya. Walaupun cerita tu macam dah dengar banyak kali,tapi takpe, dengar je,asalkan atok senang. Masa ni lah peluang anak2 untuk mempamerkan rasa tanggungjawab mereka terhadap kedua ibu bapa.Saya pernah dengar orang cakap,
"mak bapak boleh je jage anak ramai2,tapi anak2 belum tentu dapat jaga kedua orang tua mereka"..
sekarang ni,anak2 atuk bergilir-gilir tiap2 malam jaga bapa mereka.Kebetulan semua duduk dekat2 je dengan rumah atuk.Perlunya mereka jaga atuk,sebab atuk tak larat nak jalan pergi ke tandas.Perlu dipapah.Pernah satu hari,pakcik saya tiba2 on call,dia tinggalkan atuk tanpa memaklumkannya kepada orang lain,akibatnya atuk terjatuh di dalam toilet.Sebenarnya nenek ada untuk menemani atok,tapi nenek mana larat nak papah atok,silap2 atok yang papah nenek nanti. *tahan gelak*
semoga atok cepat sembuh

Subscribe to:
Comments (Atom)