Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog.Hari sabtu yang lalu, keluarga saya telah mengadakan majlis bacaan Yassin dan tahlil untuk atok saya yang sedang sakit, seperti yang saya nyatakan dalam post sebelum ini.Family Day yang di rancang untuk cuti sekolah kali ini terpaksa dibatalkan memandangkan keadaan atok yang kurang sehat.Bacaan tahlil ini dikendalikan oleh abang saya,memandangkan dia cucu lelaki yang paling tua('besar') ketika itu.Selesai bacaan yassin,sementara menunggu waktu isyak,makcik saya menyuruh budak2 lelaki sekolah agama memberikan tazkirah, tapi malangnya,mereka telah berjaya melarikan diri(tahniah).Sebenarnya,tak perlu tunggu nak sekolah agama bagai baru boleh bagi tazkirah,tapi itulah mentaliti masyarakat,yang memandang budak2 sekolah agama ini sarat dengan ilmu agama,dan sangat sinonim dengan tazkirah.Hakikatnya,tidak semua begitu. Bagaimana pula dengan kes buli dan pergaduhan hingga mati yang kebanyakannya dimonopoli oleh remaja yang datangnya dari sekolah agama?sangat memalukan.
Saya teringat ketika di asrama dahulu,selepas tilawah,sementara menunggu masuknya waktu isyak,AJK BADAR mengadakan 'kultim',ataupun kuliah tiga minit.AJK tersebut memilih secara rawak dari setiap form siapa yang bakal memberikan 'kultim'.Mereka dikehendaki menyampaikan tazkirah atau apa saja peringatan yang bermanfaat selama tiga minit.Aktiviti seperti ini sangat bagus,kerana secara tidak langsung ia melatih pelajar untuk bercakap di khalayak ramai.Tapi ramai jugak yang melarikan diri dengan alasan ingin mengambil wudu',ke tandas,dan sebagainya.
Sesungguhnya kenangan di sekolah adalah yang terindah.Rindu sekolah!
KUN ANTA TAZDAD JAMAALA ❤
5 weeks ago