Alarm telefon bimbitku berbunyik menunjukkan pukul 5 pagi,aku menjerit di dalam hati kerana aku tertidur awal malam tadi dan tidak menelaah langsung untuk subjek agama yang bakal aku duduki pagi ini.Aku memarahi rakan serumahku dalam hati kerana sangkaanku mereka tidak mengejutkan aku dari tidur seperti yang aku pinta.Aku bingkas bangun menuju ke bilik air,berwudu',kemudian menunaikan solat sunat tahajud 2 rakaat,menadah tangan memohon ampun kepada Allah atas kelekaanku terhadap subjek ini,aku sambil lewa,menganggap subjek ini senang dan berani meletakkan harapan untuk menghabiskan bacaan dalam masa satu malam.Tetapi malangnya,aku tertidur sepanjang malam.Aku menganggap ini balasan Allah terhadapat sikapku.Aku sedih dan menangis lagi,dalam hati aku kesal dengan sikapku...
selepas berjemaah subuh dengan rakan serumah,aku bertanya mereka,
"kenapa tak kejut aku malam tadi?"
rakanku menjawab,"da kejut,ko pon da bangun"..
aku bingung,agaknya aku terlalu penat sehingga tidak sedar.Mana tidaknya,2 hari berturut-turut aku diserang dengan paper pharmaco.Usai membaca ma'thurat,aku terus menyelak nota agama.Alhamdulillah aku ada membuat nota ringkas,aku baca nota itu sepantas mungkin,kemudian aku menyelak soalan semester2 lepas.Tanpa kusedari,jam sudah menunjukkan 8.40pg,aku bakal menduduki peperiksaan pukul 9pagi.Aku segera bersiap dan menuju ke dewan peperiksaan.Sampai di dewan,aku dan rakan-rakan serumahku dimarahi pengawas peperiksaan kerana lewat,tetapi aku sedikit pun tidak kesah.Aku berdebar ketika hendak membuka kertas soalan,aku baca doa terlebih dahulu supaya diberikan ketenangan dan dipermudahkan..Alhamdulillah...
Aku berazam tidak mahu mengulangi sikap ini,aku risau dan takut untuk membayangkan bentuk pembalasan Allah yang lain pula sekiranya aku mengulanginya kembali.. wallahua'lam..
tamat
p/s:maaf sekiranya terdapat unsur2 riak..
KUN ANTA TAZDAD JAMAALA ❤
1 month ago
2 comments:
uih....hang ni...
duk wat keje bahaya sungguh...
(sempat mengomen orang sebelum menempuh satu lg paper) ngeee~
salam..huhu ukthi, ni betu2 cerita pendek nih. pendek sungguh..
but give me meaningful ideas for a better improvement for myself.
Post a Comment