“hari ni aku epi sangat sebab kuar makan kfc ngan si die,pastu kitorg g tgk wayang,makan aiskrim sesame street....”(ni bukan copy dari mane2 blog,rekaan sndiri)
Alangkah mudahnya jika semudah itu untuk kemas kini blog.Bukanlah saya kutuk orang yang tulis blog macam ni,sebab saya yakin sangat,ramai orang lagi suka baca blog2 yang macam ni,termasuklah saya sendiri.Kadang-kadang tu,baca punya baca sampai tak sedar dah habis semua entry blog tu saya baca. Boleh je nak update blog mcm tu,tapi cerita2 tu lagi seronok kalau ada iktibar yang dpat di ambil.Bukannya saya nak kata blog ni bagus,banyak sangat yang kurang,selalu merepek2,sama2 la kita perbaiki ye..
Jalan-jalan
Beberapa minggu lepas saya pergi ke sebuah Karnival Pendidikan,kebetulan di karnival tersebut ada kedai buku, saya pun singgah cuci mata tengok buku.Saya sangat teruja kat kedai tu,buku semua bes2(gaye mcm ulat buku la).Itulah 1st time saya rasa teruja kat kedai buku kot.Mungkin ada buku2 yang boleh jadi bahan rujukan saya untuk bagi tazkirah kat kawan2.Saya tertarik dngan 1 buku ni,ketebalan setanding dengan kamus dewan,tapi nipis sdkit la.Buku yang membicarakn Hadis 40 dengan detail. Saya semak2 isinya,memang menarik hati,dan sesuai sangat nak dijadikan bahan untuk tazkirah. Saya pusing bahagian belakang buku, tengok harga,telan air liur gak la.Saya jalan2 tgk buku lain,mana tau ada yang murah sikit ke,tapi malangnya takde,setakat murah 10ringgitan tu,baik tak payah kan. Akhirnya saya pun belilah buku tu.Sampai rumah terus belek tu,tapi hari tu je la saya belek,hari lain saya belek dengan mata je.(Panjang jugak cerita beli buku).
Kali ini,untuk tidak menjadikan pembelian saya itu sia2,saya nak berkongsi sedikit ilmu yang dapat saya cedok dari buku tersebut.
Setelah diringkaskan....
Menjauhkan diri dari keraguan
Hadith ke-11
“Dari Abu Muhammad,Al-Hassan bin Ali bin Abu Talib,cucu Rasulullah s.a.w. dan kesayangannnya radhiallahu-anhuma,telah berkata:Saya telah mengahafal dari Rasulullah s.a.w(katanya): Tinggalkanlah apa yang meragukan kepada yang tiada meragukan.” (Riwayat At-Termizi dan An-Nasa’i).
Dalam islam,ada hukum2 yang sudah jelas ,sama ada wajib,sunat,harus,makruh atau haram. Untuk makanan dan minuman pulak,sama ada makruh atau haram.Tapi,ada jugak hukum yang belum jelas ataupun yang masih dalam kesamaran.Sebagai orang biasa,kita dianjurkan untuk ikut saja hukum yang sudah jelas,dan tinggalkan mana2 yang belum jelas.Bak kata pepatah,orang yang bermain di tepi lubang,tidak mustahil jatuh ke dalamnya.
Orang yang menjauhkan diri dari yang syubhat atau yang ada keraguan termasuk dalam kategori orang yang melindungi agamanya dan jiwanya dari kesalahan.
Setengah ulama’ mengatakan,
“tidak akan sampai seseorang hamba itu ke darjat orang-orang muttaqin(bertaqwa kepada Allah) sehingga ia meninggalkan perkara2 yang meragukan,kerana dikhuatiri akan meragukan".
Apabila dikatakan kepada Ibnu Adham r.a.:Tidak sudikah anda meminum air zamzam itu?
Dia menjawab:kiranya saya mempunyai gayung sendiri,nescaya saya kana meminumnya. Ternyata gayung/bekas yang digunakan itu milik sultan,sedangkan kepunyaan sultan itu masih diragukan sama ada harta yang halal atau haram. (sampai mcm tu sekali!)
Berikut adalah beberapa peristiwa dari para muttaqin yang telah membelakangnya harta benda dunia semata2 kerana bimbang akan tercebur ke dalam perkara-perkara syubhat.
Kisah 1
Seorang saudagar muslim yang ingin membeli sebuah rumah untuk keluarganya,mula menyimpan wang dalam sebuah bank sekian banyak dari pendapatannya setiap bulan.Wang itu semakin hari semakin bertambah ,sehingga menjadi sejumlah wang yang besar juga.Seorang temannya dalam bank itu menasihatkannya,bahawa sebaik-baiknya dia menyimpan wang itu dalam fixed deposit yang akan mendatangkan baginya faedah (Interest) sebanyak $9000/setiap tahun,sehingga terkumpul semua wangnya dan cukup untuk membeli sebuah rumah.Hanya bezanya,ia diminta menandatangani satu sertifiket yang tertentu sahaja.Tetapi saudagar muslim itu menjawab, “terima kasih,saya tidak ingin menandatangani sertifiket masuk ke neraka.
Kisah 2
Dalam zaman Bani Israel,ada seorang pekerja yang kerana perselisihan telah menolak upah yang diberikan oleh majikannya.Pekerja itu lalu menghilangkan dirinya dari tempat itu.Majikan pekerja itu menjadi serba salah dan tidak tahu apa yang harus dibuatnya dengan wang upah pekerja itu.Tetapi oleh kerana kejujuran hatinya,Tuhan telah mendorongnya untuk membeli binatang ternak dengan wang itu,dan ternakan itu ternyata berkat sekali,kerana tak berapa lama saja ia telah menjadi berganda-ganda banyaknya.Pada suatu hari dengan tidak disangka-sangkanya,pekerja itu telah kembali semula seraya menuntut wang upahnya yang ditolaknya dulu itu.Bekas majikannya dengan hati yang ikhlas berkata, “itu semua hartamu”! sambil menudangkan telunjuknya ke arah ternakan tadi.Pada mulanya,pekerja itu menyangka bekas majikannya hendak mempersenda-sendakannya, tetapi apabila dia mendapati bekas majikannya bersungguh-sungguh menyuruhnya mengambil ternakan itu,dia pun mengambil dan membawanya pergi.
Watak-watak di atas semuanya telah memilih jalan yang bersih,yang diyakini halalnya daripada menambah rezeki dari wang yang ada syubhat padanya.
Harta benda dunia itu selalu ada,bila2 masa je boleh carik,asalkan kita berusaha keras dan bersungguh-sungguh ke arahnya.Bila satu telepas,ada yang lain akan datang.Yakinlah. Allah s.w.t telah memberi jaminan dalam firmanNya yang mafhumnya,
“Tidak ada yang melata di atas muka bumi ini melaikan Tuhan menjamin rezekinya”...(Hud:6)
Ayat ni takde la bermaksud kita boleh senang2 duduk kat rumah,pastu rezeki sampai, yang dimaksudkan dengan jaminan Allah itu,manusia yang berusaha bekerja kuat,rezekinya tentu dijamin Allah setanding dengan usahanya.Same la macam exam pun,jika usaha kita tak seberapa,jangan kita terlalu berharap untuk keputusan yang gempak2,kalau dapat,syukur Alhamdulillah...
Semoga pengisian kali ni dapat bagi iktibar,kalau tak banyak pun,sikit pun jadik lah.wallahua’lam..
0 comments:
Post a Comment