Kali ni saya nak cerita pasal Haji Sahi(atuk)Family Day yang berlangsung di Holiday Villa Subang Jaya.Pertama sekali,saya bersyukur kerana Allah telah mengurniakan saya sebuah keluarga yang bahagia.Setiap kali cuti raya cina mesti ada family day.Rajin betul makcik & pakcik ni.Tahun lepas buat kat Port Dickson,siap buat baju lagi,tahun ni nak buat kat PD asalnya,tapi gagal pulak nak dapatkan rumah kat sana.Jadi mereka pun becadang nak buat family day sehari je,bowling tournament!
Tournament ni ikut kumpulan,setiap kumpulan ada 4 orang,ikut warna,ada kumpulan warna oren,ungu,coklat,hitam,biru,putih,kuning,merah dan selebihnya.Main 3 game,kumpulan yang dapat markah paling banyak,dikira sebagai pemenang.Hadiah untuk pemenang individu turut disediakan.Hadiah2 ni,dan sewa tempat,semua pakcik saya,yang agak berwang sponsor.Makanan pun dia yang taja.Semua ahli keluarga hadir,kecuali abang saya yang berada di Sabah,dia memang agak frust tak dapat turut serta,lagi2 bowling ni sukan fevret dia.Masa pergi PD taun lepas pun die takde juga,tapi takpe, ni final semester dia,lepas bulan 5 ni insyaAllah dia dapat join semua aktiviti keluarga.
tempat ke3 oren
coklat no 2
purple no 1
itu saja untuk kali ini,nanti kalau ada buat aktiviti solat hajat dan tazkirah saya upload lagi gmbar.Semoga keluarga ini diberkati Allah..sekian wassalam..
2 comments:
salam..wah3 ukht..meriah raya cina hang!!
huhu.......
meriah sehari je...
hehe...
Post a Comment