skip to main | skip to sidebar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About me

My Photo
Hamba-Nya yang hina..
sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri hari demi hari.. 'tuhan kuzalimi diri ini,andai kau tak ampuni dan rahmati,alangkah ruginya diri'.. 'tuhan jangan Kau palingkan hati ini..setelah Kau beri hidayah'..
View my complete profile

Ahlan wa sahlan

assalamualaikum..sesungguhnya tugas tarbiah adalah tanggung jwab setiap umat islam 'ala jaufil ard..kita seharusnya berusaha saling menasihati saudara2 islam kita yang lain disamping menasihati diri kita sendiri..dengan itu kita akan merasa dekat dengan Allah s.w.t hari demi hari..salah satu cara tarbiah adalah melalui blog..semoga maklumat2 yang terkandung dalam blog ini sedikit sebanyak dapat membantu kita meningkatkan ketaqwaan kepada pencipta kita Allah s.w.t..insya-Allah..

Followers

pukul berapa?

Archivo del blog

  • ► 2012 (6)
    • ► April (1)
    • ► March (1)
    • ► February (4)
  • ▼ 2010 (20)
    • ▼ December (1)
      • Satu amalan nilainya syurga
    • ► November (1)
      • Imtihan
    • ► September (2)
      • Ukhuwah
      • Tazkirah
    • ► August (2)
      • Untukmu Teman..
      • Open Your Eyes
    • ► July (1)
      • updated!
    • ► June (2)
      • .................
      • Atok
    • ► May (1)
      • rojak buah dimusim cuti
    • ► April (2)
      • cerita pendek
      • tumpang lalu
    • ► March (2)
      • home sour home
      • sebulan berlalu..
    • ► February (4)
      • Duit !
      • Adik..
      • Family Day
      • kembali...
    • ► January (2)
      • cerita dulu kala
      • .....
  • ► 2009 (58)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (4)
    • ► September (6)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (7)
    • ► May (11)
    • ► April (4)
    • ► March (5)
    • ► February (2)
    • ► January (2)
  • ► 2008 (25)
    • ► December (7)
    • ► November (5)
    • ► October (1)
    • ► September (5)
    • ► August (5)
    • ► April (2)

My Blog List

  • Mencari dan terus mencari cinta Ilahi
    Lakaran ummi ~ santai
    1 day ago
  • Saifulislam.Com
    Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
    5 weeks ago
  • Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah
    MEMORI 2018
    5 years ago
  • Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha )
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • The Rocking Hijab™[revamped]
    A revert's thoughts on LGBTQ
    8 years ago
  • Dunia Sarah
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • inijalanku.wordpress.com
    TABAYYUN vs TASABBUT
    8 years ago
  • D I A G N O S i S
    Seandainya anda berkomitmen
    9 years ago
  • UmmuSaif.Com
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Lukisan Bercerita
    Komik #2 HAMBA.. (page 1-3)
    10 years ago
  • Selembut Sutera
    Sabar bila diuji?
    10 years ago
  • SaBaHaNmUsLiM
    My Ex-Jahiliyyah
    11 years ago
  • senihati
    :)
    11 years ago
  • ::cintaku hanya padamu::
    Andai Rebah, Ayuh Bangkit !
    12 years ago
  • Satu Ummah!!!
    Taat pada pemimpin yang zalim
    12 years ago
  • Wan Zuraida Suka Menulis
    Luahan Hati
    13 years ago
  • ~Dunia Yang Fana~
    Pengalaman berharga..
    13 years ago
  • SHOUTUL IKHWAH
    Cerpen: Gerimis Cinta
    14 years ago
  • sweetbakery
    more,more and more chocolate
    15 years ago
  • qudwah qobla dakwah
  • here i am
  • ~AkuDarahAnakMalaysia~
  • ~hidup untuk memberi~
  • .: Dalam pencarian menuju Ilahi :.
  • Faisal Tehrani
  • Di sini segalanya Bermula...

Feedjit

Labels

  • artikel copy (1)
  • dulu2 (7)
  • family (6)
  • jalan2 (2)
  • jalan2 carik redha Allah (7)
  • muhasabah diri (16)
  • perjalanan menimba ilmu (13)
  • ramadhan (1)
  • Raya (2)
  • rumah (13)
  • sahabat (2)
  • sekeliling (10)
  • sekolah (3)
  • sirah (1)
  • Tarbiyah (6)

tinggalkan jejak

lets count

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments

Shoutbox

iluvislam

~Dunia Yang Fana~

Surah 3:104,dan hendaklah diantara kamu ada segolongan yang mengerjakan kebajikan,menyuruh yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung...semoga kita tergolong dalam golongan ini..aminn

Tuesday, December 28, 2010

Satu amalan nilainya syurga

Di padang Mahsyar segala amalan manusia ditimbang oleh Allah. Mana yang lebih banyak pahala dimasukkan ke syurga sementara yang berat timbangan dosa dihumban ke neraka. Seorang hamba Allah didapati kurang satu amalan (mata) saja untuk melayakkan dia masuk ke syurga. Jika mengikut perkiraan, dia adalah calon neraka tapi Allah Maha Penyayang akan hambanya. Allah memerintahkan orang itu mencari satu lagi mata untuk melayakkan dia ke syurga. Puas dia merayau dan mengemis dari seorang ke seorang untuk mendapatkan satu kebajikan saja namun hampa. Masing-masing memerlukan walau satu kebajikan. Kesemuanya mengatakan nasib mereka belum menentu, bagaimana hendak memberikan satu pahala.

Namun dia tidak berputus asa. Akhirnya berjumpa dengan seorang hamba Allah yang bersimpati dengannya. Dia mengatakan hidupnya bergelumang dengan dosa dan sepanjang hidupnya hanya membuat satu kebajikan saja. Padanya satu pahala itu tidak membawa sebarang makna, kerana menyangkakan dia akan masuk ke neraka akhirnya. Oleh sebab simpatinya kepada orang itu, dia memberikan satu pahala itu kepadanya. Dengan gembira yang tidak terhingga dia kembali menghadap Allah membawa pahala tersebut. Dia menerangkan apa yang berlaku. Oleh sebab sikap penderma yang pemurah itu, Allah menyuruh orang itu mencari penderma berkenaan untuk dimasukkan bersamanya ke dalam syurga.


MORAL & IKTIBAR

-Allah bersifat dengan AR-RAHIM
-Jangan remehkan kebajikan walaupun hanya amalan sunat
-Satu kebajikan amat berat timbangan di sisi Allah Satu amalan boleh meletakkan diri sama ada syurga atau neraka
-Di padang mahsyar semuanya nafsi-nafsi; masing-masing mau melepaskan diri dari azab yang pedih
-Orang yang pemurah akan dirahmati Allah yang bersifat dengan Pemurah
-Penghakiman di akhirat amat teliti serta berlandaskan keadilan yang hakiki
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Tuesday, December 28, 2010 0 comments
Labels: muhasabah diri

Monday, November 1, 2010

Imtihan

salam semua,lama sungguh tak update blog,macam biasa la ayat saya setiap kali post.sekarang ni mmg musim peperiksaan,baru 2 paper saya harungi,ade 4 lagi menanti..saya mohon doa kalian untuk saya dan sahabat2 lain yang sedang menduduki peperiksaan.InsyaAllah lepas exam saya akan selalu update blog dengan ilmu yang bermanfaat untuk semua..akhir kata, maattaufiq wannajah ! MAJULAH DEMI ISLAM..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Monday, November 01, 2010 2 comments
Labels: perjalanan menimba ilmu

Monday, September 6, 2010

Ukhuwah

Beberapa hari yang lalu,semasa tarawih di masjid,saya terlihat adik rakan saya ketika di sekolah rendah dahulu,tapi saya tidak berani hendak menegurnya,takut salah orang,walaupun tahap keyakinan saya adalah sebanyak 95%.Semalam,saya dapat rasakan ada orang melihat saya,tapi saya buat2 tak nampak je,kemudian,ketika rakaat ke-6 tarawih,tiba2 ada seseorang dari arah belakang solat di sebelah saya,kebetulan saya duduk di sof yang belakang sekali,hujung belah kiri.Saya dapat rasakan itu adalah rakan saya,cara dia tanggalkan spec sebelum solat,cara dia kumat-kamit masa solat(mcm xkhusyuk ni),sama dengan rakan saya itu,tapi saya hanya berdiam diri. Selepas tamatnya rakaat ke-8,dia terus ke sof belakang,saya pun menarik nafas lega. Saya tak tahu kenapa saya rasa sebegitu rupa.Mungkin terlalu malu dengannya sebab sudah bertahun kami tak bertemu.

Saya ingatkan pertemuan tersebut berakhir di situ sahaja,tetapi tidak sama sekali.Tadi(beberapa jam yang lalu),adik dia duduk berhampiran dengan saya,dan senyum bila saya memandangnya,tapi saya cepat2 pandang tempat lain,

"alamak,kenapa dia senyum?dia kenal aku ke?"

itulah yang terdetik dalam hati saya ketika itu

kemudian,saya lihat melalui sisi mata,adik dia pandang2 belakang,seolah-olah memberi isyarat kepada seseorang.Kemudian,di rakaat seterusnya,saya lihat bilangan orang di sof itu bertambah,saya agak dia mengajak adik-beradiknya yang lain ke sof hadapan, dan boleh jadi,rakan saya ada di situ.Sangat tidak tenang saya dibuatnya,bacaan surah yang panjang malam itu(menurut kata kedua2 adik saya),saya rasakan pendek. Selesai sahaja 8 rakaat,saya terus ke sof belakang untuk menunaikan solat witir. Saya lihat dari jauh mereka sedang berbincang,saya nampak rakan saya!rindu menapak dalam hati,walaupun malu nak bersua.Saya teruskan dengan solat witir.Selepas habis solat witir,saya berazam untuk jalan laju2,pergi ke pintu keluar,tetapi belum sempat saya sampai ke pintu,pandangan kamu bertaut,saya secara automatik terus menerpa ke arahnya,bersalaman dan memeluknya,umpama jejak kasih.Saya tak tahu mana hilangnya semua rasa malu tadi,kami berbual seperti biasa,bertukar2 berita dan nombor telefon, dia perkenalkan saya dengan adiknya yang bongsu,adiknya yang sangat comel ketika 8 tahun yang lalu,kini sudah besar,cantik.

Saya tak tahu untuk apa saya tulis cerita ini kat blog,tapi saya ingin tekankan di sini,betapa pentingnya kita sebagai umat islam,untuk memelihara ukhuwah sesama muslim,tindakan saya di atas seolah-olah saya ingin memutuskan ukhuwah.

Beberapa hadith yang menggambarkan kepentingan ukhuwah:


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)



Dari Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w. bahawasanya ada seorang Ielaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan," kemudian dihuraikannya Hadis itu sampai kepada sabdanya: "Sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah." (Riwayat Muslim)
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Monday, September 06, 2010 5 comments
Labels: dulu2, ramadhan, sahabat

Friday, September 3, 2010

Tazkirah

Pejam celik kita sudah masuk fasa ketiga ramadhan,itqan minannar, perlepasan dari api neraka, yang mana di dalam fasa ini terdapat malam Lailatul Qadr,malam yang lebih baik dari seribu bulan, insyaAllah.Kali ini nak kongsi sedikit tazkirah yang saya dapat dari buku U-TURN KE JALAN LURUS karya Zul Ramli M.Razali.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Wahai anak Adam,Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira.

Aku hairan melihat mereka yang yakin kepada hari perhitungan tetapi dia masih mengumpulkan harta.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur tetapi masih tertawa.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan akhirat tetapi dia masih istirahat.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya,tetapi masih tenang dengannya.

Aku hairan melihat mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil pada hatinya,

Aku hairan melihat mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci.

Aku hairan melihat mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.

Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi dia masih boleh melakukan maksiat atau mereka mengetahui sesungguhnya dia akan mati keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih berjinak dengan manusia.

Ketahuilah,tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku.(Petikan Hadis Qudsi,Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah).
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Friday, September 03, 2010 1 comments
Labels: muhasabah diri

Tuesday, August 24, 2010

Untukmu Teman..

Hari ini seorang sahabat saya akan fly ke India.Saya tahu yang dia bakal melanjutkan pelajaran di sana, tapi saya tidak sangka yang dia akan fly dalam masa terdekat ni.Tiba-tiba saya rasa sangat sedih sebab tak dapat jumpa dia untuk kali yang terakhir sebelum dia berangkat ke sana.Kami pernah rapat satu ketika duhulu sewaktu di sekolah.Orang lain pelik macam mana kami boleh rapat,sedangkan kami bukanlah rakan sekelas,mahupun sebilik.Kami mula rapat masa form3, dia kerap datang ke bilik saya untuk berjumpa dengan bekas kakak dormnya.Saya pernah tidur di rumahnya ketika cuti beberapa hari sebelum PMR.Keluarga dia sangat baik. Adik2 dia comel.Saya cukup senang berada di rumah dia.Tapi bak kata pepatah,ku sangkakan panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari,dia mendapat tawaran ke MRSM sewaktu f4,dan dia pun berpindah ke situ.Setelah itu,kami sering berbalas2 surat,saja gatal nak main hantar-hantar surat. Walaupun sebulan jugak la nak tunggu surat tu sampai.Sebelum paper akhir spm dia datang melawat saya di sekolah,kebetulan dia habis exam lebih awal dari saya.Selepas spm,kami dah agak jarang contact, jumpa pun sekali dua je,tapi itu tak bermakna saya dah lupakan dia.Sehinggalah saya menerima msg dari dia beberapa hari yang lepas yang memberitahu dia akan fly hari ni.

Semoga dia tabah dalam jihadnya di sana.Doaku mengiringi keberangkatanmu sahabat..lagu ni ditujukan untuk dia dan sahabat2 lain..

Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Tuesday, August 24, 2010 3 comments
Labels: dulu2, perjalanan menimba ilmu, sahabat

Monday, August 2, 2010

Open Your Eyes

Sekarang ni,pergi mana2 je mesti dengar lagu Maher Zain.Kagum betul,lagu nasyid kontemporari yang dibawanya berjaya menarik minat ramai pihak.Pertama kali saya dengar lagu Maher Zain ni ketika menghadiri program reunion matrik.Lagu Maher Zain yang saya dengar ketika itu adalah Always Be There.

Bulan lepas,ketika pulang ke rumah,adik saya yang baru balik dari asrama terus bukak youtube nak dengar lagu Maher Zain dengan lirik.Saya pun pelik entah dari mana dia kenal Maher Zain.Setelah menjalankan penyiasatan ringkas,barulah saya tahu yang AJK BADAR sekolah mereka mengadakan satu slot nasyid untuk mengisi waktu antara maghrib dengan isyak.Lagu Open Your Eyes dari Maher Zain diperdengarkan kepada pelajar.

Tak cukup dengan adik,adik saudara perempuan yang turut bersekolah di sekolah yang sama pun meminta saya mencarikan lagu Maher Zain.Macam satu fenomena pulak lagu Maher Zain ni kat sekolah diorang.

Satu hari,saya terdengar adik saya nyanyi lagu InsyaAllah,

insyaAllah3x...you'll find your way...

tiba2 lagu tu disambung oleh abang saya..

insyaAllah walhamdulillah...( menyanyi dengan lenggok suara yang paling sedap dia boleh buat)

haha..

saya memang tak dapat tahan gelak masa tu,boleh pulak abang saya buat lirik sendiri, sedap pulak tu.hahaha..

"oii memandai je buat lirik sendiri!"..

"haha,salah ke?macam sesuai je"...jawab abang saya..



InsyaAllah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way


Semua kejadian yang berlaku kat rumah buat saya rasa nak menangis bila teringat balik.Kebelakangan ni saya dapat rasakan diri saya sngat lemah,sangat 'fragile' bila teringatkan rumah.Saya pun pelik masa tu,tapi sekarang saya dah tau apa sebabnya.Gaya cakap macamlah dah bebulan tak balik.Apa2 pun, pengorbanan itu perlu,sebagai salah satu tanda mahabbatullah. Berkorban meninggalkan keluarga,harta benda,dan semua yang kita sayang untuk berjuang di jalan Allah,tidak kira lah macam mana caranya sekalipun.Tiada tujuan lain semua ini kita lakukan,melainkan kerana Allah.

Seperti firman Allah s.w.t ,surah At-Taubah,ayat 24 (9:24)

Katakanlah: "jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.


wallahua'lam...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Monday, August 02, 2010 5 comments
Labels: family, muhasabah diri, rumah

Wednesday, July 21, 2010

updated!

Ya Allah,lamanya blog ni tak di update.Sedar tak sedar hari ni sudah pun masuk 9 Syaaban 1431H,bermakna lebih kurang 3 minggu lagi kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Bulan pesta ibadah,yang mana di dalam bulan tersebut terdapat 1 malam yang lebih baik dari seribu bulan,iaitu malam lailatul qadr.Saya teringat drama yang saya tonton ketika di bangku sekolah dahulu,ada seorang kanak-kanak yang ingin melihat keadaan malam lailatul qadr itu.Menurut kefahamannya,pada malam tersebut,semua makhluk akan bersujud kepada Allah,termasuklah tumbuhan.Lalu kanak2 tersebut mengambil pasu bunga kecil,dan diletakkan di atas meja belajarnya.Dia menanti sepanjang malam sehingga pokok itu sujud.Tapi malangnya pokok itu tak sujud2.Kanak2 itu diketawakan oleh abangnya.Saya sendiri tak tau bagaimanakah keadaan malam itu.Adakah pohon2 benar2 sujud?Hanya Allah dan orang-orang terpilih sahaja yang tau akan rahsia malam lailatul qadr.Saya hanya mampu berusaha dengan memperbanyak dan mempertingkatkan kualiti ibadah.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar" (Al-Qadr 97: 1-5)


Doa Rasulullah ketika masuknya bulan Rajab dan Syaaban,

" Allahumma bariklana fi Rajab wa Syaban,wa ballighna Ramadhan"

maksudnya:“Ya Allah berkahilah hidup kami di bulan Rajab dan Syaaban dan sampaikanlah usia kami hingga bulan ramadhan”.


Halaqah

Bermulanya semester baru,bermakna halaqah juga akan kembali berjalan seperti biasa. Sesungguhnya saya memang sangat2 merindui detik kembali berhalaqah,setelah sekian lama duduk di rumah.Halaqah buat saya rasa dekat dengan Allah,dekat dengan agamaNya. Buat saya kembali memperingati tujuan hidup yang kadang2 saya lupa di dalam kesibukan menguruskan urusan duniawi.

"Apa target anti sem baru ni?" tanya murabbiyah..

"target dari segi ape?"

"target study dan dakwah"..

"ana takde target la kak"saya menjawab jujur,nasib baik tak kene marah..

Murabbiyah saya memberikan sedikit buah fikiran untuk dakwah di kolej.Mesti ramai yang takut dengar perkataan dakwah ni kan.Tahla,saya sendiri pun rasa perkataan tu sangat extreme,tapi hakikatnya,itulah salah satu tanggungjwab kita sebagai khalifah di muka bumi ini,amar maaruf,nahi munkar.Buat apa nak takut,dakwah tu luas,bukannya dengan buat taalim/usrah/halaqah je baru dikira dakwah.Kita patut lebih risau apa yang kita nak jawab ketika berhadapan dengan Allah nanti.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.(hadith 34)
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya.Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya.Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya.Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.

wallahua'lam..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Wednesday, July 21, 2010 0 comments
Labels: perjalanan menimba ilmu, Tarbiyah

Wednesday, June 23, 2010

.................

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog.Hari sabtu yang lalu, keluarga saya telah mengadakan majlis bacaan Yassin dan tahlil untuk atok saya yang sedang sakit, seperti yang saya nyatakan dalam post sebelum ini.Family Day yang di rancang untuk cuti sekolah kali ini terpaksa dibatalkan memandangkan keadaan atok yang kurang sehat.Bacaan tahlil ini dikendalikan oleh abang saya,memandangkan dia cucu lelaki yang paling tua('besar') ketika itu.Selesai bacaan yassin,sementara menunggu waktu isyak,makcik saya menyuruh budak2 lelaki sekolah agama memberikan tazkirah, tapi malangnya,mereka telah berjaya melarikan diri(tahniah).Sebenarnya,tak perlu tunggu nak sekolah agama bagai baru boleh bagi tazkirah,tapi itulah mentaliti masyarakat,yang memandang budak2 sekolah agama ini sarat dengan ilmu agama,dan sangat sinonim dengan tazkirah.Hakikatnya,tidak semua begitu. Bagaimana pula dengan kes buli dan pergaduhan hingga mati yang kebanyakannya dimonopoli oleh remaja yang datangnya dari sekolah agama?sangat memalukan.

gambar hiasan


Saya teringat ketika di asrama dahulu,selepas tilawah,sementara menunggu masuknya waktu isyak,AJK BADAR mengadakan 'kultim',ataupun kuliah tiga minit.AJK tersebut memilih secara rawak dari setiap form siapa yang bakal memberikan 'kultim'.Mereka dikehendaki menyampaikan tazkirah atau apa saja peringatan yang bermanfaat selama tiga minit.Aktiviti seperti ini sangat bagus,kerana secara tidak langsung ia melatih pelajar untuk bercakap di khalayak ramai.Tapi ramai jugak yang melarikan diri dengan alasan ingin mengambil wudu',ke tandas,dan sebagainya.


Sesungguhnya kenangan di sekolah adalah yang terindah.Rindu sekolah!

samttaj '07



samttaj '10


Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Wednesday, June 23, 2010 0 comments
Labels: dulu2, family

Thursday, June 17, 2010

Atok

salam,agak lama juga saya tak update blog,asyik tulis separuh jalan je.Kali ni saya tekad, nak post jugak walau ape pun yang terjadi.Macam2 sudah berlaku sepanjang cuti ni,duduk kat rumah memang terlalu banyak dugaan.Terutamanya bab makan,penat sungguh asyik makan je,suruh berpuasa tak nak.Takot terbayang2 kononnya,sebab makanan banyak sangat.Bulan rejab sudah pun menjelma,rasa janggal bila melalui bulan rejab di rumah.Jika di sekolah dulu, saya berkawan dengan kawan2 yang rajin puasa,disebabkan itu,saya pun menjadi seorang yang suka puasa di bulan rejab dan syaaban.Ada satu hadith yang dapat mengambarkan perbezaan kawan yang baik dengan kawan yang jahat,

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari,

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”


Atuk sakit








saya agak sayu tengok keadaan atok macam ni.Atok yang dulunya kuat,boleh naik motor pergi sana sini,bole masakkan nasi goreng untuk cucu-cucunya,kini hanya mampu terbaring lesu.Tapi,satu hobi atok yang masih boleh dia buat adalah bercerita tentang pengalamannya. Walaupun cerita tu macam dah dengar banyak kali,tapi takpe, dengar je,asalkan atok senang. Masa ni lah peluang anak2 untuk mempamerkan rasa tanggungjawab mereka terhadap kedua ibu bapa.Saya pernah dengar orang cakap,

"mak bapak boleh je jage anak ramai2,tapi anak2 belum tentu dapat jaga kedua orang tua mereka"..


sekarang ni,anak2 atuk bergilir-gilir tiap2 malam jaga bapa mereka.Kebetulan semua duduk dekat2 je dengan rumah atuk.Perlunya mereka jaga atuk,sebab atuk tak larat nak jalan pergi ke tandas.Perlu dipapah.Pernah satu hari,pakcik saya tiba2 on call,dia tinggalkan atuk tanpa memaklumkannya kepada orang lain,akibatnya atuk terjatuh di dalam toilet.Sebenarnya nenek ada untuk menemani atok,tapi nenek mana larat nak papah atok,silap2 atok yang papah nenek nanti. *tahan gelak*


semoga atok cepat sembuh
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Thursday, June 17, 2010 7 comments
Labels: family, rumah

Wednesday, May 19, 2010

rojak buah dimusim cuti

Rasa bersalah pulak bila sudah lama tak update blog.Bak kata orang,blog bersawang, jom bersihkan sikit sawang tu,syuh2(bunyik halau sawang). Sekarang saya sedang bercuti.Memang detik yang dinanti-nanti,tak dinafikan.Cuti kali ini saya merancang untuk mengambil lesen kereta,dan alhamdulillah,minggu lepas saya menghadiri kursus Kukurikulum Pendidikan Pemandu(KPP).Beberapa hari sebelum pergi ke kursus ini,saya memang agak keberatan. Setiap hari saya akan mengadu 'malas+bosan' nak pergi kursus tu kat abang saya.Mana tidaknya,kursus tu bakal dijalankan selama 5 jam!siapa yang tahan?kuliah 2 jam pun rasa macam dah melayang je.


KPP

Ketika hendak menaiki tangga menuju ke dewan kuliah kpp tu,ada seorang pakcik tukang cek kasut,siapa yang pakai kasut dibenarkan jalan,siapa yang bakal selipar,kena tuka kasut.Ada seorang budak bersama temannya sedang berjalan menaiki tangga.Seperti biasa mata pakcik itu tajam menatap kaki2 pelajar sebelum mereka menaiki tangga menuju ke kelas dimana taklimat bakal dijalankan.Pada hari itu,budak itu hanya memakai sandal dan berstokin hitam.Manakala rakannya memakai kasut belubang2(fesyen kononnya) dan tidak berstokin.Si pakcik tadi tidak menahan budak yang bersandal itu, sebaliknya menahan temannya.Mereka pun pelik, budak itu berkata dalam hati

"btol ke pakcik ni?ke die tertuka kaki ni?"

teman budak tersebut menghampiri pakcik itu supaya pakcik itu dapat melihat dengan lebih jelas yang dia memakai kasut.Budak itu hanya berdiri tegak ni tempatnya, supaya pakcik itu tidak menaruh sebarang syak.Akhirnya mereka berdua selamat menaiki tangga.Budak itu merasa sangat geram kerana abangnya tidak memberitahunya supaya memakai kasut untuk kpp,mujur ada stokin sebagai penyelamat.Satu hikmah berstokin dapat dirasainya hari itu.


FIB

FIB?ape tu?mesti ramai yang tertanya-tanyakan.FIB adalah singkatan untuk Fajar Ilmu Baru,sebuah kedai buku,yang tak berapa nak terkemuka.Kedai buku ini berbeza dengan kedai2 buku lain sebab ada banyak buku-buku dari Indonesia.Buku indon memang best, bagi saya, kata2 motivasi dari penulis indon memang lebih terkesan berbanding penulis tempatan, mungkin sebab bahasa indon seperti 'yuk',lagi sedap di sebut berbanding,'jom',perkataan dari Malaysia (contoh je la, merepek!).Walaupun ade perkataan tertentu yang tak paham,buat2 paham je la.

Cerita pasal FIB ni,ada satu peristiwa menarik,berkenaan seorang rakan saya,yang keluar bersama rakan lamanya,yang sudah ditarbiyah.

aduan pasal rakannya,

"wei,die da lain,da jadi baik gile,jalan pon tunduk je,org celcom bg kertas die tak pndg,aku yang tolong amekkan"..

pasal fib,

"takutla kedai tu,sunyi je,ade yang dtg kedai tu lelaki berjubah putih,lepas tu ade la 2,3 org lelaki pasif"..

Saya gelak dalam hati,sambil membayangkan macam mana rupa fib tu.Sebab saya sendiri tidak pernah ke situ.

rakan saya itu menambah lagi,

"kedai tu buat aku duduk termenung kejap bila dah sampai rumah"..

dahsyat tu!

Semalam,buat pertama kali,saya ditemani seorang rakan pergi ke fib.Rasa tak sabar nak sampai,tak sabar nak tengok mcam mana rupa fib tu.Sebelum terlupa,fib terletak di tngkat 2,wisma yakin,jalan masjid india.

Sampai sahaja di Wisma Yakin,kami terus bertanya lokasi fib kat sorang pakcik kedai baju.

"pakcik,fajar ilmu baru kat mane?"

pakcik itu menjawab,

"fajar ilmu baru takde,ilmu lame ade la"..

buat lawak pulak pakcik ni,nasib baik tak bantai gelak.

"fajar ilmu baru kat tingkat 2 dik"jawab seorang makcik yang duduk bersebelahan dengan pakcik pelawak.

Sampai di tingkat 2,kami terus ternampak batang hidung fib.Ooo,ni rupenye fib, ketika masuk ke dalam kedai,saya agak kagum,sebab terlalu banyak buku.

"Peningnya.Macam mane nak carik buku yang aku nak ni"...

ketika itu,ada beberapa orang pelanggan sedang khusyuk membaca.ketika saya membelek buku The Happy Ending karya Solikhin Abu Izzudin,sorang makcik yang bekerja di situ bersuara,

"ha,tu buku terbaru izzudin tu,makcik da bace"..

seronoknya jadi makcik ni,dapat duduk kat kedai ni sepanjang masa.Makcik ni macam komputer bergerak,tanya je bku apa,bagitau siapa penulisnya, insyaAllah die dapat cari, tapi takde la semua dapat,biasalah,manusiakan,mana ada yang sempurna.

Kebetulan pada hari yang sama,murabbiyah saya juga turun ke fib.Banyak buku yang dia kata best,

"buku ni bes,buku tu best sngat,akak da bace,ha ni buku pasal nak tingkatkan iman,beli2",
kata2 dari murbbyh.semakin konfius saya jadinya..


akhirnya,ini buku-buku yang saya beli



Inilah kali pertama saya membeli buku dalam kuantiti yang agak banyak dalam 1 masa.4 buah buku memang cukup banyak.Saya memang tak yakin yang sama mampu mengkhatamkan keempat-empat buku ini dalam mase sebulan lebih ni.Tapi saya fikir balik,yang saya agak susah untuk pergi ke kedai buku ini lagi di lain waktu,baik borong awal-awal.Tak perlu tergesa-gesa nak habiskan baca.

Panjangnya cerita kedai buku.Macam bosan pulak,bosan tak?afwan kalau bosan...


Ladies coach

Seronok bila tau ktm ada sediakan ladies coach,rasa selamat.Jika tidak,lepas pukul 4.30 weekdays,mesti train sangat mampat,kalau mampat sesame perempuan takpe,ni campur lelaki perempuan.Masalah kehormatan tercabul,masalah pick pocket terhdap wanita,sedikit sebanyak dapat dikurangkan,memandangkan kebanyakan pencabul dan pick pocket adalah dari golongan kaum adam.Bukan hendak menuduh,bukan hendak membuat tuduhan melulu,tapi itulah kenyataan.Mujur masih ada insan2 yang perihatin,lalu ladies coach dicipta.Bagi wanita2 yang konfius macam mana nak kenal pasti mana satu ladies couch,jangan risau,pada bahagian cermin ladies coach ada ditampal logo ladies coach berwarna pink. Kat platform tmpat tunggu ktm pun ada petanda dimana ladies coach akan berhenti,selebihnya terpulang kepada kita untuk peka dengan sekeliling,ada juga yang tak perasan benda ni.Wallahua'alam...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Wednesday, May 19, 2010 6 comments
Labels: jalan2 carik redha Allah, rumah, sekeliling

Wednesday, April 28, 2010

cerita pendek

Alarm telefon bimbitku berbunyik menunjukkan pukul 5 pagi,aku menjerit di dalam hati kerana aku tertidur awal malam tadi dan tidak menelaah langsung untuk subjek agama yang bakal aku duduki pagi ini.Aku memarahi rakan serumahku dalam hati kerana sangkaanku mereka tidak mengejutkan aku dari tidur seperti yang aku pinta.Aku bingkas bangun menuju ke bilik air,berwudu',kemudian menunaikan solat sunat tahajud 2 rakaat,menadah tangan memohon ampun kepada Allah atas kelekaanku terhadap subjek ini,aku sambil lewa,menganggap subjek ini senang dan berani meletakkan harapan untuk menghabiskan bacaan dalam masa satu malam.Tetapi malangnya,aku tertidur sepanjang malam.Aku menganggap ini balasan Allah terhadapat sikapku.Aku sedih dan menangis lagi,dalam hati aku kesal dengan sikapku...

selepas berjemaah subuh dengan rakan serumah,aku bertanya mereka,

"kenapa tak kejut aku malam tadi?"

rakanku menjawab,"da kejut,ko pon da bangun"..


aku bingung,agaknya aku terlalu penat sehingga tidak sedar.Mana tidaknya,2 hari berturut-turut aku diserang dengan paper pharmaco.Usai membaca ma'thurat,aku terus menyelak nota agama.Alhamdulillah aku ada membuat nota ringkas,aku baca nota itu sepantas mungkin,kemudian aku menyelak soalan semester2 lepas.Tanpa kusedari,jam sudah menunjukkan 8.40pg,aku bakal menduduki peperiksaan pukul 9pagi.Aku segera bersiap dan menuju ke dewan peperiksaan.Sampai di dewan,aku dan rakan-rakan serumahku dimarahi pengawas peperiksaan kerana lewat,tetapi aku sedikit pun tidak kesah.Aku berdebar ketika hendak membuka kertas soalan,aku baca doa terlebih dahulu supaya diberikan ketenangan dan dipermudahkan..Alhamdulillah...

Aku berazam tidak mahu mengulangi sikap ini,aku risau dan takut untuk membayangkan bentuk pembalasan Allah yang lain pula sekiranya aku mengulanginya kembali.. wallahua'lam..

tamat


p/s:maaf sekiranya terdapat unsur2 riak..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Wednesday, April 28, 2010 2 comments
Labels: muhasabah diri, perjalanan menimba ilmu

Saturday, April 24, 2010

tumpang lalu

salam..

pertama sekali saya nak mntak maaf sebab dah lama tak update blog..
sekarang musim exam..
saya salah seorang mangsa exam...
doakan kejayaan saya kawan2..
saya akan doakan kalian jugak..insyaALLAH..
mesti igt,dalam kesibukan kita hadapi peperiksaan dunia ni,ada lagi peperiksaan yg lebih besar dan sangat penting..
penting untuk tentukan tempat kita kat akhirat yang kekal abadi..
wallahua'lam...

bittaufiq wannajah fil imtihan!

Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Saturday, April 24, 2010 3 comments
Labels: perjalanan menimba ilmu

Friday, March 26, 2010

home sour home

Minggu lepas,saya pulang ke rumah untuk berjumpa dengan adik2 tercinta(takde la cinta pun).Pada hari saya pulang tu,hari jumaat,mereka tiada di rumah,pergi pesta buku kononnya.Sebaik sahaja mereka pulang,saya terus menyerbu mereka,ingin tahu buku apa yang mereka beli.

Adik :"eh kak"..konon2 tekejut.
saya :"korang beli buku ape?"
adik :"buku rujukan dengan novel"...

saya pun membelek2 buku yang mereka beli,banyak jugak.Belek punya belek,saya ternampak buku Imam Syafie keluaran terbaru PTS.Adik saya yang bongsu memang agak menggemari sejarah islam,selalunya,kalau berborak2 dengan bapa saya pasal sirah,dialah yang dapat jawab nama2 tokoh.Adik 1st saya,lebih banyak membeli buku rujukan dan latihan,dia masih lagi mengalami kejutan f4.Susah katanya.Sewaktu saya di asrama,dia menghubungi saya dari asramanya,mengatakan dia tak dapat jawab soalan ujian prestasi subjek fizik.Saya hanya mampu menyedapkan hatinya dengan mengatakan ni baru peringkat permulaan,banyak lagi masa untuk perbaiki.


Apabila saya melihat adik2 saya,saya teringat kenangan ketika mereka masih kecik.Saya teringat bagaimana adik bongsu saya menangis apabila saya mahu memasuki asrama sewaktu tingkatan 1 dahulu,tapi ketika itu,saya tidak sedih melihat dia sebegitu rupa,sebab saya sangat excited nak masuk asrama(lantak ko la).Ketika minggu pertama di asrama, barulah saya rasa sebak.Rasa rindu la kat family dan adik2.Saya tidak begitu rapat dengan abang saya waktu itu,kerana abang saya agak garang,tetapi kini dia tiba2 transform menjadi abang penyayang dan kelakar.Negeri di bawah bayu telah berjaya mengubah abang saya(agaknye).

Lecana

"kak,tolong jaitkan lencana,tapi banyaklah baju nak kene jait,cam ne,ko boleh ke?"

"jait je la,kejap je kot"..jawab saya

"boleh ke?pas tu nak jait seluar lagi,labuhlah seluar ni,abah soh ko jait bagi pendek sket..kak,nak blaja jaitla".katanya lagi..

"bagus la belaja,pas ni ble jait sndiri.tengok ikmal,tak penah soh aku jait".saya ketawa selepas itu..

"yela2",jawabnya..

saya pun aja la dia menjahit,tapi rupa2nya,sangat susah nak aja dia menjahit,tak semudah yang saya sangkakan.Akhirnya,saya dah malas nak ajar,saya sambung apa yang dia jahit tu.Dia buat2 muka sedih,kononnya kesian tgk saya jait sorang2,apabila waktu makan malam tiba,bapa saya memanggil kami semua makan,saya suruh dia pergi makan dulu,dia taknak,kononnya nak tunggu saya la,muka dia serba salah je.Semua tu buat saya tergelak.

tamat cerita minggu lepas....


Minggu ini

Minggu ni,saya balik lagi.Saya rasa,semester inilah saya paling kerap sekali balik. Sebenarnya saya sudah berazam tidak mahu pulang sehinngga cuti semester tiba,tetapi memandangkan semua housemate saya pulang,dan kawan2 di rumah lain juga ada program masing sabtu dan ahad,saya terpaksalah pulang.Ditambah pula dengan cerita mistik yang berlaku dihadapan rumah saya.Saya sendiri pun tidak tahu sama ada nak percaya atau tidak cerita tersebut.

Ceritanya bgini,ada seorang budak,yang terdengar bisikan,syaitan barangkali,menyuruh dia terjun tingkap, dan dia pun terjun.Tapi yang peliknya,dia hidup lagi,dan tidak cedera,rupa2 nya,dia terjun,tapi tak jatuh cecah lantai,kerana katanya malaikat selamatkan dia.alahai2, unik betul.Tak tau lah nak komen apa.

Ok,sekarang saya di rumah,agak malu jugak la balik setiap minggu,tapi apakah daya, saya insan lemah.Lagipun halaqah minggu ini diadakan berhmpiran rumah,sekitar KL. Ada pengajaran tak?(ari tu ko kutuk org nye post kate takde pengajaran,tgk3 kali ni ko yang buat cm tu,apela.).sekian,Wassalam.
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Friday, March 26, 2010 4 comments
Labels: family, jalan2 carik redha Allah, rumah

Wednesday, March 24, 2010

sebulan berlalu..

Lame tak update blog,dah sebulan!saya agak pening la nak tulis pasal ape.Banyak blog yang saya singgah,buat luahan perasaan hari2.Contoh mcm ni,

“hari ni aku epi sangat sebab kuar makan kfc ngan si die,pastu kitorg g tgk wayang,makan aiskrim sesame street....”(ni bukan copy dari mane2 blog,rekaan sndiri)

Alangkah mudahnya jika semudah itu untuk kemas kini blog.Bukanlah saya kutuk orang yang tulis blog macam ni,sebab saya yakin sangat,ramai orang lagi suka baca blog2 yang macam ni,termasuklah saya sendiri.Kadang-kadang tu,baca punya baca sampai tak sedar dah habis semua entry blog tu saya baca. Boleh je nak update blog mcm tu,tapi cerita2 tu lagi seronok kalau ada iktibar yang dpat di ambil.Bukannya saya nak kata blog ni bagus,banyak sangat yang kurang,selalu merepek2,sama2 la kita perbaiki ye..

Jalan-jalan

Beberapa minggu lepas saya pergi ke sebuah Karnival Pendidikan,kebetulan di karnival tersebut ada kedai buku, saya pun singgah cuci mata tengok buku.Saya sangat teruja kat kedai tu,buku semua bes2(gaye mcm ulat buku la).Itulah 1st time saya rasa teruja kat kedai buku kot.Mungkin ada buku2 yang boleh jadi bahan rujukan saya untuk bagi tazkirah kat kawan2.Saya tertarik dngan 1 buku ni,ketebalan setanding dengan kamus dewan,tapi nipis sdkit la.Buku yang membicarakn Hadis 40 dengan detail. Saya semak2 isinya,memang menarik hati,dan sesuai sangat nak dijadikan bahan untuk tazkirah. Saya pusing bahagian belakang buku, tengok harga,telan air liur gak la.Saya jalan2 tgk buku lain,mana tau ada yang murah sikit ke,tapi malangnya takde,setakat murah 10ringgitan tu,baik tak payah kan. Akhirnya saya pun belilah buku tu.Sampai rumah terus belek tu,tapi hari tu je la saya belek,hari lain saya belek dengan mata je.(Panjang jugak cerita beli buku).


Kali ini,untuk tidak menjadikan pembelian saya itu sia2,saya nak berkongsi sedikit ilmu yang dapat saya cedok dari buku tersebut.

Setelah diringkaskan....

Menjauhkan diri dari keraguan

Hadith ke-11

“Dari Abu Muhammad,Al-Hassan bin Ali bin Abu Talib,cucu Rasulullah s.a.w. dan kesayangannnya radhiallahu-anhuma,telah berkata:Saya telah mengahafal dari Rasulullah s.a.w(katanya): Tinggalkanlah apa yang meragukan kepada yang tiada meragukan.” (Riwayat At-Termizi dan An-Nasa’i).
Dalam islam,ada hukum2 yang sudah jelas ,sama ada wajib,sunat,harus,makruh atau haram. Untuk makanan dan minuman pulak,sama ada makruh atau haram.Tapi,ada jugak hukum yang belum jelas ataupun yang masih dalam kesamaran.Sebagai orang biasa,kita dianjurkan untuk ikut saja hukum yang sudah jelas,dan tinggalkan mana2 yang belum jelas.Bak kata pepatah,orang yang bermain di tepi lubang,tidak mustahil jatuh ke dalamnya.

Orang yang menjauhkan diri dari yang syubhat atau yang ada keraguan termasuk dalam kategori orang yang melindungi agamanya dan jiwanya dari kesalahan.
Setengah ulama’ mengatakan,

“tidak akan sampai seseorang hamba itu ke darjat orang-orang muttaqin(bertaqwa kepada Allah) sehingga ia meninggalkan perkara2 yang meragukan,kerana dikhuatiri akan meragukan".



Apabila dikatakan kepada Ibnu Adham r.a.:Tidak sudikah anda meminum air zamzam itu?
Dia menjawab:kiranya saya mempunyai gayung sendiri,nescaya saya kana meminumnya. Ternyata gayung/bekas yang digunakan itu milik sultan,sedangkan kepunyaan sultan itu masih diragukan sama ada harta yang halal atau haram. (sampai mcm tu sekali!)
Berikut adalah beberapa peristiwa dari para muttaqin yang telah membelakangnya harta benda dunia semata2 kerana bimbang akan tercebur ke dalam perkara-perkara syubhat.



Kisah 1

Seorang saudagar muslim yang ingin membeli sebuah rumah untuk keluarganya,mula menyimpan wang dalam sebuah bank sekian banyak dari pendapatannya setiap bulan.Wang itu semakin hari semakin bertambah ,sehingga menjadi sejumlah wang yang besar juga.Seorang temannya dalam bank itu menasihatkannya,bahawa sebaik-baiknya dia menyimpan wang itu dalam fixed deposit yang akan mendatangkan baginya faedah (Interest) sebanyak $9000/setiap tahun,sehingga terkumpul semua wangnya dan cukup untuk membeli sebuah rumah.Hanya bezanya,ia diminta menandatangani satu sertifiket yang tertentu sahaja.Tetapi saudagar muslim itu menjawab, “terima kasih,saya tidak ingin menandatangani sertifiket masuk ke neraka.

Kisah 2

Dalam zaman Bani Israel,ada seorang pekerja yang kerana perselisihan telah menolak upah yang diberikan oleh majikannya.Pekerja itu lalu menghilangkan dirinya dari tempat itu.Majikan pekerja itu menjadi serba salah dan tidak tahu apa yang harus dibuatnya dengan wang upah pekerja itu.Tetapi oleh kerana kejujuran hatinya,Tuhan telah mendorongnya untuk membeli binatang ternak dengan wang itu,dan ternakan itu ternyata berkat sekali,kerana tak berapa lama saja ia telah menjadi berganda-ganda banyaknya.Pada suatu hari dengan tidak disangka-sangkanya,pekerja itu telah kembali semula seraya menuntut wang upahnya yang ditolaknya dulu itu.Bekas majikannya dengan hati yang ikhlas berkata, “itu semua hartamu”! sambil menudangkan telunjuknya ke arah ternakan tadi.Pada mulanya,pekerja itu menyangka bekas majikannya hendak mempersenda-sendakannya, tetapi apabila dia mendapati bekas majikannya bersungguh-sungguh menyuruhnya mengambil ternakan itu,dia pun mengambil dan membawanya pergi.
Watak-watak di atas semuanya telah memilih jalan yang bersih,yang diyakini halalnya daripada menambah rezeki dari wang yang ada syubhat padanya.




Harta benda dunia itu selalu ada,bila2 masa je boleh carik,asalkan kita berusaha keras dan bersungguh-sungguh ke arahnya.Bila satu telepas,ada yang lain akan datang.Yakinlah. Allah s.w.t telah memberi jaminan dalam firmanNya yang mafhumnya,

“Tidak ada yang melata di atas muka bumi ini melaikan Tuhan menjamin rezekinya”...(Hud:6)


Ayat ni takde la bermaksud kita boleh senang2 duduk kat rumah,pastu rezeki sampai, yang dimaksudkan dengan jaminan Allah itu,manusia yang berusaha bekerja kuat,rezekinya tentu dijamin Allah setanding dengan usahanya.Same la macam exam pun,jika usaha kita tak seberapa,jangan kita terlalu berharap untuk keputusan yang gempak2,kalau dapat,syukur Alhamdulillah...

Semoga pengisian kali ni dapat bagi iktibar,kalau tak banyak pun,sikit pun jadik lah.wallahua’lam..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Wednesday, March 24, 2010 0 comments
Labels: jalan2 carik redha Allah, muhasabah diri, sekeliling

Thursday, February 18, 2010

Duit !

Pagi tadi saya menerima panggilan dari satu no yang pelik dan panjang.Saya agak dari Indonesia,sleng indon sangat ketara,tak boleh tipu punya...

Pemanggil:No cik 0133..... telah memenangi cabutan bertuah Celcom RM10,000

saya hanya berdiam diri,jika diikutkan mahu saja saya jerit,

"oi jangan tipu la!"..

tapi saya biarkan dia habiskan kata2..

pemanggil:cik ada guna bank apa2 tak?beri saya no akaun..

saya terus mematikan talian selepas itu.Geram betul dengan manusia macam ni.Bak kata bapa saya,

"mane ade org nak bagi kita duit macam tu je"..

Dulu makcik saya pernah mengalami perkara yang sama seperti saya.Tetapi notis seperti ini diberitahu melalui mesej.No sender tu panjang jugak.Kononnya makcik saya menang cabutan bertuah Proton(kalo tak silap),RM16,000.Makcik saya suruh dial no tu,dan dapat jugak la bercakap dengan syarikat penipu tu.Macam biasa,dia mintak no akaun, terus saya letak telefon.

Bapak saya pernah kena tipu jugak,tapi up sket la,hehe,dari syarikat luar negara,. Menang loteri(bile mase lak bapak aku main loteri?!) ratusan ribu bila convert duit dari pound sterling kepada ringgit Malaysia.Ada sekali tu ada orang kol dapat kereta Avanza la,macam2.Macam-macam cara manusia zaman sekarang ni buat nak dapatkan duit.

"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan jalan salah, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antaramu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihi kamu"..(al-Nisa’:29)

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu telah berkata ia: Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda Akan ada suatu zaman pada umat manusia yang seseorang itu tidak lagi mempedulikan apa yang diambilnya (rezeki yang diterima olehnya) apakah dari yang halal atau dari yang haram."

"Tidak akan memasuki Syurga, daging yang tumbuh daripada yang haram, api Neraka lebih utama baginya." (Riwayat Al-Imam Ahmad).

"Dari Ibnu Umar Radiallahuanhu katanya: Barang siapa yang membeli pakaian dengan harga sepuluh dirham, satu dirham di antaranya wang yang haram, maka Allah Taala tidak akan menerima salatnya selama pakaian itu masih dipakainya. Kemudian Ibnu Umar memasukkan kedua jarinya ke dalam dua telinganya, lalu berkata: Biarkanlah telinga ini tuli kalau tidak mahu mendengarkan kata-kata dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ini." (Hadis riwayat dari Imam Al-Bukhari).


Duit oh duit

Hidup dekat dunia memang perlukan duit.Tapi bila orang cakap duit segala2 nya,pandai pulak marah.

"kasih sayang adalah segalanya"..ni pulak kata2 org yang tengah mabuk cinta.Sebelum kahwin macam tu la,lepas kahwin,anak bini tak cukup makan,akhirnya cerai berai..na'uzubillahi min zalik..

Dulu ada satu cikgu nak pindah,masa ucapan dia yang terakhir,dia cakap macam ni,

"hidup kita perlukan duit"..

saya dan kawan2 terpinga2,yela,konsep duit bukan segala-galanya dah set kat otak..

"D.U.I.T, doa,usaha,ikhtiar,tawakal.."sambung cikgu tu lagi..

duit inilah yang kita perlukan..wallahua'lam..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Thursday, February 18, 2010 9 comments
Labels: muhasabah diri, rumah, sekeliling

Tuesday, February 16, 2010

Adik..

Sunyinya rumah bila kedua-dua adik saya sudah pulang ke asrama.Mereka bersekolah di sekolah yang sama,tidak begitu jauh dari rumah,kat Subang Jaya je pun.4 hari cuti raya cina yang diluangkan bersama mereka terasa begitu singkat.Selama 4 hari itu,adik2 saya kerap 'melepak' di bilik saya untuk menggunakan internet.Saya selalu bersemangat pulang ke rumah bila mereka ada,tambah2 lagi bila sekolah mereka mewajibkan pelajar2 pulang 2 minggu sekali,saya pun terikut-ikut pulang 2 mgu sekali(gaye mcm dkat je).Selama 4 hari ini juga buku agak2 jarang melekat kat tangan, mungkin inilah hikmah mereka pulang ke asrama.Saya dapat rasakan aura belajar(agaknye la),kerana tiada lagi insan2 yang nak curi masa saya.

p/s:makin merepek2 je benda yang saya post ni,afwan kathir...



baju putih & biru..
diorang mesti marah kalau tau saya upload gmba diorang kat blog..



Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Tuesday, February 16, 2010 7 comments
Labels: rumah

Sunday, February 14, 2010

Family Day

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak cerita pasal Haji Sahi(atuk)Family Day yang berlangsung di Holiday Villa Subang Jaya.Pertama sekali,saya bersyukur kerana Allah telah mengurniakan saya sebuah keluarga yang bahagia.Setiap kali cuti raya cina mesti ada family day.Rajin betul makcik & pakcik ni.Tahun lepas buat kat Port Dickson,siap buat baju lagi,tahun ni nak buat kat PD asalnya,tapi gagal pulak nak dapatkan rumah kat sana.Jadi mereka pun becadang nak buat family day sehari je,bowling tournament!

Port Dickson '09

Tournament ni ikut kumpulan,setiap kumpulan ada 4 orang,ikut warna,ada kumpulan warna oren,ungu,coklat,hitam,biru,putih,kuning,merah dan selebihnya.Main 3 game,kumpulan yang dapat markah paling banyak,dikira sebagai pemenang.Hadiah untuk pemenang individu turut disediakan.Hadiah2 ni,dan sewa tempat,semua pakcik saya,yang agak berwang sponsor.Makanan pun dia yang taja.Semua ahli keluarga hadir,kecuali abang saya yang berada di Sabah,dia memang agak frust tak dapat turut serta,lagi2 bowling ni sukan fevret dia.Masa pergi PD taun lepas pun die takde juga,tapi takpe, ni final semester dia,lepas bulan 5 ni insyaAllah dia dapat join semua aktiviti keluarga.








baby penat tgk org main

kira markah


tempat ke3 oren


coklat no 2


purple no 1

itu saja untuk kali ini,nanti kalau ada buat aktiviti solat hajat dan tazkirah saya upload lagi gmbar.Semoga keluarga ini diberkati Allah..sekian wassalam..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Sunday, February 14, 2010 2 comments
Labels: rumah, sekeliling

Thursday, February 11, 2010

kembali...

Sibuk sangat ke saya sampai tiada punya masa untuk menulis blog?kadang2 saya cemburu melihat rakan2 yang update blog hampir setiap hari.

“Sedangkan budak medic pun ada masa nak update blog selalu,inikan pulak kau yang tah apa2 kos”...

Agaknya,ada tak orang akan cakap mcm ni bila saya kata saya sibuk?Biarlah apa orang nak cakap,saya lebih kenal siapa diri saya berbanding mereka...

Sememangnya saya masih tak tau bagaimana cara menguruskan masa dengan betul.Saya sedang berusaha mencari jalan supaya kehidupan saya lebih teratur.ceh,gaya mcm menteri pulak!

Macam2 perkara sudah berlaku sepanjang saya tidak menulis.Perkara yang paling penting saya rasakan adalah taalim pertama yang saya buat selepas beberapa bulan menyepi mencari kekuatan.Syukur apabila rakan seperjuangan seakan2 tersedar dan mempunyai semangat yang agak luar biasa untuk mengadakan majlis ilmu.Semangat yang dia miliki turut mendorong saya.

Satu perkara yang saya sedar,masih ramai insan di luar sana yang kehausan ilmu.Masih ramai yang ingin memperbaiki diri ke arah kebaikan.Perasaan serba salah menyelubungi diri.Selama ini saya sering tangguh2 taalim saya,saya selalu buat2 lupa dan takde masa nak buat.Murabiyah saya sampai buat artikel nak sedarkan saya,tapi saya baca sekali imbas je(sori ye kak).

Bila balik dari program, semangat dakwah berkobar-kobar,tapi semangat itu mndatar balik lepas beberapa hari. Dulu saya pernah buat taalim bersama senior yang sefikrah,itupun mcm kena paksa juga,saya lebih banyak habiskan masa baca buku pelajaran,dan buat persediaan untuk taalim last minute.Nasib baik akak tu yang lagi banyak bercakap dari saya,saya sampuk sikit2 je.Bila akhwat itu tamat pengajian,saya tinggal sorang2,saya sedih,lemah,memang taalim dah tak jalan la lepas tu.Setiap satu perkara yang berlaku itu,ada hikmah nya,Allah itu Maha Adil,Allah hantar lagi seorang akhwat untuk bersama2 saya.Tapi awal2 masih tak berbuat apa2 pun.



Kali ni,saya tidak lagi buat persediaan last minit,saya carik bahan seminggu lebih awal,sebab saya tahu yang saya akan sampaikan ilmu seorang diri,bukan macam dulu,sentiasa ada orang back up.Saya dapat rasakan taalim saya hari itu banyak yang kurang,banyak gelak tawa.Mungkin saya terlebih bergurau kot.Saya tak nak mereka mengantuk.Saya paling malu nak ajak senior,tapi saya beranikan jugak,saya mesej je,ada jugak la yang datang.Lepas habis taalim tu ada la juga yang berminat untuk datang lagi,walaupun saya rasa taalim tu macam tak best je.Apa2 pun,saya hanya mampu menyeru, hidayah itu kerja Allah.

Sukan

Off topik kejap,baru2 ni,pihak mpp ada anjurkan karnival sukan.Saya sangat berharap ada acara ping- pong,tapi malangnya takde.Memandangkan semua orang mesti libatkan diri,dan kebetulan kekosongan pada sukan bola jaring sahaja,saya terpaksa main bola jaring!Sukan yang saya paling tak suka.Sebab saya rasa,bola jaring tu untuk orang tinggi je.Masa kat sekolah dulu pun tidak lebih 3x saya main bola jaring.Saya main dulu pun sebab semua orang wajib main,baru2 main dah kena jadi center,1 posisi yang penting kot,dan sesuai untuk orang pendek.Kali ni pun saya jadi center,semua orang tolak nak jadi center,saya terpaksa jadi.Lagipun saya rasa,posisi yang ada huruf ‘G’ kat depan, (mcm GD,GA,GS) untuk orang tinggi je.
Ada banyak match,court dia tersangatlah besar,mcm nak main taraf international je.Jadi center memang mcm nak pengsan.Saya pn mintak tuka jadi GD.Lagi senang jadi GD berbanding center.

Kesimpulannya,orang pendek pun boleh jadi GD la...

Sekian dulu untuk kali ini,assalamualaikum...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Thursday, February 11, 2010 1 comments
Labels: perjalanan menimba ilmu, Tarbiyah

Thursday, January 28, 2010

cerita dulu kala

Agak lama saya tidak menulis.Semenjak sesi pembelajaran bermula,saya memasang azam baru untuk semester ini.Mungkin semangat itu agak berkobar-kobar memandangkan keputusan semester lepas yang tidak begitu memuaskan.Mungkin inilah hikmah kegagalan.Di tambah pula dengan masalah laptop yang tidak pernah sampai ke penghujungnya.Sabar je la.

Sebenarnya saya tengah kekeringan idea untuk menulis,tapi,saya ada 1 cerita yang ingin di kongsikan.Pernah tak kalian dengar cerita tentang seorang ulama yang mampu menghidupkan manusia yang sudah mati?Bunyinya agak mustahil,tapi tiada satu perkara pun yang mustahil jika dengan izin Allah.Jika kalian pernah membaca novel sejarah islam keluaran pts yang bertajuk Sultan Muhammad Al Fateh,pasti kalian sudah pun mengetahui akan kisah ini.Setelah dipendekkan,begini la ceritanya...

Pertama sekali,tentu ada yang kurang jelas siapa Sultan Muhammad Al-Fateh ni,Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan Sultan Turki yang memegang takhta ketika umurnya 19 tahun.Ketika umurnya 21 tahun baginda berjaya menakluk Kota Konstantinopel.Menurut hadith Rasulullah s.a.w,

"Konstantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Semenjak itu,ramai yang cuba menakluk kota tersebut,termasuklah Saidina Ali,Muawiyah bin Abu Sufian dan Khalifah Harun al-Rasyid.Tetapi semuanya menemui kegagalan.Seorang sahabat rasulullah s.a.w,yang bernama Abu Ayub Al-Ansari,berwasiat supaya apabila dia syahid,dia ingin dimakamkan di bawah dinding kubu Konstantinopel.Apabila ditanya mengapa beliau ingin dimakamkan di situ,beliau menjawab,”kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel”.

Berbalik pada kisah ulama ,semasa Sultan Muhammad memerintah Turki,Raja Konstantinopel sentiasa berusaha untuk memperdayakan baginda dan ulama supaya mereka keluar dari Islam dan menganut agama kristian.Suatu hari,ketua paderi Konstantinopel yang bernama Zaqhanus,mencipta 1 muslihat bagi memperdayakan mereka.

Ketika sampai di istana Sultan Muhammad,Zaqhanus memanggil semua ulama.Kemudian Zaqhanus berkata,“kedatangan kami kali ini tidak membawa apa-apa hadiah daripada Maharaja Konstantine. Kedatangan kami kali ini hendak berbincang mengenai hadis Nabi Muhammad”.

Sultan Muhammad tertarik hati mendengarnya,sambil tersenyum baginda berkata,”alhamdulillah ,di sini ada ramai pakar hadith.Mereka sedia mengajar kamu ilmu hadith,moga kamu mendapat hidayah daripada yang maha berkuasa.

Zaqhanus berkata lagi,”saya datang bukan hendak mempelajari ilmu hadith,tetapi hendak berbincang mengenai suatu hadith dengan ulama-ulama tuanku”.

“Adakah kamu hendak mempersendakan nabi kami?”tanya Sultan Muhammad.

“Saya adalah ketua paderi Konstantinopel,saya suka membaca kitab termasuk kitab hadith.Saya terjumpa sebuah hadith yang ada kaitan dengan Bani Israel.Saya ingin berbincang dengan ulama-ulama tuanku mengenai hadtih itu”,jawab Zaqhanus.

Setelah semua ulama handalan Turki dikumpulkan,paderi itu bertanya,

“saya terbaca sebuah hadith yang mengatakan ulama-ulama dikalangan kamu seperti nabi-nabi Bani Israel.Adakah hadith itu benar ataupun palsu?”.

“Hadith itu sahih.Memang pernah diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w”,jawab salah seorang ulama yang hadir.

Zaqhanus tersenyum kemudian berkata,

“di kalangan Bani Israel ada Nabi Isa yang boleh menghidupkan orang yang sudah mati.Sekiranya benar ulama –ulama kamu seperti nabi-nabi Bani Israel,maka cuba hidupkan orang yang mati!

Semua yang hadir terdiam.Masing-masing tidak berani bersuara.Melihat keadaan itu,ketua paderi tersebut menjadi semakin angkuh.

“Cepat sahut cabaran itu!Jangan kamu berdiam diri!Tunjukkan kebolehan kamu!”kata Sultan Muhammad al-Fateh.

Tetapi tidak ada seorang ulama yang berada di situ berani menyahut cabaran itu.Masing-masing menundukkan kepala.Mereka berpendapat mustahil mereka boleh menghidupakan orang yang sudah mati.

“Di mana Syeikh Bayram?Mengapa dia tidak ada di sini?”tanya Sultan Muhammad Al fateh yang baru menyedari ketiadaan ulama itu.Syeikh Bayram telah dilantik oleh Sultan Mahmud,ayahanda Sultan Muhammad al-Fateh sebagai penasihatnya,dan juga sebagai guru kepada Sultan Muhammad.

“Dia uzur kerana itu tidak dapat datang ke sini”,jawab salah seorang anak muridnya yang hadir.

“Perintahkan dia datang ke istana sekarang juga,”kata Sultan Muhammad.

Perintah segera dilaksanakan.Selepas Syeikh Bayram datang,diceritakan mengenai cabaran ketua paderi itu.

“Tidak ada seorang pun ulama yang berani menyahut cabaran itu.Kami bergantung harapan kepada tuan.Sila tunjukkan kehebatan ulama Islam kepada mereka,”kata Sultan Muhammad.

Agak lama juga Syeikh Bayram termenung mencair ikhtiar bagi menyahut cabaran itu.Dia sedar sultan dan orang ramai bergantung kepadanya.Apa yang paling ditakutinya nanti ada yang memperlekehkan hadith Nabi Muhammad SAW.

“Baiklah,saya sedia menyahut cabaran itu demi membuktikan kebenaran hadith itu,”kata Syeikh Bayram.Sultan Muhammad kelihatan gembira kerana yakin dengan kebolehan Syeikh Bayram.

“Tuanku, orang ini sudah mengaku dirinya seorang ulama yan sama taraf dengan nabi-nabi di kalangan Bani Israel.Sekarang saya mahu dia hidupkan mayat di dalam kubur.Bukan orang yang baru mati,”kata Zaqhanus.

“Bagaimana tuan guru?Sanggupkah tuan melakukannya ?”tanya Sultan Muhammad kepada Syeikh Bayram .

“Saya melakukannya dengan izin Tuhan,”jawab Syeikh Bayram dengan yakin.
Kemudian Syeikh Bayram mengajak mereka pergi ke kawasan tanah perkuburan .Kemudian Zaqhanus memilih salah sebuah kubur lama lalu berkata,

“saya mahu tuan hidupkan mayat di dalam kubur ini”.

“Ini sesuatu yang mustahil dapat dilakukan.Mereka sengaja hendak memalukan kita”,bisik seorang pemuda bernama Amir Pasya.

“Syeikh Bayram seorang ulama yang terbilang.Dia juga mempunyai karamah.Saya yakin dia mampu menyahut cabaran itu,”balas kawannya,Hasan Ulubate.

Syeikh Bayram mendekati kawasan kubur itu kemudian dia melakukan sembahyang sunat dua rakaat lalu dia berdoa,

“wahai Tuhan,tunjukkanlah kebenaran hadith Nabi Muhammad itu kepada kami.”

Tiba-tiba dengan izin tuhan yang maha kuasa suatu keajaiban berlaku.Lubang kubur itu terbuka lalu kelihatan sekujur mayat di dalamnya.Zaqhanus meninjau ke dalam kubur lalu berkata,

“mayat ini baru meninggal dunia kerana tidak reput.Saya mahu mayat yang sudah reput.”
Syeikh Bayram beralih ke kubur lain lalu membaca doa yang sama.Tiba-tiba kubur itu terbuka.Zaqhanus berpuas hati apabila melihat kubur itu cuma kelihatan tulang-temulang sahaja.

“Saya mahu kamu hidupkan mayat di dalam kubur ini,”katanya sambil tersenyum sinis.

Syeikh Bayram berseru, “wahai maayat,hidup dan bangun dengan izin Allah...”
Tiba-tiba tulang-temulang itu bertukar menjadi mayat lalu bergerak-gerak dan bangkit dari kuburnya.Orang ramai berasa sungguh hairan.Malah ada yang berasa takut lalu melarikan diri kerana menyangka hantu yang bangkit dari dalam kubur itu.Kemudian Syeikh Bayram sempat bertanya nama dan umur orang itu bagi membuktikan kebenarannya.Orang ramai berasa takjub dengan kejadian itu.

“Sesungguhnya Muhammad itu memang seorang rasul.Aku naik saksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan Muhammad itu Rasulullah,”ucap Zaqhanus.
Kemudian dia mengisytiharkan dirinya menganut agama islam...

TAMAT



Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Thursday, January 28, 2010 1 comments
Labels: sirah

Thursday, January 21, 2010

.....

salam..di sini saya ingin mintak maaf sbab sudah lama tak update blog.Saya agak kekeringan idea untuk menulis,dan disebabkan itu,sila la tonton video di bawah ye...semoga bermanfaat...




p/s:kalau tak boleh tgk bgtau ye..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Thursday, January 21, 2010 0 comments
Labels: muhasabah diri
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod | Distributed by Deluxe Templates