**********
sebenarnya hingga kini saya seperti tidak percaya yang sepupu saya ini sudah pun bergelar isteri orang,perwatakannya yang agak kurang 'feminin',membuatkan saya berasa sedemikian.
Suaminya mempunyai minat yang sama dengannya,dan atas dasar inilah mereka dipertemukan.Sepupu saya ini juga merupakan cucu sulung dan pertama yang mendirikan rumah tangga.Di sini saya sertakan sekali gamba2 semasa perkahwinan mereka....
bersanding?
pelamin?
besarnya kek,tapi yang boleh makan lapisan ke2 je...
adik sedara,konon2 jadi flower girl,tapi yg lelaki tu,tak tau nak pgl ape..
kek hantaran prmpn kepada lelaki,camera kat atas tu dummy semata,tidak boleh dimakan,minat mereka sama,photographer,tapi hanya kerja sambilan di hujung minggu dan waktu lapang,masing2 dah ada pekerjaan tetap yang sangat bagus.
Sedikit info berkenaan kegiatan 'bersanding' yang telah sebati dengan masyarakat melayu,setelah search google,ini yang saya dapat...
1.Persandingan merupakan budaya yang dicedok daripada masyarakat Hindu seperti juga berinai. Di dalam Islam tidak disyariatkan perbuatan tersebut.
2. Namun jika bertujuan sebagai kenang-kenangan, ia diharuskan tetapi perlulah diikuti dengan beberapa syarat:-
i. Memastikan pasangan pengantin menutup aurat.
ii. Tidak mempertontonkan secara terbuka kepada yang bukan mahram.
iii. Pakaian dan perhiasan selaras dengan kehendak syara'
Untuk perkahwinan sepupu saya ni,no comment,fikirla sendiri ye.Tapi,cuba kita ingat kembali perkahwinan yang telah kita hadiri,adakah pasangan2 tersebut mematuhi ketiga-tiga perkara di atas?Wallahua'alam..
6 comments:
teringin mahu lihat pernikahan penulis..huhu..
merepek sungguh ukhtimu ni...
anti da balek u kan?
Kahwin Hanya Sekali,
itu sebab ramai org sanggup binasa diri,
tak terfikirkah kelak jadi rugi,
kerana mati hanya sekali,
tak boleh nak balik bumi,
untuk repair apa yg terjadi.
kak yuana,bes nye sajak..
buat sndiri ek..
bagus2..
salam..oh ye..ana sudah pulang kekampus 21 dec lepas..
sem dua yang lebih ilmiah ku harapkan..
kerana kita adalah pewaris intelektualiti negara..
(bergerak serentak berentak _pAm_)
nti mu jd penasihat wedding ak la...ok?heheheh
Post a Comment