skip to main | skip to sidebar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About me

My Photo
Hamba-Nya yang hina..
sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri hari demi hari.. 'tuhan kuzalimi diri ini,andai kau tak ampuni dan rahmati,alangkah ruginya diri'.. 'tuhan jangan Kau palingkan hati ini..setelah Kau beri hidayah'..
View my complete profile

Ahlan wa sahlan

assalamualaikum..sesungguhnya tugas tarbiah adalah tanggung jwab setiap umat islam 'ala jaufil ard..kita seharusnya berusaha saling menasihati saudara2 islam kita yang lain disamping menasihati diri kita sendiri..dengan itu kita akan merasa dekat dengan Allah s.w.t hari demi hari..salah satu cara tarbiah adalah melalui blog..semoga maklumat2 yang terkandung dalam blog ini sedikit sebanyak dapat membantu kita meningkatkan ketaqwaan kepada pencipta kita Allah s.w.t..insya-Allah..

Followers

pukul berapa?

Archivo del blog

  • ► 2012 (6)
    • ► April (1)
    • ► March (1)
    • ► February (4)
  • ► 2010 (20)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► September (2)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► May (1)
    • ► April (2)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ▼ 2009 (58)
    • ▼ December (4)
      • siapa tahu?
      • Selamat Pengantin Baru!
      • reunion yang best!
      • satu ketika dahulu...
    • ► November (5)
    • ► October (4)
    • ► September (6)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (7)
    • ► May (11)
    • ► April (4)
    • ► March (5)
    • ► February (2)
    • ► January (2)
  • ► 2008 (25)
    • ► December (7)
    • ► November (5)
    • ► October (1)
    • ► September (5)
    • ► August (5)
    • ► April (2)

My Blog List

  • Mencari dan terus mencari cinta Ilahi
    Lakaran ummi ~ santai
    1 day ago
  • Saifulislam.Com
    Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
    5 weeks ago
  • Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah
    MEMORI 2018
    5 years ago
  • Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha )
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • The Rocking Hijab™[revamped]
    A revert's thoughts on LGBTQ
    8 years ago
  • Dunia Sarah
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • inijalanku.wordpress.com
    TABAYYUN vs TASABBUT
    8 years ago
  • D I A G N O S i S
    Seandainya anda berkomitmen
    9 years ago
  • UmmuSaif.Com
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Lukisan Bercerita
    Komik #2 HAMBA.. (page 1-3)
    10 years ago
  • Selembut Sutera
    Sabar bila diuji?
    10 years ago
  • SaBaHaNmUsLiM
    My Ex-Jahiliyyah
    11 years ago
  • senihati
    :)
    11 years ago
  • ::cintaku hanya padamu::
    Andai Rebah, Ayuh Bangkit !
    12 years ago
  • Satu Ummah!!!
    Taat pada pemimpin yang zalim
    12 years ago
  • Wan Zuraida Suka Menulis
    Luahan Hati
    13 years ago
  • ~Dunia Yang Fana~
    Pengalaman berharga..
    13 years ago
  • SHOUTUL IKHWAH
    Cerpen: Gerimis Cinta
    14 years ago
  • sweetbakery
    more,more and more chocolate
    15 years ago
  • qudwah qobla dakwah
  • here i am
  • ~AkuDarahAnakMalaysia~
  • ~hidup untuk memberi~
  • .: Dalam pencarian menuju Ilahi :.
  • Faisal Tehrani
  • Di sini segalanya Bermula...

Feedjit

Labels

  • artikel copy (1)
  • dulu2 (7)
  • family (6)
  • jalan2 (2)
  • jalan2 carik redha Allah (7)
  • muhasabah diri (16)
  • perjalanan menimba ilmu (13)
  • ramadhan (1)
  • Raya (2)
  • rumah (13)
  • sahabat (2)
  • sekeliling (10)
  • sekolah (3)
  • sirah (1)
  • Tarbiyah (6)

tinggalkan jejak

lets count

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments

Shoutbox

iluvislam

~Dunia Yang Fana~

Surah 3:104,dan hendaklah diantara kamu ada segolongan yang mengerjakan kebajikan,menyuruh yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung...semoga kita tergolong dalam golongan ini..aminn

Tuesday, December 29, 2009

siapa tahu?

assalamualaikum...
saya sedang tertekan dengan keadaan laptop saya yang kuat meragam.Kerap kali saja hang.Dalam sehari ade la 3x hang.Memang la laptop ini masih dalam warranty,tapi warranty ini hanya untuk kerosakan hardware,dan setelah di siasat,masalah hang ini bukan berpunca dari hardware.Siasatan ini adalah berdasarkan hardware and memory test.
Sebelum ini,screen laptop saya pernah menjelma seperti gambar di bawah,namum tidak lagi berlaku setelah pihak DELL menggantikan motherboard.

laptop betuah 1


laptop betuah 2


Setelah DELL menukarkan motherboard,masalah hang hilang untuk 2-3 hari,tetapi, menjelma kembali selepas itu.Semakin lama masalah 'hang' semakin mengganas,dan org dell menyuruh saya reformat laptop,tapi guna duit sendiri la.Saya tak kisah,asalkan laptop sehat.Saya pun hantar la laptop ke kedai komputer berhampiran rumah.Selepas siap diformat,saya pun excited tgk laptop kosong,saya install bnda2 penting seperti real player,ym,dan download manager.Tapi,beberapa jam selepas itu,laptop berubah menjadi seperti gmba di bwah,

laptop betuah 3

Masa tu saya terus membayangkan duit2 saya yang berterbangan.Kiranya reformat tadi tu takde effect la,ke saya yang salah sbab install mcm2?entah,saya bukan pakar pun bab2 it ni.Abang saya pulak hanya mampu membebel,tapi takde pun nak bagi apa2 cadangan.Bila saya call DELL,die kata,mungkin kedai tu format tak ikut step,pastu dia mula la bagi saya step sebenar untuk format laptop.Tapi saya salin sikit je apa dia cakap,2 step je,yang selebihnya saya congak je.Tapi dah tak ingat.

Jadi,sekarang ini,saya amat memerlukan bantuan mereka2 yang pakar,bg je apa2 cadangan dengan meninggalkan komen di bawah.Atau email saya di alamat sizuka_30@yahoo.com.my..sebarang cadangan akan endahkan.sekian,wassalam..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Tuesday, December 29, 2009 10 comments
Labels: rumah, sekeliling

Monday, December 21, 2009

Selamat Pengantin Baru!

Ucapan salam buat semua pembaca,di sini saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat kakak saudara saya dan suaminya,yang telah selamat diijab kabulkan pada Jumaat, 18 Disember 2009.Semoga perkahwinan ini diberkati Allah,dan berkekalan hingga ke akhir hayat,serta dapat melahirkan zuriat yang soleh /solehah,insyaAllah..

**********

sebenarnya hingga kini saya seperti tidak percaya yang sepupu saya ini sudah pun bergelar isteri orang,perwatakannya yang agak kurang 'feminin',membuatkan saya berasa sedemikian.
Suaminya mempunyai minat yang sama dengannya,dan atas dasar inilah mereka dipertemukan.Sepupu saya ini juga merupakan cucu sulung dan pertama yang mendirikan rumah tangga.Di sini saya sertakan sekali gamba2 semasa perkahwinan mereka....




bersanding?


pelamin?



besarnya kek,tapi yang boleh makan lapisan ke2 je...


adik sedara,konon2 jadi flower girl,tapi yg lelaki tu,tak tau nak pgl ape..


kek hantaran prmpn kepada lelaki,camera kat atas tu dummy semata,tidak boleh dimakan,minat mereka sama,photographer,tapi hanya kerja sambilan di hujung minggu dan waktu lapang,masing2 dah ada pekerjaan tetap yang sangat bagus.


Sedikit info berkenaan kegiatan 'bersanding' yang telah sebati dengan masyarakat melayu,setelah search google,ini yang saya dapat...

1.Persandingan merupakan budaya yang dicedok daripada masyarakat Hindu seperti juga berinai. Di dalam Islam tidak disyariatkan perbuatan tersebut.

2. Namun jika bertujuan sebagai kenang-kenangan, ia diharuskan tetapi perlulah diikuti dengan beberapa syarat:-
i. Memastikan pasangan pengantin menutup aurat.
ii. Tidak mempertontonkan secara terbuka kepada yang bukan mahram.
iii. Pakaian dan perhiasan selaras dengan kehendak syara'

Untuk perkahwinan sepupu saya ni,no comment,fikirla sendiri ye.Tapi,cuba kita ingat kembali perkahwinan yang telah kita hadiri,adakah pasangan2 tersebut mematuhi ketiga-tiga perkara di atas?Wallahua'alam..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Monday, December 21, 2009 6 comments
Labels: rumah, sekeliling

Monday, December 14, 2009

reunion yang best!

Alhamdulillah dipanjatkan kehadrat ilahi,kerana masih lg memberi saya peluang untuk bernafas, dan mampu menulis blog untuk kali ini.

Kali ini saya ingin menceritakan secara ringkasnya tentang program reunion akhwat matrik yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Bukit Cahaya Seri Alam,Shah Alam.

Pada awalnya saya memang tak nak pergi,atas sebab2 tertentu,sehinggalah ada seorang sahabat mengeluarkan ayat2 yg menyntuh hati,dan saya tergerak nak pergi.Lagipun sudah lama saya tak dapat pengisian sejak cuti bermula.

Pendaftaran bermula pada pukul 4-5.30 petang.Saya bertolak awal dari rumah,merancang untuk berjumpa dengan sahabat2 karib semasa di sekolah terlebih dahulu,sebelum menghadiri program. Terubat kerinduan terhadap sahabat2 di sekolah dahulu,walaupun tidak ramai yang saya temui.

Saya dan rakan2 matrik,dan ada di antara mereka yang merupakan rakan2 sekolah saya juga, di jemput oleh ajk pengangkutan program.Sebaik sahaja kereta melepasi pagar utama bukit cahaya, enjin kereta terhenti,dan akak yang drive tu cakap,"tempat ni keras siket"..saya dengar mcam samar2 je,tapi masa tu siang lagi,saya takde la takut sangat(hehe).

Tempat peserta menginap adalah di rumah2 negeri,merangkap chalet.Ada dua buah rumah negeri untuk peserta,dan sebuah rumah untuk ajk.Dapat jugak saya bersua muka dengan rakan2 matrik yang selama ini hanya berhubungan melalui sms.Rindu tak terkata,macam tak pecaye pn ada boleh jumpa diorang lagi.

Sepanjang program ini,saya dapat lihat,sahabat2 seperjuangan,dan seumur,yang petah berhujah menggunakan ayat2 Al-Quran.Saya kagum dengan mereka.Malu pun ada jugak. Satu perkara yang saya terkejut,dan tak penah2 buat sebelum ini,adalah turun ke bendang.Entah macam mana boleh ada sawah padi sesat kat shah alam.Kami dikehendaki memijak tanah lembik yang seakan-akan lumpur(macam tanah liat pn ade),nasib baik tak jumpa pacat atau ikan keli(macam yg dlm tv tu),memang sangat teruja,dan berazam taknak masuk lagi kat dalam lumpur tu.

Malam terakhir sebelum pulang pada keesokan hari,kami dikehendaki membuat pentomen. Masing2 membuat cerita tentang saat2 mereka ditarbiyah di matrik dahulu.Memandangkan hanya ada 2 kumpulan sahaja,saya hanya berpeluang menyaksikan persembahan dari kumpulan kedua,saya suka persembahan mereka,sangat teratur,mudah difahami,dan ada bahagian yang yang menyayat hati. Lagi2 ketika mereka menyanyikan lagu 'Selamat Berjuang',nyanyian asal oleh kumpulan nasyid Brothers mengingatkan saya akan sahabat2 di sekolah dahulu,berasa sebak kerana lagu itu jugalah yang di pasang oleh pihak sekolah ketika majlis graduasi tingkatan 5 dahulu.


rakan2 bersama guru2,majlis graduasi form 5 '07


gembiranya korang....


Selesai kedua2 persembahan,kami membaca Al-Mulk dan pulang ke rumah masing2 bersiap2 untuk tidur.Ketika saya hendak melelapkan mata,saya terdengar suara perempuan menjerit, berselang seli dengan laungan 'Allahuakbar'.Kedua2 suara itu datangnya dari rumah sebelah. Tiba2 terdengar bunyik ketukan pintu dari luar rumah kami.Seorang perempuan meminta bantuan kami untuk membantu rakannya yang sedang histeria.Kami semua memang takda pengalaman nak rawat org histeria,lalu kami menyuruh mereka pergi ke rumah ajk,akak2 fasi yang lebih banyak ilmu dan pengalaman mungkin dapat membantu.

Kami semua tidak terus tidur selepas itu,masing2 membaca Al-Quran,dan kemudiannya tidur. Sedikit info berkenaan rumah yang terkena histeria tu,mereka adalah remaja2 yang baru saja tamat dari menduduki spm.Teruja sangat agaknya,sampai pasang lagu lagho kuat2,dari petang sampai malam.Mungkin mereka lupa,dalam hutan itu bukan hanya ada mereka,tapi makhluk Allah yang lain juga.Tidak hairanlah makhluk halus itu menganggu mereka,mereka yang mulakan terlebih dahulu.Itulah pertama kali saya terdengar jeritan histeria secara 'live'.Di sekolah dahulu memang tak pernah jumpa benda2 mcm ni,walaupun pelajar2 sekolah saya tidak semuanya baik.

*******

Pulang dari program,ketika transit di KL Sentral,saya terpandang seorang perempuan berpurdah.Mata perempuan itu mengingatkan saya akan seseorang,dan terus menghantar msg kepadanya,tegur depan2 kang takut tersilap pulak.

saya : salam,bedah(bukan name sebenar),kat kl sentral ek?
bedah : wslm,aah,awak kat mane?

selepas itu,bedah ternampak saya,dan menuju ke arah saya.Benarlah sangkaan saya,wanita berpurdah itu adalah sahabat di sekolah dahulu.Dia dalam perjalanan pulang ke Darul Quran.
Kami menaiki ktm sama2,dan berkongsi pengalaman sepanjang perjalanan.Masing2 bertukar cerita tentang pelajaran,terselit jugak kenangan di sekolah dahulu,walaupun kami berlainan kelas.Perjalanan yang memakan masa 45minit itu saya rasakan sangat singkat.Saya perasan orang sekeliling memandang dia pelik.Yela,bukan senang nak jumpa orang berpurdah kat Malaysia ni,lagi2 dalam tren.Kalau nak jumpa maksiat,memang banyak la,dan masyarakat tak pelik pun tgk perkara tu, siap cakap , "ala,biase la tu"/"normal je"...bla2...

Jika ada yang baik dalam penulisan ini,ambil sebagai iktibar,jika ada buruk,tolak jauh2..Mungkin itu saja untuk kali ini,sekian,wassalam...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Monday, December 14, 2009 11 comments
Labels: jalan2 carik redha Allah, sekeliling, Tarbiyah

Wednesday, December 2, 2009

satu ketika dahulu...

Lame nye tak post apa2.kering idea pulak...kali ni nak cerita pengalaman jadi makmum kepada seorang imam yang ganjil...

Kisah ini berlaku pada tahun 2008.Di suatu petang yang mendamaikan,azan berkumandang menandakan masuknya waktu asar bagi daerah Kuala Pilah.Sorang budak perempuan jalan tekedek2 menuju ke surau Zahratul Raihan(kalo tak silap).Surau ini terletak di blok C3 kmns.Sebaik sahaja smpai di hadapan surau, si budak merasa gembira+ganjil kerana ada sepasang selipar di hadapan surau.Ganjil kerana selalunya waktu asar memang jarang orang solat kat surau,ada yang masih lagi di klas,atau solat di surau besar.Gembira kerana si budak boleh solat jemaah dengan makhluk tersebut.

Si budak pun masuk ke dalam surau,kelihatannya si makhluk sedang solat,si budak pun mempercepatkan langkah(nak seppp bahu).Dengan izin Allah,si budak dan si makhluk pun solat berjemaah.Sepanjang mengerjakan solat,si budak merasa hairan kerana si makhluk(imam) menguatkan bacaan.Si budak bermonolog di dalam hati,

"bukan ke waktu zohor ngan asar tak yah zahirkan bacaan?mungkin imam ni terlupa kot"...



tapi si budak tetap setia menjadi makmum walaupun dia dah rasa lain macam.Tiba dirakaat 3, imam membaca surah selepas Al-Fatihah.Si budak rasa pelik lagi sekali.Sangat2 la pelik,rasa memang tak khusyuk langsung sepanjang solat tu,1st time dia terjumpa imam mcm ni.Rakaat ke 4 pun begitu juga.

Habis sahaja solat,si budak dengan pun bertanya,

"knape bace surah mase kat rakaat 3 ngan 4?"

si makhluk pun menjwab,"boleh jugak kan nak kalo nak baca?"

...si penulis terlupe perbualan selepas itu,tapi si budak memang tak tau nak ckp mcm mana kat si makhluk,kerana ilmunya kurang,yang dia tau dalam rukun solat takde pun suruh baca surah lepas Al-Fatihah di rakaat 3 & 4,lalu dia menyuruh si makhluk bertanya kepada ustazahnya.Si makhluk pun bersetuju.


Beberapa hari selepas itu,si budak kembali bertemu dengan si makhluk,dan si makhluk pun memberitahu sesuatu,

"da tnye ustazah da"..kata si makhluk..

si budak menjawab,"yeke,ape ustzah jwab"...

si makhluk menjawab"ustzah kate,solat sah,tapi lain kali,jangan buat lagi"..

si budak hanya mampu tersengih mendengar jawapan itu...

*******
Beberapa bulan selepas itu,si budak tiba2 teringat semula akan kejadian itu,dan segera search google,dan dia telah mendapat jawapan untuk hukum membaca surah di rakaat 3 dan 4,ini dia...

di petik dari blog ini,

Assalamu'alaikum WarahMatulLah

Saya ada satu soalan, begini - Apakah hukumnya jika membaca surah selepas Fatihah bagi Roka'at Ke -3 dan/atau Roka'at yang ke 4. (Adakah sah atau haram batal dsbnya.)
Jazakallah


Jawab:

Solatnya sah tapi bid'ah (setiap bid'ah itu tertolak) kerana ibadah itu tidak boleh diubahsuai sesuka hati tapi memerlukan contoh dari Nabi saw sendiri. Baginda dengan tegas memerintahkan umatnya, "Syallu kama ra'atumuu nii Usyalli" (solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat." Allahu a'alam..

Yang hukum zahirkan bacaan ketika mengimami solat zohor dan asar tu tidak dijumpai.Barang sesiapa yang ingin berkongsi ilmu silalah ya,kemukakan hadith/dalil jika ada.

Ketika mencari hukum di atas,si budak terjumpa jawapan untuk hukum yang dia sering tertanya2 sebelum ini,terutamanya ketika di bulan Ramadhan..ini dia..


dipetik dari website ini,

Soalan:
Saya nak tahu tentang hukum kanak-kanak yang belum baligh sembahyang bersama dengan kita. Apa hukumnya, tolong jelaskan?


Jawapan:
Jika kita solat berjamaah sedangkan didalam saf tersebut terdapat kanak-kanak, maka solat kita tetap sah bahkan pahala berjamaah tetap tidak terjejas, cuma hanya berkurang dalam pahala saf. Jadi perkara yang tidak baik jika kita melarang kanak-kanak ikut bersama-sama orang tua berjamaah di masjid. Bahkan setengah masjid di tempat kita sengaja membuat pengumuman melarang kanak-kanak umur lima tahun masuk ke dalam masjid. Sebetul cara ini secara tidak langsung kita telah mematikan minat anak untuk datang dan mencintai masjid. Padahal Rasulullah SAW pernah membawa cucu baginda ke dalam masjid ketika baginda menjadi imam. Ketika itu Hassan dan Hussein memanjat bahu baginda sehingga baginda melamakan sujudnya. Ini membuktikan bahawa Rasulullah begitu peka terhadap perkembangan agama kanak-kanak.

Barangkali masyarakat kita perlu merubah minda yang keliru dalam mendidik anak-anak mencintai masjid dan melatih mereka dalam solat. Jangan terlalu memperhatikan pahala saf sehingga minat anak-anak dikubur atau diabaikan. Wallahu A'lam.



Semasa di bulan ramadhan,si budak sering terlihat kanak2 berada di tengah2 sof,dan terfikir yang sof akan terputus,dan solat tak sah(org cetek ilmu mmg cmtu).Sewaktu di sekolahnya dahulu,setiap kali sebelum solat jemaah,masing2 bising suruh pelajar yang belum baligh pergi ke hujung sof,takut sof putus katanya...

Sekian dulu untuk kali ini,yang baik jadikan pedoman,yang buruk jadikan sempadan.
Wallahua'lam.wassalam..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Wednesday, December 02, 2009 18 comments
Labels: dulu2, rumah, sekeliling
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod | Distributed by Deluxe Templates