Lame nye tak post apa2.kering idea pulak...kali ni nak cerita pengalaman jadi makmum kepada seorang imam yang ganjil...
Kisah ini berlaku pada tahun 2008.Di suatu petang yang mendamaikan,azan berkumandang menandakan masuknya waktu asar bagi daerah Kuala Pilah.Sorang budak perempuan jalan tekedek2 menuju ke surau Zahratul Raihan(kalo tak silap).Surau ini terletak di blok C3 kmns.Sebaik sahaja smpai di hadapan surau, si budak merasa gembira+ganjil kerana ada sepasang selipar di hadapan surau.Ganjil kerana selalunya waktu asar memang jarang orang solat kat surau,ada yang masih lagi di klas,atau solat di surau besar.Gembira kerana si budak boleh solat jemaah dengan makhluk tersebut.
Si budak pun masuk ke dalam surau,kelihatannya si makhluk sedang solat,si budak pun mempercepatkan langkah(nak seppp bahu).Dengan izin Allah,si budak dan si makhluk pun solat berjemaah.Sepanjang mengerjakan solat,si budak merasa hairan kerana si makhluk(imam) menguatkan bacaan.Si budak bermonolog di dalam hati,
"bukan ke waktu zohor ngan asar tak yah zahirkan bacaan?mungkin imam ni terlupa kot"...
tapi si budak tetap setia menjadi makmum walaupun dia dah rasa lain macam.Tiba dirakaat 3, imam membaca surah selepas Al-Fatihah.Si budak rasa pelik lagi sekali.Sangat2 la pelik,rasa memang tak khusyuk langsung sepanjang solat tu,1st time dia terjumpa imam mcm ni.Rakaat ke 4 pun begitu juga.
Habis sahaja solat,si budak dengan pun bertanya,
"knape bace surah mase kat rakaat 3 ngan 4?"
si makhluk pun menjwab,"boleh jugak kan nak kalo nak baca?"
...si penulis terlupe perbualan selepas itu,tapi si budak memang tak tau nak ckp mcm mana kat si makhluk,kerana ilmunya kurang,yang dia tau dalam rukun solat takde pun suruh baca surah lepas Al-Fatihah di rakaat 3 & 4,lalu dia menyuruh si makhluk bertanya kepada ustazahnya.Si makhluk pun bersetuju.
Beberapa hari selepas itu,si budak kembali bertemu dengan si makhluk,dan si makhluk pun memberitahu sesuatu,
"da tnye ustazah da"..kata si makhluk..
si budak menjawab,"yeke,ape ustzah jwab"...
si makhluk menjawab"ustzah kate,solat sah,tapi lain kali,jangan buat lagi"..
si budak hanya mampu tersengih mendengar jawapan itu...
*******
Beberapa bulan selepas itu,si budak tiba2 teringat semula akan kejadian itu,dan segera search google,dan dia telah mendapat jawapan untuk hukum membaca surah di rakaat 3 dan 4,ini dia...
di petik dari blog
ini,Assalamu'alaikum WarahMatulLahSaya ada satu soalan, begini - Apakah hukumnya jika membaca surah selepas Fatihah bagi Roka'at Ke -3 dan/atau Roka'at yang ke 4. (Adakah sah atau haram batal dsbnya.)JazakallahJawab:Solatnya sah tapi bid'ah (setiap bid'ah itu tertolak) kerana ibadah itu tidak boleh diubahsuai sesuka hati tapi memerlukan contoh dari Nabi saw sendiri. Baginda dengan tegas memerintahkan umatnya, "Syallu kama ra'atumuu nii Usyalli" (solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat." Allahu a'alam..Yang hukum zahirkan bacaan ketika mengimami solat zohor dan asar tu tidak dijumpai.Barang sesiapa yang ingin berkongsi ilmu silalah ya,kemukakan hadith/dalil jika ada.
Ketika mencari hukum di atas,si budak terjumpa jawapan untuk hukum yang dia sering tertanya2 sebelum ini,terutamanya ketika di bulan Ramadhan..ini dia..
dipetik dari website
ini,Soalan:Saya nak tahu tentang hukum kanak-kanak yang belum baligh sembahyang bersama dengan kita. Apa hukumnya, tolong jelaskan?Jawapan:Jika kita solat berjamaah sedangkan didalam saf tersebut terdapat kanak-kanak, maka solat kita tetap sah bahkan pahala berjamaah tetap tidak terjejas, cuma hanya berkurang dalam pahala saf. Jadi perkara yang tidak baik jika kita melarang kanak-kanak ikut bersama-sama orang tua berjamaah di masjid. Bahkan setengah masjid di tempat kita sengaja membuat pengumuman melarang kanak-kanak umur lima tahun masuk ke dalam masjid. Sebetul cara ini secara tidak langsung kita telah mematikan minat anak untuk datang dan mencintai masjid. Padahal Rasulullah SAW pernah membawa cucu baginda ke dalam masjid ketika baginda menjadi imam. Ketika itu Hassan dan Hussein memanjat bahu baginda sehingga baginda melamakan sujudnya. Ini membuktikan bahawa Rasulullah begitu peka terhadap perkembangan agama kanak-kanak.Barangkali masyarakat kita perlu merubah minda yang keliru dalam mendidik anak-anak mencintai masjid dan melatih mereka dalam solat. Jangan terlalu memperhatikan pahala saf sehingga minat anak-anak dikubur atau diabaikan. Wallahu A'lam.
Semasa di bulan ramadhan,si budak sering terlihat kanak2 berada di tengah2 sof,dan terfikir yang sof akan terputus,dan solat tak sah
(org cetek ilmu mmg cmtu).Sewaktu di sekolahnya dahulu,setiap kali sebelum solat jemaah,masing2 bising suruh pelajar yang belum baligh pergi ke hujung sof,takut sof putus katanya...
Sekian dulu untuk kali ini,yang baik jadikan pedoman,yang buruk jadikan sempadan.
Wallahua'lam.wassalam..