Assalamualaikum wbt..
Post kali ni nak cerita pasal pengalaman diri apabila tersepit dalam situasi seperti dalam tajuk di atas.Kebanyakan pelajar kebiasaannya rasa berat nak pergi halaqah/usrah/ceramah2 lagi2 masa hujung minggu,masa hujung minggu la nak siapkan tutorial,nak stadi lebih sikit,nak basuh baju yang betimbun,dan mcm2 lagi.Kalau time2 nak exam/test/kuiz, lagi la berat nak pergi,tp teringat pula kata2 seorang akak ni,akak tu kate nanti di akhirat,Allah tak tanya,
"eh,bape pointer dulu?"
Masa zaman sekolah dulu,ada sekumpulan akak2 datang ke sekolah buat usrah.Tp usrah ni ikut la,siapa nak, dtg,kalau taknak tak yah datang.Masa tu saya di tingkatan 5,tengah struggle nak spm.Di suatu petang yang damai,selepas menunaikan solat asar berjemaah di surau,tiba2 kawan saya yang baik ajak join usrah akak tu,dalam hati terdetik, "aku nak stadi ni,ade mase lagi".Bile teringat balik rasa macam jahilnya diri ni,asek ingat stadi je,result takde la gempak sangat.Tapi join je la,sebab rasa macam jahat je bila tak pegi(tak ikhlas langsung..ish3).Masa tu usrah tu mula pukul 5 la lebih kurang,dengar la akak2 yang berilmu tu cakap2 pasal tauhid,pasal jenis2 doa qunut,otak memang da pening la masa tu(pelik2,budak sekolah agama pun boleh mcm ni).Tapi yang seronok,akak2 tu bawa juadah dari luar,sambil dengar sambil makan.Usrah tamat pukul 6 lebih,masa tu memang kelam kabut,sebab tak sedia apa2 lagi untuk pergi musolla waktu maghrib.Dalam hati sudah berazam,minggu depan tak nak datang lagi,kalau niat tak ikhlas nak buat apa(hati jahil berbicara,syaitan tengah tepuk2 tangan).Minggu depannya,akak2 tu datang lagi,sahabat2 yang alim ajak join, tapi saya kata kat sahabat2 tu,"tak nak join,banyak lagi tak stadi".Kawan2 pun tak boleh nak buat apa2...
tamat zaman sekolah
------------------------------------------------------------------------------------------
Masa di matrik,ada akak2 yang lain pula datang.Tapi isi usrah/taalim ini bukanlah berkenaan tauhid,tp,lebih kepada ibadah yang kita lakukan hari2.Masa ni,takde la seteruk sekolah,tp tetap ada terdetik rasa kemalasan nak hadir di awal2 penglibatan.Tapi setiap kali taalim dimulakan,akak2/naqibah/murabiyah mesti ingatkan suruh luruskan niat,walaupun pada awalnya kita rasa mcm tak ikhlas,tp kita boleh cuba untuk ikhlaskan semula niat sepanjang majlis ilmu itu,dan dengan ni,takkan wujud lagi alasan yang penah tersembul dulu,"kalo tak ikhlas nak buat ape".Berbalik kepada isi2 usrah yang akak2 bntangkan,masa ni terjawab banyak persoalan masa kat sekolah dulu,
surah 47:7, wahai orang-orang yang beriman!jika kamu menolong(agama)Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu...
Lepas tau ayat ni,alhamdulillah memang cuba sedaya upaya untuk datang.Mungkin ada yang tertanya-tanye,"ape maksod Allah tolong kita tu?".Maksudnya,lebih kurang mcm ni la,contoh dalam sehari kita stadi 4 jam,tapi bile kita hadirkan diri ke majlis2 ilmu,masa stadi tinggal 2 jam,Allah akan tolong kita dengan memberkati 2 jam kita stadi tu,apa yang kita dpt dalam tempoh 2 jam,sama dengan apa yang kita dpt dalam tempoh 4 jam..insyaAllah.Ayat lain yang telah merangsang kaki untuk ke majlis ilmu,
surah 58:11,wahai orang-orang yang beriman!Apabila dikatakan kepadamu,"Berilah kelapangan di dalam majlis-majlis",maka lapangkanlah,niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu...
Ayat ini sangat spesifik,menyuruh kita melapangkan diri untuk ke majlis-majlis ilmu.Perintah Allah ni,paham2 sendiri la jika kita mengingkarinya..
Jadi,ibrah dari artikel ni,marilah kita bersama-sama mengikhlaskan hati,dan merajinkan kaki melangkah menuju majlis2 ilmu.Kalau stadi 24 jam,tapi tiada keberkatan,umpama mencurahkan air ke lilin(bukan api),tak basah jugak lilin tu.Ampun dan maaf dipinta jika ada yang tak gemar dengan bahasa rojak cencalok yang saya gunakan.Yang baik kurniaan Allah,yang buruk sama-sama kita perbaiki ye..
sekian..
hayati lirik..
4 comments:
artikel yg mmbuatkan sya tringat kisah silam..sbnrnye rmai antr pelajar2 yg mengalami situasi yg agk sme..cume cerita peribadi seseorang yg mmbezaknnya..syukran ats ingatan..smg kta sma2 mmproleh berkat dr Maha Segala Cinta...amien
Assalamualaikum..
nice artikel..jzklh bg peringatn. teringt pulak zmn mtrk dulu. masa ditrbyah.
bhs rojak+cencaluk?
xlah..biasa2 je..
keep writing ukhti!
hrmm..
nampaknye semakin mantap kwn sy nih..
menarik2..tzkrh diri
teringat kesah silamz..huhu
(nti mmbuatkn sume flash back blk..hehehe)
belajar dan terus menulis..
hee~
salam~
kadang2 kita berbelah bahagi en..
tue lah manusia.
tp insyaAllah, jom la kite sama2 doakan hati kita nh sentiasa ikhlas dlm berbuat.
wpun ikhlas tu umpama semut hitam di mlm hari. sgt susah dilihat
Post a Comment