skip to main | skip to sidebar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About me

My Photo
Hamba-Nya yang hina..
sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri hari demi hari.. 'tuhan kuzalimi diri ini,andai kau tak ampuni dan rahmati,alangkah ruginya diri'.. 'tuhan jangan Kau palingkan hati ini..setelah Kau beri hidayah'..
View my complete profile

Ahlan wa sahlan

assalamualaikum..sesungguhnya tugas tarbiah adalah tanggung jwab setiap umat islam 'ala jaufil ard..kita seharusnya berusaha saling menasihati saudara2 islam kita yang lain disamping menasihati diri kita sendiri..dengan itu kita akan merasa dekat dengan Allah s.w.t hari demi hari..salah satu cara tarbiah adalah melalui blog..semoga maklumat2 yang terkandung dalam blog ini sedikit sebanyak dapat membantu kita meningkatkan ketaqwaan kepada pencipta kita Allah s.w.t..insya-Allah..

Followers

pukul berapa?

Archivo del blog

  • ► 2012 (6)
    • ► April (1)
    • ► March (1)
    • ► February (4)
  • ► 2010 (20)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► September (2)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► May (1)
    • ► April (2)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ▼ 2009 (58)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (4)
    • ► September (6)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ▼ June (7)
      • Sedikit perkongsian...
      • Hari yang indah
      • stadi vs majlis ilmu
      • confuse2...
      • Ada apa dengan 'award'?
      • Meh baca ramai-ramai..
      • Anda suka animasi?
    • ► May (11)
    • ► April (4)
    • ► March (5)
    • ► February (2)
    • ► January (2)
  • ► 2008 (25)
    • ► December (7)
    • ► November (5)
    • ► October (1)
    • ► September (5)
    • ► August (5)
    • ► April (2)

My Blog List

  • Saifulislam.Com
    Al-Rasul al-Mu’allim: Nabi Muhammad ﷺ Sebaik-baik Cikgu
    3 weeks ago
  • Mencari dan terus mencari cinta Ilahi
    Lakaran ummi ~ santai
    2 months ago
  • Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah
    MEMORI 2018
    6 years ago
  • Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha )
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • The Rocking Hijab™[revamped]
    A revert's thoughts on LGBTQ
    8 years ago
  • Dunia Sarah
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • inijalanku.wordpress.com
    TABAYYUN vs TASABBUT
    9 years ago
  • D I A G N O S i S
    Seandainya anda berkomitmen
    9 years ago
  • UmmuSaif.Com
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Lukisan Bercerita
    Komik #2 HAMBA.. (page 1-3)
    10 years ago
  • Selembut Sutera
    Sabar bila diuji?
    10 years ago
  • SaBaHaNmUsLiM
    My Ex-Jahiliyyah
    11 years ago
  • senihati
    :)
    12 years ago
  • ::cintaku hanya padamu::
    Andai Rebah, Ayuh Bangkit !
    12 years ago
  • Satu Ummah!!!
    Taat pada pemimpin yang zalim
    12 years ago
  • Wan Zuraida Suka Menulis
    Luahan Hati
    13 years ago
  • ~Dunia Yang Fana~
    Pengalaman berharga..
    13 years ago
  • SHOUTUL IKHWAH
    Cerpen: Gerimis Cinta
    14 years ago
  • sweetbakery
    more,more and more chocolate
    15 years ago
  • qudwah qobla dakwah
  • here i am
  • ~AkuDarahAnakMalaysia~
  • ~hidup untuk memberi~
  • .: Dalam pencarian menuju Ilahi :.
  • Faisal Tehrani
  • Di sini segalanya Bermula...

Feedjit

Labels

  • artikel copy (1)
  • dulu2 (7)
  • family (6)
  • jalan2 (2)
  • jalan2 carik redha Allah (7)
  • muhasabah diri (16)
  • perjalanan menimba ilmu (13)
  • ramadhan (1)
  • Raya (2)
  • rumah (13)
  • sahabat (2)
  • sekeliling (10)
  • sekolah (3)
  • sirah (1)
  • Tarbiyah (6)

tinggalkan jejak

lets count

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
Comments
    Atom
Comments

Shoutbox

iluvislam

~Dunia Yang Fana~

Surah 3:104,dan hendaklah diantara kamu ada segolongan yang mengerjakan kebajikan,menyuruh yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung...semoga kita tergolong dalam golongan ini..aminn

Wednesday, June 24, 2009

Hari yang indah

Bismillahhirrahmanirrahim...


Semalam pergi program di Shah Alam,seperti biasa saya akan menaiki public transport yang kerajaan sediakan(naik ktm).Sampai saja di ktm Shah Alam pukul 9.15,janji ngan kak nani(bukan nama sebenar) pukul 9.30.Dalam hati "hmm,de mase lagi ni,duha jap la"...pusing2 la carik surau kat ktm tu.Nampak surau,lepas tu pelik,nape de 1 surau je ni..tanya makcik cleaner,"makcik,surau ni share laki pompuan ke?"pastu makcik tu jawab pendek je,"aah".Dalam hati merungut sendiri.Tak cukup tanah ke nak buat 2 surau?punya la besar kawasan sekeliling stesen.Nak taknak masuk je dalam surau tu,dalam hati doa2,harap2 takde orang lelaki nak guna surau pagi2 yang tak berapa nak buta.


Selesai solat,tunggu la kak nani datang..masa tunggu tu nampak la 1 org akhawat yang macam tengah tunggu orang jemput jugak.Naluri hati dapat rasa yang dia nak pergi program yang sama.Tapi biar je la,tak payah tegur,kang tegur2 tgk2 salah orang.Tiba2 dapat mesej dari kak nani, "ukhti,tunggu kat tempat teksi ye".Lepas tu saya bergegas menuju ke tempat teksi.Nampak akhawat tu pun same juga menuju ke tmpat teksi,dalam hati "mmg sah".Lepas tu bertegur sapa la,mmg betul tekaan saya.Masa tengah bertegur2 tu,ada pulak datang beberapa wanita yang lain,yang agak familliar muka mereka.Mereka sangat yakin yang kami berdua akan pergi ke destinasi yang sama dengan mereka,terus bersalam-salaman dan berkenalan.Kak nani pun datang,dan kami agak berhimpit dalam kereta kak nani yang comel tu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------



Selepas bersusah payah mencari 'pusat program',akhirnya ketemu jua.Sebelum program di mulakan,kami dihidang dengan caramel yang dibikin oleh tuan rumah.Nampak lazat,dalam hati "nasib baik aku tak pose(ish3)".Selepas bersarapan,barulah majlis dimulakan dengan tadarus.Entah mengapa,tadarus kali ni agak 'nervous',bila dah neves,ape lagi,baca agak laju,dan menggeletar.Nasib ada akhawat tegur atas kesilapan tajwid(terima kasih kak...hmm tak perlu disebutkan).Rindunya nak tadarus dengan sahabat2 matrik,syira,nas,adib,jamila,aini,zahra dan lain-lain.Maaf,tekeluar topik jap.Selepas sahaja tadarus,saya dikehendaki mentadabbur ayat surah yang kami baca sebentar tadi.Ini adalah request kejutan oleh pengerusi majlis,saya langsung tak prepare,dalam hati "mungkin kene bace makne mane2 ayat je kot,tak yah explain"saya setuju je lah.Saya memilih surah Al-Kahfi,ayat 57(panjang sikit),yang mafhumnya,
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat tuhanNya,lalu dia berpaling darinya dan melupakan apa yang dikerjakan oleh kedua tangannya?Sungguh,kami telah menjadikan hati mereka tertutup,(sehingga mereka tidak) memahaminya,dan(kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka.Kendatipun engkau (Muhammad) menyeru mereka kepada petunjuk,niscaya mereka tidak mendapat petunjuk untuk selama-lamanya..

Sebaik sahaja saya selesai mentadabbur ayat ini,saya pun melafazkan 'sodakallahul'azim...'.Tiba2 saya dipandang pelik oleh kak nani,saya pun bertanye "kene terangkan ke?"kak nani mengiyakan.Dengan sedikit gugup,saya pun huraikanlah ayat ni,mengikut kefahaman saya,tanpa melihat tafsir fi zilal(suke ati je).Mcm ni la bunyi,"Maksod firman Allah dalam ayat ni,org yang dah di peringatkan,tp taknak buat adalah orang yang sangat zalim,tiada orang yang lg zalim dari mereka,lepas tu,Allah akan tutup hati mereka untuk terima hidayah Allah,ape yang dismpaikan rasulullah,mmg sia2 kat org2 ni,hanya Allah yang mampu memberi hidayah...mcm tu la lebih kurang keterangan saya(macam ulang balik ayat tafsiran tu je kan?),tp sebenarnya ayat lagi tunggang langgang,tu da trim sikit2.Kemudian,pengerusi memberi sedikit review berkenaan ayat tersebut.Seterusnya,penyampaian hadith oleh kak safiah(bukan nama sebenar).Hadith yang beliau pilih,hadith ke 9,klik sini untuk mengetahui hadith apa dan pengajarannya.Seterusnya sedikit 'taujih' dari kak nani selaku ketua program.Taujih yang disampaikan beliau berkenaan akhlak.Sedikit sebanyak dari apa yang saya catit berkaitan akhlak,

  1. Akhlak adalah perkara yang kita lakukan secara sedar-jadi kita tidak boleh mendakwa orang gila itu tidak berakhlak,kerana mereka tidak sedar apa yang mereka lakukan
  2. Akhlak sangat penting sehingga Rasulullah besabda,"sesungguhnya aku di utus untuk menyempurnakan akhlak".-Persoalannya,adakah rasulullah itu di utus semata-mata untuk menyempurnakan akhlak?Tentu sekali tidak.Sama juga dengan sabda baginda tentang haji,"haji itu wukuf di arafah".Cukupkah haji dengan sekadar melakukan wukuf di arafah?dua sabda rasulullah ini hanya untuk menunjukkan betapa pentingnya akhlak dalam kehidupan,dan betapa pentingnya wukuf dalam haji..sama2 kita renungkan.
  3. Cara-cara berakhlak dalam jemaah:
  • tingkatkan keimanan,iman=ukhuwah
  • mendoakan kebaikan-jika seseorang mendoakan kesejahteraan saudaranya tanpa pengetahuan,malaikat akan mendoakan kesejahteraan orang yang berdoa itu,bahkan lebih baik lagi
  • memberi hadiah
  • saling membantu
  • saling menutup keaiban-bile kawan2 menceritakan keburukan kawan yang lain,jangan mengiyakan,sebaiknya mencari sisi2 kebaikan sahabat yg diumpat tu.Jangan biarkan 1 keburukan menutupi kebaikan yang lain
  • meninggalkan najwa(perbisikan rahsia)-cth,jalan2 ramai2,lepas tu 2 org makhluk, bisik2,mesti la yang lain pun mcm tertanya2 apa yang dibisikkan,dan mungkin ada yang terasa yng mereka menjadi topik 'najwa' 2 makhluk tu.
  • mengelakkan dzan(bersangka2)-mungkin ada yang tertanya2,'kalo sangka baik cam ne?'.sebaiknya,jangan bersangka-sangka,sbab kadang2,sangka baik tu pun belum tentu betul.wallahua'lam...
Taujih kak nani ringkas,tapi padat.Berakhirnya taujih,bermakna berakhir jua la program pada hari itu.Post saya kali ini agak panjang,mungkin banyak juga kesalahan bahasa ataupun fakta yang saya tulis,mungkin juga ada yang merasa saya ni seolah2 mcm riak lak dalam ayat tertentu,beri tahu saya ye,untuk diperbaiki.Diharapkan anda semua dapat memberi kerjasama.Saya sedia menerima kutukan yang membina.Yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan dinding.Sekian dulu dari saya..wassalam..

Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Wednesday, June 24, 2009
Labels: jalan2 carik redha Allah

5 comments:

nur,1990. said...

huhu..
rindu gak nak tadarus cam dulu en..
ngan nti,syira,mila,dib,zara.eny..

yg pasal surau cmpr tu en, ktm klang pn gtu gak, smlm ana blk dr bngi tu,ingat nk solat mghrib kt surau ktm klang, pnye la pusing cr mne la surau pompuan, rpe2nye cmpr..hahaha..tah pape..(jht x ana)

p/s:mcm la x ckup tnh n duet kn nk wat 2 surau, maseh x puas ati ag nih..huhuhu

June 25, 2009 at 11:43 PM
Hamba-Nya yang hina.. said...

nas,asal tak benti kat bukit badak?lagi bes..'banyak' orang..hehe..hmm pelik btol ktm zaman skarang,takpe,nanti kite buat surau begerak ye nas..

June 26, 2009 at 12:32 AM
nur,1990. said...

erk, fobia nk benti bukit badak malam2...huhu
bukit badak tu,jgn kn surau, tndas pn xde..lagi kesian..ahaha
~ske kutuk owh sy ni..hehehe

June 26, 2009 at 7:30 PM
bintu_azam said...

salam~
seronok bace entry nih.

ada terselit kenangan matrix skali. hu3. tu yg best uh.

June 27, 2009 at 12:42 AM
Hamba-Nya yang hina.. said...

mcm kenal je 'anak wanita azam(bintu)' ni..hehe..ye!matrik sangat padat dengan kenangan indah2 belaka(kenangan pahit leh tahan gak banyak nye)..

June 27, 2009 at 8:38 AM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod | Distributed by Deluxe Templates