ustazah,ada orang kencing dalam surau!
Saya dalam hati dah menjerit2,taknak basuh tak nak basuh!!
Saya suruh budak tu bagitau ustaz.
Ustaz yang ketika itu tengah membaca witir selepas solat terus tergamam.Lepas tu istighfar.haha.
Ni kes pertama untuk tahun ni.Kencing di dalam surau.Nasib baik saya tukang ambil kain dengan air je,ustaz tu yang bersihkan.Besar pahala tu,insyaAllah.
Sebaik sahaja keluar dari surau,ada budak kelas saya jerit pulak,
Ustazah,kasut Adlin hilang sebelah!
Ok,lepas satu datang lagi satu. Pelajar sekolah ni masa belajar memang bukak kasut.Lantai kat kelas tu memang siap boleh baring2,aircond lagi.
Saya pun tolong la pusing2 satu sekolah carik kasut,bersama-sama rakan2 si mangsa yang setia.Mangsa tu memang dah nangis2,sedih sangat kononnya. Cari-cari tak jumpe,akhirnya saya hantar dia pulang ke rumah,sebab tertinggal van dengan kasut sebelah takde.
budak2 nakal..
****
Semalam ada Hari Pengurusan Jenazah di sekolah,memang excited habis budak2 ni,lagi2 masa amali.Berebut2 nak jadi mayat. Saya teringat waktu di sekolah dulu,ada pertandingan 'Tajhiz Jenazah' ketika Amal Islami.Dalam pertandingan ni pelajar dikehendaki menunjukkan cara2 pengurusan jenazah,bermula dari nazaknya seseorang,sehingga dikebumikan.Satu kumpulan ada 6 orang,dan seorang akan menjadi mayat,saya berpeluang sekali menjadi mayat ketika amal islami peringkat zon,sebab masa tu masing2 tak sampai hati nak korbankan sorang ahli utk bagi budak kecik masuk jadi mayat.Kesian kawan2 kena angkat saya yang tak berapa nak ringan ni,tapi tu pilihan mereka.
ceh belagak..
Apa pun kita ni mesti sentiasa bersedia menghadapi mati,sebab maut tu tak mengenal usia.Jangan ingat kita muda,kita lambat lagi nak mati.Ustaz yang selalu uruskan jenazah tu kata,memang dia jarang uruskan mayat orang muda,sebab kebanyakan mati di hospital akibat kemalangan,dan pihak hospital yang uruskan. Selalunya remaja yang merempit/menaiki motosikal lebih mudah terdedah kepada kemalangan.Saya sendiri pernah accident akibat mengada2 nak try bawak motor.Sampai sekarang da fobia nak bawak motor lagi.
wallahua'lam..
wallahua'lam..