Hari ni di sekolah tempat saya mengajar mengadakan sambutan maulidurrasul.Sedikit maklumat tentang sekolah tersebut,nama, Sekolah Tahfiz wal Qiraat An-Nur,sebuah sekolah swasta.Saya agak takut pada awalnya bila dengar nama sekolah tersebut,dalam hati terdetik,
"aku nak kena ajar budak2 tahfiz ke ni?"
Rasa sangat tak layak sekiranya saya dikehendaki mengajar pelajar tahfiz,sedangkan saya sendiri bukanlah seorang hafizah.Tetapi,sebenarnya,sekolah tersebut sama sahaja seperti sekolah rendah agama biasa,silibus pelajaran pun sama.Pelajar di situ juga mengambil PSRA.
Semasa hari pertama saya di sana,saya dikehendaki duduk di kelas masing2,saya menjadi guru kelas darjah 2 untuk sesi pagi,dan darjah 4 untuk sesi petang.Masa awal2 saya masuk kelas,mak bapak budak2 tu da pesan2 kat saya,
"ustazah,kalau die ni nakal,ustazah rotan je!"
yes,da dapat lesen rotan.hahaha *gelak jahat*
tapi saya belum berani lagi nak rotan hari pertama tu.Masa nak lantik ketua kelas, semua nak jadi ketua,sampai saya pun pening nak pilih siapa.2,3 kali jugak la tukar ketua dalam sehari tu,sebab bile da lama2 sikit baru nampak perangai sebenar diorang.
Masa minggu pertama tu juga,ramai pelajar,terutamanya perempuan,suruh saya garang sikit,tak ke macam jatuh air muka bila murid cakap macam tu kat guru?
tapi sekarang,bila saya da pandai rotan,dah pandai garang,complain pulak.Nasibla kan, dlu nak sangat garang.
gambar hiasan,dari cerita laskar pelangi
Tazkirah Maulidurrasul
Seperti yang saya beritahu tadi,hari ni merupakan hari sambutan maulidurrasul. Tentatifnya,tazkirah yang menceritakan kisah hidup Rasulullah s.a.w. Saya tidak tahu mengapa saya rasa sangat tersentuh bila mendengarkan kisah hidup baginda, walhal kebanyakan cerita dalam tazkirah itu sudah pun saya dengar.Ketabahan,kesabaran baginda bukan calang2.Ditambah pula dengan kemuliaan peribadi baginda.Jika bukan kerana baginda,belum tentu kita dapat merasai nikmat iman dan islam hari ni.Kita lahir2 sudah islam,jauh sekali berbeza dengan cerita sahabat2 yang diseksa ketika melafazkan kalimah syahadah.Semoga kita kekal islam sehingga hari kiamat,dan bukan islam hanya pada nama,tetapi islam dalam setiap aspek.Peringatan untuk diri sendiri juga.
Satu kisah baginda yang sangat menyentuh hati,walaupun saya sudah mendengar kisah ini berkali-kali,adalah kisah tentang seorang perempuan tua yang buta,yang sering menghina Muhammad s.a.w di pasar.Namun,rasulullah s.a.w setiap hari menyuapnya roti dengan penuh sabar,walaupun mulut perempuan itu tidak henti2 menghinanya.Sehinggakan suatu hari,selepas kewafatan baginda,khalifah Abu Bakar bertanya kepada Aisyah,
"apa lagi perkara yang menjadi kebiasaan rasulullah s.a.w yang belum aku lakukan?"
aisyah menjawab,
"semua telah kau lakukan,kecuali memberi makan wanita tua yang buta di pasar setiap hari"..
Abu Bakar kemudiannya pergi ke pasar,dilihatnya seorang wanita tua yang buta menghina rasulullah,
Abu Bakar sangat terkejut,
inikah wanita yang baginda beri makan tiap hari?
Lalu dia menyuap roti kepada wanita itu,
wanita tua itu terus bertanya,
"siapa kau?"
Abu Bakar menjawab,
"aku adalah orang yang menyuap kau setiap hari"
wanita tua itu menjawab,
"tidak,kau bukan,orang yang menyuap aku selama ini akan memicit2 roti tersebut sehingga lembut rasanya ketika dimakan.
Mendengarkan itu,Abu Bakar menangis,dan menjawab,
"orang yang menyuapkan ko selama ini tidak akan menyuap kau lagi buat selamanya"
wanita tua itu bertanya,
"kenapa?apa salahku? aku ingin memohon maaf kepadanya"..
"orang yang menyuap kau itu adalah Muhammad s.a.w yang sering kau hina,dan kini baginda telah wafat"..
mendengarkan itu,wanita itu menangis,dan mengucap 2 kalimah syahadah dihadapan Abu Bakar..
Halus sungguh cara dakwah baginda.
Satu lagi kisah tentang seorang perempuan tua quraisy yang memberi baginda memakan sebiji buah,dah menyuruh baginda makan dihadapannya.Rasulullah s.a.w memakannya sambil tersenyum,dan tidak memberikan buah tersebut kepada para sahabat yang melihat, para sahabat pun pelik,biasanya baginda akan berkongsi makanan dengan mereka.
Wanita quraisy itu sangat geram melihat baginda tersenyum sepanjang menghabiskan buah itu,dan setelah buah itu habis,wanita itu berlalu pergi.
Kemudian baginda berkata kepada sahabat,
"tahukan kalian mengapa aku tidak memberikan buah itu kepada kalian?"
"buah itu tersangatlah masam,jika aku berikan kepada kalian,tentu kalian akan mencaci wanita itu"..
Cuba bayangkan jika kita diberikan buah itu,tentu sahaja kita akan meludahnya kerana terlalu masam disertai dengan perasaan marah terhadap wanita itu.
Pernah tak kita menangis kerana rindukan Rasulullah?wallahua'alam..