Pejam celik kita sudah masuk fasa ketiga ramadhan,itqan minannar, perlepasan dari api neraka, yang mana di dalam fasa ini terdapat malam Lailatul Qadr,malam yang lebih baik dari seribu bulan, insyaAllah.Kali ini nak kongsi sedikit tazkirah yang saya dapat dari buku U-TURN KE JALAN LURUS karya Zul Ramli M.Razali.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Wahai anak Adam,Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira.
Aku hairan melihat mereka yang yakin kepada hari perhitungan tetapi dia masih mengumpulkan harta.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur tetapi masih tertawa.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan akhirat tetapi dia masih istirahat.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya,tetapi masih tenang dengannya.
Aku hairan melihat mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil pada hatinya,
Aku hairan melihat mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci.
Aku hairan melihat mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.
Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi dia masih boleh melakukan maksiat atau mereka mengetahui sesungguhnya dia akan mati keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih berjinak dengan manusia.
Ketahuilah,tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku.(Petikan Hadis Qudsi,Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah).
KUN ANTA TAZDAD JAMAALA ❤
5 weeks ago
1 comments:
salam..nice entry..muhasabah di ptg hari..
Post a Comment