"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar" (Al-Qadr 97: 1-5)
Doa Rasulullah ketika masuknya bulan Rajab dan Syaaban,
" Allahumma bariklana fi Rajab wa Syaban,wa ballighna Ramadhan"
maksudnya:“Ya Allah berkahilah hidup kami di bulan Rajab dan Syaaban dan sampaikanlah usia kami hingga bulan ramadhan”.
Halaqah
Bermulanya semester baru,bermakna halaqah juga akan kembali berjalan seperti biasa. Sesungguhnya saya memang sangat2 merindui detik kembali berhalaqah,setelah sekian lama duduk di rumah.Halaqah buat saya rasa dekat dengan Allah,dekat dengan agamaNya. Buat saya kembali memperingati tujuan hidup yang kadang2 saya lupa di dalam kesibukan menguruskan urusan duniawi.
"Apa target anti sem baru ni?" tanya murabbiyah..
"target dari segi ape?"
"target study dan dakwah"..
"ana takde target la kak"saya menjawab jujur,nasib baik tak kene marah..
Murabbiyah saya memberikan sedikit buah fikiran untuk dakwah di kolej.Mesti ramai yang takut dengar perkataan dakwah ni kan.Tahla,saya sendiri pun rasa perkataan tu sangat extreme,tapi hakikatnya,itulah salah satu tanggungjwab kita sebagai khalifah di muka bumi ini,amar maaruf,nahi munkar.Buat apa nak takut,dakwah tu luas,bukannya dengan buat taalim/usrah/halaqah je baru dikira dakwah.Kita patut lebih risau apa yang kita nak jawab ketika berhadapan dengan Allah nanti.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.(hadith 34)
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya.Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya.Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya.Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.
wallahua'lam..