Adik :"eh kak"..konon2 tekejut.
saya :"korang beli buku ape?"
adik :"buku rujukan dengan novel"...
saya pun membelek2 buku yang mereka beli,banyak jugak.Belek punya belek,saya ternampak buku Imam Syafie keluaran terbaru PTS.Adik saya yang bongsu memang agak menggemari sejarah islam,selalunya,kalau berborak2 dengan bapa saya pasal sirah,dialah yang dapat jawab nama2 tokoh.Adik 1st saya,lebih banyak membeli buku rujukan dan latihan,dia masih lagi mengalami kejutan f4.Susah katanya.Sewaktu saya di asrama,dia menghubungi saya dari asramanya,mengatakan dia tak dapat jawab soalan ujian prestasi subjek fizik.Saya hanya mampu menyedapkan hatinya dengan mengatakan ni baru peringkat permulaan,banyak lagi masa untuk perbaiki.
Apabila saya melihat adik2 saya,saya teringat kenangan ketika mereka masih kecik.Saya teringat bagaimana adik bongsu saya menangis apabila saya mahu memasuki asrama sewaktu tingkatan 1 dahulu,tapi ketika itu,saya tidak sedih melihat dia sebegitu rupa,sebab saya sangat excited nak masuk asrama(lantak ko la).Ketika minggu pertama di asrama, barulah saya rasa sebak.Rasa rindu la kat family dan adik2.Saya tidak begitu rapat dengan abang saya waktu itu,kerana abang saya agak garang,tetapi kini dia tiba2 transform menjadi abang penyayang dan kelakar.Negeri di bawah bayu telah berjaya mengubah abang saya(agaknye).
Lecana
"kak,tolong jaitkan lencana,tapi banyaklah baju nak kene jait,cam ne,ko boleh ke?"
"jait je la,kejap je kot"..jawab saya
"boleh ke?pas tu nak jait seluar lagi,labuhlah seluar ni,abah soh ko jait bagi pendek sket..kak,nak blaja jaitla".katanya lagi..
"bagus la belaja,pas ni ble jait sndiri.tengok ikmal,tak penah soh aku jait".saya ketawa selepas itu..
"yela2",jawabnya..
saya pun aja la dia menjahit,tapi rupa2nya,sangat susah nak aja dia menjahit,tak semudah yang saya sangkakan.Akhirnya,saya dah malas nak ajar,saya sambung apa yang dia jahit tu.Dia buat2 muka sedih,kononnya kesian tgk saya jait sorang2,apabila waktu makan malam tiba,bapa saya memanggil kami semua makan,saya suruh dia pergi makan dulu,dia taknak,kononnya nak tunggu saya la,muka dia serba salah je.Semua tu buat saya tergelak.
tamat cerita minggu lepas....
Minggu ini
Minggu ni,saya balik lagi.Saya rasa,semester inilah saya paling kerap sekali balik. Sebenarnya saya sudah berazam tidak mahu pulang sehinngga cuti semester tiba,tetapi memandangkan semua housemate saya pulang,dan kawan2 di rumah lain juga ada program masing sabtu dan ahad,saya terpaksalah pulang.Ditambah pula dengan cerita mistik yang berlaku dihadapan rumah saya.Saya sendiri pun tidak tahu sama ada nak percaya atau tidak cerita tersebut.
Ceritanya bgini,ada seorang budak,yang terdengar bisikan,syaitan barangkali,menyuruh dia terjun tingkap, dan dia pun terjun.Tapi yang peliknya,dia hidup lagi,dan tidak cedera,rupa2 nya,dia terjun,tapi tak jatuh cecah lantai,kerana katanya malaikat selamatkan dia.alahai2, unik betul.Tak tau lah nak komen apa.
Ok,sekarang saya di rumah,agak malu jugak la balik setiap minggu,tapi apakah daya, saya insan lemah.Lagipun halaqah minggu ini diadakan berhmpiran rumah,sekitar KL. Ada pengajaran tak?(ari tu ko kutuk org nye post kate takde pengajaran,tgk3 kali ni ko yang buat cm tu,apela.).sekian,Wassalam.