skip to main | skip to sidebar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About me

My Photo
Hamba-Nya yang hina..
sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri hari demi hari.. 'tuhan kuzalimi diri ini,andai kau tak ampuni dan rahmati,alangkah ruginya diri'.. 'tuhan jangan Kau palingkan hati ini..setelah Kau beri hidayah'..
View my complete profile

Ahlan wa sahlan

assalamualaikum..sesungguhnya tugas tarbiah adalah tanggung jwab setiap umat islam 'ala jaufil ard..kita seharusnya berusaha saling menasihati saudara2 islam kita yang lain disamping menasihati diri kita sendiri..dengan itu kita akan merasa dekat dengan Allah s.w.t hari demi hari..salah satu cara tarbiah adalah melalui blog..semoga maklumat2 yang terkandung dalam blog ini sedikit sebanyak dapat membantu kita meningkatkan ketaqwaan kepada pencipta kita Allah s.w.t..insya-Allah..

Followers

pukul berapa?

Archivo del blog

  • ► 2012 (6)
    • ► April (1)
    • ► March (1)
    • ► February (4)
  • ▼ 2010 (20)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► September (2)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► May (1)
    • ► April (2)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ▼ January (2)
      • cerita dulu kala
      • .....
  • ► 2009 (58)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (4)
    • ► September (6)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (7)
    • ► May (11)
    • ► April (4)
    • ► March (5)
    • ► February (2)
    • ► January (2)
  • ► 2008 (25)
    • ► December (7)
    • ► November (5)
    • ► October (1)
    • ► September (5)
    • ► August (5)
    • ► April (2)

My Blog List

  • Mencari dan terus mencari cinta Ilahi
    Lakaran ummi ~ santai
    1 day ago
  • Saifulislam.Com
    Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
    5 weeks ago
  • Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah
    MEMORI 2018
    5 years ago
  • Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha )
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • The Rocking Hijab™[revamped]
    A revert's thoughts on LGBTQ
    8 years ago
  • Dunia Sarah
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • inijalanku.wordpress.com
    TABAYYUN vs TASABBUT
    8 years ago
  • D I A G N O S i S
    Seandainya anda berkomitmen
    9 years ago
  • UmmuSaif.Com
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Lukisan Bercerita
    Komik #2 HAMBA.. (page 1-3)
    10 years ago
  • Selembut Sutera
    Sabar bila diuji?
    10 years ago
  • SaBaHaNmUsLiM
    My Ex-Jahiliyyah
    11 years ago
  • senihati
    :)
    11 years ago
  • ::cintaku hanya padamu::
    Andai Rebah, Ayuh Bangkit !
    12 years ago
  • Satu Ummah!!!
    Taat pada pemimpin yang zalim
    12 years ago
  • Wan Zuraida Suka Menulis
    Luahan Hati
    13 years ago
  • ~Dunia Yang Fana~
    Pengalaman berharga..
    13 years ago
  • SHOUTUL IKHWAH
    Cerpen: Gerimis Cinta
    14 years ago
  • sweetbakery
    more,more and more chocolate
    15 years ago
  • qudwah qobla dakwah
  • here i am
  • ~AkuDarahAnakMalaysia~
  • ~hidup untuk memberi~
  • .: Dalam pencarian menuju Ilahi :.
  • Faisal Tehrani
  • Di sini segalanya Bermula...

Feedjit

Labels

  • artikel copy (1)
  • dulu2 (7)
  • family (6)
  • jalan2 (2)
  • jalan2 carik redha Allah (7)
  • muhasabah diri (16)
  • perjalanan menimba ilmu (13)
  • ramadhan (1)
  • Raya (2)
  • rumah (13)
  • sahabat (2)
  • sekeliling (10)
  • sekolah (3)
  • sirah (1)
  • Tarbiyah (6)

tinggalkan jejak

lets count

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments

Shoutbox

iluvislam

~Dunia Yang Fana~

Surah 3:104,dan hendaklah diantara kamu ada segolongan yang mengerjakan kebajikan,menyuruh yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung...semoga kita tergolong dalam golongan ini..aminn

Thursday, January 28, 2010

cerita dulu kala

Agak lama saya tidak menulis.Semenjak sesi pembelajaran bermula,saya memasang azam baru untuk semester ini.Mungkin semangat itu agak berkobar-kobar memandangkan keputusan semester lepas yang tidak begitu memuaskan.Mungkin inilah hikmah kegagalan.Di tambah pula dengan masalah laptop yang tidak pernah sampai ke penghujungnya.Sabar je la.

Sebenarnya saya tengah kekeringan idea untuk menulis,tapi,saya ada 1 cerita yang ingin di kongsikan.Pernah tak kalian dengar cerita tentang seorang ulama yang mampu menghidupkan manusia yang sudah mati?Bunyinya agak mustahil,tapi tiada satu perkara pun yang mustahil jika dengan izin Allah.Jika kalian pernah membaca novel sejarah islam keluaran pts yang bertajuk Sultan Muhammad Al Fateh,pasti kalian sudah pun mengetahui akan kisah ini.Setelah dipendekkan,begini la ceritanya...

Pertama sekali,tentu ada yang kurang jelas siapa Sultan Muhammad Al-Fateh ni,Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan Sultan Turki yang memegang takhta ketika umurnya 19 tahun.Ketika umurnya 21 tahun baginda berjaya menakluk Kota Konstantinopel.Menurut hadith Rasulullah s.a.w,

"Konstantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Semenjak itu,ramai yang cuba menakluk kota tersebut,termasuklah Saidina Ali,Muawiyah bin Abu Sufian dan Khalifah Harun al-Rasyid.Tetapi semuanya menemui kegagalan.Seorang sahabat rasulullah s.a.w,yang bernama Abu Ayub Al-Ansari,berwasiat supaya apabila dia syahid,dia ingin dimakamkan di bawah dinding kubu Konstantinopel.Apabila ditanya mengapa beliau ingin dimakamkan di situ,beliau menjawab,”kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel”.

Berbalik pada kisah ulama ,semasa Sultan Muhammad memerintah Turki,Raja Konstantinopel sentiasa berusaha untuk memperdayakan baginda dan ulama supaya mereka keluar dari Islam dan menganut agama kristian.Suatu hari,ketua paderi Konstantinopel yang bernama Zaqhanus,mencipta 1 muslihat bagi memperdayakan mereka.

Ketika sampai di istana Sultan Muhammad,Zaqhanus memanggil semua ulama.Kemudian Zaqhanus berkata,“kedatangan kami kali ini tidak membawa apa-apa hadiah daripada Maharaja Konstantine. Kedatangan kami kali ini hendak berbincang mengenai hadis Nabi Muhammad”.

Sultan Muhammad tertarik hati mendengarnya,sambil tersenyum baginda berkata,”alhamdulillah ,di sini ada ramai pakar hadith.Mereka sedia mengajar kamu ilmu hadith,moga kamu mendapat hidayah daripada yang maha berkuasa.

Zaqhanus berkata lagi,”saya datang bukan hendak mempelajari ilmu hadith,tetapi hendak berbincang mengenai suatu hadith dengan ulama-ulama tuanku”.

“Adakah kamu hendak mempersendakan nabi kami?”tanya Sultan Muhammad.

“Saya adalah ketua paderi Konstantinopel,saya suka membaca kitab termasuk kitab hadith.Saya terjumpa sebuah hadith yang ada kaitan dengan Bani Israel.Saya ingin berbincang dengan ulama-ulama tuanku mengenai hadtih itu”,jawab Zaqhanus.

Setelah semua ulama handalan Turki dikumpulkan,paderi itu bertanya,

“saya terbaca sebuah hadith yang mengatakan ulama-ulama dikalangan kamu seperti nabi-nabi Bani Israel.Adakah hadith itu benar ataupun palsu?”.

“Hadith itu sahih.Memang pernah diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w”,jawab salah seorang ulama yang hadir.

Zaqhanus tersenyum kemudian berkata,

“di kalangan Bani Israel ada Nabi Isa yang boleh menghidupkan orang yang sudah mati.Sekiranya benar ulama –ulama kamu seperti nabi-nabi Bani Israel,maka cuba hidupkan orang yang mati!

Semua yang hadir terdiam.Masing-masing tidak berani bersuara.Melihat keadaan itu,ketua paderi tersebut menjadi semakin angkuh.

“Cepat sahut cabaran itu!Jangan kamu berdiam diri!Tunjukkan kebolehan kamu!”kata Sultan Muhammad al-Fateh.

Tetapi tidak ada seorang ulama yang berada di situ berani menyahut cabaran itu.Masing-masing menundukkan kepala.Mereka berpendapat mustahil mereka boleh menghidupakan orang yang sudah mati.

“Di mana Syeikh Bayram?Mengapa dia tidak ada di sini?”tanya Sultan Muhammad Al fateh yang baru menyedari ketiadaan ulama itu.Syeikh Bayram telah dilantik oleh Sultan Mahmud,ayahanda Sultan Muhammad al-Fateh sebagai penasihatnya,dan juga sebagai guru kepada Sultan Muhammad.

“Dia uzur kerana itu tidak dapat datang ke sini”,jawab salah seorang anak muridnya yang hadir.

“Perintahkan dia datang ke istana sekarang juga,”kata Sultan Muhammad.

Perintah segera dilaksanakan.Selepas Syeikh Bayram datang,diceritakan mengenai cabaran ketua paderi itu.

“Tidak ada seorang pun ulama yang berani menyahut cabaran itu.Kami bergantung harapan kepada tuan.Sila tunjukkan kehebatan ulama Islam kepada mereka,”kata Sultan Muhammad.

Agak lama juga Syeikh Bayram termenung mencair ikhtiar bagi menyahut cabaran itu.Dia sedar sultan dan orang ramai bergantung kepadanya.Apa yang paling ditakutinya nanti ada yang memperlekehkan hadith Nabi Muhammad SAW.

“Baiklah,saya sedia menyahut cabaran itu demi membuktikan kebenaran hadith itu,”kata Syeikh Bayram.Sultan Muhammad kelihatan gembira kerana yakin dengan kebolehan Syeikh Bayram.

“Tuanku, orang ini sudah mengaku dirinya seorang ulama yan sama taraf dengan nabi-nabi di kalangan Bani Israel.Sekarang saya mahu dia hidupkan mayat di dalam kubur.Bukan orang yang baru mati,”kata Zaqhanus.

“Bagaimana tuan guru?Sanggupkah tuan melakukannya ?”tanya Sultan Muhammad kepada Syeikh Bayram .

“Saya melakukannya dengan izin Tuhan,”jawab Syeikh Bayram dengan yakin.
Kemudian Syeikh Bayram mengajak mereka pergi ke kawasan tanah perkuburan .Kemudian Zaqhanus memilih salah sebuah kubur lama lalu berkata,

“saya mahu tuan hidupkan mayat di dalam kubur ini”.

“Ini sesuatu yang mustahil dapat dilakukan.Mereka sengaja hendak memalukan kita”,bisik seorang pemuda bernama Amir Pasya.

“Syeikh Bayram seorang ulama yang terbilang.Dia juga mempunyai karamah.Saya yakin dia mampu menyahut cabaran itu,”balas kawannya,Hasan Ulubate.

Syeikh Bayram mendekati kawasan kubur itu kemudian dia melakukan sembahyang sunat dua rakaat lalu dia berdoa,

“wahai Tuhan,tunjukkanlah kebenaran hadith Nabi Muhammad itu kepada kami.”

Tiba-tiba dengan izin tuhan yang maha kuasa suatu keajaiban berlaku.Lubang kubur itu terbuka lalu kelihatan sekujur mayat di dalamnya.Zaqhanus meninjau ke dalam kubur lalu berkata,

“mayat ini baru meninggal dunia kerana tidak reput.Saya mahu mayat yang sudah reput.”
Syeikh Bayram beralih ke kubur lain lalu membaca doa yang sama.Tiba-tiba kubur itu terbuka.Zaqhanus berpuas hati apabila melihat kubur itu cuma kelihatan tulang-temulang sahaja.

“Saya mahu kamu hidupkan mayat di dalam kubur ini,”katanya sambil tersenyum sinis.

Syeikh Bayram berseru, “wahai maayat,hidup dan bangun dengan izin Allah...”
Tiba-tiba tulang-temulang itu bertukar menjadi mayat lalu bergerak-gerak dan bangkit dari kuburnya.Orang ramai berasa sungguh hairan.Malah ada yang berasa takut lalu melarikan diri kerana menyangka hantu yang bangkit dari dalam kubur itu.Kemudian Syeikh Bayram sempat bertanya nama dan umur orang itu bagi membuktikan kebenarannya.Orang ramai berasa takjub dengan kejadian itu.

“Sesungguhnya Muhammad itu memang seorang rasul.Aku naik saksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan Muhammad itu Rasulullah,”ucap Zaqhanus.
Kemudian dia mengisytiharkan dirinya menganut agama islam...

TAMAT



Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Thursday, January 28, 2010 1 comments
Labels: sirah

Thursday, January 21, 2010

.....

salam..di sini saya ingin mintak maaf sbab sudah lama tak update blog.Saya agak kekeringan idea untuk menulis,dan disebabkan itu,sila la tonton video di bawah ye...semoga bermanfaat...




p/s:kalau tak boleh tgk bgtau ye..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Thursday, January 21, 2010 0 comments
Labels: muhasabah diri
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod | Distributed by Deluxe Templates