skip to main | skip to sidebar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About me

My Photo
Hamba-Nya yang hina..
sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri hari demi hari.. 'tuhan kuzalimi diri ini,andai kau tak ampuni dan rahmati,alangkah ruginya diri'.. 'tuhan jangan Kau palingkan hati ini..setelah Kau beri hidayah'..
View my complete profile

Ahlan wa sahlan

assalamualaikum..sesungguhnya tugas tarbiah adalah tanggung jwab setiap umat islam 'ala jaufil ard..kita seharusnya berusaha saling menasihati saudara2 islam kita yang lain disamping menasihati diri kita sendiri..dengan itu kita akan merasa dekat dengan Allah s.w.t hari demi hari..salah satu cara tarbiah adalah melalui blog..semoga maklumat2 yang terkandung dalam blog ini sedikit sebanyak dapat membantu kita meningkatkan ketaqwaan kepada pencipta kita Allah s.w.t..insya-Allah..

Followers

pukul berapa?

Archivo del blog

  • ► 2012 (6)
    • ► April (1)
    • ► March (1)
    • ► February (4)
  • ► 2010 (20)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► September (2)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► May (1)
    • ► April (2)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ▼ 2009 (58)
    • ► December (4)
    • ▼ November (5)
      • kerepek di musim cuti
      • Kiamat
      • Tawakal
      • M.A.U.T
      • Jauhi kemungkaran..
    • ► October (4)
    • ► September (6)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (7)
    • ► May (11)
    • ► April (4)
    • ► March (5)
    • ► February (2)
    • ► January (2)
  • ► 2008 (25)
    • ► December (7)
    • ► November (5)
    • ► October (1)
    • ► September (5)
    • ► August (5)
    • ► April (2)

My Blog List

  • Mencari dan terus mencari cinta Ilahi
    Lakaran ummi ~ santai
    1 day ago
  • Saifulislam.Com
    Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
    5 weeks ago
  • Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah
    MEMORI 2018
    5 years ago
  • Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha )
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • The Rocking Hijab™[revamped]
    A revert's thoughts on LGBTQ
    8 years ago
  • Dunia Sarah
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • inijalanku.wordpress.com
    TABAYYUN vs TASABBUT
    8 years ago
  • D I A G N O S i S
    Seandainya anda berkomitmen
    9 years ago
  • UmmuSaif.Com
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Lukisan Bercerita
    Komik #2 HAMBA.. (page 1-3)
    10 years ago
  • Selembut Sutera
    Sabar bila diuji?
    10 years ago
  • SaBaHaNmUsLiM
    My Ex-Jahiliyyah
    11 years ago
  • senihati
    :)
    11 years ago
  • ::cintaku hanya padamu::
    Andai Rebah, Ayuh Bangkit !
    12 years ago
  • Satu Ummah!!!
    Taat pada pemimpin yang zalim
    12 years ago
  • Wan Zuraida Suka Menulis
    Luahan Hati
    13 years ago
  • ~Dunia Yang Fana~
    Pengalaman berharga..
    13 years ago
  • SHOUTUL IKHWAH
    Cerpen: Gerimis Cinta
    14 years ago
  • sweetbakery
    more,more and more chocolate
    15 years ago
  • qudwah qobla dakwah
  • here i am
  • ~AkuDarahAnakMalaysia~
  • ~hidup untuk memberi~
  • .: Dalam pencarian menuju Ilahi :.
  • Faisal Tehrani
  • Di sini segalanya Bermula...

Feedjit

Labels

  • artikel copy (1)
  • dulu2 (7)
  • family (6)
  • jalan2 (2)
  • jalan2 carik redha Allah (7)
  • muhasabah diri (16)
  • perjalanan menimba ilmu (13)
  • ramadhan (1)
  • Raya (2)
  • rumah (13)
  • sahabat (2)
  • sekeliling (10)
  • sekolah (3)
  • sirah (1)
  • Tarbiyah (6)

tinggalkan jejak

lets count

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments

Shoutbox

iluvislam

~Dunia Yang Fana~

Surah 3:104,dan hendaklah diantara kamu ada segolongan yang mengerjakan kebajikan,menyuruh yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung...semoga kita tergolong dalam golongan ini..aminn

Wednesday, November 25, 2009

kerepek di musim cuti

Bosannya duduk kat rumah.Manusia2,kenapalah kau sentiasa tak bersykur dengan apa yang ko dapat skarang ha?bila kat kolej rasa nak balik,bila dah selamat duduk kat rmah bosan pulak.Kalau bosan,pergi la buat keje yang berfaedah sikit,tanam sayur kat blakang umah ke,lepas tu bagi kat nenek,suruh nenek tolong jualkan kat pasar,boleh buat duit siket,pada ko melantak je kat rumah.~merepek.

p/s:kata2 di atas hanyalah luahan penulis semata,tidak ada kene dngan sesiapa,kecuali terkene kat penulis dan nenek penulis…~merepek lagi ..(huh)

Siapa yang sedang tercari2 kat mana nak download filem ketika cinta bertasbih,saya ada link nya,tapi lepas download,saya hanya dapat menonton separuh cerita sahaja..mungkin ini masalah laptop/internet kot.cuba la kalian download,mungkin nasib kalian baik.boleh nonton penuh…



Ini link nya…sila klik

sesiapa yang belum baca novel,dan tak terasa nak beli pun novel tu,tapi nak teringin nak baca,bolehlah download kat sini

Itu saja untuk kali ini,sebarang masalah ketika mendownload,jangan report kat saya,
sbab saya akan jawab 1 je,yakni 'tak tau'..mintak ampun ye atas ketidak bertanggungjwaban saya...

Akhir sekali,saya nak mintak maaf jika ada yang tak senang dengan post saya kali ni.Sila luahkan ketidak puasan hati anda dengan meninggalkan komen,atau IM di YM..sekian,wassalam...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Wednesday, November 25, 2009 5 comments
Labels: rumah

Monday, November 23, 2009

Kiamat

Assalamualaikum buat semua pembaca.salam dan selawat buat nabi junjungan Muhammad s.a.w..

Puas saya memikirkan,tajuk apa saya nak tulis untuk entry kali ini.Akhirnya saya memutuskan untuk menulis tentang kiamat.Baru2 ni,filem terbaru yang terhangat di pasaran adalah filem 2012.Ramai yang menganggap filem ni berkenaan kiamat pada tahun 2012.Saya pun tak tahu sejauh mana kebenarannya,tapi menurut blog yang saya baca, filem ini menceritakan tentang seorang Pakar Geologi dari USA iaitu Dr Adrian meramalkan berlakunya bencana alam besar dan boleh dikatakan kiamat melanda pada 21/12/2012.

Hebatnya ciptaan teori yang dilakukan oleh barat yang meramalkan kiamat berlaku pada tarikh tersebut.Maka selama 3 tahun itulah,kerajaan besar dunia seperti USA,Russia,Jerman,Perancis,Jepun,China,Italy dan lain-lain berusaha menyimpan maklumat ini dari tersebar luas kepada rakyatnya.Pada masa yang sama,seluruh agensi dunia dan kerajaan besar dunia berganding bahu membina sebuah bahtera amat besar yang canggih untuk menjadi 'tunggangan' apabila 'kiamat' tersebut berlaku. Bahtera itu berbentuk seperti sebuah kapal angkasa yang besar namun berbentuk kapal.Ianya dikatakan mampu membawa ribuan manusia dan mempunyai bekalan makanan yang cukup buat manusia di dalamnya.Namun syarat untuk menaikinya ialah,"Anda mempunyai 1 billion Euro untuk setiap nyawa?!".

Allah s.w.t. mengingatkan hamba-Nya dengan ayat ini apabila munculnya fakta2 pelik+meragukan yang dihasilkan kafir,

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (QS. Al Hujurat: 6).

Tapi mari kita lupakan tentang filem ini,dan kembali ke realiti sebenar hidup di dunia.Kiamat itu pasti,dan tanda-tanda kiamat itu sudah dekat muncul semenjak di utusnya Nabi Muhammad s.a.w.Nabi Muhammad s.a.w. juga telah bersabda,bahawa jarak waktu baginda diutuskan dengan hari kiamat adalah seperti jarak antara jari tengah dengan jari telunjuk(mcm buat peace).





Pelik sungguh apabila ada golongan yang mampu berteka-teki bila kiamat itu, sedangkan Allah s.w.t telah berfirman,

“Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah”. Dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” (QS. Al Ahzab: 63)


Ayat di atas sangat jelas menunjukkan bahawa tiada satu makhluk pun yang mengetahui bila terjadinya kiamat.Sedangkan kekasih Allah sendiri tidak tahu akan perkara ini, apatah lagi kita,makhluk yang hina.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w,

'Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian melihat sepuluh tanda.’

10 tanda tersebut adalah,

1.dukhan(asap)
2.dajjal
3.daabah
4.terbitnya matahari dari barat
5.turunnya Nabi Isa a.s.
6.keluarnya ya'juj dan ma'juj
7.terjadinya gerhana di timur
8.terjadinya gerhana di barat
9.terjadinya gerhana di jazirah arab
10.keluarnya api dari Yaman yang mengiring manusia ke tempat berkumpulnya mereka
(HR. Muslim)



Persiapan menghadapi kiamat..

Dulu2,masa tahun 2005,memang heboh orang cerita pasal persediaan menghadapi kiamat, bukan kiamat sebenarnya,tapi dajjal.Saya masih ingat isi kandungan email yang bapa saya terima,yang menyuruh orang ramai menyediakan bekalan makanan selama setahun.Kononnya selama setahun itu kita tak boleh keluar rumah,kalo tak jumpa dajjal,pastu terpengaruh, dan masuk neraka(na'uzubillah).Tapi rasanya,orang ramai baca je benda tu,tak buat apa2 pun, termasuklah keluarga saya sendiri.

Lagi satu,email tu suruh hafal 10 ayat awal surah Al-Kahfi.Ada satu hadith yang menceritakan tentang ini,sabda Rasulullah s.a.w.,

“Selain Dajjal lebih aku takutkan (menimpa) kalian. Karena jika Dajjal keluar dan aku masih ada di antara kalian niscaya aku akan menjadi pelindung kalian. Jika dia keluar ketika aku telah tiada maka setiap muslim akan menjadi pembela dirinya sendiri. Allah yang akan menjaminku membela setiap muslim. Dia adalah seorang pemuda yang sangat keriting, matanya tidak ada cahayanya, aku mengira dia mirip dengan Abdul ‘Uzza bin Qathan. Barangsiapa di antara kalian mendapatinya bacalah awal surah Al-Kahfi. Dia akan keluar dari jalan antara Syam dan Irak, berjalan ke kiri dan ke kanan. Wahai hamba-hamba Allah, istiqamahlah.” (HR. Muslim no. 2937)


Dajjal ini diberi kelebihan oleh Allah dalam beberapa perkara,seperti mengeluarkan harta dari dalam tanah dan menghidupkan orang yang telah mati.Dajjal keluar dari jalan antara Syam dan Iraq.Dia hidup di bumi selama 40 hari,dimana 1 hari dari 40 hari itu umpama setahun,ada 1 hari umpama sebulan,1 hari umpama seminggu,dan hari2 selebihnya umpama hari2 biasa yang kita lalui.Tiada satu negeri pun yang terlepas dari injakan Dajjal melainkan Makkah dan Madinah.

Beberapa kejadian yang berlaku menjelang keluarnya Dajjal ...

1.Banyak kemenangan yang diraih kaum muslimin
2.Kaum muslimin menguasai Konstantinopel(Istanbul)
3.Bilangan umat arab sedikit
4.Manusia ditimpa 3 kemarau yang dahsyat
dan lain2...

Moga kalian semua dapat mengambil iktibar dari artikel ini.sekian dulu untuk kali ini..wassalam..



Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Monday, November 23, 2009 0 comments
Labels: muhasabah diri, sekeliling

Friday, November 20, 2009

Tawakal

Ucapan salam buat semua pembaca, selawat dan salam buat junjungan besar,Muhammad s.a.w..

Sudah lama juga saya tinggalkan blog ini.Semuanya sibuk melayan exam.Kini, saya sudah merdeka.Tetapi saya sedikit bimbang akan result saya yang bakal keluar disember nanti.

Tiba2 teringat pada hari terakhir saya menduduki peperiksaan,subjek Microbiology...
subjek ni memang sangat susah,tapi ramai yang score sebab soalan final memang akan di ulang2 setiap semester.Sudah 3 tahun soalan yang sama di ulang,setiap kali exam,hanya ada 1-2 daripada 6 soalan yang merupakan soalan baru,yang lain semua recycle.

Kebanyakan senior yang failed subjek ni memberikan alasan yang sama,iaitu tak baca soalan2 semester lepas.Jadi,saya dan rakan2 mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada soalan2 final paper semester2 lepas.

Entah mengapa,sehari sebelum exam tu,saya sangat berdebar setiap kali teringat akan paper ini yang bakal saya jawab pada keesokan harinya.Sampai termimpi2(over btol).Saya dapat rasakan soalan yang keluar pada keesokan hari berlainan dengan semester2 lepas.





Hari peperiksaan pun tiba,sabaik sahaja duduk dihadapan kertas soalan,saya ternampak kertas OMR terselit di bawah main answer booklet.Saya dah pelik+bedebar,dalam hati terdetik,

"apsal pengawas ni bg OMR,ade objektif ke?"

tapi saya sedapkan hati,,"mungkin mereka salah bagi kot".Waktu menjawab hampir bermula, kami dikehendaki membaca arahan sebelum menjawab.Saya sangat2 terkejut,memang ada bahagian untuk objektif! masa itu saya hanya mampu berdoa dalam hati semoga soalan2 objektif yang diberi itu mudah2 belaka.

Format untuk subjek ni memang berubah sangat.

format lama:
-1 bahagian
-6 soalan essay,jawab 5
-setiap soalan besar,ada 2 soalan kecik,20 markah setiap 1
-5 soalan= 5x20M =100M

format baru:
-2 bahagian, A & B
-bahagian A = 20 soalan objektif jawab semua (20Markah)
-bahagian B = 4 soalan essay,jawab SEMUA (80 markah)

tapi,alhamdulillah,sbab soalan bahagian B tu memang ada jugak la soalan recycle,cuma tak banyak seperti semester2 lepas.Banyak gakla saya bantai ikut kefahaman sendiri.Yang bantai tanpa paham pun ada jugak,contohnya mcm soalan objektif,bacteria apa yang sebabkan disease kat urinary bladder?saya tak penah nampak pulak bende ni dalam nota slide.Nampak sangat baca slide je tak ckup,sebenarnya cukup, jika soalan objektif tidak wujud.Ada senior extend kata paper ni lagi susah dari paper pharmacology yang dia jawab!Ape2 je la...

Kesimpulannya,kita mesti mampu berhadapan dengan sebarang kebarangkalian yang mendatang.Saya hanya mampu bertawakal sekarang ni.Banyakkan doa mudah-mudahan pemeriksa tu lembut hati,pastu ringan tangan je nak bagi markah(he3).Wallahua'lam, wassalam...

p/s: maaf,kerana kurang masukannya.Sekadar luahan hati...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Friday, November 20, 2009 0 comments
Labels: perjalanan menimba ilmu

Tuesday, November 10, 2009

M.A.U.T

Mati.Matinya seseorang tidak mengira usia,jantina.Tentu ramai yang dah set kat otak,yang mereka akan mati masa tua nanti.Tidak sama sekali.Cuba kita bayangkan,kita tengah sedap2 duduk,tiba2 kita tergolek.Sedar2,kita dah ada kat suatu tempat yang gelap(kubur).Teringat ketika saya masih kecil,saya takut tinggal di rumah bersendirian,ada seorang makcik saya cakap,"nak takot apenye,kang kat kbur sorang2 gak"..tapi masa makcik saya cakap tu saya tak paham apa2,lagi takut ade la,sbab die sebut 'kubur'.

Maut tu memang sentiasa mengintai kita.Janganlah kita merancang tanpa berkata 'insyaAllah'.Kematian itu pasti!sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya.Peritnya sakaratulmaut hanya tuhan sahaja yang tahu.Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali dari merasa perit sakaratulmaut....


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah SAW ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah SAW bersimbah peluh. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini”.

Mata Saidatina Fatimah terpejam, Saidina Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“Tidak sukakah engkau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” tanya Rasulullah SAW pada Malaikat pengantar wahyu itu.

“Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal” kata Jibril.

“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku”.

Badan Rasulullah SAW mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Saidina Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu”.



Betapa sayangnya baginda terhadap kita,tapi pernahkan kita menangis teringatkan kekasih Allah ini.Ketika jibril ditanya baginda,
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah ?”

Jibril menjawab,
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu”

Namun hal ini tidak dapat melegakan baginda di saat-saat kewafatan baginda.Jibril yang seolah-olah memahami bertanya,

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini ?”

Rasulullah s.a.w bertanya,

“Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak ?"


Jibril menjawab,
“Jangan khawatir wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku : ‘Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya”.




***************


Menurut satu website yang saya baca,kematian itu hanyalah ketiadaan di dunia.Hakikatnya,manusia yang telah meninggal dunia masih hidup di alam lain yang caranya kurang diketahui.Pendapat ini di ambil berdasarkan ayat di bawah,

"Janganlah kamu menduga bahwa orang-orang yang
gugur di jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu
hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki" (QS
Ali-'Imran [3]: 169).

"Janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang
yang meninggal di jalan Allah bahwa 'mereka itu
telah mati,' sebenarnya mereka hidup, tetapi kamu
tidak menyadarinya" (QS Al-Baqarah [2]: 154).


Seperti yang kita sedia maklum,dan sentiasa berpegang(lagi2 mase tengah tension blaja),”dunia ini sementara”.Akhirat kekal buat selamanya.Ada seorang akhawat menceritakan tentang isi kndungan satu buku tulisan Harun Yahya,yang tajuknya Penipuan Evolusi(kalo tak silap),apa yang saya ingat,buku ini memberitahu,di dalam dunia ini hanya ada kita seorang diri,dan Allah.Rakan2 dan makhluk sekeliling adalah ujian yang buat kita.Reaksi kita terhadap hidupan mereka adalah jawapan buat ujian tadi.

Bagi saya,jika kita berpegang pada prinsip ini,sudah tentu kita tidak akan takut dengan benda lain selain Allah.Contoh,ketika menimba ilmu,tentunya kita rasa takut jika dimarahi pensyarah.Tapi,masa kita tengah kene marah tu,cube kita bayangkan, pensyarah tu ilusi semata,tentu kita tak rasa takut kan.Tapi faham2 je la,guru takkan marah selagi kita tak melakukan kesalahan. Jangan kita tepekik telolong depan dia pulak,”eh,ko ni ilusi je,bole bla la”..na’uzubillah…jangan jadi anak murid derhaka,tak berkat ilmu…


Sekian dulu untuk kali ini,ingatlah,mati itu pasti tetapi kehidupan di dunia ini bukanlah pengakhir segalanya.Perjalanan kita masih jauh.Masih banyak yang perlu kita lalui selepas mati.Bekalan untuk perjalanan itu perlu kita sediakan sewaktu hidup di dunia yang sebentar ini……wassalam
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Tuesday, November 10, 2009 0 comments
Labels: muhasabah diri

Tuesday, November 3, 2009

Jauhi kemungkaran..

Menimba ilmu itu mudah,tapi hendak mengamalkannya susah.Disebabkan inilah kita banyak jumpa golongan2 yang hanya pandai berhujah,tapi tidak beramal dengan apa yang dihujahkannya.Secara jujurnya,saya juga kadang2 macam ni.Malu dengan diri sendiri,lebih malu lagi dengan Allah. Teringat firman Allah dalam Al-Quranulkarim:

"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan,sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri"…
( Al-Baqarah:44)

Kadang2 saya terfikir,adakah saya betul2 mengamalkan saranan2 saya yang saya tulis dalam blog ini? Ada seorang teman rapat saya,teman saya ketika di sekolah dahulu,mengatakan dia seperti tidak percaya yang blog ini kepunyaan saya.Mungkin sebab saya konon2 mcm ceria diluar,tetap kelihatan agak serius dalam entry2 saya.Sebenarnya,apa yang saya tulis itu adalah peringatan untuk diri saya sendiri juga.

Baru-baru ini saya ada tersangkut dengan 1 cerita bersiri di televisyen,cerita yang tiada kebaikannya untuk akhirat.Cerita tentang bunian yang berkahwin dngan manusia biasa,dan terikat dengan sumpahan,bla2..Biasanya saya hanya akan singgah sebentar,menonton sambil berdiri,cerita yang rakan2 saya tonton,kemudian,terus masuk ke bilik.Tapi,lama kelamaan saya tewas,dan daripada hanya berdiri tak smpai 5 minit di depan tv,berubah menjadi,duduk untuk jangka masa 15 minit!saya rasa tidak sedap hati apabila menonton cerita2 sebegini,dan meluahkan masalah yang saya hadapi ini kepada murabbiyah saya.Murabbiyah saya terus mengingatkan saya ,

“anti ingat tak ape yang anti tulis dekat blog anti?”

Memang saya sentiasa ingat setiap pengajaran2 yang saya tulis dalam blog ini.Dan saya mcm tersedar,menulis blog ni boleh jugak bimbing kita ke arah amar makruf nahi munkar.Yela,bila kita tak beramal dengan sesuatu ilmu yang kita pelajari,dan ilmu itu telah kita sampaikan kepada orang lain,tentu la kita rasa takut,takut dengan ayat Allah yang mencela golongan seperti ini.Ketiadaan halaqah bagi memberi ruang mempersiapkan diri untuk peperiksaan membuatkan saya rasa sedikit bingung dan fleksibel ke arah kejahatan. ‘Fleksibel’ tu saya bayangkan mcm jeli,yang mudah ditarik2.

Alhamdulillah,sekarang cerita tu sudah pun tamat,dan saya berazam untuk tidak menyangkutkan diri lagi pada cerita2 seperti itu.Apa yang saya belajar dari sini,sekali kita cuba melakukan kemungkaran, berkemungkinan besar kita akan melakukannya untuk selama-lamanya(takut x).Seharusnya kita menjauhi ajakan syaitan,jadikan syaitan sebagai musuh kita.Firman Allah,

“sesungguhnya syaitan bagimu adalah musuh,maka jadikanlah dia sebagai musuh!”
(Al-Fathir:6)



Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Tuesday, November 03, 2009 0 comments
Labels: muhasabah diri
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod | Distributed by Deluxe Templates