skip to main | skip to sidebar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About me

My Photo
Hamba-Nya yang hina..
sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri hari demi hari.. 'tuhan kuzalimi diri ini,andai kau tak ampuni dan rahmati,alangkah ruginya diri'.. 'tuhan jangan Kau palingkan hati ini..setelah Kau beri hidayah'..
View my complete profile

Ahlan wa sahlan

assalamualaikum..sesungguhnya tugas tarbiah adalah tanggung jwab setiap umat islam 'ala jaufil ard..kita seharusnya berusaha saling menasihati saudara2 islam kita yang lain disamping menasihati diri kita sendiri..dengan itu kita akan merasa dekat dengan Allah s.w.t hari demi hari..salah satu cara tarbiah adalah melalui blog..semoga maklumat2 yang terkandung dalam blog ini sedikit sebanyak dapat membantu kita meningkatkan ketaqwaan kepada pencipta kita Allah s.w.t..insya-Allah..

Followers

pukul berapa?

Archivo del blog

  • ► 2012 (6)
    • ► April (1)
    • ► March (1)
    • ► February (4)
  • ► 2010 (20)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► September (2)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► May (1)
    • ► April (2)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ▼ 2009 (58)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (4)
    • ► September (6)
    • ▼ August (3)
      • Syukur...
      • Tiada tajuk
      • 1 dalam beribu...
    • ► July (5)
    • ► June (7)
    • ► May (11)
    • ► April (4)
    • ► March (5)
    • ► February (2)
    • ► January (2)
  • ► 2008 (25)
    • ► December (7)
    • ► November (5)
    • ► October (1)
    • ► September (5)
    • ► August (5)
    • ► April (2)

My Blog List

  • Mencari dan terus mencari cinta Ilahi
    Lakaran ummi ~ santai
    1 day ago
  • Saifulislam.Com
    Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
    5 weeks ago
  • Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah
    MEMORI 2018
    5 years ago
  • Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha )
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • The Rocking Hijab™[revamped]
    A revert's thoughts on LGBTQ
    8 years ago
  • Dunia Sarah
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • inijalanku.wordpress.com
    TABAYYUN vs TASABBUT
    8 years ago
  • D I A G N O S i S
    Seandainya anda berkomitmen
    9 years ago
  • UmmuSaif.Com
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Lukisan Bercerita
    Komik #2 HAMBA.. (page 1-3)
    10 years ago
  • Selembut Sutera
    Sabar bila diuji?
    10 years ago
  • SaBaHaNmUsLiM
    My Ex-Jahiliyyah
    11 years ago
  • senihati
    :)
    11 years ago
  • ::cintaku hanya padamu::
    Andai Rebah, Ayuh Bangkit !
    12 years ago
  • Satu Ummah!!!
    Taat pada pemimpin yang zalim
    12 years ago
  • Wan Zuraida Suka Menulis
    Luahan Hati
    13 years ago
  • ~Dunia Yang Fana~
    Pengalaman berharga..
    13 years ago
  • SHOUTUL IKHWAH
    Cerpen: Gerimis Cinta
    14 years ago
  • sweetbakery
    more,more and more chocolate
    15 years ago
  • qudwah qobla dakwah
  • here i am
  • ~AkuDarahAnakMalaysia~
  • ~hidup untuk memberi~
  • .: Dalam pencarian menuju Ilahi :.
  • Faisal Tehrani
  • Di sini segalanya Bermula...

Feedjit

Labels

  • artikel copy (1)
  • dulu2 (7)
  • family (6)
  • jalan2 (2)
  • jalan2 carik redha Allah (7)
  • muhasabah diri (16)
  • perjalanan menimba ilmu (13)
  • ramadhan (1)
  • Raya (2)
  • rumah (13)
  • sahabat (2)
  • sekeliling (10)
  • sekolah (3)
  • sirah (1)
  • Tarbiyah (6)

tinggalkan jejak

lets count

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments

Shoutbox

iluvislam

~Dunia Yang Fana~

Surah 3:104,dan hendaklah diantara kamu ada segolongan yang mengerjakan kebajikan,menyuruh yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung...semoga kita tergolong dalam golongan ini..aminn

Tuesday, August 25, 2009

Syukur...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah3x,dengan izin Allah swt,kita masih diberikan kesempatan untuk bernafas di bulan ramadhan yang penuh barakah.Masih belum terlambat untuk kita sama2 menetapkan target ibadah untuk ramadhan kali ini.Tilawah,zikir,tahajud,selawat,sedekah, dan ibadah2 lain.Pastikan target kita kali ini lebih baik dari ramadhan yang lalu,dan janganlah target je,tp tak buat.Bagi yang sedang belajar,walaupun kita diasak dengan kesibukan akedemik,jangan kita lupa,ramadhan hanya datang sekali setahun.

Benarlah kata2 seorang ustz ni,"orang malaysia ni lagi mengagungkan syawal dari ramadhan, berbeza dengan masyarakat di mesir"...mane tak nya,sekarang dah ada iklan2 jualan murah di tv,dan di tepi2 jalan.Ramadhan baru mule tau(sebelom ramadhan lagi da de iklan sbenanye).Jika di kedai2 makan pulak,sebuk dengan promosi hebat juadah berbuka puasa,yang semestinya menjanjikan sajian buffet yang lazat dan mengenyangkan,sehingga melahirkan rasa kemalasan untuk menunaikan solat tarawikh(nauzubillah).

Bulan ramadhan ni,kebanyakan manusia akan kembali kepada fitrah,iaitu menginginkan kebaikan.Orang yang jarang bace quran,akan selalu baca quran,yang tak penah2 pergi masjid, akan merajinkan diri untuk ke masjid.Tapi kan,perasan tak,di awal2 ramadhan je ramai orang kat masjid,bila dah masuk fasa 2 ramadhan,semakin susut,dan fasa 3,boleh kira dengan jari dah bilangan umat islam yang masih lagi istiqamah.Akhir2 ramadhan,kebanyakan orang sebuk nak kemas rumah la,buat kuih la,sedangkan,akhir ramadhan itulah yang sepatutnya lebih diutamakan untuk beribadah,kerana di situlah terletaknya malam yang lebih baik dari seribu bulan(86 tahun),malam lailatul qadar.Tidakkah lebih baik,jika kita menyiapkan 'persiapan raya' itu dari awal,sikit2,perlahan2,takde la semua nak siapkan 10 malam terakhir tu.

Di bulan ramadhan ini,janganlah kita pentingkan diri buat ibadah sorang2,tapi sebaiknya,seru lah rakan2 anda untuk bersama mengimarahkan ramadhan.Saya sangat terkilan apabila rakan serumah saya seperti biasa menonton cerita2 lagho yang di siarkan,tapi saya hanya mampu menegur secara halus,dengan bertnyakan,"cerite ape korang tgk ni?"..dan ada jugak la tangan yang menukar ke siaran lain,barangkali mencari cerita yang islamic.Tapi selepas saya pergi, dengar la pulak suara2,"eh,tukala balek cite tadi".Saya juga ada mengajak mereka menonton jejak rasul di petang hari,alhamdulillah,mereka suke tgk cite tu.Ala,diorang ada latar belakang agama yang baik,sekolah agama semuanya,tidak hairanlah jika respon mereka sebegitu rupa.

Hari ahad baru2 ni,saudara saya yang datang dari jauh,berbesar hati untuk mengadakan sedikit pengisian berkenaan ramadhan.Kak farah(bukan nama sebenar) meminta saya mengajak teman2 untuk turut serta dalam pengisian tersebut.Saya dengan sedikit berdebar,cuba ajak mereka,pada awalnya ada yang menolak,tapi setelah dipujuk2,akhirnya semua nak.. Alhamdulillah...Pengisian yang disampaikan kak farah ringkas,tapi padat.Sangat terkesan di hati, dan saya pada ketika itu yakin rakan2 yg saya bawa juga turut terkesan.Setelah pulang ke rumah,ternyata ada sedikit perubahan,ada di antara mereka yang meng'skip' cerita feveret pada hari itu.Diharapkan semoga perubahan ini istiqamah.

Mungkin itu sahaja yang dapat saya tulis setakat ni,jangan biarkan ramadhan anda seperti hari2 biasa di bulan lain.Jadikanlah ramadhan ini sebagai pesta ibadah,dan bulan menyucikan diri. sekian,wassalam..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Tuesday, August 25, 2009 0 comments
Labels: muhasabah diri

Thursday, August 13, 2009

Tiada tajuk

Minggu ini sangat memeningkan kepala saya.Kuiz memang bertimbun2,ditambah pula dengan test.Kemudian,di hujung minggunya pula,ada program kepimpinan yang dianjurkan KPM untuk MPP dengan exco.Saya mmg sangat tidak senang dengan kewujudan program 3 hari 2 malam ini kerana telah menyebabkan saya gagal untuk menghadiri satu program di UKM.Kalau nak di ikutkan mmg saya nak ponteng je program ni,tapi bayangkanlah,sedangkan 1 akak ni nak skip sbab nak jaga ibunya yang sakit pun tidak dibenarkan,apa lagi saya.Kesian akak tu...

Bercakap pasal exco,saya memang tak pernah bersetuju untuk memegang apa2 jawatan di kolej.Saya tau,ianya sangat membebankan,dan bakal menyekat semua agenda saya,contohnya seperti minggu ini.Namun apakan daya,ada yang melantik tanpa meminta persetujuan saya terlebih dahulu,dan saya cuba menolak,tetapi gagal.Saya kemudiannya redha,dan berusaha untuk menjalankan amanah ini sebaiknya.Mungkin saya boleh jadikan ini sebagai satu platform untuk 'kerja' saya yang lebih penting,wlaupun saya masih belum nampak hasilnya.

Ramadhan semakin hampir,dan saya dikehendaki menyediakan seberapa banyak aktiviti untuk pelajar sempena dengan bulan mulia ini,dan beberapa orang ajk perlu dilantik bagi melancarkan program ini.Saya menghadapi sedikit kesukaran untuk mencari ajk,kebanyakannya apabila di minta menjadi ajk akan berkata,"ala,malula,aku bukannya alim sangat pon"..saya puji sifat malu yang mereka miliki,tapi saya rasa malu mereka tidak bertempat.Mungkin mereka rasa tidak layak kerana penampilan mereka.Tetapi,alangkah bagusnya jika mereka berfikiran sedikit ke hadapan,mungkin mereka boleh jadikan penglibatan mereka sebagai langkah untuk berubah.Perubahan yang baik adalah seperti menaiki tangga(memandai je).Contohnya apabila kita ingin berhenti merokok(asal tibe2 ckp pasal rokok pulak nii),lebih baik kita kurangkan bilangan puntungan rokok yang dihisap hari demi hari daripada kita berhenti secara drastik,dan pada akhirnya kita tidak mampu bertahan dan kembali menghisap(tak istiqamah).Perubahan ke arah kebaikan itu perlulah istiqamah dan istimrar,iaitu berterusan,dan ada peningkatan.Itulah yang terbaik.

Sekian dulu,maaf jika anda merasakan yang saya hanya merepek2,yang merepek jadikan sempadan,yang baik guna pakai.Wassalam...
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Thursday, August 13, 2009 3 comments

Thursday, August 6, 2009

1 dalam beribu...

Bismillahirrahmanirrahim....


"Kak,aku takot la bila teringat balik,amalan aku diterima Allah ke tak".... itulah soalan yang sering adik saya lontarkan.Kami adik beradik mmg lebih selesa menggunakan gelaran 'aku' dan 'ko',nampak kasarkan?tapi sudah terbiasa,tak boleh nak ubah(tak penah ade rase nak ubah pon).Sedikit latar belakang mengenai adik saya,umur 13 tahun,lelaki,anak ke4 dari 4 orang adik-beradik,bersekolah di sam bestari sbg jaya.Adik saya menghidap penyakit yang sangat berbahaya,iaitu penyakit,'was2'.Penyakit ni mmg menyeksa mental dan fizikal sebagai seorang muslim,walaupun ada baiknya,tapi keburukannya lebih besar.


Penyakit ini mula menular dalam diri adik saya semasa dia baru saja tamat upsr,dan menjadi lebih kronik apabila dia masuk ke asrama.Perkara yang sering membuatkan penyakit ini menyerang,ialah aspek kebersihan,ibadah,dan lain2(orang yang ade penyakit yang same mesti tau).
Adik saya sering kali rasa risau setiap kali dia selesai beristinjak,kurang yakin dengan apa yang dibersihkannya.Saya sudah puas memberi tips2,tp hanya sedikit saja yang berkesan apabila digunakan.Adik saya juga selalu memberitahu saya,tentang suara2 yang sering membisikkan yang bukan2,lebih2 lagi berkenaan kewujudan Allah.Sudah saya ingatkan yang suara itu adalah syaitan,cukuplah sekadar kita meyakini yang akan kewujudanNya dan sifat2 Maha terpuji yang Allah miliki,jangan fikir lebih2,kerana kita manusia,dan pemikiran manusia itu sangat terbatas, manusia hanya mampu berfikir berdasarkan apa yang mereka lihat seharian,tidak lebih dari itu. Contohnya,apabila kita membayangkan syurga,indah bukan?tetapi,manusia mungkin hanya membayangkan keindahannya itu seperti rumah2 mewah yang pernah mereka lihat,termasuk saya sendiri.

Berbalik kepada cerita tadi,di asrama,keadaan adik saya semakin parah,apabila dia bertarung dengan masa.Tahu2 je la,kehidupan di asrama memerlukan kecekapan menguruskan masa,dan semua benda mesti cepat.Adik saya sering kali solat 'masbuk' kerana ketelitiannya membersihkan diri sebelum solat.Hampir setiap petang adik saya menelefon saya menceritakan masalahnya,dan bertanyakan jalan penyelesaian.Saya hanya menjawab yang terbaik,dan mencuba sedaya upaya untuk menenangkannya.Dia pernah menangis,dan bertanye,"kenape orang len takde masalah mcm aku pon"...Dia ckp lg,kawan2 nya di sekolah menangis sebab rindukan keluarga,tetapi dia menangis kerana masalahnya,bukannya rindu.Saya sebagai seorang kakak yang tak berapa nak penyayang,hanya berkata,"janganla nangis,ade hikmahnye kenape ko jadi mcm ni".Adik saya sering bertanya senior2 di sekolahnya mengenai masalah ini.Ada senior yang sedia membantu,dan ada pula senior yang agak kurang kewarasan menggelarkan dia 'budak syubhah'(kurang asam btol).

Pernah suatu ketika,adik saya berkata,"kak,bila aku teringat Allah,aku rse takot"..mcm tu la lebih kurang ayat dia.Saya terus teringat surah 8:2,yang mafhumnya,

"sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka ,bertambah kuat imannya,dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal."

Saya rasa kagum,sebab saya sejujurnya belum pernah merasakan sebegitu rupa.Tapi tak tau la apakah sama situasi yang di alami adik saya itu dengan ayat tersebut.Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda,

"Api neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kepada Allah swt"..

Baginda juga seringkali berdoa,

"Ya Allah,berikanlah aku rezeki 2 mata yang kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis"...

Pernahkah kita menangis kerana rasa takut kepada Allah?atau kita hanya pernah menangis kerana gagal dalam peperiksaan?atau hanya kerana berpisah dengan insan tersayang?sam2 kita renungkan....


Kini,setelah beberapa bulan berlalu,adik saya semakin pulih dari penyakitnya,cuma,masih ada sedikit2 keraguan,tetapi keraguan itu mudah saja dipatahkan.Dia juga semakin suka duduk di asrama sehinggakan rasa sedih di awal2 waktu berada di rumah(tah ape ade kat asrama die).

Doakan adik saya pulih sepenuhnya.Sekian dulu untuk kali ni,saya tak sempat nak semak,sebab kekangan masa.Tolong cekkan mane2 yang salah,InsyaAllah akan saya betulkan....wassalam..



Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Thursday, August 06, 2009 1 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod | Distributed by Deluxe Templates