skip to main |
skip to sidebar
Bismillahirrahmanirrahim...
Duduk2 kat rumah ni,tiba2 teringat pulak peristiwa tunggu result lepas tamat spm(tibe2 je)....
Sebelum spm tamat,saya ada menyuarakan hasrat untuk berkerja sementara menunggu keputusan spm diumumkan,tetapi,keinginan saya itu ditolak,dan abah hanya membenarkan saya menjadi 'ustazah' sahaja di mana2 sekolah.Mungkin bagi abah,kerja itu sahaja yang selamat dan mudah(sng ke?!).
Tanggal 6 Disember 2007(kot),saya pun menyambut kemerdekaan.Masih terngiang2 kata2 pengawas peperiksaan,"calon,anda ada 30 minit lagi untuk menyambut kemerdekaan"mcm tu la lebih kurang pakcik pengawas tu berkata2.Saya dan kawan2 dah tersengih2 mcm kerang wangi.Tamat cerita spm...
....................................................................................................................
Habis spm,saya tidak terus tergesa2 mencari kerja,sebaliknya,meluangkan masa dengan melakukan aktiviti pelik2 di rumah..maklumlah,ketika ini,masih belum ditarbiyah dan penuh dengan karat jahiliyah(ish3x).Setelah adik saya memulakan persekolahannya,dan abang saya pulang ke u,saya pun mula sibuk2 mencari kerja.Bosan pulak duduk di rumah tanpa teman.Saya meminta bantuan makcik saya yang merupakan ex-ustazah di sekolah lama saya,yang turut merangkap sekolah adik2 saya,untuk merisik pekerjaan di sekolah tersebut.Setelah risikan dijalankan,kebetulan ada kekosongan,dan pihak sekolah meminta saya menghantar resume(tah menatang ape). Saya pun menfotostat result pmr,dan sma(sijil menengah agama),serta beberapa sijil yang saya rasa,"bgus ni".Saya diminta hadir ke sekolah tersebut pada hari pertama persekolahan.
Hari yang tak berapa dinanti pun tiba,saya pergi ke sekolah bersama adik saya,tapi adik saya mcm segan2 pulak, mungkin dia rasa kakak dia ni tak layak jadi ustazah.Saya pun tunggu di pejabat,tapi,terdetik jugak dalam hati,"takde ke ustzah yang kenal aku kat sini"...mungkin dah lama sangat kot saya tinggalkan sekolah tu.Tiba2,guru besar sekolah tu pun memanggil saya ke biliknya,untuk diinterview.Ustaz itu membelek2 sijil saya dan mengeluarkan 1 ungkapan yang saya rasa agak kurang tepat,ungkapan itu seperti ini,"terer eh awak"(sebut name sbenanye) ..Saya hanya mampu tersengih(sengih lagi,tah ape2). Seperti biasa,ustaz itu tanya di mana saya bersekolah sebelum ini,dan banyak lagi soalan biodata.Saya mcm agak yakin boleh dpt,tapi malangnya,ustz tu mngungkapkan lg perkataan yang menyedihkan,"nanti pihak sekolah akan call kalo dpt"..saya hanya mampu tersenyum,dan melangkah pulang...
Di rumah,makcik saya tak menyempat-nyempat bertanyakan perihal peristiwa tadi,saya pun tanpa segan silu menceritakan apa yang ditanya ustaz tu,dan seperti saya,makcik saya pun pelik,nape tak suruh kerja terus..hmm..ape2 je la..
Saya menunggu panggilan dari pihak sekolah dengan penuh kesabaran,sambil membayangkan,bagaimana saya bakal mengajar kanak2 riang di sekolah tersebut,tapi tunggu2 tak de pulak panggilan masuk.Disebabkan kesabaran saya yang nipis setipis kulit ciku,saya pun menyuruh org kuat(makcik) untuk bertanya sendiri kepada pihak sekolah.Setelah itu,barulah saya tahu,yang saya tidak diterima untuk menjadi ustzah di sekolah tersebut,semuanya disebabkan pihak sekolah bimbang yang saya akan pergi sebaik sahaja keputusan spm keluar(mmg le) dan mereka akan mengalami kesukaran untuk mencari pengganti, sebaiknya,biarlah pekerja yang boleh berkhidmat dengan kekal.
gambar hiasan semata-mata
Saya redha,dan berazam untuk mencari pekerjaan lain.Rakan2 seperjuangan kebanyakannya sedang asyik berkerja,dan membuatkan saya agak cemburu.Saya amat sensitif bila melihat notis "jawatan kosong" yang ditampal dikedai2.Saya pernah ditawarkan untuk bekerja di sebuah kedai bakery milik orang islam,tetapi ayah saya tidak membenarkan,kerana,kedai kek itu telah melanggar undang2 buruh,bak kata abah.Mereka menyuruh pekerja bekerja lebih 8 jam ,dan extra jam itu tidak dikira sebagai overtime.Waktu bekerja adalah pada pukul 8.00pg-6.30 ptg(9 setengah jam).Saya pun tidak tahu menahu pasal undang2 buruh ni,ikut je la...Saya ligat berfikir,di mana lagi tempat yang sesuai untuk saya bekerja.Tiba2 saya teringat sebuah pusat membeli-belah yang agak terkemuka berhampiran dengan rumah nenek saya.Saya meminta adik saudara saya menemani saya pergi ke pusat tersebut,dan mereka bersetuju tanpa banyak soal.Petang jumaat yang mendamaikan,kami bertolak ke pusat tersebut.Sebaik sahaja tiba,saya menjeling kiri kanan,melihat reaksi pekerja2 di pusat membeli-belah tersebut.Dalam hati, "baju ni ke yang aku kene pakai nanti?"kemudian saya terus bertanya pakcik guard,di mana pejabat pusat tersebut.Saya masuk ke dalam pejabat,dan dikehendaki mengisi borang.Setelah mengisi ala kadar,saya masuk ke pejabat sekali lagi,dan terus di interview.Tak sangka pulak,terus dapat! Saya agak excited,dan terus call abah,minta izin,abah pun bagi,saya pun pelik,bagaimana ayah saya boleh membenarkan saya bekerja di situ.Mungkin,ayah saya dah kesian tgk saya mcm mati kutu sebab tak dpt kerja.Minggu depannya,saya mula bekerja.Pakaian saya agak 'ginjal'(ganjil) berbanding pekerja lain , sampaikan ada orang dpt mengagak,"sekolah agame ke dulu?"Entah mcm mana mereka boleh mengagak mcm tu.Hari pertama kerja,saya diperkenalkan dengan partner se-brand(perkataan ape ni?),dan ketua brand(tak tau ape istilahnye).Partner saya itu seorang lelaki cina,dan mula2 saya terlihat dia,saya menggelabah,dan terfikir, "mcm mane aku nak ckp dengn budak ni?".Bekerja di pusat membeli-belah ini sangat memenatkan,sangat2 penat menunggu customer yang tak datang2,penat berdiri,penat dengar orang ngumpat dan sebagainya. Pergaulan bebas juga berlaku antara pekerja lelaki dan perempuan.Bekerja di sini menyebabkan saya pertama kalinya bergaul dengan manusia yang berlainan agama dan bangsa.Partner saya pernah bertanya kepada ketua kami,yang 'free hair', "kak, kenape akak tak pakai tudung?"saya terkejut mendengar pertanyaan yang begitu berani ,dan akak itu menjawab, "akak tak pakai tudung sebab akak taknak",satu jawapan yang.... entah,susah untuk diulas.Kemudian si cina ni berkata,"oh,boleh ye taknak?abes,kenape die (sambil menuding jari ke arah saya) pakai?"saya hanya mendiamkan diri,takkanlah saya nak jawab,"aku pakai tudung sebab agama aku suruh,kalo tak pakai kang dosa besar,masuk neraka.."itu adalah 1 jawapan yang sungguh direct,dan boleh menyebabkan akak itu tersinggung,jadi,saya memilih untuk berdiam diri...Saling dengki mendengki,dan berlumba2 mengejar sale tinggi,adalah perwatakan kebanyakan pekerja permanent di sini.2 minggu berlalu,dan saya mula bosan+muak+penat bekerja di sini,rasa macam hendak berhenti,lagi2 ayah saya mendesak saya supaya cepat2 berhenti kerana beliau sudah tak larat nak jemput saya tiap2 malam,tapi saya dipujuk supaya bertahan sehingga berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.Beberapa hari selepas orang cina habis raya,saya pun berhenti.Kebetulan selepas saya berhenti kerja,makcik saya memberitahu,ada sekolah yang agak jauh sedikit dari rumah saya meminta saya menggantikan ustzah yang sedang cuti bersalin.Tapi,ayah saya tidak membenarkan,kerana masalah pengangkutan untuk ke sekolah tersebut.Setelah itu,saya hanya duduk di rumah,menanti keputusan spm diumumkan.Kesimpulannya,kepada insan2 yang sedang menunggu result,siapkan kekuatan fizikal dan mental untuk bekerja,sekiranya anda merancang untuk bekerja.Sekolah lagi best dari kerja,jangan la terlalu asyik memikirkan tentang "kerja" yang bakal anda ceburi selepas tamat persekolahan.Rasanya,lebih baik tak payah kerja, isilah masa lapang dengan membaca buku2 yang ilmiah,dan siramilah hari2 anda dengan zikir,dan tilawah secukupnya.Tetapi,jika anda gian sangat nak kerja,carilah pekerjaan yang hanya melibatkan "office hour" iaitu pada jam 8.00pg-5.00 petang,seperti menjadi kerani di sekolah2,atau dimana syarikat kerajaan(igt sng ke nak dpt,sng je ckp).Supaya di malam hari anda ada masa untuk mengisi mutabaah,dan supaya hujung minggu anda dpt diluangkan bersama keluarga,serta majlis2 ilmu.Sekian,jika ada kata2 yang kurang sopan di atas sila tegur,dan saya akan segera memperbaikinya(insyaAllah).Yang baik kurniaan ilahi,yang buruk juga merupakan kurnia-Nya,tetapi disandarkan kepada diri yang hina ini. wasallam...
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha panyayang..
Hari sabtu baru2 ni,kami di'halau' balik ke rumah,semuanya gara2 H1N1.Mood cuti belum sampai lagi,jadi,rasa gembira tu agak tipis.Lagi2 saya dan rakan baru sahaja pulang ke rumah minggu lepas.Saya dan rakan membuat keputusan untuk pulang ke rumah pada hari ahad,memandangkan kepadatan aktiviti yang dianjurkan kolej pada hari sabtu sebelum pihak kolej menghalau kami pulang.
Hari khamis lepas,saya mendapat mesej dari murabiyah,yang halaqah minggu ini diadakan di Seremban.Seremban agak jauh dari kolej saya sebenarnya.Pesanan ringkas itu secara jujurnya amat menganggu saya.Saya sering memikirkan bagaimana saya bakal menguruskan masa saya, kerana minggu depan banyak kuiz pulak tu,walaupun hanya kuiz,tapi ia tetap 1 peperiksaan.Saya agak fobia dengan peperikasaan(tah ape2 la).Tapi,Allah sangat memahami, lantas Allah menyusun jadual saya.Saya tidak perlu risau tentang kuiz minggu depan,kerana minggu depan cuti.Benarlah kata sorang akak ni,kita merancang dengan cita,tapi Allah merancang dengan cinta.Memang betul,manusia sering merancang sesuatu dengan nafsu dan penuh angan2,tapi Allah merancang apa yang terbaik untuk kita,kerana Allah sayang akan hambaNya.
.......................................................................................................................................................................
Hari ahad pun tiba,saya dan dua orang lagi sahabat saya membeli tiket.Tapi,kali ni saya beli tiket ke Seremban,bukan ke Kuala Lumpur(tak yah g pudu..yeye).Berbeza dengan 2 orang kawan saya yang membeli tiket ke Kuala Lumpur.Kawan saya agak tidak yakin untuk membiarkan saya pergi ke Seremban seorang diri,dia ckp cm ni ,"tak pe ke ko sorang2 ni?"(tunjuk caring..hehe takdela)..saya pun hanya meng 'ok' kan je.Sementara menunggu ketibaan bas,saya pun duduk sambil mencuba earphone yang baru saya beli disebabkan kerosakan earphone lama,"hmm,ok gak earphone ni"...
Di dalam bas,alhamdulillah saya dpt duduk sebelah wanita,tapi saya yang agak tak peramah ni hanya mendiamkan diri,saya mengantuk,dan tiada mood untuk menegur jiran sebelah(teruknya). Tapi saya terdengar jiran sebelah ni tebatuk2,dalam hati saya sangat risau,manalah tau dia ni ada H1N1 ke..(merepek je).Sama-sama kita doakan wanita ini sembuh,dan tidak menghidapi H1N1 seperti yang saya 'detikkan' dalam hati.Aminn...
Sampai di Seremban,saya terus berjalan menuju ke surau ktm ,kerana murabiyah saya iaitu kak ana(bukan nama sebenar) sedang menanti di sana.Selesai solat zohor,saya mendapat panggilan dari abah,abah bertanya,
>"kat mana tu?"
>"kat seremban"...
abah sangat suka mencongak,lalu dia pun mencongak2 pukul bape saya bakal tiba di stesen komuter behampiran rumah.Saya tau yang saya bakal tiba lebih lewat berbanding waktu yang 'dicongak' abah,dan saya cepat2 bertanya,
>"abah tak dapat ke msg semalam?"
>"msg?mane ade,delivered or not?"(speaking lak bapak aku ni)
>"delivered la"..
>"ok"...
tu la jawapan terakhir dari abah sebelum talian dimatikan.Tetapi,setelah melihat kembali 'sent item',ternyata msj semalam yang saya hantar tak 'delivered',dan saya menghantarnya kembali,
saya nyatakan yang saya akan pulang lewat sedikit,kerana menghadiri 'usrah' di seremban.Abah hanya membalas ringkas, "noted".
Kemudian,kami pun mencari lokasi bagi memulakan majlis yang hanya melibatkan 2 orang
mahkluk.Sepatutnya lebih ramai,tetapi disebabkan masing2 ada urusan tertentu,hanya kami berdua yang ditakdirkan untuk bertemu.Jalan punya jalan,kami pun terjumpa 1 taman yang agak sunyi(tengah2 hari,mane ade orang).Halaqah kali ni sangat lain rasanya dari selalu,seperti berbual2 tentang perkara ilmiah,tetapi tujuan halaqah tidak pernah lari,untuk mengimbau kembali apa yang telah kita lakukan selama seminggu,dan memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik pada minggu hadapan.Setelah majlis di tangguhkan,kami kembali ke ktm,untuk pulang ke destinasi masing2.Di dalam ktm,alhamdulillah kami dapat duduk,tetapi agak kurang selesa,kerana di kelilingi makhluk yang berlainan jantina.
....................................................................................................................................................................
Semasa di dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah,abah bertanya,
>"bape ramai usrah tadi?"
>"siket je"..
>"akak yang sampaikan tu da abes belajar ke?"
>"aah,die tengah tunggu konvo"..saya menjawab jujur..
>"die ni kirenya pendakwah la ye?"tanya abah lg
saya tergelak,dan menjawab,
>"haah kot"...
abah tanye lagi,
>"die buat ni percuma ke?"
saye nak je jawab,dia buat ni untuk keredhaan Allah,tapi mungkin jawapan tu terlalu extreme, jadi saya hanye menjawab,
>"haah"..
>"bukan ajaran sesat kan?"
>"ish,bukanlah"...
abah ckp lagi,"kalo ajaran sesat salunye kene bayar,mcm ayah pin tu,ambik kesempatan kat pengikut die,mane ade free2 ni"..
Saya dah agak,mesti abah ada terfikir pasal 'ajaran sesat' apabila melihat anak dia ni pergi
sana sini. Tapi, saya tak salahkan abah,sebab itulah mentaliti masyarakat kebanyakannya apabila melihat situasi seperti ini seiring dengan kemunculan banyak ajaran2 songgang.Selagi mana perisian sesuatu majlis itu tidak bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah,bukanlah ajaran sesat namanya.Saya bersyukur sangat2 sebab abah tak halang 'aktiviti' saya.Sebagai penutup,hayati ayat ini,
(17:18) Barang siapa yang mengkehendaki kehidupan sekarang(duniawi),maka Kami segerakan baginya di (dunia) ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki.Kemudian kami sediakan baginya (di akhirat) neraka jahanam,dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.
(17:19) Dan barang siapa yang mengkehendaki kehidupan akhirat,dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh,sedangkan dia beriman,maka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik.
Sama2 kita renungi,dan pilih,nak jadi golongan yang mana...sekian,wassalam...
Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum...Hari ini saya pulang ke rumah untuk menyelesaikan perkara yang agak penting.Perjalanan siang tadi sangat memenatkan,dan saya banyak menemui 'keletah2' normal masyarakat sekarang.Nak share la sikit..Nama2 tempat yang saya rasa senang untuk dikenal pasti,terpaksa saya tukar,untuk tidak mengaibkan insan2 yang terbabit dalam cerita saya ini..Bermula di *****a Sentral,selepas membeli tiket bas,saya dan rakan menuju ke kedai makan berhampiran bagi mengisi perut.Kemudian,kami pergi ke kedai asam,untuk menemani rakan saya membeli 'prune'(alang2 tu beli skali).Sudah menjadi satu kebiasaan untuk kami membeli makanan ini sebelum menaiki bas,yang agak panjang perjalanannya,rakan saya kata,untuk menghilangkan rasa pening sewaktu berada di dalam bas,tapi,tak rasa pape pun..biar la..asalkan dia bahagia.Berbalik kepada kisah tadi,ketika kami sampai di kedai asam itu,kami lihat tiada orang yang menjaga kedai tu(pelik betul),disebabkan kami sedang mengejar waktu 'berlepas', kami pun dengan muka yang agak tebal,bertanya kepada akak kedai sebelah,"kak,mane orang kedai ni pegi?" akak tu pn jawab,"die g tandas kot,tunggu je kat situ".. masa 'berlepas' tinggal 5 minit je lagi,kami pun memberitahu akak kedai sebelah tentang perkara itu,dan kami seolah2 meminta izin untuk mencedok dan menimbang prune itu sendiri(mcm kempunan je),tetapi di bawah pengawasan akak kedai sebelah,akak tu pn mcm membenarkan..dengan segera,kami pun mencedok prune2 itu umpama mencedok ikan bilis di pasar .Sedang2 asyik kami mecedok,tuan empunya kedai datang,tapi dia hanya memandang,dan tidak melarang apa yang kami buat.Akak kedai asam ni sebenarnya bukan dari toilet,tapi dari kedai hp.Saya kurang pasti apa yang dia lakukan di kedai hp itu,tetapi sepatutnya,dia tidak boleh meninggalkan kedainya begitu saja.Mungkin ada ramai lagi insan2 yang teringin nak makan 'prune' tu,atau apa saja,tapi tak kesampaian.Tapi,itu takda la penting sangat,yang lagi takut,tentang amanah yang dipikulnya.Mungkin kedai itu amanah seseorang kepadanya,dan akan dipersoalkan di akhirat kelak.Tapi,jika kedai itu milik dia sepenuhnya,tidakkah dia takut,akan kerugian yang bakal dia tanggung atas perbuatannya sendiri?Nampak remehkan benda ni? sama2 kita doakan insan2 seperti ini cepat2 tersedar..aminn..Puduraya..Pudu ni memang tempat yang mengerikan.Teringat detik pertama kali menjejakkan kaki di puduraya,dalam hati "tempat ape ni?"..dengan kuantiti manusia yang tersangat ramai,ke hulur hilir menuju ke destinasi masing2,dengan keadaan bangunan yang agak berumur, pekerja2 yang gigih mencari penumpang,"dik, nak pegi mane?"... makcik2 kedai yang setia berdiri di sebelah peti sejuk masing2 bagi sambil memandang kami dengan penuh harapan (suruh beli air diorang).Itulah pudu! dekat dengan penjara pudu(ngeri)...Saya tiba di pudu ketika matahari menterik,namun saya gagahkan kaki berjalan sampai ke stesen komuter kL(jauh tu)..Sampai sahaja di stesen,saya cepat2 membeli tiket dan pergi menunggu ketibaan train.Jam ketika itu menunjukkan pukul 5 petang,terdetik di dalam hati "mesti ramai orang dalam train ni"... Train yang dinanti2 pon tiba,dari tingkap2 train,dah nmpak kemampatan train itu,sehinggakan penumpang2 yang sedia ada di dalam mengalami kesukaran untuk membolos keluar dari train tersebut.Yang keluarnya sikit je,yang nak masuk ramai sangat,saya cuba menempatkan diri ke dalam gerabak,setelah berjaya masuk,tetapi saya terasa ingin keluar dari train tersebut,di sebabkan posisi saya yang sangat hampir dengan pintu,saya bercakap sendiri,"muat ke ni",tiba2 ada makcik yang peramah jwb,"asal boleh tutup pintu tu ok la"..saya terasa sedikit yakin selepas mendengar kata2 makcik tu,dan membatalkan hasrat berundur keluar.Komuter bergerak,dan tiba di stesen bank negara,kemudian putra.Keadaan dalam gerabak sangat mampat,sehinggakan saya tidak mampu untuk mngangkat tangan,dan tidak perlu berpaut kepada mana2 tiang(tiada ruang2 kosong).Di stesen putra,keadaan bertambah teruk, saat pintu dibuka,tolakan demi tolakan berlaku,dan terdengar la jeritan2 manusia,yang sempat saya tangkap,"ade perempuan mengandung kat sini"... yang peliknya,mereka2 yang sedang duduk tu,tak perasan ke yang masih ade insan yang lebih memerlukan tempat duduk berbanding mereka?Entah la..mungkin mereka betul2 tak nampak kot.Di bahagian pintu,ada seorang makcik yang berusaha sedaya upaya untuk memampatkan diri ke dalam gerabak,sehinggakan,sanggup bertarung dengan pintu,sudah banyak kali pintu cuba menutupkan diri,tetapi tidak berjaya disebabkan kegigihan makcik tu.Terdengar lagi suara insan yang mungkin kesian kat makcik tu, "mengalah je la kak"(suruh makcik tu keluar,spaya pintu boleh ditutup).Tapi push punya push,pintu berjaya ditutup tanpa sekatan,dan tanpa pengurangan penumpang di dalamnya.Sedikit pandangan tentang makcik tadi,mungkin dia sangat2 ingin pulang awal ke rumah,kerana ingin segera melakukan tugasan hariannya,seperti memasak,mengemas,dan sebagainya.Di sini dapat kita lihat pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu.Setelah penat berkerja di siang hari,dan berhimpit di dalam ktm,ada kepenatan lain menanti di rumah.Bayangkan lagi,jika dia pulang ke rumah,dan anak2 sedikit pn tidak membantu,sebaliknya,menambahkan bebanan di bahu dengan masalah2 yang dilakukannya di sekolah dan sebagainya..kasihan si ibu....Mungkin itu sahaja yang dapat saya tulis untuk kali ni,ampun dan maaf atas 'kepasaran' ayat,sekian terima kasih..
Bismillahirrahmanirrahim...salam...Entah mengapa saya terasa ingin berkongsi sesuatu tentang ape yang saya lalui semalam...Petang semalam,saya sedang duduk berbual dengan rakan sebaya saya di ruang tamu rumah, tiba2 senior saya pulang.Senior ni saya gelarkan kak ila(bukan nama sebenar).Kak ila ni akak yang paling tua kat rumah tu.Tapi saya tak berapa rapat dengan dia,mungkin sebab dia selalu tiada di rumah,dan jika ada di rumah,dia hanya akan berkurung di dalam bilik.Habit kak ila,dia suka mendengar lagu dengan volume yang agak tinggi,yang boleh buat jantung kita rasa hentakan lagu tu.Tapi,dia mungkin sudah immune dengan tu,orang sekitar dialah yang merana.Semasa perbualan semalam,dia memberikan lesen kepada kami,untuk menegurnya jika dia 'terbukak' lagu dengan volume yang tinggi,dia ckp lagi,die alah dengan bunyik pelahan,sebab itu bunyik yang kuat,mungkin 'sederhana' baginya.Uniknya kak ila ni kan....Berbalik kepada kisah tadi,kak ila pulang,dan dia terus duduk depan saya dan rakan.Saya jarang berbual dengan dia.Tapi semalam saya beranikan diri untuk cuba berbual dengannya.Kak ila membuka bungkusan plastik,dan kelihatannya dia membeli sushi!tanpa dipinta kak ila ckp,"ni la lunch,ni la dinner kak ila"... kesian kak ila,sebenarnya dia tiada lagi teman yang se'batch' dengannya di kolej,disebabkan hanya dia seorang sahaja pelajar extend dalam batch dia yang menetap di asrama.Kak ila menghulurkan sushi yang dia beli kepada kami,dan dengan perasan berbaur,kami pun menyambut huluran sushi itu(walaupun kami tidak berapa gemar sushi sebenarnya),telan je la...Kami pun berbual sikit2 mengenai peraturan2 baru yang warden buat,macam2 perkataan pelik keluar dari mulut kak ila.Entah bagaimana,kak ila begitu percaya dengan kami berdua,dan menceritakan aktiviti harian yang dia lakukan.Kak ila mempunyai banyak masa lapang, memandangkan dia hanya mengambil 3 subjek untuk sem ni.Saya agak terkejut dengan apa yang dia buat pada waktu siangnya,tapi,perkara itu mungkin biasa dilakukan oleh kebanyakan remaja2 sekarang.Kebelakangan ini,kak ila ada sedikit salah faham dengan warden asrama dan pihak pengurusan kolej,dan dia meluahkan 'ketidakpuasan' hatinya kepada kami.Saya hanya mampu mendengar,dan tidak tahu mahu berpihak kepada siapa.Kak ila sudah bosan dengan cakap2 orang tentang dirinya.Mungkin penampilannya membuatkan orang berkata yang tidak elok tentang dirinya.Tapi,jangan biarkan sedikit keburukan itu,menutupi semua kebaikan yang dia lakukan.Kak ila sangat caring terhadap junior di rumahnya,dan,dia juga sangat mengambil berat akan isu Palestin.Saya pernah melihat dia membaca mesej berkenaan Palestin dengan penuh teliti,mungkin ada orang yang kelihatan baik dari luarannya,tetapi tidak mengendahkan tentang isu ini.Itulah yang membuatkan saya menghormati kak ila.Selepas agak lama berbual,kak ila begitu 'open' memberitahu kami,punca dia membuka tudungnya tanpa kami pinta.Dia ckp cam ni,"kalau korg tgk kak ila bukak tudung ni pun sebab cakap2 orang la"..sebenarnya,saya tidak faham,apa kena mengena ckp2 org,dengan bukak tudung?tapi,mungkin kak ila je yang paham kot..Pernah 1 ketika disemester lepas,ex-roomate saya,yang merangkap senior saya,menegur kak ila secara direct tentang isu pembukaan tudungnya,nama akak tu,kak rasyidah(bukan nama sebenar).Kak rasyidah tegur mcm ni la lebih kurang "ila,nape tak pakai tudung,tak takot dose ke?nanti Allah akan balas,mungkin sekarang ni ila tak nampak lgi.."saya sebenarnya begitu kagum dengan keberanian kak rasyidah dalam menegur kak ila sebegitu cara.Tapi,saya dpt rasakan yang kak ila sangat terasa dengan teguran itu,lagi2 teguran itu dibuat di hadapan kami semua.Mungkin kak rasyidah sudah tidak tahan melihat rakannya jadi begitu,dan meluahkannya dengan segera.Tapi,selepas itu,kak rasyidah meminta maaf kepada kak ila,sambil menangis,dan dia ckp,yang dia sayang kak ila,sebab tu dia buat cam tu.Dia juga tidak lupa mengeluarkan 1 dalil dari kitab suci,hmm saya pun tidak pasti ayat berapa,tp dari surah Al -Ahzab kot.Selepas kejadian itu,saya pun kurang pasti apa perubahan yang berlaku kepada kak ila,rasanya,berubah seketika,dan selepas itu,kembali seperti selalu .Kini,kak rasyidah sudah pun menjalani latihan praktikal di Hospital Seremban,dan tinggallah kak ila keseorangan bersama kami.Kak ila seperti biasa,sangat caring,dan dia lebih fokus untuk 3 subjek yang dia ambil.Sama-sama la kita doakan kak ila dapat kembali ke jalan yang benar.Apa yang saya boleh buat,memberikan contoh yang terbaik,dan,saya sebenarnya masih tidak mempunyai kekuatan untuk menegurnya,tp penah kadang2 terlepas ckp.Contohnya masa makan malam beberapa semalam,kak ila membawa kami makan di luar,dan dia bertanya sesuatu kepada rakan saya,tapi dihujung pertanyaan tu dia memasukkan perkataan seperti ini "serious shit?" saya dengan spontan,bertnya,"knape mesti ade shit kat belakang?" kawan2 saya yang lain tergelak,saya pn mcm menyesal,sbab terlepas,tp kak ila kelihatan tenang je,dan ckp "ok2"..tapi tak tau la apa dia rasa.Saya tak tau la post ni dapat diterima semua orang atau tidak,yang pasti,point yang saya ingin keluarkan,jangan tutup kebaikan seseorang,dengan 1 kejahatan yang seseorang itu lakukan. Mungkin saya dah banyak kali ulang ayat yang sama,tapi perkara ini memang penting,dan ramai yang sering tersalah tafsir tentang seseorang,termasuk saya sendiri.Sama2 kita bermuhasabah diri,dan jika saya tersalah tulis,sila betulkan,saya sedia untuk dikritik..sekian,wassalam..
Bismillahirrahmanirrahim...salam buat semua pembaca..Sudah agak lama juga saya tidak memuat turun post baru,tapi hari ni saya nak kongsi tentang sedikit masalah yang timbul sempena kemunculan sem baru ni...Ahad,5 Julai 2009,dengan rasa gementar+sebak,saya pulang ke kolej.Apabila sampai saja di asrama,saya pun naik tangga smpai tingkat paling atas.Asrama yang saya duduki sebenarnya sebuah pangsapuri yang mengandungi 3 bijik bilik,dan 2 ketul tandas,berbalik kepada cerita tadi,setelah sampai di depan pintu rumah,saya memulas tombol pintu,dan pandangan saya agak 'kabur2' melihat makhluk asing yang wujud atas meja stadi senior yang dah pindah.Kawan saya yang berada di depan makhluk itu tersengih memandang saya,secara sepontan,saya mengeluarkan kata2 seperti ini,"wei,apsal ko bawak tv?!"...kawan saya tersengih lagi..saya terus bergegas masuk ke bilik meletakkan barang-barang.Dalam hati saya sangat takut saya dan kawan2 akan terleka dengan adanya 'objek' itu.Di rumah sebenar,puas saya berusaha untuk mengehadkan menonton tv dengan melakukan perkara2 lain seperti melayari internet,tapi,di kolej tiada kemudahan internet di sediakan.Yang ada hanyalah lab com yang akan di buka pada hari isnin-sabtu,tu pun siang je.Bukan la nak kata saya ni baik sangat,tp saya..entah la..macam2 ada kat tv tu.Apa yang saya buat sekarang,cuba untuk duduk je dalam bilik apabila 'makhluk tu sedang beraksi'.Tapi kadang2 terpandang(sengaje) gak sikit2 bila lalu kat ruang tamu.Petang semalam,1 kejadian berlaku,apabila seorang kawan saya gagal mengaktifkan objek tersebut.Saya agak melonjak dalam hati,sebab ingatkan tv tu sudah tidak boleh menyala,tetapi,beberapa minit selepas itu,dengan pulak sorakan kawan2..hmm paham2 je la..Mungkin minggu pertama semester ni agak free,sebab tu kawan2 'rajin' duduk depan tv.Tapi harap2 minggu2 berikut akan rancak dengan aktiviti,dan tv pun bolehlah 'berehat'.Sama-sama kita mendoakan yang terbaik..-------------------------------------------------------------------------------Rombakan bilik"Bilik kene rombak",pesanan dari seorang senior.Kebetulan di rumah saya ade 2 kekosongan,dan salah 1 daripadanya adalah dari bilik saya.Saya sangat berharap agar takde org yang akan 'menemani' saya di bilik itu,tapi,takdir telah menetapkan bahawa 1 akak ni,iaitu kak fifi(bukan nama sebenar) yang bakal masuk.Ada juga khabar2 buruk yang manusia ckp pasal akak tu,dan mereka menyuruh saya menukar bilik,saya pun pergi berjumpa dengan warden yang juga sebenarnya lecturer saya.Melihat keadaan beliau yang agak banyak kerja,saya pun membuat keputusan untuk terus duduk dengan akak tu di bilik 'kami'.Ternyata sebenarnya kata2 senior tu salah.Akak tu ok je.Jadi,kesimpulannya,jangan la suka dengar cakap2 orang ni,jangan buruk sangka,dan jangan suka mengumpat,dan selalulah ingat ayat 2:216 , terutamanya apabila kita rasa kurang enak dengan apa yang kita dapat.Bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan Allah kepada kita,terutamanya nikmat terbesar yang kita perolehi,iaitu nikmat iman dan islam...itu saja yang dpt saya taip untuk kali ini,salah silap tolong tegur..sekian,salam..