skip to main | skip to sidebar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About me

My Photo
Hamba-Nya yang hina..
sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri hari demi hari.. 'tuhan kuzalimi diri ini,andai kau tak ampuni dan rahmati,alangkah ruginya diri'.. 'tuhan jangan Kau palingkan hati ini..setelah Kau beri hidayah'..
View my complete profile

Ahlan wa sahlan

assalamualaikum..sesungguhnya tugas tarbiah adalah tanggung jwab setiap umat islam 'ala jaufil ard..kita seharusnya berusaha saling menasihati saudara2 islam kita yang lain disamping menasihati diri kita sendiri..dengan itu kita akan merasa dekat dengan Allah s.w.t hari demi hari..salah satu cara tarbiah adalah melalui blog..semoga maklumat2 yang terkandung dalam blog ini sedikit sebanyak dapat membantu kita meningkatkan ketaqwaan kepada pencipta kita Allah s.w.t..insya-Allah..

Followers

pukul berapa?

Archivo del blog

  • ► 2012 (6)
    • ► April (1)
    • ► March (1)
    • ► February (4)
  • ► 2010 (20)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► September (2)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► May (1)
    • ► April (2)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ▼ 2009 (58)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (4)
    • ► September (6)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ▼ June (7)
      • Sedikit perkongsian...
      • Hari yang indah
      • stadi vs majlis ilmu
      • confuse2...
      • Ada apa dengan 'award'?
      • Meh baca ramai-ramai..
      • Anda suka animasi?
    • ► May (11)
    • ► April (4)
    • ► March (5)
    • ► February (2)
    • ► January (2)
  • ► 2008 (25)
    • ► December (7)
    • ► November (5)
    • ► October (1)
    • ► September (5)
    • ► August (5)
    • ► April (2)

My Blog List

  • Mencari dan terus mencari cinta Ilahi
    Lakaran ummi ~ santai
    1 day ago
  • Saifulislam.Com
    Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
    5 weeks ago
  • Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah
    MEMORI 2018
    5 years ago
  • Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha )
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • The Rocking Hijab™[revamped]
    A revert's thoughts on LGBTQ
    8 years ago
  • Dunia Sarah
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • inijalanku.wordpress.com
    TABAYYUN vs TASABBUT
    8 years ago
  • D I A G N O S i S
    Seandainya anda berkomitmen
    9 years ago
  • UmmuSaif.Com
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Lukisan Bercerita
    Komik #2 HAMBA.. (page 1-3)
    10 years ago
  • Selembut Sutera
    Sabar bila diuji?
    10 years ago
  • SaBaHaNmUsLiM
    My Ex-Jahiliyyah
    11 years ago
  • senihati
    :)
    11 years ago
  • ::cintaku hanya padamu::
    Andai Rebah, Ayuh Bangkit !
    12 years ago
  • Satu Ummah!!!
    Taat pada pemimpin yang zalim
    12 years ago
  • Wan Zuraida Suka Menulis
    Luahan Hati
    13 years ago
  • ~Dunia Yang Fana~
    Pengalaman berharga..
    13 years ago
  • SHOUTUL IKHWAH
    Cerpen: Gerimis Cinta
    14 years ago
  • sweetbakery
    more,more and more chocolate
    15 years ago
  • qudwah qobla dakwah
  • here i am
  • ~AkuDarahAnakMalaysia~
  • ~hidup untuk memberi~
  • .: Dalam pencarian menuju Ilahi :.
  • Faisal Tehrani
  • Di sini segalanya Bermula...

Feedjit

Labels

  • artikel copy (1)
  • dulu2 (7)
  • family (6)
  • jalan2 (2)
  • jalan2 carik redha Allah (7)
  • muhasabah diri (16)
  • perjalanan menimba ilmu (13)
  • ramadhan (1)
  • Raya (2)
  • rumah (13)
  • sahabat (2)
  • sekeliling (10)
  • sekolah (3)
  • sirah (1)
  • Tarbiyah (6)

tinggalkan jejak

lets count

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments

Shoutbox

iluvislam

~Dunia Yang Fana~

Surah 3:104,dan hendaklah diantara kamu ada segolongan yang mengerjakan kebajikan,menyuruh yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung...semoga kita tergolong dalam golongan ini..aminn

Monday, June 29, 2009

Sedikit perkongsian...





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

salam...

untuk post kali ni,bukan la nak share pengalaman pergi mana2..


tapi nak share apa yang saya rasa kebelakangan ni...

satu ketika,diri rasa beban bila nak berdakwah,sebab rasa tak banyak ilmu..


tak tau nak sampaikan apa kapada mad'u...


tapi rasulullah s.a.w pernah bersabda,"sampaikanlah walaupun sepotong ayat"..

Ada bahagian baik dalam hati kata, "tak semestinya nak tgu ilmu menggunung baru nak berdakwah"..


satu hari,tadabbur ayat,lepas tu jumpa 3 ayat ni...


23:112 Dia Allah berfirman,"Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?"

23:113 Mereka menjawab "kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari,maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung."


23:114 Dia Allah berfirman,"kamu tinggal di bumi hanya sebentar saja,jika kamu benar-benar mengetahui



masa tu memang tak keruan,rasa takut menyelubungi diri,tempoh kehidupan dunia sangat(1000x) singkat jika nak di bandingkan dengan akhirat..


hidup kat dunia tak lama..


takkan nak bersenang-lenang,bersuka-ria,mengejar cita-cita dunia je(doktor,dentist,pharmacist,engineer,etc..)



tak lama lagi kiamat nak tiba,sudah cukup ke amalan kita sebagai bekalan?
hidup kat dunia ni mcm kita singgah kat RnR je..

lepas tu kita akan sambung balik perjalanan yang sangat jauh,yang kekal abadi..


layak ke kita nak masuk ke syurga Allah..?


mungkin ada yang kata "ala,umat islam nanti semua masok syurga..jangan risau"..

tapi,yakin ke yang kita akan selamat dari fitnah dajjal nanti??

mungkin selama ni kita terlalu berkira untuk mengorbankan sedikit harta dan tenaga untuk mendapatkan ilmu yang bakal digunakan untuk kepentingan islam...


tapi yakinlah,setiap harta dan kudrat yang kita korbankan itu,bakal dihitung di akhirat kelak..
dengan syarat,niat mesti ikhlas..


benda2 ni la yang boleh top-up ibadat fardu kita yang belum tentu diterima Allah...

khusyuk ke solat kita?ikhlas ke kita berpuasa?


mungkin kadang kala kita ketawa terbahak2,lepas tu baru la nak ingat,"Eh,orang yang ketawa banyak kat dunia,akan mengangis 'terbahak2' di akhirat kelak"(berdasarkan tabiat diri sndiri)...

tapi manusia mmg mudah lupa..

pnting untuk kita segera beristighfar selepas melakukan kesilapan tanpa kita sedari(jarang2 ada orang sedar,ketika 'sedang' melakukan kesilapan)


tapi jangan la sengaja je ketawa puas2,dalam hati ckp "Ala takpe,pas ni bole istighfar"..salah tu...

sama-sama kita bermuhasabah diri dan saling mengingati..

renung kembali apa yang kita telah lakukan selama kita hidup..


takut jugak ni,ye2 pesan itu ini kat orang,diri sendiri mcm sempurna je..


sedar atas kekurangan diri...pesanan untuk diri sendiri(yang banyak kelemahan) dan untuk semua..

sekian dulu untuk kali ni..salah silap harap diperbetul dan dimaafi

Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Monday, June 29, 2009 1 comments
Labels: muhasabah diri

Wednesday, June 24, 2009

Hari yang indah

Bismillahhirrahmanirrahim...


Semalam pergi program di Shah Alam,seperti biasa saya akan menaiki public transport yang kerajaan sediakan(naik ktm).Sampai saja di ktm Shah Alam pukul 9.15,janji ngan kak nani(bukan nama sebenar) pukul 9.30.Dalam hati "hmm,de mase lagi ni,duha jap la"...pusing2 la carik surau kat ktm tu.Nampak surau,lepas tu pelik,nape de 1 surau je ni..tanya makcik cleaner,"makcik,surau ni share laki pompuan ke?"pastu makcik tu jawab pendek je,"aah".Dalam hati merungut sendiri.Tak cukup tanah ke nak buat 2 surau?punya la besar kawasan sekeliling stesen.Nak taknak masuk je dalam surau tu,dalam hati doa2,harap2 takde orang lelaki nak guna surau pagi2 yang tak berapa nak buta.


Selesai solat,tunggu la kak nani datang..masa tunggu tu nampak la 1 org akhawat yang macam tengah tunggu orang jemput jugak.Naluri hati dapat rasa yang dia nak pergi program yang sama.Tapi biar je la,tak payah tegur,kang tegur2 tgk2 salah orang.Tiba2 dapat mesej dari kak nani, "ukhti,tunggu kat tempat teksi ye".Lepas tu saya bergegas menuju ke tempat teksi.Nampak akhawat tu pun same juga menuju ke tmpat teksi,dalam hati "mmg sah".Lepas tu bertegur sapa la,mmg betul tekaan saya.Masa tengah bertegur2 tu,ada pulak datang beberapa wanita yang lain,yang agak familliar muka mereka.Mereka sangat yakin yang kami berdua akan pergi ke destinasi yang sama dengan mereka,terus bersalam-salaman dan berkenalan.Kak nani pun datang,dan kami agak berhimpit dalam kereta kak nani yang comel tu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------



Selepas bersusah payah mencari 'pusat program',akhirnya ketemu jua.Sebelum program di mulakan,kami dihidang dengan caramel yang dibikin oleh tuan rumah.Nampak lazat,dalam hati "nasib baik aku tak pose(ish3)".Selepas bersarapan,barulah majlis dimulakan dengan tadarus.Entah mengapa,tadarus kali ni agak 'nervous',bila dah neves,ape lagi,baca agak laju,dan menggeletar.Nasib ada akhawat tegur atas kesilapan tajwid(terima kasih kak...hmm tak perlu disebutkan).Rindunya nak tadarus dengan sahabat2 matrik,syira,nas,adib,jamila,aini,zahra dan lain-lain.Maaf,tekeluar topik jap.Selepas sahaja tadarus,saya dikehendaki mentadabbur ayat surah yang kami baca sebentar tadi.Ini adalah request kejutan oleh pengerusi majlis,saya langsung tak prepare,dalam hati "mungkin kene bace makne mane2 ayat je kot,tak yah explain"saya setuju je lah.Saya memilih surah Al-Kahfi,ayat 57(panjang sikit),yang mafhumnya,
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat tuhanNya,lalu dia berpaling darinya dan melupakan apa yang dikerjakan oleh kedua tangannya?Sungguh,kami telah menjadikan hati mereka tertutup,(sehingga mereka tidak) memahaminya,dan(kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka.Kendatipun engkau (Muhammad) menyeru mereka kepada petunjuk,niscaya mereka tidak mendapat petunjuk untuk selama-lamanya..

Sebaik sahaja saya selesai mentadabbur ayat ini,saya pun melafazkan 'sodakallahul'azim...'.Tiba2 saya dipandang pelik oleh kak nani,saya pun bertanye "kene terangkan ke?"kak nani mengiyakan.Dengan sedikit gugup,saya pun huraikanlah ayat ni,mengikut kefahaman saya,tanpa melihat tafsir fi zilal(suke ati je).Mcm ni la bunyi,"Maksod firman Allah dalam ayat ni,org yang dah di peringatkan,tp taknak buat adalah orang yang sangat zalim,tiada orang yang lg zalim dari mereka,lepas tu,Allah akan tutup hati mereka untuk terima hidayah Allah,ape yang dismpaikan rasulullah,mmg sia2 kat org2 ni,hanya Allah yang mampu memberi hidayah...mcm tu la lebih kurang keterangan saya(macam ulang balik ayat tafsiran tu je kan?),tp sebenarnya ayat lagi tunggang langgang,tu da trim sikit2.Kemudian,pengerusi memberi sedikit review berkenaan ayat tersebut.Seterusnya,penyampaian hadith oleh kak safiah(bukan nama sebenar).Hadith yang beliau pilih,hadith ke 9,klik sini untuk mengetahui hadith apa dan pengajarannya.Seterusnya sedikit 'taujih' dari kak nani selaku ketua program.Taujih yang disampaikan beliau berkenaan akhlak.Sedikit sebanyak dari apa yang saya catit berkaitan akhlak,

  1. Akhlak adalah perkara yang kita lakukan secara sedar-jadi kita tidak boleh mendakwa orang gila itu tidak berakhlak,kerana mereka tidak sedar apa yang mereka lakukan
  2. Akhlak sangat penting sehingga Rasulullah besabda,"sesungguhnya aku di utus untuk menyempurnakan akhlak".-Persoalannya,adakah rasulullah itu di utus semata-mata untuk menyempurnakan akhlak?Tentu sekali tidak.Sama juga dengan sabda baginda tentang haji,"haji itu wukuf di arafah".Cukupkah haji dengan sekadar melakukan wukuf di arafah?dua sabda rasulullah ini hanya untuk menunjukkan betapa pentingnya akhlak dalam kehidupan,dan betapa pentingnya wukuf dalam haji..sama2 kita renungkan.
  3. Cara-cara berakhlak dalam jemaah:
  • tingkatkan keimanan,iman=ukhuwah
  • mendoakan kebaikan-jika seseorang mendoakan kesejahteraan saudaranya tanpa pengetahuan,malaikat akan mendoakan kesejahteraan orang yang berdoa itu,bahkan lebih baik lagi
  • memberi hadiah
  • saling membantu
  • saling menutup keaiban-bile kawan2 menceritakan keburukan kawan yang lain,jangan mengiyakan,sebaiknya mencari sisi2 kebaikan sahabat yg diumpat tu.Jangan biarkan 1 keburukan menutupi kebaikan yang lain
  • meninggalkan najwa(perbisikan rahsia)-cth,jalan2 ramai2,lepas tu 2 org makhluk, bisik2,mesti la yang lain pun mcm tertanya2 apa yang dibisikkan,dan mungkin ada yang terasa yng mereka menjadi topik 'najwa' 2 makhluk tu.
  • mengelakkan dzan(bersangka2)-mungkin ada yang tertanya2,'kalo sangka baik cam ne?'.sebaiknya,jangan bersangka-sangka,sbab kadang2,sangka baik tu pun belum tentu betul.wallahua'lam...
Taujih kak nani ringkas,tapi padat.Berakhirnya taujih,bermakna berakhir jua la program pada hari itu.Post saya kali ini agak panjang,mungkin banyak juga kesalahan bahasa ataupun fakta yang saya tulis,mungkin juga ada yang merasa saya ni seolah2 mcm riak lak dalam ayat tertentu,beri tahu saya ye,untuk diperbaiki.Diharapkan anda semua dapat memberi kerjasama.Saya sedia menerima kutukan yang membina.Yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan dinding.Sekian dulu dari saya..wassalam..

Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Wednesday, June 24, 2009 5 comments
Labels: jalan2 carik redha Allah

Saturday, June 20, 2009

stadi vs majlis ilmu

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Assalamualaikum wbt..

Post kali ni nak cerita pasal pengalaman diri apabila tersepit dalam situasi seperti dalam tajuk di atas.Kebanyakan pelajar kebiasaannya rasa berat nak pergi halaqah/usrah/ceramah2 lagi2 masa hujung minggu,masa hujung minggu la nak siapkan tutorial,nak stadi lebih sikit,nak basuh baju yang betimbun,dan mcm2 lagi.Kalau time2 nak exam/test/kuiz, lagi la berat nak pergi,tp teringat pula kata2 seorang akak ni,akak tu kate nanti di akhirat,Allah tak tanya,
"eh,bape pointer dulu?"

Masa zaman sekolah dulu,ada sekumpulan akak2 datang ke sekolah buat usrah.Tp usrah ni ikut la,siapa nak, dtg,kalau taknak tak yah datang.Masa tu saya di tingkatan 5,tengah struggle nak spm.Di suatu petang yang damai,selepas menunaikan solat asar berjemaah di surau,tiba2 kawan saya yang baik ajak join usrah akak tu,dalam hati terdetik, "aku nak stadi ni,ade mase lagi".Bile teringat balik rasa macam jahilnya diri ni,asek ingat stadi je,result takde la gempak sangat.Tapi join je la,sebab rasa macam jahat je bila tak pegi(tak ikhlas langsung..ish3).Masa tu usrah tu mula pukul 5 la lebih kurang,dengar la akak2 yang berilmu tu cakap2 pasal tauhid,pasal jenis2 doa qunut,otak memang da pening la masa tu(pelik2,budak sekolah agama pun boleh mcm ni).Tapi yang seronok,akak2 tu bawa juadah dari luar,sambil dengar sambil makan.Usrah tamat pukul 6 lebih,masa tu memang kelam kabut,sebab tak sedia apa2 lagi untuk pergi musolla waktu maghrib.Dalam hati sudah berazam,minggu depan tak nak datang lagi,kalau niat tak ikhlas nak buat apa(hati jahil berbicara,syaitan tengah tepuk2 tangan).Minggu depannya,akak2 tu datang lagi,sahabat2 yang alim ajak join, tapi saya kata kat sahabat2 tu,"tak nak join,banyak lagi tak stadi".Kawan2 pun tak boleh nak buat apa2...


tamat zaman sekolah

------------------------------------------------------------------------------------------


Masa di matrik,ada akak2 yang lain pula datang.Tapi isi usrah/taalim ini bukanlah berkenaan tauhid,tp,lebih kepada ibadah yang kita lakukan hari2.Masa ni,takde la seteruk sekolah,tp tetap ada terdetik rasa kemalasan nak hadir di awal2 penglibatan.Tapi setiap kali taalim dimulakan,akak2/naqibah/murabiyah mesti ingatkan suruh luruskan niat,walaupun pada awalnya kita rasa mcm tak ikhlas,tp kita boleh cuba untuk ikhlaskan semula niat sepanjang majlis ilmu itu,dan dengan ni,takkan wujud lagi alasan yang penah tersembul dulu,"kalo tak ikhlas nak buat ape".Berbalik kepada isi2 usrah yang akak2 bntangkan,masa ni terjawab banyak persoalan masa kat sekolah dulu,
surah 47:7, wahai orang-orang yang beriman!jika kamu menolong(agama)Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu...

Lepas tau ayat ni,alhamdulillah memang cuba sedaya upaya untuk datang.Mungkin ada yang tertanya-tanye,"ape maksod Allah tolong kita tu?".Maksudnya,lebih kurang mcm ni la,contoh dalam sehari kita stadi 4 jam,tapi bile kita hadirkan diri ke majlis2 ilmu,masa stadi tinggal 2 jam,Allah akan tolong kita dengan memberkati 2 jam kita stadi tu,apa yang kita dpt dalam tempoh 2 jam,sama dengan apa yang kita dpt dalam tempoh 4 jam..insyaAllah.Ayat lain yang telah merangsang kaki untuk ke majlis ilmu,
surah 58:11,wahai orang-orang yang beriman!Apabila dikatakan kepadamu,"Berilah kelapangan di dalam majlis-majlis",maka lapangkanlah,niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu...

Ayat ini sangat spesifik,menyuruh kita melapangkan diri untuk ke majlis-majlis ilmu.Perintah Allah ni,paham2 sendiri la jika kita mengingkarinya..

Jadi,ibrah dari artikel ni,marilah kita bersama-sama mengikhlaskan hati,dan merajinkan kaki melangkah menuju majlis2 ilmu.Kalau stadi 24 jam,tapi tiada keberkatan,umpama mencurahkan air ke lilin(bukan api),tak basah jugak lilin tu.Ampun dan maaf dipinta jika ada yang tak gemar dengan bahasa rojak cencalok yang saya gunakan.Yang baik kurniaan Allah,yang buruk sama-sama kita perbaiki ye..

sekian..


hayati lirik..

Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Saturday, June 20, 2009 4 comments
Labels: dulu2

Tuesday, June 16, 2009

confuse2...

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum....

kali ni nak cerita sedikit tentang satu benda yang sy jumpa semasa ber'jaulah' dengan seorang sahabat sy di sebuah pasar raya terkemuka...


Di suatu petang yang sejuk(tengah hujan),selepas keluar dari kedai buku MPH,sy dan shbt bercadang untuk ke supermarket untuk men'survey' makanan bayi untuk anak buah sahabat saya yang baru berusia 4 bulan.Setelah penat pusing-pusing,akhirnya kami berjaya menemui himpunan makanan-makanan si comel,si comel yang saya maksudkan bukanlah kucing,tetapi bayi.Kemudian, kami pun berbincang untuk memilih makanan yang sesuai,yang merunsingkan,kebanyakan makanan bayi adalah untuk bayi yang berusia 6 bulan ke atas..sedangkan anak buah shbt saya baru berusia 4 bulan.Sepatutnya,setelah mengetahui fakta itu,tidak perlulah beli,tetapi disebabkan semangat ingin mencuba yang tinggi,si 'makcik' pun membuat keputusan untuk membeli,katanya lebih kurang macam ni,
'takpe,kalo baby tu taknak makan,aku leh abeskan'
Entah mengapa,saya pun setuju dengan cadangan dia.
Kami pun berbincang lagi,kali ni tentang brand yang akan di pilih.Sedikit perbualan dengan shbt,(ni lebih kurang je.takde la sbijik)

>nak pilih yang mane ni?
-yang ni la (sambil memegang makanan keluaran NESTLE)
>eh,boikot2...
-hmm aah la,tp nestle ni murah sket..


setelah ber'syura',si makcik pun berjaya memilih makanan yang sesuai,walaupun agak mahal sedikit,tapi tidak mengapa,redha Allah lebih penting.

Kemudian,kami teruskan perjalanan mengelilingi supermarket.Perjalanan kami terbantut apabila terlihat ini




>eh,coca cola islam la...
-tapi asal name die coca cola jugak..


Alangkah terkejutnya kami selepas memusingkan botol tu 180 darjah.Sebenarnya itu adalah coca cola yang sama seperti yang kita jumpa sebelum ini,tapi yang lainnya cume ditambahkan versi jawi.Sebelum ni takde pun.Tak tahulah apa tujuan sebenar botol tu di'modified' .Mungkin untuk mengelirukan umat islam yang sedang berusaha keras memboikot.


Jadi,ibrah dari cerita ini,umat islam perlulah berhati-hati dalam memilih barangan.Kaum musyrikin akan sentiasa menyerang umat islam dalam apa jua cara,terutamanya dalam perkara-perkara yang kita anggap remeh.Contohnya peristiwa di pasar raya,pelikkan,kat pasar raya pun boleh diserang.

sekian dulu untuk kali ini,yang baik datang dari Allah,dan yang buruk datang dari Allah juga,tp disandarkan kepada hambanya yang serba kekurangan dan hina ini.Afwan kathir atas kekurangan.
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Tuesday, June 16, 2009 6 comments
Labels: jalan2

Ada apa dengan 'award'?

Bismillahirrahmanirrahim.....



award ni saya tujukan untuk blog2 di bawah


-saifulislam.com
-ummusaif.com
-tehranifaisal.blogspot.com
-inijalanku.wordpress.com
-wardatul-izzah.blogspot.com
-uhibbunurilahi.blogspot.com
-pendambacintaagung.blogspot.com
-syafeeqridzam.wordpress.com
-searching4true.blogspot.com
-zunnur7.blogspot.com
-umaralfateh.wordpress.com

ada antara blog di atas ni kepunyaan pelajar malaysia yang blajar di luar negara.. suka baca pengalaman mereka belajar di perantauan..dan ada juga empunya blog di atas insan2 yang mmg tidak asing lg kt malaysia..dan selebihnya sahabat2 terdekat..


mungkin ada pembaca yang kurang setuju dengan kewujudan 'award' ni..tp niat di hati sbenarnya nak promote blog2 di atas je..asif jiddan kepada empunya blog sekiranya keberadaan url blog anda di entry ana ni kurang anda setujui,dan diharapkan kita semua sama2 dapat membersihkan hati dari perasaan ujub,riak dan takbur sekiranya wujud perasaan itu di lubuk hati..


semoga Allah mempermudahkan urusan mereka,dan sukses selalu..selamat bermujahadah demi islam tercinta


p/s:smpaikan walaupun hanya sepotong ayat
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Tuesday, June 16, 2009 2 comments

Sunday, June 7, 2009

Meh baca ramai-ramai..

Assalamualaikum,jom baca info di bawah ni


Mengejutkan orang tidur menjadi sunat apabila seseorang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه
بالصلاة أو حركه برجله

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)


Kedua:


Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.


Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang. Rasulullah saw bersabda:
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)


Keempat:


Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi saw bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)


Kelima:

Tidur waktu subuh. Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:
الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:


Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:

Tidur lepas solat asar. Nabi saw bersabda:
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:

Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:

Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)


Kesebelas:

Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.. Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم
الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)


Kedua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga IbnuMaktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud
oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.

sumber:halaqah.net
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Sunday, June 07, 2009 0 comments

Thursday, June 4, 2009

Anda suka animasi?

Assalamualaikum kepada semua pembaca,lama juga tak pos artikel,jadi di sini berhajat nak kongsi sesuatu..seperti tajuk yang tertera di atas,tentang animasi?anda suka animasi??biar ape pon jawapan anda,yang penting, ramai Malaysia menggemari animasi, atau bahasa 'pasar'nya katun.katun=cartoon,tp anda paham2 je la,org Malaysia mmg kreatif dan inovatif.Senang2 je tuka jadi 'katun'.Jadi,sebagai seorang anak jati Malaysia yang agak kreatif,izinkan saya menggunakan istilah 'katun' dalam topik kali ini.


Jika di Malaysia apabila sebut katun je,automatik otak kita teringat Upin&Ipin.Upin&Ipin sangat terkenal dengan kecomelan suara,dan watak.Tp bukan itu yang penting,nilai yang paling berharga dalam cerita ni,adalah ciri2 tradisional Malaysia yang di tonjolkan.Namun begitu,saya percaya,mungkin ada segelintir atau lebih, rakyat Malaysia yang menggemari katun yang dibawa dari negara komunis(JEPUN) .Tidak keterlaluan jika sy katakan,animasi jepun menjadi kegilaan remaja-remaja di Malaysia.Ini sungguh berbahaya kerana boleh melalaikan generasi muda masa kini,dan bole memberi impak negatif kepada agama,bangsa dan negara.maaf jika karangan saya terlalu skema,dan seperti calon spm menulis.Berbalik kepada topik tadi,jadi,saya di sini ingin menonjolkan 1 animasi dari Indonesia,yang mempunyai banyak pengajaran,yang menceritakan tentang sirah para sahabat dahulu kala.selamat menonton.


Part 1






Part 2




Part 3




Di bawah ni ada sedikit cerita tentang pengislaman Saidina Umar Al-khattab,mungkin ramai dah tau,tapi cuba baca lg,kuatkan lg ingatan tentang cerita ni



Saidina Umar Al-Khattab r.a sangat dibanggakan oleh seluruh umat Islam dan sangat digeruni oleh orang-orang musyrikin. Pada awalnya beliau sangat kuat menentang Rasulullah S.A.W dan merupakan seorang musuh Islam yang sangat berani menyeksa orang-orang Islam sehinggalah beliau sendiri memeluk agama Islam.

Peristiwa pengIslaman Saidina Umar Al-Khattab bermula apabila pada suatu hari orang-orang Quraisy bermesyuarat bagi melantik seseorang untuk menjalankan usaha untuk membunuh baginda Rasulullah S.A.W. Umar menawarkan diri untuk memikul tanggungjawab itu. Tawaran beliau mendapat sorakan daripada hadirin memandangkan beliau merupakan panglima perang Quraisy yang paling terkemuka dan handal. Umar lantas menggalas pedangnya di tengkuk lalu lalu terus pergi untuk menyelesaikan tanggungjawab tersebut. Dalam perjalanan, beliau bertembung dengan Saad bin Abi Waqqas r.a dari Bani Zuhrah.

“Mahu ke mana engkau wahai Umar?”

“Aku mahu membunuh Muhammad!” jawab Umar.

“Tidakkah engkau sedar bahawa Bani Hashim, Bani Zuhrah dan Bani

Abdul Manaf akan bertindak balas membunuhmu”.



Umar tersinggung dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Saad lalu menghunus pedangnya. Saad juga bertindak sedemikian untuk mempertahankan nyawanya sambil mengisytiharkan keIslamannya. Pertarungan hampir tercetus dan pada ketika itu Saad berkata:

“Terlebih dahulu kamu perbetulkan urusan keluargamu. Adik perempuanmu dan iparmu telah memeluk Islam”.



Mendengar sahaja berita itu, kemarahan Umar meluap-luap dan beliau menukar langkah untuk menuju ke rumah adiknya. Pintu rumah adiknya dikunci dari dalam dan kedua-dua adiknya sedang menerima pengajaran Al-Quran daripada Khabbab r.a. Umar mengetuk pintu dan memanggil adiknya supaya membuka pintu.

Mendengar suara Umar, Khabbab r.a terus menyembunyikan dirinya dalam sebuah bilik. Beliau terlupa untuk membawa lembaran-lembaran Al-Quran. Apabila pintu dibuka, Umar terus memukul adiknya sambil berkata:

“Wahai musuh kepada musuhmu sendiri. Kamu juga telah meninggalkan agama datuk nenek moyang kamu. Apa yang telah kamu lakukan? Siapakah pemilik suara asing yang aku dengar dari luar sana?’’.

Adik iparnya menjawab:

“Kami sedang bercakap antara satu sama lain”.

Umar bertanya kepadanya:

“Adakah kamu juga meninggalkan agama nenek moyang kamu dan

memeluk agama baru itu?”.

Adik iparnya menjawab:

“Tetapi apa salahnya sekiranya agama yang kami anuti itu lebih baik

dan benar?’’.



Apabila mendengar sahaja jawapan daripada adik iparnya itu, Umar bertambah menyinga lalu memukulnya, menarik janggutnya dan membelasahnya dengan teruk. Apabila adik perempuannya mencelah, dia memukul muka adiknya begitu kuat sehingga mengalir darah dengan banyaknya. Adiknya meluahkan perasaannya:

“Umar, kami dibelasah hanya kerana kami menjadi seorang muslim. Dengarlah! Bahawa kami berazam untuk mati sebagai seorang Islam. Kamu bebas melakukan apa sahaja terhadap kami kerana Allah sentiasa berada bersama kami”.



Dia berasa menyesal dengan perbuatannya apabila melihat adiknya berlumuran darah. Matanya terpandang lembaran Al-Quran yang tidak sempat dibawa oleh Khabbab r.a. Lalu beliau cuba untuk mengambil lembaran Al-Quran untuk melihat apakah kandungannya. Adiknya berkata:

“Tidak! Badanmu bernajis dan tidak seorang pun yang bernajis dibenarkan untuk menyentuh Al-Quran”.



Umar mendesak ingin menyentuhnya tetapi adik perempuannya enggan membenarkan tindakannya kecuali beliau membersihkan dirinya terlebih dahulu. Akhirnya Umar akur. Setelah beliau mandi beliau mula membaca lembaran tersebut dan surah yang dibacanya ialah Surah Thaha. Beliau memulakannya daripada awal. Apabila sampai kepada ayat berikut, pemikirannya bertukar sama sekali:







“Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku kerana itu, sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”.

(Surah Thaha : ayat 14)

Lantas Umar bersuara:

“Baiklah bawakan aku berjumpa Muhammad”.



Apabila mendengar kata-kata ini, Khabbab pun keluar dari tempat persembunyiannya dan berkata:

“Wahai Umar! Berita gembira untukmu. Semalam Rasulullah s.a.w telah berdoa kepada Allah.”Ya Allah! Perkuatkanlah Islam melalui Umar atau Abu Jahal, sesiapa yang Engkau kehendaki”.

Nampaknya doa Rasulullah ini diperkenankan untukmu”.



Umar pun pergi menemui Rasulullah s.a.w lalu terus memeluk Islam pada pagi Jumaat. PengIslaman Umar memberikan pukulan hebat kepada semangat orang-orang musyrikin. Namun begitu bilangan umat Islam masih kecil untuk mengimbangi seluruh negeri yang memusuhi mereka. Orang musyrikin melipatgandakan usaha mereka untuk menghancur leburkan dan melenyapkan Islam sama sekali. Dengan kehadiran Umar r.a, orang Islam telah mula berani untuk menunaikan solat di Tanah Haram.
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Thursday, June 04, 2009 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod | Distributed by Deluxe Templates