skip to main | skip to sidebar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About me

My Photo
Hamba-Nya yang hina..
sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri hari demi hari.. 'tuhan kuzalimi diri ini,andai kau tak ampuni dan rahmati,alangkah ruginya diri'.. 'tuhan jangan Kau palingkan hati ini..setelah Kau beri hidayah'..
View my complete profile

Ahlan wa sahlan

assalamualaikum..sesungguhnya tugas tarbiah adalah tanggung jwab setiap umat islam 'ala jaufil ard..kita seharusnya berusaha saling menasihati saudara2 islam kita yang lain disamping menasihati diri kita sendiri..dengan itu kita akan merasa dekat dengan Allah s.w.t hari demi hari..salah satu cara tarbiah adalah melalui blog..semoga maklumat2 yang terkandung dalam blog ini sedikit sebanyak dapat membantu kita meningkatkan ketaqwaan kepada pencipta kita Allah s.w.t..insya-Allah..

Followers

pukul berapa?

Archivo del blog

  • ► 2012 (6)
    • ► April (1)
    • ► March (1)
    • ► February (4)
  • ► 2010 (20)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► September (2)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► May (1)
    • ► April (2)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ▼ 2009 (58)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (4)
    • ► September (6)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (7)
    • ► May (11)
    • ► April (4)
    • ▼ March (5)
      • 5 syarat untuk buat maksiat
      • Pembunuhan Hassan al-Banna
      • Buat muslimah
      • Perbualan antara Rasulullah dengan Iblis
      • Kasih Sayang Rasulullah S.A.W
    • ► February (2)
    • ► January (2)
  • ► 2008 (25)
    • ► December (7)
    • ► November (5)
    • ► October (1)
    • ► September (5)
    • ► August (5)
    • ► April (2)

My Blog List

  • Mencari dan terus mencari cinta Ilahi
    Lakaran ummi ~ santai
    1 day ago
  • Saifulislam.Com
    Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
    5 weeks ago
  • Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah
    MEMORI 2018
    5 years ago
  • Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha )
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • The Rocking Hijab™[revamped]
    A revert's thoughts on LGBTQ
    8 years ago
  • Dunia Sarah
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • inijalanku.wordpress.com
    TABAYYUN vs TASABBUT
    8 years ago
  • D I A G N O S i S
    Seandainya anda berkomitmen
    9 years ago
  • UmmuSaif.Com
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Lukisan Bercerita
    Komik #2 HAMBA.. (page 1-3)
    10 years ago
  • Selembut Sutera
    Sabar bila diuji?
    10 years ago
  • SaBaHaNmUsLiM
    My Ex-Jahiliyyah
    11 years ago
  • senihati
    :)
    11 years ago
  • ::cintaku hanya padamu::
    Andai Rebah, Ayuh Bangkit !
    12 years ago
  • Satu Ummah!!!
    Taat pada pemimpin yang zalim
    12 years ago
  • Wan Zuraida Suka Menulis
    Luahan Hati
    13 years ago
  • ~Dunia Yang Fana~
    Pengalaman berharga..
    13 years ago
  • SHOUTUL IKHWAH
    Cerpen: Gerimis Cinta
    14 years ago
  • sweetbakery
    more,more and more chocolate
    15 years ago
  • qudwah qobla dakwah
  • here i am
  • ~AkuDarahAnakMalaysia~
  • ~hidup untuk memberi~
  • .: Dalam pencarian menuju Ilahi :.
  • Faisal Tehrani
  • Di sini segalanya Bermula...

Feedjit

Labels

  • artikel copy (1)
  • dulu2 (7)
  • family (6)
  • jalan2 (2)
  • jalan2 carik redha Allah (7)
  • muhasabah diri (16)
  • perjalanan menimba ilmu (13)
  • ramadhan (1)
  • Raya (2)
  • rumah (13)
  • sahabat (2)
  • sekeliling (10)
  • sekolah (3)
  • sirah (1)
  • Tarbiyah (6)

tinggalkan jejak

lets count

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments

Shoutbox

iluvislam

~Dunia Yang Fana~

Surah 3:104,dan hendaklah diantara kamu ada segolongan yang mengerjakan kebajikan,menyuruh yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung...semoga kita tergolong dalam golongan ini..aminn

Friday, March 20, 2009

5 syarat untuk buat maksiat

"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata:

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya:

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab:

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

"Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Kesimpulan: JANGAN MELAKUKAN MAKSIAT.







Kuntum bunga boleh layu,
namun rekahnya bunga-bunga
mujahid harus terjaga
tetap hadir di sebuah kebun…
Dunia ibarat sebuah terminal
Hanya tempat persinggahan
Bersabarlah hadapi ujian
Tak kan lama kan tinggal …





Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tahu Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariah dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami dengan karunia iman
Dan indahnya tawakal padaMu
Hidupkan dengan makrifatmu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami
Ya Robbi bimbinglah kami....

Amin. Amin. Amin.
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Friday, March 20, 2009 0 comments

Pembunuhan Hassan al-Banna

Pembubaran al-Ikhwan



Kegiatan dan kejayaan yang dicapai al-Ikhwan al-Muslimin telah tidak disenangi oleh kerajaan dan pihak British. Negara barat mendesak kerajaan Mesir supaya membubarkan Jemaah al-Ikhwan al-Muslimin. Pasukan tentera al-Ikhwan yang berperang di Palestin telah menunjukkan keberanian dan komitmen yang luar biasa.Justeru itu sebagai satu helah politik musuh, pada bulan November 1948,gencatan senjata telah diadakan Palestin.


Pada 8 November 1948, Perdana Menteri Mesir mengistiharkan pembubaran al-Ikhwan. Unit-unit tentera Mesir dan tentera al-Ikhwan yang berjuang di Palestin itu dipanggil balik.Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan ke atas al-lkhwan. Anggota-anggota al-Ikhwan ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara dan mereka diseksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Tindakan tersebut telah melumpuhkan sama sekali kegiatan al-lkhwan. Pembunuhan Imam Hasan al-Banna Dengan alasan untuk mengendurkan ketegangan antara al-Ikhwan dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hasan al-Banna untuk berunding bertempat di pejabat Jam'iyyah al-Syubban al-Muslimin. Sebenarnya jemputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh Hasan al-Banna.

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al-Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi dia tak kunjung tiba. Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isya' mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang matagelap menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol dan kedua-dua mereka terkena tembakan itu. Iparya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Hasan alBanna walaupun terkena tujuh tembakan ,beliau masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah alSyubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital. Sampai di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral
Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al-Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Muga-muga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh as-Syahid, Amin....



Pengurusan Jenazah



Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan:

a) pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengkebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan.


b) Jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.

Ayah Hasan al-Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyinsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut.

Jenazah as-Syahid dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya. Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandi dan mengkafanikan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis menjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya. Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Qur'an. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk sembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Ahmad seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah as-Syahid. Pembunuhan Hasan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi.

Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pemerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pemerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman pemerintahan Perdana Menteri Mustafa al-Nahhas Basya. Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, mahkamah menjatuhkan hukuman seperti berikut:



* Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.

* Pemandu kereta, Sarjan-Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat.

* Major Muhammad al-Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.

Kemudian setelah hubungan antara Jamal Abdul Nasir dengan al-Ikhwan al-Muslimin semakin bertambah buruk, semua anggota perisik yang tersebut telah dibebaskan oleh Jamal Abdul Nasir sebelum habis tempoh hukuman yang dikenakan.



Bertahun-tahun lamanya orang-orang al-Ikhwan al-Muslimin tertanya-tanya, manakah hukuman yang dikenakan ke atas orang-orang yang bersalah itu?Secara umumnya jelas kepada kita Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang-pejuang dan harakah Islamiah hari ini.

Memandangkan ajaran dan arahan yang dikemukakannya itu mempunyai nilai yang tinggi dan signifikannya yang tersendiri, maka dicadangkan, cita-cita perjuangan al-Ikhwan al-Muslimin dan arahan-arahan Mursyid Amnya itu kita jadikan pegangan dan panduan hidup kita, muga-muga kita akan mencapai kemenangan dan keredaan Allah sebagaimana yang ditegaskan oleh Hasan al-Banna sendiri katanya:



"Saya penuh yakin, jika anda mengamalkannya dan menjadikannya sebagai ciita- hidup dan matlamat terakhir diri anda, balasannya ialah ketinggian di dunia, kebajikan dan keredaan Allah di akhirat. Justeru itu anda termasuk golongan kami, dan kami merupakan golongan anda.

Tetapi jika anda melepas tangan dan berpeluk tubuh tidak menjalankan gerak kerjanya, terputuslah hubungan antara kami dan anda walaupun anda mengadakan berbagai majlis ceramah dan menyandang setinggi-tinggi gelaran dan menampilkan sebesar-besar kehebatan kepada kami. Nantilah Allah akan mengira dengan seberat-beratnya terhadap sikap anda tidak menjalankan gerak kerja ini. Oleh itu terserahlah kepada anda yang memilih sendiri, kami tetap berdoa untuk kami dan anda juga, muga-muga mendapat hidayat dan taufikNya." (Majmu'ah al-Rasa'il:3l)
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Friday, March 20, 2009 0 comments

Buat muslimah






Muslimah,

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya dicipta daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagar duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Muslimahku sayang,

Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah kejadian lelaki. Seandainya pakaian malu tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak dimahkotakan sebagai si mawar berduri.

Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu.

‘Tidak ada fitnah yang lebih besar selepas wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita’. Adakah kau mahu penyebab terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah duhai muslimahku sayang,

Ingatlah bahawa ciri-ciri wanita yang solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara dirimu sebagai hadiah yang kudus,suci,mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman insan soleh bernama Adam.

‘wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik…’

Ya Allah jadikan kami bidadari syurga…

Ameen..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Friday, March 20, 2009 0 comments

Friday, March 13, 2009

Perbualan antara Rasulullah dengan Iblis

TELAH diceritakan bahawa Allah SWT telah menyuruh Iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan kepadanaya. Pada suatu hari, Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih sedang di tangnnya memegang tongkatnya.

Bertanya Rasulullah s.a.w: “ Siapakah kamu ini?” Orang tua itu menjawab:“ Aku adalah Iblis.” “Apa maksud kamu datang berjumpa aku?” Orang tua itu mwnjawab: “ Allah menyuruhku datang kepadamu agar engkau bertanyakan kepadaku.”Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya. “ Hai Iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku?” Iblis menjawab: “Lima belas.”

1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang mukmin yang berkasih sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang mukmin yang banyak bersedekah dan menderma
12. Orang mukmin yang baik budi akhlaknya.
13. rang mukmin yang bermanfaat kepada orang lain.
14. Orang yang hafal Al-Quran serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri mengerjakan solat di waktu malam sedangkan orang-orang lain tidur nyenyak.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi kepada Iblis.“Berapa banyakkah pula temanmu dari kalangan umatku?”Jawab Iblis. “sepuluh golongan.”
1. Hakim yang tidak adil2. Orang kaya yang sombong3. Pedagang yang khianat4. Orang pemabuk/peminum arak5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan6. Pemilik harta riba’7. Pemakan harta anak yatim8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat9. Orang yang enggan memberi zakat/kedekut10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia.Itulah di antara perbualan Nabi dengan Iblis. Sememangnya kita sedia maklum bahawa Iblis adalah musuh Allah dan manusia. Jadi, kita hendaklah berhati-hati, jangan sampai kita menjadi kawan baik Iblis kerana siapa yang menjadi kawan Iblis bererti menjadi musuh Allah…Nauzubillahimin zalik…
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Friday, March 13, 2009 0 comments

Tuesday, March 10, 2009

Kasih Sayang Rasulullah S.A.W

Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku." Berikut adalah beberapa kisah berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.






Suasana di Padang Masyhar

Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,

"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul,
berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab."

Jawab Nabi Muhammad saw,

"Aku akan tolong kamu semua."

Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,

"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.
Aku akan kabulkan permintaanmu."

Rasulullah SAW menjawab,

"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."

Titian Sirat

Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,

" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."

Tingkatan Neraka

Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,

"Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?

Jibrail menjawab,

"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.



Adakah kita sayangkan Rasulullah saw sepertimana
sayangnya Rasulullah saw kepada kita?
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Tuesday, March 10, 2009 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod | Distributed by Deluxe Templates