skip to main | skip to sidebar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About me

My Photo
Hamba-Nya yang hina..
sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri hari demi hari.. 'tuhan kuzalimi diri ini,andai kau tak ampuni dan rahmati,alangkah ruginya diri'.. 'tuhan jangan Kau palingkan hati ini..setelah Kau beri hidayah'..
View my complete profile

Ahlan wa sahlan

assalamualaikum..sesungguhnya tugas tarbiah adalah tanggung jwab setiap umat islam 'ala jaufil ard..kita seharusnya berusaha saling menasihati saudara2 islam kita yang lain disamping menasihati diri kita sendiri..dengan itu kita akan merasa dekat dengan Allah s.w.t hari demi hari..salah satu cara tarbiah adalah melalui blog..semoga maklumat2 yang terkandung dalam blog ini sedikit sebanyak dapat membantu kita meningkatkan ketaqwaan kepada pencipta kita Allah s.w.t..insya-Allah..

Followers

pukul berapa?

Archivo del blog

  • ▼ 2012 (6)
    • ▼ April (1)
      • Pengalaman berharga..
    • ► March (1)
    • ► February (4)
  • ► 2010 (20)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► September (2)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► May (1)
    • ► April (2)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2009 (58)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (4)
    • ► September (6)
    • ► August (3)
    • ► July (5)
    • ► June (7)
    • ► May (11)
    • ► April (4)
    • ► March (5)
    • ► February (2)
    • ► January (2)
  • ► 2008 (25)
    • ► December (7)
    • ► November (5)
    • ► October (1)
    • ► September (5)
    • ► August (5)
    • ► April (2)

My Blog List

  • Mencari dan terus mencari cinta Ilahi
    Lakaran ummi ~ santai
    1 day ago
  • Saifulislam.Com
    Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
    5 weeks ago
  • Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah
    MEMORI 2018
    5 years ago
  • Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha )
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • The Rocking Hijab™[revamped]
    A revert's thoughts on LGBTQ
    8 years ago
  • Dunia Sarah
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • inijalanku.wordpress.com
    TABAYYUN vs TASABBUT
    8 years ago
  • D I A G N O S i S
    Seandainya anda berkomitmen
    9 years ago
  • UmmuSaif.Com
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Lukisan Bercerita
    Komik #2 HAMBA.. (page 1-3)
    10 years ago
  • Selembut Sutera
    Sabar bila diuji?
    10 years ago
  • SaBaHaNmUsLiM
    My Ex-Jahiliyyah
    11 years ago
  • senihati
    :)
    11 years ago
  • ::cintaku hanya padamu::
    Andai Rebah, Ayuh Bangkit !
    12 years ago
  • Satu Ummah!!!
    Taat pada pemimpin yang zalim
    12 years ago
  • Wan Zuraida Suka Menulis
    Luahan Hati
    13 years ago
  • ~Dunia Yang Fana~
    Pengalaman berharga..
    13 years ago
  • SHOUTUL IKHWAH
    Cerpen: Gerimis Cinta
    14 years ago
  • sweetbakery
    more,more and more chocolate
    15 years ago
  • qudwah qobla dakwah
  • here i am
  • ~AkuDarahAnakMalaysia~
  • ~hidup untuk memberi~
  • .: Dalam pencarian menuju Ilahi :.
  • Faisal Tehrani
  • Di sini segalanya Bermula...

Feedjit

Labels

  • artikel copy (1)
  • dulu2 (7)
  • family (6)
  • jalan2 (2)
  • jalan2 carik redha Allah (7)
  • muhasabah diri (16)
  • perjalanan menimba ilmu (13)
  • ramadhan (1)
  • Raya (2)
  • rumah (13)
  • sahabat (2)
  • sekeliling (10)
  • sekolah (3)
  • sirah (1)
  • Tarbiyah (6)

tinggalkan jejak

lets count

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments

Shoutbox

iluvislam

~Dunia Yang Fana~

Surah 3:104,dan hendaklah diantara kamu ada segolongan yang mengerjakan kebajikan,menyuruh yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung...semoga kita tergolong dalam golongan ini..aminn

Friday, April 20, 2012

Pengalaman berharga..

Nak dekat sebulan tak update blog.Tiba-tiba hari ini saya terasa nak share.Saya masih lagi bekerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta seperti yang pernah saya share di sini.Walaupun sudah hampir 4 bulan saya mengajar,tapi saya masih tidak mampu nak control budak2 tu.Saya anggap ni sebagai cabaran la.Guru besar sekolah tu suruh saya kerja lagi setahun,memang saya tolak mentah2.Menjadi guru memang bukan cita-cita saya sejak dari kecil.Tidak pernah ada minat pun nak jadi cikgu.Walaupun ayah saya suka saya jadi cikgu.Tapi pengalaman mengajar ni memang tak ternilai rasanya. Minggu lepas,selepas solat dhuha,ada budak datang ke arah saya,


ustazah,ada orang kencing dalam surau!


Saya dalam hati dah menjerit2,taknak basuh tak nak basuh!!

Saya suruh budak tu bagitau ustaz.

Ustaz yang ketika itu tengah membaca witir selepas solat terus tergamam.Lepas tu istighfar.haha.

Ni kes pertama untuk tahun ni.Kencing di dalam surau.Nasib baik saya tukang ambil kain dengan air je,ustaz tu yang bersihkan.Besar pahala tu,insyaAllah.

Sebaik sahaja keluar dari surau,ada budak kelas saya jerit pulak,


Ustazah,kasut Adlin hilang sebelah!

Ok,lepas satu datang lagi satu. Pelajar sekolah ni masa belajar memang bukak kasut.Lantai kat kelas tu memang siap boleh baring2,aircond lagi.

Saya pun tolong la pusing2 satu sekolah carik kasut,bersama-sama rakan2 si mangsa yang setia.Mangsa tu memang dah nangis2,sedih sangat kononnya. Cari-cari tak jumpe,akhirnya saya hantar dia pulang ke rumah,sebab tertinggal van dengan kasut sebelah takde.

budak2 nakal.. 

 ****

Semalam ada Hari Pengurusan Jenazah di sekolah,memang excited habis budak2 ni,lagi2 masa amali.Berebut2 nak jadi mayat. Saya teringat waktu di sekolah dulu,ada pertandingan 'Tajhiz Jenazah' ketika Amal Islami.Dalam pertandingan ni pelajar dikehendaki menunjukkan cara2 pengurusan jenazah,bermula dari nazaknya seseorang,sehingga dikebumikan.Satu kumpulan ada 6 orang,dan seorang akan menjadi mayat,saya berpeluang sekali menjadi mayat ketika amal islami peringkat zon,sebab masa tu masing2 tak sampai hati nak korbankan sorang ahli utk bagi budak kecik masuk jadi mayat.Kesian kawan2 kena angkat saya yang tak berapa nak ringan ni,tapi tu pilihan mereka.

ceh belagak..

Apa pun kita ni mesti sentiasa bersedia menghadapi mati,sebab maut tu tak mengenal usia.Jangan ingat kita muda,kita lambat lagi nak mati.Ustaz yang selalu uruskan jenazah tu kata,memang dia jarang uruskan mayat orang muda,sebab kebanyakan mati di hospital akibat kemalangan,dan pihak hospital yang uruskan. Selalunya remaja yang merempit/menaiki motosikal lebih mudah terdedah kepada kemalangan.Saya sendiri pernah accident akibat mengada2 nak try bawak motor.Sampai sekarang da fobia nak bawak motor lagi.
wallahua'lam..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Friday, April 20, 2012 5 comments
Labels: rumah, sekolah

Sunday, March 25, 2012

belajar vs kerja

Lamanya tak update blog.Entah kenapa rasa malas sangat nak update,baca blog orang je rajin.Hari ni adik saya pulang ke DQ.Tak tau kenapa rasa sedih sangat dia da habis cuti.Rasa sunyi.Mungkin sebab masa dia cuti dia selalu 'lepak' dengan saya kot.Tadi saya rush pulang ke rumah dari halaqah sebab nak ikut family hantar dia pulang ke dq.Alhamdulillah nasib baik sempat.Tiba2 tren sampai sharp,lepas tu perjalanan pun smooth je,takde sekat2.Kalau tak sempat ikut tadi mungkin saya menangis kot(pehal la emo semacam ni).

Sebenarnya saya pun tak tau nak share apa kat sini.Tapi,saya nak sentuh tentang tarbiyah ketika di ipt dan tarbiyah ketika kerja.Saya da pernah rasa kedua-duanya. Kebanyakan akhwat mendapat tarbiyah ketika kita di ipt,dan kebanyakannya dikelilingi akhwat,dan bi'ah yang baik.Mengikut cerita dari ramai akhwat,ada dikalangan akhwat yang ketika di ipt sangat aktiv dalam dakwah,tetapi selepas tamat belajar dan memasuki alam kerja,dia menjadi sebaliknya.Ada akhwat yang bernikah dengan ikhwah yang tidak ditarbiyah,terus hilang dalam dakwah.Mahukah kita menjadi sebegitu rupa?

Saya sendiri yang baru memasuki alam pekerjaan,dan tinggal dengan family jujur saya cakap, saya ada sedikit rasa 'lain macam' untuk pergi ke halaqah,dan program. Jika dulu di ipt,kita hanya pulang ke rumah ketika cuti sem.Duduk sekejap tu pun kadang2 ada rasa futur,inikan pula jika hari2 duduk di rumah.Bayangkan di rumah,tiada akhwat untuk mengingatkan,untuk mengawasi kita.Memang sangat sukar rasanya nak berjuang dengan persekitaran yang tidak kondusif.Tapi sebenarnya kitalah yang mencorakkan diri kita.Jangan biar masyarakat/keadaan persekitaran mengubah kita,tapi kita sendiri yang pengaruh mereka,insyaAllah pengaruhi ke arah kebaikan.

Jadilah seperti biji kopi,walaupun direneh selama mana,rupanya tidak berubah,bahkan mengeluarkan haruman lagi.Jangan jadi seperti lobak yang pada awalnya keras,kemudian menjadi lembik selepas di rebus,dan telur yang asalnya lembut,kemudian keras selepas di rebus.Wallahua'lam

p/s:tak sabar nak tunggu bulan 9,nak jadi student balik..time please fly fast!
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Sunday, March 25, 2012 0 comments
Labels: family, Tarbiyah

Monday, February 13, 2012

Darul Quran..

Penatnya hari ni,budak2 ni makin lama makin tak makan saman.Takkan la asyik nak diugut nak bagitau ustaz baru nak dengar cakap.Ditambah pulak dengan puasa,memang makin penat. Ustaz kat situ memang ada seorang je.Tu la kepala sekolah,itulah tenaga pengaja.Memang semua murid gerun dengan dia,tak payah nak bawak rotan pon,tangan dah memadai.Semoga budak2 ni lembut hati dan sedar tujuan utama datang sekolah.Niat belajar kerana Allah tu memang lagi susah la diorang nak paham,tujuan datang sekolah pun tak clear lagi,mind dah set datang sekolah nak main.Saya pernah jadi budak juga,tapi perempuan ni lain, kurang sikit main.Habis cerita sekolah..

Sabtu baru2 ni saya pergi ke Darul Quran,Kuala Kubu Bharu.Melawat adik saya yang baru sebulan setengah masuk situ.Kat DQ ni ada dua jenis pengajian,satu diploma,satu lagi persijilan,kerjasama dengan uiam.Adik saya student persijilan,1 tahun setengah dekat sana untuk hafaz 30 juzu',lepas tu masuk uia,ambil kos berdasarkan result spm dia nanti.Dia baru je tamat spm.Memang objektif persijilan ni untuk lahirkan golongan Al-hafiz yang profesional,hafaz quran,tp still boleh jadi doktor,dentist,engineer,dan sebagainya.Yang masuk ni memang semua budak sains.

Memang cita2 ayah saya nak anak dia al-hafiz,memandangkan saya dan abang saya terlepas,dia try kat adik saya pulak.Masa apply dan interview memang tak confident dapat,sebab ramai sangat yang hebat2 dari segi hafazan dan akedemik,tp rezeki Allah, kita tak dapat nak jangka,alhamdulillah dapat.Ayah saya cakap,al-hafiz ni boleh tarik 10 orang ke 20 orang tah masuk syurga nanti,saya tak tahu dari mana saya ayah saya dapat fakta ni.Tapi yang penting,saya tak berapa nak setuju,sebab saya rasa al-hafiz tu sendiri belum tentu masuk syurga,siapa kita nak menilai sesorang tu sama ada dia masuk syurga atau neraka.Lainlah kalau para anbia' dan sahabat2 yang dah terjamin masuk syurga.

Adik saya ni,sebelum masuk ke DQ,dia memang bukan jenis yang 'alim'.Dia layan je cerita korea,lagu korea,pakaian pun memang ikut trend la konon.Tapi lepas sebulan dah masuk dq,apa yang saya tengok,dia dah kurang tgk korea,lepas subuh tak tidur,lepas tu baju dia pun dah tak pakai yg kecik2.Alhamdulillah.Lupa nak cakap,adik saya ni lelaki.Dia cakap,nak berubah tak boleh drastik,nanti futur.Saya setuju,lebih baik sikit2 dan istiqamah.Masa dia balik raya cina hari tu,saya tanya dia,

"ko da hafal bape juzu'?

"1 juzu' je"..jawab dia

"nak tebuk boleh?"saya saja ngada2 nak tengok die boleh ingat ke tak..

"tebuk la"...

saya pun bukak la mana2 halaman dalam juzuk 1,saya tebuk dia 3x,sampai dia da malas, alhamdulillah dia dapat ingat semua.Tapi die kata,baru hafal 1 juzu',memang la ingat lagi.

masjid darul quran,memang lawa sangat.Tasik tu ada ikan selalu lompat2..




Semoga dia kekal bertahan dekat sana sampai habis 30 juzu',dia cakap ramai jugak keluar lepas dapat result spm.
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Monday, February 13, 2012 1 comments
Labels: family, sekolah

Saturday, February 11, 2012

Macam mana rasanya menjadi guru?

Hari ni di sekolah tempat saya mengajar mengadakan sambutan maulidurrasul.Sedikit maklumat tentang sekolah tersebut,nama, Sekolah Tahfiz wal Qiraat An-Nur,sebuah sekolah swasta.Saya agak takut pada awalnya bila dengar nama sekolah tersebut,dalam hati terdetik,

"aku nak kena ajar budak2 tahfiz ke ni?"

Rasa sangat tak layak sekiranya saya dikehendaki mengajar pelajar tahfiz,sedangkan saya sendiri bukanlah seorang hafizah.Tetapi,sebenarnya,sekolah tersebut sama sahaja seperti sekolah rendah agama biasa,silibus pelajaran pun sama.Pelajar di situ juga mengambil PSRA.

Semasa hari pertama saya di sana,saya dikehendaki duduk di kelas masing2,saya menjadi guru kelas darjah 2 untuk sesi pagi,dan darjah 4 untuk sesi petang.Masa awal2 saya masuk kelas,mak bapak budak2 tu da pesan2 kat saya,

"ustazah,kalau die ni nakal,ustazah rotan je!"

yes,da dapat lesen rotan.hahaha *gelak jahat*

tapi saya belum berani lagi nak rotan hari pertama tu.Masa nak lantik ketua kelas, semua nak jadi ketua,sampai saya pun pening nak pilih siapa.2,3 kali jugak la tukar ketua dalam sehari tu,sebab bile da lama2 sikit baru nampak perangai sebenar diorang.

Masa minggu pertama tu juga,ramai pelajar,terutamanya perempuan,suruh saya garang sikit,tak ke macam jatuh air muka bila murid cakap macam tu kat guru?

tapi sekarang,bila saya da pandai rotan,dah pandai garang,complain pulak.Nasibla kan, dlu nak sangat garang.


gambar hiasan,dari cerita laskar pelangi


Tazkirah Maulidurrasul

Seperti yang saya beritahu tadi,hari ni merupakan hari sambutan maulidurrasul. Tentatifnya,tazkirah yang menceritakan kisah hidup Rasulullah s.a.w. Saya tidak tahu mengapa saya rasa sangat tersentuh bila mendengarkan kisah hidup baginda, walhal kebanyakan cerita dalam tazkirah itu sudah pun saya dengar.Ketabahan,kesabaran baginda bukan calang2.Ditambah pula dengan kemuliaan peribadi baginda.Jika bukan kerana baginda,belum tentu kita dapat merasai nikmat iman dan islam hari ni.Kita lahir2 sudah islam,jauh sekali berbeza dengan cerita sahabat2 yang diseksa ketika melafazkan kalimah syahadah.Semoga kita kekal islam sehingga hari kiamat,dan bukan islam hanya pada nama,tetapi islam dalam setiap aspek.Peringatan untuk diri sendiri juga.

Satu kisah baginda yang sangat menyentuh hati,walaupun saya sudah mendengar kisah ini berkali-kali,adalah kisah tentang seorang perempuan tua yang buta,yang sering menghina Muhammad s.a.w di pasar.Namun,rasulullah s.a.w setiap hari menyuapnya roti dengan penuh sabar,walaupun mulut perempuan itu tidak henti2 menghinanya.Sehinggakan suatu hari,selepas kewafatan baginda,khalifah Abu Bakar bertanya kepada Aisyah,

"apa lagi perkara yang menjadi kebiasaan rasulullah s.a.w yang belum aku lakukan?"

aisyah menjawab,

"semua telah kau lakukan,kecuali memberi makan wanita tua yang buta di pasar setiap hari"..

Abu Bakar kemudiannya pergi ke pasar,dilihatnya seorang wanita tua yang buta menghina rasulullah,

Abu Bakar sangat terkejut,

inikah wanita yang baginda beri makan tiap hari?

Lalu dia menyuap roti kepada wanita itu,

wanita tua itu terus bertanya,

"siapa kau?"

Abu Bakar menjawab,

"aku adalah orang yang menyuap kau setiap hari"

wanita tua itu menjawab,

"tidak,kau bukan,orang yang menyuap aku selama ini akan memicit2 roti tersebut sehingga lembut rasanya ketika dimakan.

Mendengarkan itu,Abu Bakar menangis,dan menjawab,

"orang yang menyuapkan ko selama ini tidak akan menyuap kau lagi buat selamanya"

wanita tua itu bertanya,

"kenapa?apa salahku? aku ingin memohon maaf kepadanya"..

"orang yang menyuap kau itu adalah Muhammad s.a.w yang sering kau hina,dan kini baginda telah wafat"..

mendengarkan itu,wanita itu menangis,dan mengucap 2 kalimah syahadah dihadapan Abu Bakar..

Halus sungguh cara dakwah baginda.

Satu lagi kisah tentang seorang perempuan tua quraisy yang memberi baginda memakan sebiji buah,dah menyuruh baginda makan dihadapannya.Rasulullah s.a.w memakannya sambil tersenyum,dan tidak memberikan buah tersebut kepada para sahabat yang melihat, para sahabat pun pelik,biasanya baginda akan berkongsi makanan dengan mereka.

Wanita quraisy itu sangat geram melihat baginda tersenyum sepanjang menghabiskan buah itu,dan setelah buah itu habis,wanita itu berlalu pergi.

Kemudian baginda berkata kepada sahabat,

"tahukan kalian mengapa aku tidak memberikan buah itu kepada kalian?"

"buah itu tersangatlah masam,jika aku berikan kepada kalian,tentu kalian akan mencaci wanita itu"..

Cuba bayangkan jika kita diberikan buah itu,tentu sahaja kita akan meludahnya kerana terlalu masam disertai dengan perasaan marah terhadap wanita itu.

Pernah tak kita menangis kerana rindukan Rasulullah?wallahua'alam..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Saturday, February 11, 2012 1 comments
Labels: muhasabah diri, sekolah

Wednesday, February 8, 2012

11 bulan praktikal..

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang..

Hampir setahun saya biarkan blog ini bersawang tanpa di update.Saya rasa hati saya sangat kotor untuk berkongsikan sesuatu,takut tereffect kepada si pembaca.Tapi sampai bila nak tunggu hati bersih?ada indicator ke nak tau tahap kebersihan hati kita ni?Sebenarnya saya tersangat merindukan waktu itu,waktu yang saya rasakan hati saya cukup tenang.Minggu2 saya sangat bermakna dengan adanya 'bulatan gembira'.Saya berharap 'waktu itu' akan datang kembali,saya sedang berusaha ke arah itu,disamping berdoa kepada Allah swt.Kerana,hidayah itu milik Allah,tetapi kita sebagai manusia,perlu mencarinya,bukan menunggunya datang bergolek.

Selama 11 bulan praktikal saya tidak mengupdate blog.Saya menjalani latihan praktikal di Hospital Tuanku Jaafar,Seremban (HTJS).Saya rasa pengalaman saya praktikal tak menarik,sebab tu saya malas nak update.Kami pelajar diploma farmasi ditmpatkan di beberapa station dalam department farmasi HTJS.Ni senarai station2 di mana saya ditempatkan.

1.satelite pharmacy
-2 bulan
-supply ubat dekat pesakit dalam

2.OPD( Outpatient Department)
-4 bulan!
-supply ubat dekat pesakit luar

3.TPN (Total Parenteral Nutrition)
-1 bulan
-prepare makanan utk pesakit yang tak boleh makan oral, makanan dalam bentuk iv drip

4.CDR
-1 bulan
-prepare ubat untuk cancer patient

5.TDM(Therapeutic drug monitoring)
-1 bulan
-monitor drug level dlm blood

6.Manufacturing
-1 bulan
-buat external preparation mcm cream,lotion,ointment,
-internal prep mcm ubat batuk..

7.IPD(Inpatient Department)
-2 bulan
-supply ubat kt pesakit dalam,same macam satelite

Tu je la kot.Simple tak?Memang bnyak jugak la kenangan indah kt situ,mula2 masuk saya memang tak pernah terfikir boleh rapat dengan staf kt situ,3 bulan jugak la masa saya ambil nak ngam dengan diorang.Lepas tu jadi rapat sangat,sampai sedih sangat masa nak habis.Dalam banyak2 station,saya paling suka manufac,enjoy saya buat kerja dekat situ, lepas tu,staf dia baik sangat.Tapi saya belajar banyak dekat opd,nama ubat, brand name,strength,mmg saya belajar banyak kat opd.thanks opd!

Ni gambar masa dah nak habis praktikal..


tahan perasaan je pakai uniform ni


Sekarang saya sedang menanti intake degree bulan september ni,saya jadi ustazah part time dekat sekolah rendah agama swasta area rumah saya.Menjadi seorang guru tak semudah yang saya sangkakan.Sangat menguji ketahanan mental dan fizikal.Saya akan cerita dalam next post.sekian

p/s: maaf,skill menulis blog saya dah makin pudar(ke tak penah wujud?),mungkin agak serabut sikit post ni..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Wednesday, February 08, 2012 0 comments
Labels: rumah

Monday, February 6, 2012

Setelah sekian lama..

Setelah sekian lama saya menghilang,kini saya kembali untuk mengupdate..insyaAllah, saya akan kembali..
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Monday, February 06, 2012 0 comments

Tuesday, December 28, 2010

Satu amalan nilainya syurga

Di padang Mahsyar segala amalan manusia ditimbang oleh Allah. Mana yang lebih banyak pahala dimasukkan ke syurga sementara yang berat timbangan dosa dihumban ke neraka. Seorang hamba Allah didapati kurang satu amalan (mata) saja untuk melayakkan dia masuk ke syurga. Jika mengikut perkiraan, dia adalah calon neraka tapi Allah Maha Penyayang akan hambanya. Allah memerintahkan orang itu mencari satu lagi mata untuk melayakkan dia ke syurga. Puas dia merayau dan mengemis dari seorang ke seorang untuk mendapatkan satu kebajikan saja namun hampa. Masing-masing memerlukan walau satu kebajikan. Kesemuanya mengatakan nasib mereka belum menentu, bagaimana hendak memberikan satu pahala.

Namun dia tidak berputus asa. Akhirnya berjumpa dengan seorang hamba Allah yang bersimpati dengannya. Dia mengatakan hidupnya bergelumang dengan dosa dan sepanjang hidupnya hanya membuat satu kebajikan saja. Padanya satu pahala itu tidak membawa sebarang makna, kerana menyangkakan dia akan masuk ke neraka akhirnya. Oleh sebab simpatinya kepada orang itu, dia memberikan satu pahala itu kepadanya. Dengan gembira yang tidak terhingga dia kembali menghadap Allah membawa pahala tersebut. Dia menerangkan apa yang berlaku. Oleh sebab sikap penderma yang pemurah itu, Allah menyuruh orang itu mencari penderma berkenaan untuk dimasukkan bersamanya ke dalam syurga.


MORAL & IKTIBAR

-Allah bersifat dengan AR-RAHIM
-Jangan remehkan kebajikan walaupun hanya amalan sunat
-Satu kebajikan amat berat timbangan di sisi Allah Satu amalan boleh meletakkan diri sama ada syurga atau neraka
-Di padang mahsyar semuanya nafsi-nafsi; masing-masing mau melepaskan diri dari azab yang pedih
-Orang yang pemurah akan dirahmati Allah yang bersifat dengan Pemurah
-Penghakiman di akhirat amat teliti serta berlandaskan keadilan yang hakiki
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Tuesday, December 28, 2010 0 comments
Labels: muhasabah diri

Monday, November 1, 2010

Imtihan

salam semua,lama sungguh tak update blog,macam biasa la ayat saya setiap kali post.sekarang ni mmg musim peperiksaan,baru 2 paper saya harungi,ade 4 lagi menanti..saya mohon doa kalian untuk saya dan sahabat2 lain yang sedang menduduki peperiksaan.InsyaAllah lepas exam saya akan selalu update blog dengan ilmu yang bermanfaat untuk semua..akhir kata, maattaufiq wannajah ! MAJULAH DEMI ISLAM..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Monday, November 01, 2010 2 comments
Labels: perjalanan menimba ilmu

Monday, September 6, 2010

Ukhuwah

Beberapa hari yang lalu,semasa tarawih di masjid,saya terlihat adik rakan saya ketika di sekolah rendah dahulu,tapi saya tidak berani hendak menegurnya,takut salah orang,walaupun tahap keyakinan saya adalah sebanyak 95%.Semalam,saya dapat rasakan ada orang melihat saya,tapi saya buat2 tak nampak je,kemudian,ketika rakaat ke-6 tarawih,tiba2 ada seseorang dari arah belakang solat di sebelah saya,kebetulan saya duduk di sof yang belakang sekali,hujung belah kiri.Saya dapat rasakan itu adalah rakan saya,cara dia tanggalkan spec sebelum solat,cara dia kumat-kamit masa solat(mcm xkhusyuk ni),sama dengan rakan saya itu,tapi saya hanya berdiam diri. Selepas tamatnya rakaat ke-8,dia terus ke sof belakang,saya pun menarik nafas lega. Saya tak tahu kenapa saya rasa sebegitu rupa.Mungkin terlalu malu dengannya sebab sudah bertahun kami tak bertemu.

Saya ingatkan pertemuan tersebut berakhir di situ sahaja,tetapi tidak sama sekali.Tadi(beberapa jam yang lalu),adik dia duduk berhampiran dengan saya,dan senyum bila saya memandangnya,tapi saya cepat2 pandang tempat lain,

"alamak,kenapa dia senyum?dia kenal aku ke?"

itulah yang terdetik dalam hati saya ketika itu

kemudian,saya lihat melalui sisi mata,adik dia pandang2 belakang,seolah-olah memberi isyarat kepada seseorang.Kemudian,di rakaat seterusnya,saya lihat bilangan orang di sof itu bertambah,saya agak dia mengajak adik-beradiknya yang lain ke sof hadapan, dan boleh jadi,rakan saya ada di situ.Sangat tidak tenang saya dibuatnya,bacaan surah yang panjang malam itu(menurut kata kedua2 adik saya),saya rasakan pendek. Selesai sahaja 8 rakaat,saya terus ke sof belakang untuk menunaikan solat witir. Saya lihat dari jauh mereka sedang berbincang,saya nampak rakan saya!rindu menapak dalam hati,walaupun malu nak bersua.Saya teruskan dengan solat witir.Selepas habis solat witir,saya berazam untuk jalan laju2,pergi ke pintu keluar,tetapi belum sempat saya sampai ke pintu,pandangan kamu bertaut,saya secara automatik terus menerpa ke arahnya,bersalaman dan memeluknya,umpama jejak kasih.Saya tak tahu mana hilangnya semua rasa malu tadi,kami berbual seperti biasa,bertukar2 berita dan nombor telefon, dia perkenalkan saya dengan adiknya yang bongsu,adiknya yang sangat comel ketika 8 tahun yang lalu,kini sudah besar,cantik.

Saya tak tahu untuk apa saya tulis cerita ini kat blog,tapi saya ingin tekankan di sini,betapa pentingnya kita sebagai umat islam,untuk memelihara ukhuwah sesama muslim,tindakan saya di atas seolah-olah saya ingin memutuskan ukhuwah.

Beberapa hadith yang menggambarkan kepentingan ukhuwah:


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)



Dari Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w. bahawasanya ada seorang Ielaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan," kemudian dihuraikannya Hadis itu sampai kepada sabdanya: "Sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah." (Riwayat Muslim)
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Monday, September 06, 2010 5 comments
Labels: dulu2, ramadhan, sahabat

Friday, September 3, 2010

Tazkirah

Pejam celik kita sudah masuk fasa ketiga ramadhan,itqan minannar, perlepasan dari api neraka, yang mana di dalam fasa ini terdapat malam Lailatul Qadr,malam yang lebih baik dari seribu bulan, insyaAllah.Kali ini nak kongsi sedikit tazkirah yang saya dapat dari buku U-TURN KE JALAN LURUS karya Zul Ramli M.Razali.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Wahai anak Adam,Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira.

Aku hairan melihat mereka yang yakin kepada hari perhitungan tetapi dia masih mengumpulkan harta.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur tetapi masih tertawa.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan akhirat tetapi dia masih istirahat.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya,tetapi masih tenang dengannya.

Aku hairan melihat mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil pada hatinya,

Aku hairan melihat mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci.

Aku hairan melihat mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.

Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi dia masih boleh melakukan maksiat atau mereka mengetahui sesungguhnya dia akan mati keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih berjinak dengan manusia.

Ketahuilah,tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku.(Petikan Hadis Qudsi,Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah).
Posted by Hamba-Nya yang hina.. at Friday, September 03, 2010 1 comments
Labels: muhasabah diri
Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod | Distributed by Deluxe Templates